• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panggilan Anda

Sesi 4 Anda Harus Siap

1. Mengetahui adakah mereka benar-benar memahami iman mereka.

2. Menyedari bahawa mereka perlu siap mengongsikan iman dan keyakinan mereka dengan penuh hormat kepada orang lain.

3. Memikirkan bagaimana mereka boleh sentiasa siap sedia untuk berkongsi keyakinan dan iman mereka.

Pilihan anda

Tujuan kegiatan ini adalah untuk membolehkan para peserta mengetahui apa yang mereka inginkan apabila mereka ke kolej atau keluar bekerja.

1. Bahagikan mereka dalam kumpulan 4 atau 5 orang. 2. Jelaskan senario ini pada mereka.

Bayangkan bahawa anda baru saja mengambil keputusan memilih sebuah kolej/universiti/pekerjaan setelah berbulan-bulan mencari. Ia memiliki semua program yang anda sukai, tempat belajar/bekerja yang hebat, dan beberapa kawan anda juga akan memohon untuk memasuki kampus/syarikat tersebut. Tiba-tiba orang tua anda membantah. Mereka telah melakukan kajian sendiri dan mendapati ada sebuah kolej Kristian yang menawarkan jurusan yang sama (atau orang tua anda berpendapat pekerjaan di kampung lebih baik dan selamat). Mereka memikirkan adalah lebih baik anda ke sana untuk kebaikan rohani anda, lagipun anda akan mempunyai banyak teman-teman seiman yang akan membantu anda.

3. Minta mereka untuk berfikir tentang apa yang mereka lakukan dan minta mereka memberikan alasan.

4. Kemudian pilih seorang dalam setiap kumpulan untuk mengongsikan apa yang sudah mereka bincangkan.

Panduan Pembimbing: Sesi 4

68 Melalui jawapan yang mereka berikan, anda akan mendapat tahu pemahaman mereka tentang kepercayaan dan iman Kristian. Jelaskan kepada mereka mengapa penyataan 2, 7, 8, 9, 11, 14 dan 15 adalah salah.

Anda mungkin ingin mereka untuk membincangkan atau berkongsi mengapa mereka menempatkan tanda tanya atau sifar di beberapa kenyataan.

A. Pengenalan

1. Bukan sahaja ianya penting untuk memahami apa yang anda percaya, tetapi juga menjelmakan apa yang anda percaya dalam kehidupan anda.

2. Jika keyakinan dan kepercayan anda kepada Yesus hanya di kepala sahaja, maka anda akan berada dalam masalah yang serius apabila anda mulai hidup dan berinteraksi dengan orang lain di kolej/tempat kerja.

3. Tidak mengambil masa yang lama untuk anda tinggal di kampus seperti orang lain, apa lagi bila anda sudah mulai berpendapat Allah bukanlah Tuhanmu lagi yang anda akan dengar dan patuhi. Maka, anda akan mulai mengikuti apa saja orang lain katakan atau lakukan.

4. Anda perlu mengambil ketuanan Yesus secara serius dalam hidup anda sebelum anda memulakan kehidupan baru di kolej atau di bandar.

5. Bagaimanapun, hidup setia sebagai seorang Kristian hanyalah satu satu daripada masalah-masalah yang akan anda hadapi. Masalah yang lain adalah penyangkalan secara terbuka bahkan penen-tangan kepada iman anda.

6. Bagaimanakah anda menangani apabila pensyarah atau teman-teman anda dengan sengaja mengajukan soalan yang membuatkan anda merasa tidak selesa?

7. Mari kita lihat apakah yang dilalui oleh Rasul Paulus ketika ditentang untuk menyampaikan firman.

B. Mari Belajar Dari Pengalaman Rasul Paulus 1. Minta mereka melihat Kisah Rasul-Rasul 17:16-34.

2. Suruh beberapa orang untuk membaca bahagian ini. Kemudian minta mereka untuk menjawab soalan ini:

69

O B O R B e l i a B u k u 1 6

a. Apakah yang membuat Paulus sedih ketika berada di Athens (ayat 16)? (Melihat kota itu penuh dengan patung-patung

berhala)

b. Apakah respon Paulus? (ayat 17)? (Berbincang tentang Injil

dengan orang Yahudi dan orang Yunani yang takut akan Allah di rumah ibadat, dan sesiapa sahaja yang ditemui di pasar akan mendengar)

c. Bagaimana reaksi ahli falsafah yang berpengetahuan

terhadap Paulus (ayat18-20)? (Ada yang mengejek dengan

memanggil Paulus mulut murai tetapi yang lain sangat hairan tentang apa yang diperkatakan oleh Paulus dan mereka mahu tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang dikatakan oleh Paulus.)

