• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menginginkan Kehendak Tuhan

Panggilan Anda

Sesi 7: Menginginkan Kehendak Tuhan

1. Menyedari bahawa tidak cukup bagi mereka untuk menge-tahui kehendak Tuhan, mereka harus menginginkannya.

2. Mempelajari sikap yang mereka perlu terapkan sekiranya mereka mahu terbuka untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam kehidupan mereka.

3. Mempertimbangkan bahagian-bahagian di mana mereka ingin mengetahui kehendak Tuhan bagi mereka.

Itukah Kehendak Mu?

Tujuan aktiviti ini ialah mendapatkan beberapa orang daripada para peserta untuk melakonkan perbualan satu hala di antara mereka dengan Tuhan. Ahli kumpulan yang lain akan meneka apakah topik perbualan tersebut.

1. Sediakan beberapa helai kertas dan tuliskan arahan tersebut ke atasnya.

Tuhan baru sahaja memberitahu anda yang anda harus berpisah dengan teman lelaki/wanita anda dan anda sedang cuba meyakinkan Tuhan sebaliknya.

Allah menginginkan anda untuk menjadi penginjil di Semenanjung Arab. Anda langsung tidak berkenan. Anda kemudian ingin meyakinkan Tuhan bahawa Dia telah memilih orang yang salah kerana anda bukanlah orang yang sesuai.

Allah menyatakan bahawa anda agak kasar terhadap adik-beradik anda. Dia ingin anda untuk meminta maaf daripada mereka tetapi anda tidak bersetuju dengan-Nya.

Anda baru sahaja menerima panggilan daripada Tuhan dan Dia menegur anda berkaitan kata-kata anda. Anda berfikir bahawa ia tidak salah kerana bahasa sedemikian adalah umum di kalangan muda-mudi zaman sekarang. Kemudian anda ingin menerangkan situasi anda kepada Tuhan.

2. Panggil beberapa sukarelawan.

3. Terangkan bahawa mereka dikehendaki berlakon sedang berbual dengan Tuhan melalui telefon.

4. Ahli kumpulan yang lain dikehendaki untuk meneka topik perbualan tersebut.

Renungan Firman Tuhan

86

Panduan Pembimbing: Sesi 7

5. Berikan para sukarelawan beberapa minit untuk berfikir sebelum mereka mula berlakon.

6. Tanya mereka yang telah mengambil bahagian apakah perasaan mereka.

A. Pengenalan

1. Pada pendapat anda, apakah watak yang telah mereka lakonkan? 2. Walaupun ia hanyalah lakonan semata-mata, keadaan tersebut

lebih kurang sama dengan kehidupan seharian kita, bukan?

3. Selalunya mudah bagi kita untuk memberitahu Tuhan apa yang kita ingin Dia lakukan.

4. Walau bagaimanapun, bila keadaan menjadi sukar, kita seringkali melemparkan alasan mengapa kita tidak ingin mengikuti kehendak-Nya.

5. Dalam sesi pembelajaran sebelumnya, kita telah mempelajari untuk dipimpin oleh Allah ialah melakukan kehendak-Nya.

6. Tidak cukup hanya mengetahui kehendak Tuhan bagi kita. Tetapi kita juga harus menginginkan apa yang Dia kehendak untuk kita. 7. Sesi kali ini akan menyentuh apa yang perlu ada pada diri kita

bagi mengetahui kehendak Tuhan dan melakukannya. B. Keadaan Hati

1. Dalam sesi sebelumnya, kita telah mempelajari ada beberapa cara yang Tuhan akan gunakan untuk memimpin kita mengetahui kehendak-Nya.

2. Walau bagaimanapun, untuk mendengar Tuhan dengan jelas, kita harus mempunyai hati dan sikap yang tepat dan benar.

3. Alkitab menunjukkan seorang yang mempunyai sikap tersebut. Orang tersebut ialah Daniel.

4. Kita meilhat Daniel menjalani hidupnya dengan menurut perintah Tuhan. Dia mempu untuk mengetahui kehendak Tuhan dan mematuhinya.

