• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panggilan Anda

Sesi 6: Pemandu, Bukan Peta

B. Pemimpin, Bukan Peta

1. Suara Sang Gembala (Yohanes 10:1-5,14)

a. Yesus menyamakan diri-Nya seperti seorang gembala yang mempunyai sekumpulan domba di bawah jagan-Nya. (ayat 2,14)

b. Dia berkata bahawa domba-Nya mendengarkan suara-Nya (ayat 3) ketika Dia memanggil nama mereka dan memimpin mereka keluar.

c. Domba-Nya mengikuti Dia kerana mereka mengenali suara-Nya. (ayat 4)

d. Dia mengenali domba-Nya dan mereka mengenal Dia. (ayat 4) e. Kunci untuk mengenali suara Allah bukanlah melalui suatu set

formula. Yesus tidak memberikan kita sebarang cara mahupun peraturan untuk dipatuhi.

f. Menurut Yesus, kuncinya ialah melalui hubungan peribadi dengan-Nya. Sebab mengapa domba-domba tersebut mengenali suara gembala mereka ialah kerana mereka mempunyai hubungan dengan dia yang menjaga mereka. Mereka kenal akan gembala tersebut.

g. Oleh sebab itu mereka mampu untuk mengenali suara-Nya dan memberikan tindak balas kepada-Nya ketika Dia memanggil mereka.

h. Jika anda ingin mendengar suara Tuhan, anda haruslah mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya.

2. Hadirat Gembala

a. Walaupun kita prihatin dan betul-betul ingin mencari pimpinan Allah, Allah sebenarnya mahu memberi kita lebih dari itu. Dia mahu memberikan kita diri-Nya.

b. Ketika Yesus berkata Dia mengenali domba-Nya dan mereka mengikuti Dia apabila mereka mendengar suara-Nya, Dia berjanji lebih daripada hanya memberikan panduan kepada mereka.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

81

c. Dia menjanjikan penyertaan dan hadirat-Nya.

d. Mengetahui kehendak Tuhan untuk hidup anda hanyalah sebahagian daripada hubungan yang berterusan anda dengan-Nya.

e. Tuhan lebih menginginkan anda untuk menjadi teman dan rakan-Nya, supaya anda boleh berjalan bersama-Nya.

f. Dia telahpun mengenali anda sepenuhnya. Kini Dia ingin anda untuk memahami sesuatu mengenai diri-Nya. Semakin anda mengenali Dia, anda akan semakin berjalan sesuai menurut kehendak-Nya.

g. Tuhan tidak begitu peduli dengan kesalahan yang akan anda lakukan sewaktu mengikuti Dia. Dia ingin mengajar anda cara dan jalan-Nya. Ini ialah satu proses yang akan mengambil masa sepanjang anda bertumbuh dalam mengenal Dia.

h. Apakah cara Tuhan untuk memimpin anda mengetahui rancangan-Nya bagi hidup anda? Dapatkah anda mengenal suara-Nya ketika Dia sedang berkata-kata kepada anda? C. Suara Sang Pemimpin

Tuhan berbicara kepada kita melalui cara-cara berikut. 1. Firman Tuhan

a. (Minta mereka buka ke Mazmur 119:9,11. Suruh seorang da-ripada mereka untuk membacanya.)

b. Oleh kerana Allah telahpun menyatakan Diri-Nya melalui Firman-Nya, jelas bagi kita bahawa ini ialah saluran utama yang akan Tuhan pakai untuk berbicara dengan kita.

c. Tuhan telahpun memberikan panduan dan hikmat bagi kita untuk hidup melalui Firman-Nya. Kita juga boleh mempelajari cara Tuhan bekerja dan berfikir melalui Alkitab.

d. Walau bagaimanpun, kita tidak boleh menganggapnya sebagai horoskop. Kita tidak boleh menyelak halamannya secara rawak setiap kali kita ingin mengetahui kehendak Tuhan. e. Walaupun adakalanya kita berbuat demikian dan Tuhan bekerja, pengalaman seperti ini bukanlah satu norma bagi kita membaca Alkitab.

