• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pandanglah Kepada Yesus 1. Yesus Berdoa

Panggilan Anda

Sesi 1: Masa Untuk Berdikari

C. Pandanglah Kepada Yesus 1. Yesus Berdoa

a. Doa merupakan perkara yang sangat penting bagi Tuhan Yesus dan dalam kehidupan harian-Nya. Kita sering menemui di dalam firman Tuhan tentang Yesus mengasingkan diri untuk berdoa secara bersendirian. (Markus 1:35; Lukas 9:18; 11:1).

b. Oleh kerana itu, Yesus dapat berkata bahawa DIa selalu menga-takan apa yang dikamenga-takan oleh Bapa-Nya (Yohanes 8:27-29) dan Yesus melakukan apa yang dilakukan oleh Allah Bapa (Yohanes 5:19-20).

c. Tidak ada perkara yang sangat kecil ataupun sangat besar yang tidak boleh kita nyatakan kepada Tuhan dalam doa. Jika anda belajar mencari Tuhan atas apa yang harus anda lakukan, Dia pasti akan menunjukkan kepada anda sama seperti yang Dia nyatakan kepada Yesus.

d. Ketika Yesus ingin mengetahui siapakah bakal 12 orang yang akan menjadi pengikut-Nya, Yesus menghabiskan sepanjang malam untuk berdoa (Lukas 6:12). Dan bila pagi menyinsing, Dia sudah menge-tahui dengan pasti siapakah murid yang harus dipilih.

e. Hal yang sama ketika Yesus hendak memutuskan samada untuk terus tinggal di Kapernaum atau bergerak ke kampung yang lain. (Markus 1:35). Setelah selasai berdoa, Dia mengetahui dengan pasti apa kehendak Allah. Jadi Yesus dapat memberitahu pengikut-pengikut-Nya untuk pergi ke kampung yang lain untuk menyampaikan

Panduan Pembimbing: Sesi 1

48 kebenaran firman Tuhan. (Markus 1:38-39).

f. Yesus menyedari terdapat orang-orang yang perlu dilayani-Nya di Kapernaum juga. Dia perlu tahu apakah rancangan Allah untuk Dia. Dan satu-satunya cara adalah Yesus datang kepada Bapa dalam doa.

g. Kadang-kadang kita mungkin mengetahui rancangan Tuhan, namun kita masih ingin mengatakan perkara itu dengan Tuhan. Seperti juga Yesus ketika di Taman Getsemani (Matius 26:36-46). Yesus memohon jika boleh, agar Allah mengubah rancangan-Nya. Namun Allah menunjukkan dengan jelas bahawa itu tidak akan terjadi.

h. Jika anda sungguh-sungguh ingin mengikuti Yesus dan mahu hidup sesuai dengan rancangan Tuhan, maka anda harus datang kepada Tuhan dalam doa.

i. Ini adalah satu-satunya cara anda dapat mengetahui rancangan dan kehendak Tuhan dalam kehidupan anda. Yesus sendiri harus berdoa untuk mengetahui rancangan Allah dalam hidup-Nya.

j. Jadi anda harus mula berdoa kepada Tuhan dari sekarang, walau-pun anda belum merancang apa-apa.

k. Kedua, janganlah datang kepada Tuhan dengan sekadar doa-doa pemohonan yang tidak sepenuh hati atau tidak sungguh-sungguh, atau mengungkapkan beberapa patah perkataan sahaja dalam doa dan terus berharap supaya Tuhan mendengar dan terus menjawab.

l. Ini merupakan satu keputusan yang sangat penting dalam kehidupan

anda. Anda perlu datang kepada Tuhan untuk menyatakan permohonan anda.

m. (Suruh mereka merujuk Lukas 6 dan Matius 26 untuk mengetahui

bagaimana Yesus berdoa untuk mengetahui kehendak Bapa dalam hidup-Nya. Juga suruh mereka merujuk kepada Lukas 22:39-44).

n. Bagaimana Yesus berdoa ketika Dia ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi murid-Nya? (Biarkan mereka mmberi respon). o. Itu merupakan satu keputusan yang sangat besar dan Dia perlu

mengetahui secara pasti siapakah yang benar-benar berkenaan pada Bapa. Dia berdoa dengan penuh kesungguhan dan tekun. Dia sebenarnya berdoa sepanjang malam.

p. Bagaimana saat Dia dihadapkan dengan salib? (Biarkan mereka

mmberi respon).

q. Tiga kali Dia bergumul dengan Allah. Dia sangat terseksa dengan keputusan Bapa. Dia berdoa bersungguh-sungguh, sehingga Lukas mengatakan bahawa peluh yang mengalir dari-Nya seperti titisan darah.

r. Adakah anda pernah berdoa dengan sungguh-sungguh seperti itu untuk mengetahui apakah tujuan Tuhan bagi diri anda? (Biarkan

49

O B O R B e l i a B u k u 1 6 mereka memberi respon).

s. Sering kali kita tidak bersungguh-sungguh dan bersemangat ketika datang kepada Tuhan. Namun kita berharap agar Tuhan terus menjawab kita, seperti kita menganggap Dia adalah mesin penjawab doa.

t. Dan kadang-kadang kita datang kepada-Nya dengan sikap yang tidak sungguh-sungguh mengharapkan Dia akan menjawab kita. u. Mulailah dari sekarang untuk mencari Tuhan dengan

sungguh-sungguh dan bertekun dalam doa bagi masa hadapan anda. Dan memohon agar Tuhan memberi petunjuk yang jelas apakah bidang yang anda perlu pelajari, apa pekerjaan yang Dia telah sediakan dan di mana anda akan ditempatkan.

v. Dia adalah Bapa Syurgawi anda yang telah menyediakan rancangan yang terbaik bagi masa hadapan anda. Tidakkah anda mengetahui bahawa Dia akan menyatakannya kepada anda, jika anda benar-benar ingin mengetahuinya daripada-Nya?