5. Apakah yang dimiliki oleh Daniel sehingga dia mempu untuk mengetahui kehendak Tuhan dan hidup menurutnya?

6. Daniel memiliki sikap-sikap berikut:

a. Dia Berkongsi Hati Allah (Daniel 1:1-21)

i. Daniel tidak mempunyai masalah dalam mengetahui apakah kehendak Allah baginya dan kawan-kawannya (ayat 18) kerana dia mengetahui Firman Allah. Dia tahu sebagai pengikut Allah, dia tidak boleh makan makanan yang

O B O R B e l i a B u k u 1 6

87

tertentu.

ii. Oleh sebab itu, dia tidak payah berdoa meminta Tuhan untuk menyatakan kehendak-Nya bagi dia.

iii. Dia tahu apa yang akan menyenangkan Tuhan dan memuliakan-Nya.

iv. Berdasarkan pegangan inilah dia terus berusaha untuk menyenangkan Tuhan di setiap pekerjaannya. Dia lebih mengambil berat untuk melakukan apa yang menyenangkan Tuhan daripada menyenangkan hati manusia.

v. Sama seperti Daniel, anda harus menyelami Firman Tuhan - mempelajari, menghafal dan hidup di dalamnya.

vi. Anda harus mengetahui Firman Tuhan untuk mengetahui hati Allah. Tetapi hanya mengetahui Firman Tuhan sahaja tidak mencukupi.

vii. Untuk mengenal Tuhan dan mendengarkan Dia, anda perlu menyayangi dan menghargai apa yang penting bagi-Nya. Hanya demikian barulah anda mampu untuk hidup di dalamnya.

b. Dia Menginginkan Kehendak Allah (Daniel 4:18-37)

i. Daniel ingin mengetahui dan melakukan kehendak Tuhan tanpa mengira apa yang akan menimpa dirinya.

ii. Dalam kes ini, dia mengetahui bahawa dia harus memberikan amaran kepada raja tentang apa yang akan berlaku kepadanya sekaligus menggesanya untuk bertaubat. (4:27) iii. Kita tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh raja

tersebut akibat daripada tindakan Daniel, namun begitu Daniel tetap menuruti perintah Tuhan dengan taat.

iv. Seringkali kita mempunyai kehendak dan rancangan sendiri dan tidak ingin melepaskan mereka dan hidup menurut kehendak Allah.

v. Ataupun kita menjadi takut berkenaan apa yang akan menimpa kita sekiranya kita menurut perintah Tuhan.

vi. Oleh yang demikian, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita tidak mempu untuk mengetahui kehendak Allah. vii. Jika di dalam hati anda masih tidak ingin melakukan apa

yang Tuhan kehendaki daripada anda, adalah sukar bagi anda untuk mengetahui rancangan Tuhan.

viii. Mungkin ia berada di hadapan mata anda tetapi anda tidak dapat melihatnya kerana hati anda masih tercari-cari benda lain.

ix. Untuk mengetahui rancangan Tuhan, anda harus mempunyai hati yang mengingini dan melakukan kehendak-Nya.

c. Dia Mempercayai Tuhan (Daniel 6:1-28)

i. Di dalam situasi yang ketiga, kita melihat bahawa Daniel bergumul di dalam dilema ketika raja tersebut memberikan titah yang baru.

ii. Apakah rancangan Tuhan baginya di dalam situasi tersebut? Patutkah dia menyelamatkan diri sendiri dan menuruti raja tersebut? Bukankah lebih baik bagi Daniel untuk melayani Tuhan jika dia hidup daripada mati? Minta respon daripada

mereka.

iii. Ini mungkin iallah soalan yang kita akan ajukan jika kita berada di posisi Daniel.

iv. Tetapi bagi Daniel, kehendak Tuhan amat jelas iaitu untuk tetap menyembahnya (6:10). Disebabkan Daniel mem-percayai Tuhan, dia mampu untuk mengetahui apa yang Allah inginkan daripadanya dan melakukannya tidak mengira apa yang akan menimpa dirinya.

v. Dia mempercayai Tuhan akan menjaga dirinya. Pengertian Daniel ialah jika Tuhan tidak menyelamatkan dirinya, dia dan tiga orang rakannya (rujuk Daniel 3) lebih sanggup mati daripada mengingkari Tuhan.

vi. Satu sebab mengapa kita merasakan sangat sukar bagi kita untuk mentaati perintah Tuhan ialah kita tidak yakin bahawa rancangan Tuhan adalah lebih baik daripada rancangan kita.