f. Ketika anda mendalami Firman Tuhan, Roh Kudus akan menggunakan apa yang sudah tertanam di dalam hati dan min-da anmin-da, memimpin anmin-da di min-dalam mengambil keputusan samada besar ataupun kecil.

g. Walau bagaimanpun, anda harus ingat bahawa apa yang anda anggap datang daripada Allah tetapi bila itu bercanggah dengan Alkitab, maka itu bukanlah kehendak

Panduan Pembimbing: Sesi 6

82 Allah, kerana Tuhan tidak akan bercanggah dengan Firman-Nya sendiri.

2. Doa

a. Tuhan juga berkata-kata kepada kita melalui doa. b. Ia boleh datang melalui:

i. Roh Kudus membangkitkan ayat-ayat dalam Firman Tuhan di dalam fikiran kita.

ii. Satu perasaan tenang dan terjamin.

iii. Perasaan yang mendorong kita bertindak di dalam sesuatu perkara.

c. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa semua ini ialah perasaan subjektif, sesuatu yang berkemungkinan datang daripada kehendak kita sendiri.

d. Alkitab menyatakan bahawa hati kita adalah raja bagi segala dusta dan amat keji (Yeremia 17:9). Kadangkala kita tidak dapat membezakan suara hati kita dan suara gembala kita.

e. Pada masa yang sama, kita juga harus ingat bahawa kadangkala kehendak hati kita juga ialah benih yang ditanam oleh Allah. Kita tidak boleh beranggapan bahawa setiap kehendak hati kita akan bertentangan dengan kehendak Allah. f. Adalah lebih baik bagi kita untuk mengesahkan apa yang kita

rasakan datang daripada Tuhan dengan panduan yang sedia ada.

g. Tuhan juga menggunakan mimpi dan penglihatan untuk berkata-kata kepada kita. Namun demikian, ini bukanlah cara yang selalu Tuhan gunakan untuk memimpin kita.

h. Kebanyakan cara-cara dramatik ini digunakan oleh Allah untuk menyatakan hal-hal tertentu bagi mendidik pengikut-Nya. Sebagi contoh Musa, Paulus ketika perjalanannya ke Damsyik, Petrus di atas bumbung dan sebagainya.

i. Pada masa yang lain, ia diberikan kerana sesetengah orang mempunyai pengertian yang amat cetek berkenaan dengan Tuhan sehinggakan tiada cara lain untuk mencapainya.

j. Kadang-kadang Allah memilih cara ini untuk memimpin kita. k. Walau bagaimanapun, kita harus mengesahkah apa sahaja

yang kita anggap datang daripada Allah dengan bentuk panduan yang lain kerana kita tidak selalunya dapat mentafsirkan mimpi dan penglihatan dengan betul.

3. Keadaan Sekeliling

a. Allah juga menggunakan keadaan sekeliling untuk memimpin kita. Keadaan sekeliling juga, tidak seharusnya dianggap

sebagai satu muktamad.

b. Ini kerana apabila kita bercakap mengenai keadaan sekeliling, kita cuma merujuk kepada keadaan yang kita sedar. Mungkin ada perkara lain yang memberikan kesan kepada keadaan sekeliling dan kita tidak menyedarinya.

c. Sebagai contoh, ketika Yesus di dalam perjalanan-Nya yang terakhir ke Yerusalem, murid-murid-Nya menentang Dia daripada meneruskan perjalanan-Nya. Keadaan sekeliling mereka menunjukkan bahawa Yesus berada di dalam keadaan yang berbahaya. Namun demikian, Yesus mempertimbangkan perkara lain yang murid-murid-Nya tidak ketahui. Sebagai contoh, tujuan kematian-Nya, oleh sebab itu Dia berkeras untuk meneruskan perjalanan-Nya.

d. Walaupun kita tidak patut meletakkan keadaan sekeliling sebagai satu kayu pengukur bagi menentukan kehendak Tuhan, kita tidak seharusnya menghadkan kemungkinan Tuhan akan menggunakannya. Kita harus mempertimbangkannya dengan panduan-panduan lain.

