• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAYANGKU MARIAWATI AWANG OMAR1

ERNIE KHO SIAW NEE2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran operasi darab tiga digit dengan dua digit nombor dengan menggunakan Kaedah Kekisi. Kajian tindakan ini telah dilaksanankan 2 kitaran menggunakan Model Stephen Kemmis (1983). Empat orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 di sebuah sekolah sekitar bandar Limbang. Responden dipilih berdasarkan Ujian Diagnostik. Hasil kajian yang dijalankan telah dikumpul dengan menggunakan ujian penilaian untuk melihat sama ada penggunaan kaedah kekisi dapat membantu para murid untuk menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Selain itu, melalui lembaran kerja yang diberikan bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi semasa mengaplikasikan kaedah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah Pendaraban Kekisi telah dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit terutamanya apabila melibatkan aktiviti pengumpulan semula. Terdapat beberapa masalah yang dilakukan oleh murid iaitu kecuaian penulisan dan kecuaian melakukan operasi penambahan.

ABSTRACT

The purpose of this research is to help pupils to master multiplication of three digit numbers with two digit numbers using “Kaedah Pendaraban Kekisi”. This action reseach was done by using Stephen Kemmis Model (1983) which has two cycles. Four respondents from Year 4 pupils were choosen borned on their Diognostic Test in one of the school in Limbang. From the research data is being collected through test to see “Kaedah Pendaraban Kekisi” able to help pupils to master multiplication of three digit number and two digit number. Beside that, worksheets were given in the class to identity problem that rise when pupils were apply this method. Result of the research shows that “Kaedah Pendaraban Kekisi” helps pupils to master the multiplication of three numbers with two numbers involving regrouping. There were few problems identify during the reseach such as carelessness in writing and during the basic mathematical operation.

PENDAHULUAN

Pendidikan Matematik bukan sekadar untuk ilmu pengetahuan yang hanya pengiraan dengan pemetakan pelbagai cabang yang terasing. Matematik hidup dengan kesuburan konsepnya, mempunyai impian intuisi, dapat dilihat dengan bayangan visual, gambaran mental rupa rajah geometri, perumusan algebra dan simbol bahasa matematik. Abu Osman Mohamad Tap (2003) telah menyatakan matematik adalah idea yang bermakna dan bukan pungutan daripada simbol semata-mata. Oleh itu, pemahaman matematik tidak akan terhasil tanpa adanya motivasi dan perkaitan idea baru dan pengetahuan sedia ada. Maka, sebagai seorang pendidik seharusnya menggunakan pelbagai alternatif dan inisiatif dalam menarik minat murid dan memberikan motivasi kepada murid untuk meminati mata pelajaran matematik.

Jika kita lihat sekarang ini murid tidak begitu meminati mata pelajaran matematik ini adalah kerana mereka beranggapan mata pelajaran ini adalah sangat susah dan apabila mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mereka akan merasa hilangnya keyakinan diri dan motivasi dalam diri mereka sendiri akibat daripada itu semangat dan keyakinan dalam mata pelajaran ini akan melunturkan minat mereka. Bahagian Pendidikan Guru (2000) telah menjelaskan bahawa matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting dan merupakan mata pelajaran yang unik kerana kerana boleh diaplikasikan dalam semua mata pelajaran yang ada di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, sebagai seorang pendidik maka hendaklah sentiasa kreatif dan mampu menarik minat murid dalam memberikan idea dan pengalaman baru yang bermakna mengenai matematik kepada seorang murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Masalah penguasaan darab di kalangan murid-murid sekarang ini menjadi isu hangat yang diperkatakan. Melalui pengalaman pengkaji didapati murid-murid mengalami masalah dalam banyak perkara yang melibatkan pendaraban. Antaranya pengkaji telah memerhatikan hasil kerja murid-murid dalam topik pendaraban nombor bulat yang melibatkan nombor dua digit dengan satu digit. Murid-murid telah menjawabnya dalam kaedah bentuk lazim dan pengkaji mendapati mereka sering menghadapi masalah dalam pendaraban yang melibatkan nombor yang melebihi dua digit. Selepas melalui fasa yang seterusnya pengkaji mendapati mereka juga sering keliru dalam mendarab nombor mana yang didahulukan. Perkara ini berlaku kerana murid sering bertanya kepada pengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diberikan. Selain itu masalah yang sering berlaku juga apabila murid keliru menyatakan nilai tempat daalam kaedah bentuk lazim