vii. Ia ialah satu hal untuk berkata kita percaya akan Tuhan yang Penyayang dan Maha Kuasa. Pada masa yang sama ia adalah perkara yang lain bagi kita untuk mempercaya-kan masa hadapan kita kepadaNya.

viii. Kadangkala kita menutup fikiran dan hati kita kepada Tuhan kerana kita tidak yakin akan rancangan yang Dia miliki bagi kita. Kita tidak yakin bahawa rancangan tersebut ialah yang terbaik bagi kita kerana kita bimbang jika rancangan tersebut akan menyenangkan dan memuas-kan kita ataupun tidak.

ix. Kita bimbang akan dipesongkan oleh kehendak kita sendiri. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan memang sedang memimpin kita? (Minta respon daripada mereka). x. Jika anda sudah mengkaji diri sendiri dan mendapati

bahawa kehendak anda hanyalah untuk melakukan kehendak Tuhan, percayalah bahawa Dia telah memimpin anda selama ini dan dengan iman ambilah langkah seterusnya.

xi. Anda harus mempercayai bahawa Tuhan lebih mengambil

Panduan Pembimbing: Sesi 7

berat untuk memimpin anda daripada anda sendiri ingin dipimpin. Kadangkala kita menyalahkan Tuhan kerana membuatkan ia sukar bagi kita untuk mengetahui rancangan -Nya padahal sikap kita sebenarnya menghalang kita daripada mendengar Dia dengan jelas.

xii. Anda harus mempercayai bahawa Tuhan adalah jauh lebih besar daripada kesilapan anda. Dia mampu untuk menggunakan kesilapan tersebut untuk mengajar anda mendengar suara-Nya dan berjalan di jalan yang benar.

xiii. Anda harus mempercayai kasih karunia Tuhan dan kemampuan-Nya untuk mendapatkan anda. Percayalah bahawa Dia akan menarik anda daripada jalan yang salah dan dia akan mengajar anda untuk mengenal suara-Nya. xiv. Apabila anda berhadapan dengan pilihan yang sukar untuk

dibuat, percayalah bahawa Bapamu di syurga akan menun-jukkan anda rancangan-Nya kepada anda sekiranya anda mempunyai sikap yang benar untuk mendengarkannya. Allah tidak mengambil ringan akan hidup kita.

Minta seorang daripada setiap kumpulan untuk berdoa mewakili kumpulan masing-masing. Kemudian tutup sesi tersebut dengan menyerahkan mereka yang hadir ke dalam tangan Tuhan yang Maha Penyayang. Doakan mereka agar bertumbuh untuk mencari kehendak Allah di dalam hidup mereka.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Doa

Objektif-Objektif Sesi

1. Memahami bahawa kerjaya dan pekerjaan mereka ialah satu panggilan daripada Tuhan.

2. Mengenali bahawa Allah menggunakan latar belakang, minat dan karunia di dalam pekerjaan yang Dia inginkan bagi kita. 3. Mengkaji kecenderungan dan minat yang ada pada diri

mereka serta kehendak hati berkaitan dengan apa yang ingin mereka lakukan dengan kehidupan mereka.

Pekerjaan Idamanku

1. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak para peserta berfikir pekerjaan apakah yang menarik minat mereka.

2. Bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. 3. Minta mereka untuk membincangkan perkara berikut:

Bayangkan anda sedang merakamkan suatu dokumentari berjudul

“Di Alam Pekerjaan”. Anda ingin merakamkan orang yang terlibat

dengan pekerjaan yang menarik dan mencabar. Apakah pekerjaan yang akan anda rakamkan? Berikan alasan bagi jawapan anda.

4. Arahkan mereka untuk berbincang di antara satu-sama lain di dalam kumpulan.

5. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangaan mereka.

A. Pengenalan

1. Salah satu masalah terbesar bagi seorang belia ialah untuk memilih pekerjaan ataupun karier mereka.

2. Kita semua telah, akan atau masih lagi berada persimpangan di mana kita terpaksa membuat pilihan untuk masa hadapan kita. 3. Ia pasti sesuatu yang hebat jika anda berpeluang untuk melakukan

perkara yang menarik dan menyeronokkan bukan? (Rujuk kepada

contoh mereka kemukakan awal tadi).

4. Walaupun demikian, ada di antara kita yang tidak pasti apa yang

Panduan Pembimbing: Sesi 8

90