Panggilan Anda
Sesi 3 : Anda Harus Mengakar
E. Carilah Gereja dan Persekutan Yang Betul
a. Pada sesi yang lepas, anda telah mempelajari dari Daniel and rakan-rakannya di mana anda harus bertekad mencari satu penyelesaian walaupun sebelum memasuki kolej atau ke bandar untuk bekerja. Anda harus bertekad untuk memper-tahankan kehidupan anda sebagai orang Kristian dengan penuh kesetiaan dan berani.
b. Anda perlu mempersiapkan hati dan minda anda walaupun sebelum anda memulai. Ini adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan.
c. Perkara kedua yang perlu anda lakukan ialah berkaitan dengan apa yang telah anda pelajari. Anda harus bergabung dengan satu komuniti orang-orang yang percaya untuk mempelajari Firman Allah, berdoa dan bersekutu bersama.
d. Ini bermaksud dari awal-awal lagi (2 minggu yang pertama), anda perlu mencari:
i. Gereja yang boleh anda ikuti kebaktiannya.
ii. Persekutuan pelajar atau Kristian yang anda boleh sama-sama bertumbuh dan melayani.
e. Ini bukanlah sesuatu yang anda boleh berlenggah-lenggah. Jika anda tidak menempatkan diri anda dengan persekutuan orang Kristian atau gereja, peluang anda untuk melakukan hal yang lain sangat terbuka. Bila itu berlaku, akan tiba masanya anda menempatkan Allah sebagai tempat yang kedua dalam kehidupan anda.
f. Menyembah bersama dengan umat Allah adalah keutamaan yang kritikal. Itu bukan satu pilihan!
g. Kebanyakan kampus sekarang mempunyai persekutuan pelajar atau sekurang-kurangnya mempunyai kelompok untuk mereka berkumpul bersama. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencari dan tidak hanya menunggu seseorang untuk mengajak anda.
h. Ambil inisiatif untuk mencari dan bertanya. Ini sama juga dengan usaha anda mencari gereja. Sesetengah gereja menyediakan pengangkutan untuk pelajar atau jemaat yang datang berbakti di gereja itu.
65
O B O R B e l i a B u k u 1 6
gereja. Biasanya pengangkutan awam juga senang didapati. Anda tidak perlu sampai ke tahap di mana anda perlu berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke gereja seperti yang terjadi di beberapa negara lain.
j. Soal yang penting adalah gereja dan persekutuan yang bagaimanakah yang anda kehendaki? Berikut ada beberapa panduan.
k. Panduan untuk mencari gereja:
i. Pengajaran gereja mestilah berpandukan Firman Allah. Selidiki melalui Pastor atau kaunselor anda jika anda tidak pasti bagaimana pengajaran gereja itu, teruta-mannya jika tidak ada sesiapa yang kenal dengan gereja itu.
ii. Gereja yang berlainan mempunyai amalan atau cara menyembah yang berbeza. Anda harus mempertim-bangkan mana satu yang anda merasa selesa dan dapat menyembah dengan bebas dan merasakan hadirat Allah.
iii. Ia sangat membantu sekirannya jemaat di sana sangat mengambil berat dan mesra. Tetapi anda juga harus membolehkan mereka menjangkau anda, bukan hanya menunggu orang lain untuk menjangkau anda.
iv. Ia seharusnya sebuah gereja yang anda fikir boleh membantu anda untuk bertumbuh dalam iman, di mana Firman Allah disampaikan dengan tepat dan betul. v. Tetapi apa yang sangat penting ialah berdoa. Berdoa
dan tanya kepada Allah untuk memimpin anda kepada gereja yang betul.
vi. Kemudian bila anda sudah menemukan sebuah gereja, kembali dan selidikinya dengan pastor atau kaunselor anda.
l. Anda juga harus terlibat dalam persekutuan Christian di kolej atau tempat kerja anda. Gereja adalah terlalu besar untuk memberi dan menyediakan perlindungan kerohanian dan pertanggungjawaban untuk anda. Kumpulan yang kecil seperti persekutuan pelajar di kolej boleh melakukan itu.
m. Di samping itu, persekutuan itu juga memberi anda peluang untuk betemu dengan pemuda-pemudi yang lain yang pernah melalui pengalaman dan pergumulan yang sama. Anda boleh saling mendorong antara satu dengan yang lain.
n. Biasanya persekutuan ini mempunyai kelompok-kelompok sel yang lebih kecil sama ada untuk berdoa, belajar tentang firman Allah atau untuk saling menyokong. Sebab itulah sangat
66
Panduan Pembimbing: Sesi 3
penting bagi anda untuk menjadi ahli atau ikut serta dalam persekutuan ini supaya anda boleh berdoa dan mendapat sokongan moral.
o. Ini adalah satu kelompok pertanggungjawaban yang sangat baik untuk anda juga. Ini juga membantu anda untuk mem-perkembangkan atau mempertingkatkan cara pergaulan anda dengan rakan-rakan yang lain di kolej.
p. Bagi anda yang memiliki karunia memimpin atau mengetuai, dan pernah melayani dalam persekutuan pemuda pemudi, melanjutkan pelajaran ke kolej bukan alasan bahawa anda akan berehat dari melayani Allah.
q. Anda semua perlu berdoa tentang di mana dan bagaimana Allah mahu anda melayani. Pergi ke kolej atau bandar mencari pekerjaan bukan masanya untuk anda meninggalkan karunia anda. Tetapi sangat baik untuk anda memperkembangkan apa yang Allah sudah karuniakan kepada anda dan mencari lagi apa yang Allah mahu berikan. Anda boleh memilih untuk melayani Kristus dalam gereja atau dalam persekutuan kelompok sel.
r. Sebab itulah sangat penting sebelum anda melanjutkan pelajaran ke kolej bahawa anda sudah merancang dalam minda anda bahawa anda akan pergi ke sana berakar di gereja dan dalam persekutuan kolej. Inilah cara untuk anda bertumbuh dan berkembang dalam kehidupan Kristian. Jangan sampai menjadi seperti yang lain di mana mereka tidak bertumbuh dan iman mereka lemah lalu mereka jatuh.
Aktiviti Tambahan1. Ada baiknya jika anda dapat mendorong anak-anak muda yang sudah lama tidak menghadiri persekutuan dengan mengirimkan surat atau telefon untuk mendorong mereka. Anda harus lakukan sekiranya anda kenal dengan mereka. Ingatkan para peserta untuk mendoakan rakan-rakan ini.
2. Ingatkan para peserta bahawa mereka harus ingat apa yang mereka pelajari dalam sesi hari ini jika mereka tidak mahu berakhir seperti rakan-rakan mereka yang jatuh.
3. Tutup sesi ini dengan membaca doa Paulus kepada Orang-orang Kristian di Efesus dari Efesus 3:14-21. Baca sebagai doa dan komitmen para peserta kepada Tuhan.
Pencetus Minat
67
O B O R B e l i a B u k u 1 6
Aktiviti Bersama
Objektif-Objektif Sesi