4. Nasihat Orang Lain

a. Adalah baik bagi kita untuk mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih tua dan lebih bijak kerana mereka mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun berjalan bersama Tuhan dan mengetahui fikiran-Nya.

b. Walau bagaimanapun, kita harus sentiasa mempertimbangkan dua perkara:

i. Jangan memilih untuk berjumpa dengan mereka yang akan menyatakan apa yang ingin anda dengar. Pilihlah seorang yang jauh lebih bijak dan matang; yang mampu untuk menyatakan aspek lain di dalam masalah anda yang anda tidak pernah pertimbangkan.

ii. Jangan biar orang tersebut membuat keputusan bagi diri anda. Anda memerlukan hubungan secara peribadi dengan Tuhan bukan daripada orang lain.

c. Ambil nasihat tersebut dan doakan ia.

d. Kemudian, dengan panduan-panduan lain yang ada, buatlah pilihan anda di hadapan Tuhan.

e. Pilihan anda mungkin bertentangan dengan nasihat yang telah anda terima tetapi anda akan tetap bertanggungjawab di hadapan Tuhan kerana anda memilih untuk diri sendiri.

5. Dibawa Bersama

a. Bila kita berfikir akan mencari kehendak Allah, kita harus mem-

O B O R B e l i a B u k u 1 6

pertimbangkan dua perkara:

i. Tuhan menginginkan kita untuk mengetahui kehendak dan rancangan-Nya bagi hidup kita. Dia ialah Gembala baik yang menyayangi domba-Nya dan menginginkan mereka untuk mengenal suaraNya dan mengikuti-Nya.

ii. Arah dan peta yang ada pada kita bukanlah perkara terpenting. Perkara yang paling penting ialah pemimpinnya. Rancangan-Nya ialah bagi kita untuk lebih ingin mengenali-Nya.

b. Allah masih berbicara kepada kita sebagaimana Dia telah berbicara kepada umat-Nya di masa lampau. Dia lebih prihatin di dalam membimbing kita daripada kita ingin untuk dipimpin oleh-Nya.

c. Kita cuma perlu belajar untuk mendengar dan mengenali suara-Nya ketika Dia berbicara.

d. Mencuba untuk mendengar suara-Nya melalui jenis-jenis panduan yang telah kita bincangkan bukanlah seperti berjalan di atas seutas tali; satu sahaja kesilapan dan kita akan binasa. e. Jika seekor domba tersesat atau terpisah dari kawanan,

seorang gembala daripada Timur Tengah yang mengenali dombanya dengan nama, tidak akan meninggalkan domba tersebut kepada bahaya. Dia akan memanggilnya, dan jika domba tersebut tidak mendengarkan dia, dia akan pergi untuk mencarinya.

f. Inilah gambaran yang Yesus berikan kepada kita mengenai Allah dan hubungan kita dengan-Nya. Anda perlu diam di dalam jaminan jika anda dengan tulus mencari kehendak-Nya, Dia tidak akan pernah meninggalkan anda walaupun anda membuat pilihan yang salah.

g. Sama seperti seorang gembala dari Timur Tengah, Dia akan sentiasa membawa anda kembali ke jalan yang benar.

Tutup sesi tersebut dengan menyerahkan mereka ke tangan Tuhan. Doakan agar mereka akan bertumbuh di dalam hubungan mereka dengan-Nya dan mereka akan mengenali suara-Nya ketika Dia berbicara kepada mereka.

Panduan Pembimbing: Sesi 6

84 Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

85

Objektif-Objektif Sesi

Dokumen terkait