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan Kaedah Kekisi. Kajian ini lebih berfokus kepada teknik menganalisis dokumen iaitu melalui lembaran kerja dan ujian pencapaian murid dalam pengumpulan data. Dalam kajian ini juga membincangkan konsep matematik, konsep pendaraban kekisi dan kajian kaedah pendaraban kekisi.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian dijalankan untuk:

a) Mengkaji tentang penggunaan Kaedah Pendaraban Kekisi dalam membantu murid menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

b) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden semasa mengaplikasikan kaedah Pendaraban Kekisi dalam menjawab soalan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

a) Adakah penggunaan Kaedah Kekisi mampu membantu responden menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit?

b) Apakah masalah yang dihadapi oleh responden semasa mengaplikasikan Kaedah Pendaraban Kekisi dalam menjawab soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun 4. Terdiri daripada 4 orang 2 orang lelaki dan dua orang perempuan dan dinamakan sebagai Responden A, Responden B, Responden C dan Responden D. Merupakan murid-murid yang lemah dan sederhana dalam akademik. Responden ini mempunyai sahsiah yang berbeza bagi dengan murid yang lain. Pengkaji telah memilih responden berdasarkan Ujian Diagnostik. Tujuan ujian ini adalah menilai murid yang lemah dalam topik yang difokuskan.

Jadual 1: Butiran ringkasan responden

Responden Umur Jantina Kaum Markah Ujian

Diagnostik (%)

Responden A 10 tahun Lelaki Iban 20

Responden B 10 tahun Perempuan Iban 30

Responden C 10 tahun Lelaki Iban 40

Responden D 10 tahun Perempuan Iban 40

PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1983) dalam model ini kajian dimulakan dengan kitaran pertama sekiranya isu dan kajian tidak dapat diatasi maka guru boleh melaksanakan kitaran kedua sehingga masalah

dapat diselesaikan. Dalam kitaran kedua, pengkaji mestilah membuat refleksi dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan di mana ia terdiri daripada 4 langkah dalam setiap lingkaran.

Kitaran 1: Merancang

Pengkaji telah menggunakan kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. Berdasarkan daripada pemerhatian ke atas murid-murid tersebut didapati murid banyak bertanya apabila tidak memahami bahagian-bahagian tertentu. Selain itu, didapati terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid tersebut. Sesetengah murid-murid belum menguasai kemahiran mendarab nombor 3 digit dengan nombor 2 digit. Disebabkan masalah ini pengkaji telah mengubah cara penyampaian dan mengubah amalan yang digunakan sebelum ini. Pengkaji telah menggunakan Kaedah Pendaraban Kekisi dalam membantu murid-murid memahami dan menyelesaiakan masalah dalam pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Pengkaji telah memilih cara mengumpul data dan menganalisis data.

Kitaran 1: Tindakan

Pengkaji mengenalpasti 4 orang responden. Responden diberikan penjelasan cara menggunakan Kaedah Pendaraban Kekisi. Pengkaji telah memberikan ujian penilaian pertama untuk melihat pencapaian murid yang pertama.

Kitaran 1: Pemerhatian

Setelah memperkenalkan kaedah Kekisi dan menyelesaikan soalan yang diberikan pengkaji telah menganalisis kedua-dua lembaran kerja yang diberikan pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi dan melihat cara responden menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan Kaedah Kekisi dan menganalisis ujian penilaian murid yang pertama.

Kitaran 1: Refleksi

Pengkaji membuat refleksi hasil daripada Kaedah Kekisi yang telah dijelaskan kepada responden dan pengkaji melihat sejauh manakah Kaedah Kekisi dapat membantu responden dalam menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Berdasarkan daripada hasil analisis yang diperolehi pengkaji telah meneruskan kajian dengan kitaran 2 berdasarkan hasi lembaran kerja yang diberikan.