• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mencari Panggilan Anda

Panggilan Anda

Sesi 8: Mencari Panggilan Anda

Pencetus Minat

O B O R B e l i a B u k u 1 6

91

perlu dipilih walaupun anda diberikan kebebasan untuk memilih. 5. Soalan cepu mas bagi setiap belia ialah, “bagaimanakah cara

bagi saya untuk mencari pekerjaan ataupun karier yang sesuai bagi diri saya?”

6. Sebagai seorang Kristian, anda akan berhadapan dengan soalan yang lebih mencabar: “bagaimanakah saya mengetahui panggilan Tuhan bagi diri saya?”

7. Perkataan “pekerjaan” datang daripada perkataan Latin namun begitu di dalam masyarakat kita pada masa kini, perkataan tersebut telah kehilangan maksudnya. Kini ia lebih difahami sebagai karier/kerjaya.

8. Sebagai Kristian kita perlu mencari pekerjaan yang menjawab panggilan syurgawi, amanat agung daripada Allah untuk memenuhi tanggungjawab yang telah diletakkan di atas kita sebagai pengikut-Nya.

9. Alkitab sering mengajar bahawa Allah ialah Allah yang memanggil. Dia yang terlebih dahulu memanggil kita untuk memasuki kerajaan-Nya. Dia juga memanggil kita untuk melayani-Nya di dalam kerajaan-Nya, menggunakan apa yang telah diberikan-Nya kepada kita dengan sepenuhnya.

10. Bagaimanakah anda mengetahui panggilan yang diberikan oleh Tuhan kepada anda?

11. Topik inilah yang akan kita bincangkan pada sesi kali ini. B. Peraturan-peraturan Asas

1. Kaca Mata Anda

a. Kita sering melabelkan beberapa perkara sebagai “suci/ kudus”, “rohani” dan “duniawi” bukan? (Rujuk kepada apa yang

telah mereka tulis di bahagian Akitiviti Bersama).

b. Kita berfikir bahawa membaca Alkitab dan menghadiri perjumpaan doa adalah perkara kerohanian. Manakala bermain piano dan melakukan aktiviti di luar gereja ialah O.K. tetapi tidak sepenting mana.

c. Kita sentiasa membezakan hidup rohani kita daripada hidup di luar gereja.

d. Perkara yang berkaitan dengan hidup rohani kita adalah suci lantas menjadi keutamaan di dalam hidup kita.

e. Kita terbawa-bawa cara berfikir seperti ini kepada jenis pekerjaan kita.

f. Ramai orang Kristian melihat pekerjaan yang berkaitan dengan gereja samada sepenuh mahupun separuh masa, sebagai “rohani” manakala tidak bagi yang sebaliknya.

Panduan Pembimbing: Sesi 8

92 lebih menyenangkan hati-Nya dan lebih sejajar dengan menuruti kehendak-Nya.

h. Kadangkala ramai pekerja Kristian juga jatuh di dalam cara berfikir seperti ini. Tanpa disedari kita beranggapan bahawa mereka yang tidak berada sepenuh masa di dalam pelayanan sebagai kurang rohani dan tidak penting di dalam kerajaan Allah.

2. Kaca Mata Allah

a. Adakah anda berfikir bahawa Allah menyetujui cara berfikir seperti ini? (Minta respon daripada mereka).

b. Ketika Allah menciptakan kita, Dia tidak menciptakan kita hanya dari segi rohani, tetapi sebagai manusia utuh yang mempunyai tubuh jasmani dan rohani.

c. Sifat-sifat aktiviti kita tidak menjadikan kita rohani ataupun tidak, motif kita yang akan menentukannya.

d. Menghadiri kelompok doa boleh menjadikan kita tidak rohani dan ‘tidak kudus’ jika kita pergi dengan kemarahan dan kebencian di dalam hati.

e. Tidak ada benda yang tidak rohani di mata Allah jika kita melakukannya dengan tujuan yang baik, dan bila kita bertujuan mahu hidup di dalam kebenaran serta ingin menyenangkan dan memuliakan Tuhan.

f. Demikian juga dengan pekerjaan kita.

g. Adakah pekerjaan seorang Kristian sebagai juruwang di super-market atau penjaga parkir kurang rohani daripada mereka yang bekerja sepenuh masa di dalam gereja? (Minta respon

daripada mereka)

h. Kita semua dipanggil untuk menjadi pekerja sepenuh masa. Ini bermaksud kita bekerja untuk memuliakan Tuhan. Semua pekerjaan akan memuliakan Tuhan kecuali jika pekerjaan tersebut memang salah dari segi moral.

