Markah lembaran kerja 1 berbanding lembaran kerja 2
MENGUMPUL SEMULA
NORLIDA EMBONG
¹
ERNIE KHO SIAW NEE
²
ABSTRAK
Kajian Tindakan tertumpu kepada empat orang murid dari Tahun 5 di sebuah sekolah di Limbang sebagai responden kajian. Responden yang dipilih merupakan pelajar sederhana dan diajar dengan menggunakan Teknik Teman 10 bagi meningkatkan kemahiran menolak nombor dengan mengumpul semula. Kajian tindakan ini berasaskan kitaran model Kurt Lewin dan dijalankan sebanyak 2 kitaran. Instrumen kajian yang digunakan merupakan satu set soalan temu bual untuk mendapatkan maklumbalas dari pelajar, lembaran kerja dan pemerhatian untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik tersebut. Penggunaan Teknik Teman 10 mampu meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula.
ABSTRACT
The action research focused on four Year 5 pupils of a primary school in Limbang. These selected respondents were pupils of average proficiency level. They were taught using the “Teman 10” technique to reinforce their skills in subtraction with regrouping. This research was based on the Kurt Lewin Model of change. Three instruments were used to get feedbacks from the five pupils. The instruments were a set of interview question, worksheet and observation. The purpose of these instruments was to measure the change in respondent‟s proficiency level in subtraction with regrouping.
PENDAHULUAN
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang diklasifikasikan sebagai sukar. Kesukaran ini adalah kerana pelajar tidak memahami ayat matematik. Di Malaysia dan di seluruh dunia, Matematik telah dikenalpasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan oleh sebab itu, Matematik diajar di semua peringkat pendidikan (Wan Zah Wan Ali et al., 2005). Penguasaan pada peringkat awal dalam mata pelajaran Matematik dipercayai dapat mempengaruhi pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi serta berupaya mewujudkan masyarakat yang mampu mengaplikasikan Matematik secara berkesan dan bertangungjawab dalam aktiviti kehidupan seharian.
Sejajar dengan itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013- 2025 adalah memfokuskan enam ciri utama bahawa setiap murid perlu ada bersaing pada peringkat global. Antara ciri yang dititikberatkan ialah identiti nasional, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, pengetahuan dan kemahiran berfikir. “Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai
kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu”. Sumber, Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) Wawasan Pen. Agenda Pengisian. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Program i-THINK (inovatif-Terarah insan kreatif) juga merupakan satu program mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Seperti yang diketahui, penolakan adalah songsangan daripada penambahan. Penguasaan murid terhadap penolakan yang sentiasa dipandang remeh mungkin penyebab utama murid gagal menjawab soalan penolakan dengan tepat. Melalui hasil pemantauan, tinjauan dan temu ramah, pengkaji mendapati masih ada murid yang melakukan kesilapan dalam operasi penolakan terutama penolakan melibatkan pengumpulan semula. Teknik yang digunakan oleh murid mungkin sukar bagi sesetengah murid untuk memahaminya. Sebagai contoh, murid yang melakukan kesilapan dalam operasi tolak tanpa mengumpul semula. Antara kesilapan murid yang jelas dapat dilihat ialah penolakan dengan menterbalikkan nombor di bawah menolak nombor di atas.
Selain itu, murid belum memahami konsep penolakan di mana, penolakan adalah pengurangan. Namun kesilapan yang kerap juga dilakukan apabila murid menolak tanpa mengurangkan nombor di hadapan semasa melakukan operasi penolakan. Oleh yang demikian terdapat beberapa kemungkinan kecuaian murid dalam penyelesaian masalah ini adalah dengan latihan yang kaedah yang sesuai. Salah satu hasil kerja responden yang dipilih.
Rajah 1: Hasil kerja murid dalam latihan
Antaranya ialah kajian Zuraidah Jamahari (2011) juga telah menjalankan satu kajian mengenai penolakan dengan pengumpulan semula. Di dalam kajian tersebut, teknik “counting up” telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat peningkatan dalam pencapaian dan minat responden serta responden lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, Saiful Azali Hamdan (2012) juga telah menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah jari dalam penolakan dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian, responden telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menjawab soalan penolakan dengan pengumpulan semula.