d. Apabila Paulus menjelaskan latar belakangnya, adakah

Paulus menimbulkan kemarahan pendengarnya (ayat 22-23)? (Tidak. Dia tidak merendahkan kepercayaan mereka,

sebaliknya Paulus cuba menjelaskan kepercayaannya. Dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kepercayaan, perhatian dan membincangkan imannya dengan mengaitkan kepercayaan mereka)

e. Senaraikan lima perkara yang Paulus nyatakan tentang

Allah ketika dia memperkenalkan iman Kristiannya (ayat 24 -31). (Allah adalah pencipta segala sesuatu dalam alam

semesta; Dia tidak tinggal di kuil-kuil buatan manusia; Dia tidak memerlukan orang untuk menjaga Dia; Dia adalah sumber dan pemberi hidup; Kita adalah anak-anak-Nya kerana Dia memberikan kita kehidupan; Kerana Dia adalah Pencipta, Dia tidak boleh menjadi seperti hasil ukiran perak, emas atau batu; Dia mahu orang mencari Dia; Pada masa lalu, Dia mengizinkan manusia menjadi jahil tetap kini Dia mahu supaya setiap orang bertaubat dan kembali kepada-Nya; Dia telah menentukan satu masa penghakiman melalui Yesus yang telah dibangkitkan dari antara orang mati.) f. Menurut Paulus, apakah bukti yang Tuhan berikan untuk

menunjukkan bahawa semua ini adalah benar (ayat 31)?

(Dia membangkitkan Yesus Kristus dari antara orang mati sebagai bukti bahawa kita semua akan dibangkitkan dari kematian pada hari kiamat)

g. Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap Paulus (ayat

32-34)? (Ada di antara mereka yang mengejek, namun ada

juga yang mendengar dan percaya dan mengikut Paulus)

Panduan Pembimbing: Sesi 4

70 Apa yang anda dapat pelajari daripada contoh kehidupan

Paulus, terutama tentang apa yang dapat anda responkan apa-bila anda berada dalam situasi di mana iman anda dipersoal-kan dan dicabar? (Minta mereka rujuk Kolose 2:8 dan 1 Petrus

3:15-16).

4. Kemudian minta seorang dari setiap kumpulan untuk mengongsikan respon mereka terhadap situasi ini.

Ada dua perkara yang dapat kita pelajari dari Paulus: 1. Sentiasa Bersiap

a. Jika anda percaya bahawa Injil adalah berita yang terbaik yang anda miliki, maka anda harus bersiap untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat.

b. Ketika Paulus melihat bahawa orang-orang disekelilingnya ramai yang tidak mengenal Allah, dia sangat terganggu dan sedih. Begitulah juga yang harus kita rasakan setiap kali kita bertemu dengan orang yang belum mengenal Allah.

c. Jika anda pergi ke kolej atau di tempat kerja yang baru, anda tidak harus mempunyai sikap untuk menjadi sama seperti orang lain atau tidak mahu mengaku sebagai orang Kristian.

d. (Minta mereka merujuk dalam Roma 1:16.) Paulus memanggil kita untuk tidak merasa malu terhadap Injil. Tidak ada sebab mengapa kita harus malu menjadi sebagi seorang Kristian. Mengapa kita perlu sedemikian jika kita percaya bahawa ia akan menyelamatkan rakan-rakan dan pensyarah kita dari penghakiman dan membawa mereka mengenal Allah?

e. Petrus memberitahu anda untuk selalu bersiap dengan meletak-kan Kristus sebagai Tuhan yang terutama dalam kehidupan anda. Bila ini terjadi orang akan melihat suatu perbezaan dalam kehidupan anda, kemudian mereka mahu tahu mengapa anda seperti itu. Anda harus siap untuk menjawab pertanyaan mereka. (1Petrus 3:15).

f. Alkitab mengatakan bahawa kita harus bersiap sedia dan jangan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab yang sudah dipercayakan kepada kita iaitu menjadi saksi Allah walau di mana pun kita berada.

2. Sentiasa Besikap Ramah

a. Pada masa yang sama, anda tidak dipanggil untuk memegahkan diri apabila mengongsikan kepercayaan dengan

orang lain.

b. Paulus sangat peka kepada orang-orang Athens ketika dia mengongsikan kepercayaannya kepada mereka. Dia tidak

O B O R B e l i a B u k u 1 6

71

merendah-rendahkan kepercayaan mereka melainkan mengambil peluang itu untuk membawa mereka mengenal Allah. (Kisah Rasul-Rasul 17:22-23)

c. Petrus memberitahu anda untuk memberikan alasan tentang iman kepercayaan anda dengan lemah lembut dan hormat (1 Petrus 3:15-16). Anda harus berkongsi kepercayaan anda dengan bijaksana dan jelas. Anda tidak perlu berkompromi hanya untuk membuat Kristian itu dapat diterima dengan baik. d. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengongsikan

dengan ikhlas dan jelas. Sementara tanggungjawab orang yang mendengar adalah untuk memberi respon.