i. Kita harus mengetahui bahawa Tuhan tidak lebih menggemarkan satu jenis pekerjaan daripada yang lain.

j. Pada pendapat anda, apakah panduan anda untuk memilih pekerjaan anda di masa hadapan? (Minta respon daripada

mereka).

k. Anda harus melihat pekerjaan anda sebagai panggilan daripada Tuhan dan bukan sekadar karier. Oleh yang demikian, ia tidak penting apakah jenis pekerjaan yang anda pilih kerana anda tetap akan memenuhi panggilan Tuhan kepada anda. l. Soalan yang harus anda tanyakan ialah: “apakah panggilan

O B O R B e l i a B u k u 1 6

93

dengan semua yang saya miliki di dalam masa yang terdesak/ akhir zaman ini?”

C. Mencari Panggilan Anda.

a. Tuliskan ayat-ayat berikut di atas papan tulis:

Harun (Keluaran 4:13-17,27-31) Saul (1 Samuel 9:15-17) Hosea (Hosea 1:1-3) Amos (Amos 7:14-15) Lewi (Lukas 5:27-28) Maria (Lukas1:26-38) b. Berikan seorang watak dan petikan kepada setiap kumpulan. c. Minta mereka untuk mengkaji bagaimankah watak yang telah

diberikan kepada mereka mengetahui panggilan Tuhan bagi diri mereka.

d. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil pencarian mereka.

1. Tuhan Memanggil

a. Alkitab mengajar kita bahawa Allah ialah “Tuhan yang memanggil”.

b. Tuhan memanggil manusia untuk bertaubat dan kembali beriman kepada-Nya. Tuhan juga memanggil manusia untuk melayani-Nya.

c. Panggilan Tuhan bukan sahaja secara umum tetapi Dia juga mempunyai panggilan secara khusus.

d. Di dalam petikan Alkitab yang telah anda baca tadi, apakah persamaan bagi pekerjaan mereka? (Minta respon daripada

mereka).

e. Di dalam setiap kisah, Tuhanlah yang terlebih dahulu memanggil mereka. Mereka tidak memilih pekerjaan ataupun panggilan mereka. Allah memanggil mereka secara peribadi kepada tugas khusus yang telah disediakan-Nya bagi mereka. f. Anda harus ingat bahawa Allah mempunyai panggilan khusus

bagi setiap kita. Dia pasti akan memanggil anda untuk memenuhi rancangan-Nya.

g. Anda mungkin mempunyai cita-cita sendiri. Tetapi jika anda benar-benar ingin mengikuti Tuhan, anda harus membawanya di hadapan Allah dan meminta Dia untuk menyatakan panggilan-Nya bagi diri anda.

h. Kadangkala, rancangan anda adalah selari dengan panggilan-Nya kerana Dia telahpun menyediakan anda, tetapi perkara ini bukanlah satu kemestian.

Panduan Pembimbing: Sesi 8

94 panggilan anda datang daripada Tuhan. Ia tidak penting apakah pekerjaan yang akan anda pilih sekiranya anda pasti bahawa dia memang telah memanggil anda.

a. Kemudian tuliskan petikan tersebut di atas papan tulis.

Kisah Rasul-Rasul 7:20-29, 35-36 Keluaran 12:37-38

Kisah Rasul-Rasul 22:1-5, 17:1-4

b. Jelaskan bahawa anda ingin mereka untuk melihat kehidupan Musa dan Paulus. Minta mereka membaca petikan tersebut dan kaji apakah latar belakang, sifat, dan kemampuan yang mereka miliki serta apakah panggilan Tuhan bagi mereka. c. Panggil seorang wakil untuk membentangkan hasil pencarian. 2. Tuhan Menggunakan Latar Belakang Anda.

a. Kita tidak harus beranggapan bahawa ilmu pengetahuan, latihan dan pengalaman kita adalah perkara yang telah mem-buang masa kita. Ataupun mereka adalah tidak penting bagi rancangan yang Tuhan telah sediakan bagi kita.

b. Tidak ada perkara yang berlaku di dalam hidup kita sebagai kebetulan ataupun nasib semata-mata.