Selain itu, bagi mempertingkatkan profesion perguruan, guru perlu bijak mencari metodologi bagi memperkembangkan potensi murid. Dalam kajian ini dapat
dirumuskan bahawa betapa profesion perguruan mempunyai peranan yang amat penting dalam menyelesaikan masalah dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik Teman 10 merupakan salah satu cara guru membimbing murid untuk menguasai salah satu kemahiran asas matematik dan menghilangkan rasa takut murid dalam matematik seterusnya memupuk nilai suka belajar kepada murid-murid.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mendedahkan teknik “Teman 10” dalam kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula berdasarkan masalah yang didapati di sekolah. Punca masalah dikenal pasti dan kaedah ‟Teman 10” diperkenalkan bagi membantu murid yang lemah dalam kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula. Pengkaji menyedari bahawa topik penolakan merupakan satu topik yang agak sukar untuk dikuasai oleh murid terutamanya yang melibatkan penolakan mengumpul semula. Menurut Greg Cruey (2008), penolakan merupakan satu idea yang bukan mudah difahami oleh murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3. Semakin besar nilai nombor, semakin jauh jarak pemisahnya, dan akhirnya murid-murid menjadi semakin sukar untuk mengumpul semula.
Dalam kajian Hishafinaz Hasbie (2013), Kaedah “Kawan Nombor” yang diperkenalkan olehnya merupakan kaedah yang belum diperoleh rujukannya dan penggunaannya di dalam mana-mana kajian. Namun begitu, kaedah ini merupakan adaptasi daripada sistem pengiraan abakus dalam penolakan yang diperoleh daripada Modul Abakus dan Aritmetik Mental (2010) di mana ianya menggunakan konsep “Kawan Besar” iaitu kombinasi dua nombor apabila ditambah menjadi 10. Dalam operasi tolak, konsep yang digunakan adalah sama dengan teknik teman 10 seperti yang pengkaji telah jalankan. Namun kajian ini masih belum diperluaskan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Oleh yang demikian, teknik “Teman 10” ini adalah bersesuaian untuk membantu murid dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Pelbagai kaedah dan cara yang dapat digunakan dan direka untuk mengatasi sesuatu permasalahan namun hendaklah disampaikan oleh guru dengan sebaiknya. Hal ini kerana penyampaian turut memainkan peranan dalam memastikan kejayaan sesuatu kaedah yang dikaji. Sesungguhnya kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 di sebuah sekolah untuk melakukan kemahiran asas menolak melibatkan pengumpulan semula. Objektif kajian ini ialah:
a) Untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menolak nombor dengan mengumpul semula dengan teknik Teman 10.
b) Membantu mengurangkan kesilapan murid dalam penolakan mengumpul semula dengan teknik Teman 10.
Soalan Kajian
a) Sejauhmanakah penggunaan penambahan teman 10 dapat meningkatkan penguasaan murid untuk penolakan mengumpul semula?
b) Bagaimanakah penambahan teman 10 membantu murid mengelak dari kesilapan penolakan mengumpul semula melalui latihan yang berulang kali?
KUMPULAN SASARAN
Sampel kajian adalah terdiri daripada empat orang murid dalam kelas tersebut. Responden yang dipilih merupakan murid sederhana dan diajar dengan pengajaran dan pembelajaran penolakan pengumpulan semula menggunakan teknik “Teman 10”. Antara aspek yang diambil kira apabila menjalankan kajian ini ialah kesilapan utama murid. Pengkaji menamakan kesemua responden ini sebagai responden 1 (R1), responden 2 (R2), responden 3 (R3) dan responden 4 (R4). Kesemua responden yang dipilih adalah dikalangan murid yang sederhana lemah.
PROSEDUR TINDAKAN
Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin. Reka bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali Kurt Lewin‟s Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.
Lewin telah menghuraikan penyelidikan tindakan sebagai satu data proses lingkaran yang mengandungi tahap-tahap tertentu. Menurut Lewin (1946, seperti yang dinyatakan dalam Akhia dan Shamsina, 2011) menyatakan, penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial. Mok Soong Sang (2010) juga menyatakan Kurt Lewin merupakan seorang ahli psikologi sosial. Kajian ini dijalankan dalam dua