e. Tapi sedarlah bahawa menjadi saksi tidak hanya bererti ber-kongsi kebenaran tentang Kristian tetapi juga bermaksud untuk berkongsi pengalaman secara perbadi anda dengan Allah dalam hidup anda. Inilah yang dimaksudkan oleh Petrus bila dia mengatakan bahawa anda harus memberi alasan untuk pengharapan yang anda miliki. Anda adalah bukti hidup bagi Allah tentang apa yang sudah Dia lakukan untuk anda dan akan terus melakukan itu.

C. Mengenal Firman Allah

1. Jaga Kehidupan Rohani Anda.

a. Anda harus menjaga kehidupan rohani anda. Maksunya, anda mesti menjaga hubungan anda dengan Allah.

b. Allah adalah sangat penting dalam kehidupan anda. Jangan cuba untuk melupakan itu. Anda harus memastikan supaya anda semakin bertumbuh dan memperdalamkan hubungan dengan Tuhan secara berterusan terutama ketika anda berada di kolej.

c. Anda harus menyisihkan masa khusus untuk Dia setiap hari dalam hidup anda.

d. Adalah mudah untuk kita mengenepikan Tuhan dari jadual harian anda terutama di tengah-tengah kesibukan pengajian anda, peperiksaan, rakan-rakan dan perkara-perkara baru yang menarik.

e. Perkara utama yang anda harus lakukan dan selesaikan sebelum anda keluar dari rumah adalah meluangkan masa untuk Allah setiap hari. Luangkan masa untuk membaca, merenung firman, berdoa, menyembah Dia setiap waktu. Dalam kata yang lain ambil masa untuk mengenal Allah.

f. Mempelajari firman Allah, berdoa dan menyembah Allah ada-lah asas rohani di mana setiap orang Kristian harus mendisiplinkan diri untuk menjadikan rutin dalam kehidupan.

Panduan Pembimbing: Sesi 4

72 Bukan mudah, tetapi inilah yang dikatakan sebagai disiplin. g. Ia memerlukan anda berusaha dengan lebih tekun. Anda

mungkin gagal berkali-kali tetapi jika anda terus berusaha, anda akan menemui kejayaan jauh melebihi segala kesukaran yang anda lalui.

2. Bertumbuh Dalam Kehidupan Rohani Anda

a. Berusaha untuk terus bertumbuh dalam kehidupan rohani anda. b. Untuk bertumbuh, anda harus menjadikan firman Allah sebagai

makanan rohani. Anda perlu membaca, merenung firman Allah. Ini adalah sesuatu yang harus anda lakukan setiap hari dalam hidup anda.

c. Tanpa bekalan makanan fizikal anda akan lemah dan mati.

Begitu juga halnya tanpa makanan rohani anda juga akan lemah dan mati secara rohani.

d. (Minta mereka mencari cara yang lain untuk mereka bertumbuh secara rohani)

e. Cara lain ialah pengajaran dari mimbar setiap Ahad dan

perbincangan dalam persekutuan serta kelompok sel. Adalah sangat penting anda manghadirkan diri dalam setiap Kebak-tian Ahad dan menjadi ahli untuk persatuan KrisKebak-tian di kampus.

f. Anda seharusnya mengambil peluang untuk mengikuti kem,

seminar dan bengkel kerana ini sangat membantu anda untuk bertumbuh dalam rohani dan menguatkan lagi iman anda.

g. Membaca buku-buku rohani juga akan membantu menguatkan lagi iman dan hubungan anda dengan Allah.

h. Semua ini memerlukan satu syarat asas, iaitu sikap yang benar.

Anda perlu memiliki sikap yang benar tentang komitmen anda kepada Allah dan apakah yang berharga dalam hidup anda.

i. Berazamlah dari awal-awal lagi untuk membuat komitmen

menerima Yesus sebagai Tuhan secara perbadi apabila berada di kolej. Kemudian persiapkan hati anda untuk berdiri teguh, bertumbuh dan menjadi saksi untuk menjangkau orang di sekeliling anda.

Tutup sesi ini dengan komitmen para peserta kepada Tuhan. Berdoa bagi mereka agar mereka menempatkan Kristus sebagai Tuhan dalam kehidupan mereka. Berdoa agar mereka berkomitmen untuk berkongsi kepercayaan mereka di mana sahaja mereka berada.

Pencetus Minat

O B O R B e l i a B u k u 1 6

73

Objektif-Objektif Sesi

Dokumen terkait