c. Anda harus menyedari bahawa Tuhan ialah penulis hidup anda. Dia telahpun menyediakan anda sejak hari pertama anda diciptakan bagi kemuliaan diri-Nya.

d. Bukan secara kebetulan Musa berada di dalam kerajaan Mesir. Tuhan telahpun merancangkan perkara tersebut baginya. (Kisah Rasul-Rasul 7:20-22)

e. Semua pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dia perolehi ketika menjadi putera Mesir menyediakan Musa untuk mengetuai 600,000 orang Israel tanpa mengira wanita, kanak-kanak dan haiwan ternakan (Keluaran 12:37-38)! Kajian menjangkakan jumlah orang yang dipimpin oleh Musa keluar daripada Mesir hampir mencecah satu juta orang.

f. Bayangkan seorang manusia biasa memimpin orang yang seramai itu! Musa harus disediakan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab tersebut walaupun dia merasakan dirinya tidak layak.

g. Perkara yang sama berlaku kepada Paulus. Tuhan memakai latihannya di dalam Hukum Taurat Yahudi untuk membolehkan dia berbincang dengan orang Yahudi. (Kisah Rasul-Rasul

22:1-95

O B O R B e l i a B u k u 1 6

5, 17:1-4). Beserta dengan kebolehan Paulus secara semula jadi dan karunia rohaninya, dia mampu untuk memikirkan iman Kristian dan mengajarkannya dengan jelas kepada orang Kristian pada waktu tersebut.

h. Ketika anda berdoa untuk mencari panduan daripada Allah, ingat bahawa Tuhan akan menggunakan latar belakang dan pengalaman anda.

3. Tuhan Menggunakan Kencenderungan dan Minat Anda.

a. Minat dan kecenderungan anda merangkumi kebolehan semula jadi anda.

b. Ramai orang berfikir yang Tuhan hanya akan melibatkan mereka dengan perkara yang sukar dan yang tidak menarik minat mereka.

c. Mereka beranggapan bahawa Tuhan hanya akan memanggil mereka kepada perkara yang mereka tidak inginkan dan bertentangan dengan minat mereka.

d. Kita harus ingat bahawa Tuhan ialah pengurus yang baik. Dia pasti telah mengambil kira kebolehan, minat dan karunia kita. e. (Minta mereka untuk membuka Keluaran 4:4-16. ) Tuhan tahu

Harun mampu berkata-kata dengan baik. Oleh yang demikian, Dia memilih Harun untuk menjadi wakil bagi Musa untuk berbicara.

f. Paulus memberikan nasihat bagi kita untuk menilai diri kita sebaik-baiknya (Roma 12:3) supaya kita tahu apakah kebolehan kita.

g. Tuhan mungkin dan mungkin tidak akan menggunakan kebolehan dan minat anda, tetapi ini boleh dijadikan satu panduan untuk anda dalam memilih pekerjaan anda.

h. Dia juga mungkin akan memimpin anda kepada perkara yang berpadanan dengan sifat dan ciri-ciri anda.

i. (Rujuk kembali kepada apa yang mereka telah bangkitkan

mengenai kebolehan dan sifat-sifat Musa dan Paulus.) Walaupun

dengan maklumat yang sedikit, kita melihat Musa mempunyai karakter yang teguh dan sifat-sifat seorang pemimpin secara semula jadi. (Rujuk Kisah Rasul-Rasul 7:22-26). Ini ialah ciri-ciri yang telah Tuhan berikan kepadanya untuk memikul tanggung-jawab tersebut.

j. Paulus juga mempunyai karakter yang kuat dan teguh. Dia sangat fokus dan bersemangat di dalam melakukan apa yang dia percaya (Kisah 22:3-5). Kelihatan seperti dia juga mempunyai kebolehan untuk berucap di hadapan umum dan mengajar kerana perkara tersebut ialah perkara utama yang dilakukannya di sepanjang perjalanan beliau. (Kisah 17:2-4).

Panduan Pembimbing: Sesi 8

96 k. Oleh disebabkan sifat, kebolehan semula jadi dan karunia

rohani Pauluslah, Tuhan mampu untuk menggunakan Paulus di dalam pelayanan yang memerlukan kesungguhan dan kekuatan seperti yang ada padanya.

l. Tuhan mungkin tidak akan memanggil kita seperti Dia telah memanggil Musa dan Paulus. Kebanyakan daripada kita akan mendapatkan panggilan kita secara dalaman melalui apa yang Dia berikan kepada kita: ilham, karunia rohani dan kebolehan semula jadi. Dia telah menyediakan persekitaran kita sebelum kita mengetahui apakah panggilan kita.