2. Yesus Melakukan

a. Kadang-kadang kita tidak begitu pasti apakah kehendak kita itu sama seperti yang Tuhan kehendaki.

b. Jika anda telah sungguh-sungguh mencari Tuhan dan anda masih tidak yakin bahawa Tuhan sudah menunjukkan anda, dan anda masih perlu membuat keputusan tertentu, maka teruskan dan lakukan apa yang anda ingin lakukan.

c. Tuhan tidak akan membiarkan kita berjalan keluar dari kehendak-Nya jika kita sungguh-sungguh ingin mengikuti kehendak

Tuhan dalam hidup kita. Jika anda telah membuat kesilapan, Dia pasti akan ‘menarik’ anda kembali dan tunjukkan kepada anda di mana kesilapannya.

d. Setelah anda berdoa dengan sungguh-sungguh, berjalanlah dalam iman dan lakukkan apa yang terbaik menurut firasat anda.

e. Alkitab ada menyatakan bahawa setelah Yesus selesai berdoa, Yesus bertindak atas apa yang perlu dilakukan. Walaupun Dia harus bergumul seperti di Taman Getsemani, Yesus melakukan apa yang Dia rasakan sesuai dengan kehendak Bapa.

f. Jika Tuhan menunjukkan sesuatu kepada anda, maka anda perlu lakukan sama seperti Yesus menuruti Bapa. Kadang-kadang kita ragu-ragu dan enggan melakukan kerana kita tidak begitu menyukai apa yang telah Tuhan rancangkan untuk kita. Jadi kitapun memberi alasan bahawa kita tidak pasti tentang apa yang sudah Tuhan tunjukkan kepada kita.

g. Jika anda memiliki satu perhubungan yang benar dan baik dengan Tuhan, dan tidak ada dosa atau pengingkaran dalam kehidupan

Panduan Pembimbing: Sesi 1

50 anda, maka tidak ada alasan kenapa Tuhan tidak menyatakan kehendak-Nya pada anda.

h. Pada akhirnya, anda harus bersedia untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh Tuhan dan bukannya apa yang anda kehendaki. Maka anda pasti akan dapat mendengar dan mengetahui dengan jelas apa rancangan Tuhan bagi anda.

i. Anda perlu bersiap untuk berhadapan segala kemungkinan, di mana Tuhan mungkin menghendaki anda berpuasa dan berdoa untuk mengetahui kehendak-Nya. Ada masa-masa tertentu Tuhan akan menguji kita untuk melihat tahap kesungguhan kita dalam mencari kehendak dan rancangan-Nya untuk kehidupan kita.

j. Anda perlu mengetahui bahawa doa dan puasa bukanlah cara kita memeras tangan Tuhan untuk memaksa Dia menjawab doa anda. Tuhan senang umat-Nya mengetahui rancangan dan kehendak-Nya walaupun tanpa bertanya kepada-Nya.

k. Apabila anda datang kepadaNya, maka itu adalah cara anda menyatakan isi hati anda kepada Tuhan bahawa anda berharap sepenuhnya kepada-Nya, terutama sekali tentang hal-hal yang penting terhadap anda, iaitu masa hadapan anda.

l. Dan bila Tuhan telah menunjukkan kepada anda, maka lakukanlah dengan penuh keyakinan sama seperti yang dilakukan oleh Yesus. Yakinlah bahawa Tuhan akan selalu berserta dan membimbing anda.

m. Anda perlu ingat bahawa Dia bukan selalunya akan menunjukkan segala-galanya kepada anda.

n. Percayalah kepada Tuhan bahawa Dia akan menuntun setiap langkah anda. Apa yang harus anda lakukan adalah untuk mematuhi-Nya bila Dia menunjukkan selangkah demi selangkah kepada anda. Jangan tergesa-gesa untuk mahu mengetahui segalanya.

o. Belajar untuk berjalan selangkah demi selangkah kerana itu adalah cara Tuhan membentuk anda dalam proses kehidupan ini. Begitulah kehidupan yang perlu dilalui dengan iman di sepanjang hayat anda.

Minta mereka saling mendoakan satu dengan yang lain. Tutup sesi ini dengan memberi ruang kepada para peserta waktu bersama Tuhan, berdoa untuk mereka supaya mulai saat ini, mereka akan mencari tujuan hidup mereka yang sebenar dan menyerahkan segala persoalan dan pergumulan kepada Tuhan dengan doa yang berterusan.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

51

Persediaan untuk Minggu Hadapan

Jemputlah beberapa orang dari gereja atau organisasi anda untuk datang dan berkongsi pengalaman dan masalah yang pernah mereka lalui ketika mereka pertama sekali keluar berdikari jauh dari keluarga. Mungkin di antara mereka adalah lulusan dari universiti atau kolej, atau mereka yang masih lagi belajar di kolej, atau mereka yang baru bekerja di bandar.

Panduan Pembimbing: Sesi 2

52 Objektif-Objektif Sesi

Pencetus Minat

Dokumen terkait