4. Tuhan Menggunakan Karunia Rohani Anda.

a. Tuhan juga memberikan setiap kita karunia rohani ketika kita menjadi anak-Nya.

b. Ini ialah kebolehan istimewa yang diberikan oleh Roh Kudus untuk membolehkan gereja berfungsi sebagai satu tubuh.

c. Tuhan memberikan Paulus karunia rohani yang berpatutan baginya untuk memikul tanggungjawabnya sebagai rasul di kalangan orang bukan Yahudi dan orang Yahudi yang belum mempercayai Yesus Kristus. (Rujuk kepada 2 Korintus

12:1,11-12 )

d. Tanpa karunia tanda-tanda dan mukjizat, penglihatan, dan pengwahyuan, Paulus tidak mungkin menjadi sebegitu efektif di dalam pelayanannya.

e. Oleh disebabkan Tuhan memberikan karunia secara fizikal dan rohani, ada di antara kita yang perlu mengetahui fikiran Allah untuk menentukan karunia manakah yang akan menunjukkan anda kepada panggilan anda.

f. Kadangkala Tuhan akan memanggil seseorang untuk mening-galkan kebolehan semula jadi mereka dan memberikan fokus kepada karunia rohani bagi mengejar panggilan mereka. Sebagai contoh, sesorang mungkin mempunyai kebolehan di dalam bidang perubatan dan pada masa yang sama mempunyai kebolehan untuk berkhotbah dan mengajar. Bukan bermaksud kebolehan semula jadi tidak sepenting karunia rohani. Tetapi kita sedang hidup di akhir zaman dan kita harus menyusun keutamaan kita untuk menjawab panggilan Tuhan dan melayaninya dengan bersungguh-sungguh.

g. Oleh yang demikian, anda harus membawa kehendak, kebolehan dan karunia anda di hadapan Tuhan dan berdoa kepada-Nya untuk menunjukkan kepada anda bagaimana anda mampu untuk melayani-Nya dengan segala yang telah diberikan-Nya kepada anda.

Doa

D. Kesimpulannya

Bagaimanakah anda mengenali kehendak Tuhan tentang masa hadapan anda?

1. Ketahuilah bahawa pekerjaan anda ialah panggilan daripada Tuhan dan bukanlah karier semata-mata.

2. Kenali diri sendiri dan ketahui apakah sifat-sifat keperibadian yang anda miliki.

3. Lihat kepada minat dan kebolehan anda beserta karunia rohani yang telah Tuhan berikan.

4. Pertimbangkan jenis pekerjaan mahupun pelajaran yang sejajar dengan minat, kebolehan dan karunia anda.

5. Bawa mereka di hadapan Tuhan. Doakannya dan minta Tuhan untuk menyatakan rancangan-Nya terhadap anda. Anda harus sanggup untuk mematuhi-Nya jika anda ingin Dia menyatakan rancangan-Nya dengan jelas kepada anda.

6. Minta teman seiman untuk berdoa bersama anda, terutama sekali jika anda merasakan Tuhan memanggil anda ke dalam pelayanan sepenuh masa.

7. Jika anda tidak pasti ke mana Tuhan sedang memimpin anda dan anda harus membuat pilihan, pergilah dengan pilihan anda. Tuhan

tidak akan membiarkan anda berjalan keluar daripada rancangan-Nya jika hati anda tertuju untuk mentaati-Nya. Dia pasti

memberitahu anda jika anda telah membuat keputusan yang salah. 8. Jangan biarkan pilihan anda ditentukan oleh wang, pangkat

mahupun kerana anda tidak tahu apa yang harus dilakukan! Carilah kehendak Tuhan dan berusahalah bersungguh-sungguh di dalam mentaatinya.

Serahkan para peserta kepada Tuhan -- setiap seorang dengan sifat, minat, dan kebolehan masing-masing. Doakan agar Allah akan menunjukkan kepada mereka panggilan yang telah disediakan-Nya. Doakan agar mereka mengetahui bahawa pekerjaan mereka ialah satu panggilan daripada Bapa di Syurga untuk memuliakan-Nya.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Dokumen terkait