Panggilan Anda
Sesi 2 : Harus Berpendirian Tegas
B. Menghadapi Perkara yang Tidak Diketahui
B. Menghadapi Perkara yang Tidak Diketahui
1. Apabila anda membuat persiapan untuk pergi ke kolej atau ke bandar untuk bekerja, sada di antara anda merasa sangat terganggu lebih-lebih lagi tentang apa yang kamu akan pelajari, bagaimana pergaualan dengan teman-teman baru anda (Rujuk
kepada senarai yang telah dikemukakan).
2. Banyak hal ini anda tidak dapat lakukan apa apa selain berdoa dan mempercayai bahawa Tuhan akan membimbing anda untuk membuat keputusan yang baik dan bijak.
3. Sebaliknya, mungkin ada diantara anda yang sangat teruja untuk keluar dari rumah terutama sekali tanpa kawalan dari ibubapa. Anda fikir bahawa anda sudah bebas melakukan apa sahaja yang anda mahu. (Tanya pada mereka berapa ramai yang berfikir seperti
ini.)
4. Apapun kekhuatiran atau kegembiraan yang anda alami, adalah sangat penting supaya anda tidak melupakan Tuhan dalam kehidupan anda. Dia mungkin mempunyai rancangan untuk anda. 5. Tuhan memang sudah menyediakan satu rancangan yang khusus
bagi setiap kita. Hal ini melibatkan tentang kursus apa yang akan anda pelajari, dan pekerjaan yang anda akan kerjakan.
6. Tetapi jangan lupa bahawa yang pertama dan terpenting, adalah anda adalah anak Tuhan.
7. Tuhan mempunyai satu rancangan yang umum untuk setiap anda, tidak kira dimana anda berada dan apapun yang anda lakukan. 8. Rancangan-Nya adalah supaya anda menjalankan kehidupan
dengan setia sebagai anak-Nya dan menjadi saksi bagi Allah di mana pun anda pergi, baik di kampus atau di tempat kerja.
9. Ini adalah sesuatu yang anda jangan sampai lupa apabila me-langkah tahap kehidupan yang baru.
10. Adalah sangat mudah unutk anda melupakan Tuhan ketika anda sedang melakukan penysesuaian, baik terhadap masalah serta kegembiraan anda.
11. Statistik menunjukkan bahawa sebahagian besar anak muda Kristian mengalami keruntuhan iman semasa mereka belajar atau bekerja. Dalam kesibukan mereka, Tuhan dipinggirkan daripada kehidupan mereka.
O B O R B e l i a B u k u 1 6
55
seorang Kristian, tetapi ini adalah tahun-tahun di mana anda boleh menjadi seorang pengikut Kristus yang setia dan bersinar terang untuk Tuhan di kolej atau tempat kerja anda.
13. Mari kita melihat apa panggilan Tuhan dan apa yang Dia mahu kita lakukan walau di mana kita berada.
C. Rancangan Tuhan
Daniel dan tiga rakannya juga menghadapi satu situasi yang sama. Mereka berpindah ke persekitiran yang baru di mana mereka terpisah dari keluarga dan agama mereka. Tiga hal yang anda pelajari dari mereka ini:
1. Mereka Tidak Takut Untuk Mempertahankan Iman Keyakinan Mereka. (Daniel 1:8-10)
a. Biasanya kita sering tidak mahu menonjolkan diri kita berbeza daripada yang lain apabila berada dalam situasi yang baru. Kebanyakan kita lebih selesa berada di tengah-tengah orang ramai dan tidak mahu menonjol sebagai orang yang percaya kepada Tuhan Yesus. (Tanya mereka samada mereka tergolong
dalam kategori ini.)
b. Daniel dan rakan-rakannya sangat berbeza. Di mana sejak dari mula lagi Daniel mengambil keputusan untuk mematuhi perintah Tuhan (ayat 8).
c. Daniel mengakui bahawa dia akan menghadapi masalah dengan budaya dan kepercayaan dewa penduduk Babylonia. Tetapi Daniel tetap dengan pendiriannya dalam Tuhan di kota itu tanpa mengira risiko yang akan dihadapinya.
d. Ia sama seperti anda semua. Anda sudah membuat keputusan bahawa di mana pun anda melanjutkan pengajian atau pekerjaan anda perlu mempertahankan iman/kepercayaan anda.
e. (Minta mereka membaca 2 Timotius 1:7-8). Rupa-rupanya Timotius adalah sama seperti kebanyakan kita yang malu untuk bersaksi dan berkongsi tentang Injil.
f. Sebab itu Rasul Paulus mengingatkannya bahawa Tuhan memberikannya roh keberanian dan bukan roh ketakutan. Dia tidak harus malu untuk bersaksi tentang Injil seperti yang dil-akukan oleh Paulus dalam hidupnya.
g. Sebagai orang Kristian tidak bermaksud supaya kamu perlu memberitahu orang bahawa kamu adalah orang Kristian. h. Tetapi apabila anda dihadapkan dengan situasi seperti yang
Panduan Pembimbing: Sesi 2
56 apa yang kamu yakini.
i. Lihat bagaimana Daniel mendekati pegawai tersebut.
j. Dia tidak memegahkan diri dengan kepercayaannya tetapi dia sangat bijaksana mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai itu.
k. Demikian juga dengan pergaualan maupun cara percakapan anda, anda perlu bijaksana supaya apa yang diperkatakan tidak menyinggung perasaan orang lain.
2. Mereka Tidak Takut Untuk Hidup Berbeza (Daniel 1:11-14)
a. Selain daripada menyatakan diri anda kepada orang lain bahawa anda adalah seorang Kristian, bagaimana cara anda menjalankan kehidupan anda sebagai seorang Kristian juga sangat penting. Gaya hidup seorang percaya adalah sangat berbeza dengan orang yang tidak mempercayai.
b. Daniel dan teman-temannya tidak takut hidup secara berbeza dengan rakan-rakan sebaya mereka (ayat 11-12). Pasti ada pemuda-pemudi Yahudi yang lain di sana yang hidup berkompromi. Mereka mungkin mentertawakan Daniel dan teman-temannya kerana dengan cuba hidup berbeza, mereka meletakkan nyawa mereka dalam bahaya.
c. Namun begitu, Daniel dan teman-temannya bersedia menjalankan kehidupan dengan setia mengikut jalan dan ajaran Tuhan, walaupun itu bermaksud menjadikan mereka berbeza daripada orang lain. Bahkan itu juga akan mengaki-batkan mereka mungkin diolok-olok, ditolak atau diusir dari istana raja.
d. Inti daripada isu ini adalah mereka takut akan Tuhan jauh melebihi takut akan manusia. Mereka tahu bahawa adalah sangat penting untuk menyenangkan Tuhan daripada menyenangkan manusia.
e. Masalah kita ialah kita lebih peduli dengan apa yang difikir-kan oleh teman-teman kita daripada apa yang Tuhan fikirdifikir-kan. Mengapa kita berfikir seperti itu? (Biar mereka respon).
f. Ini adalah satu perkara yang harus anda mohon kepada Tuhan untuk mengubah dalam hidup anda.
g. Bagaimana Allah meresponi keputusan Daniel dan teman-temannya yang memilih untuk setia dan mematuhi cara-Nya?
(Biar mereka respon).
h. Allah menghormati kepatuhan mereka. Dia telah menyebabkan pegawai istana bersimpati kepada Daniel dan teman-temannya dan menunaikan permintaan mereka.
O B O R B e l i a B u k u 1 6
57
i. Apabila anda belajar untuk mengutamakan Tuhan dalam hidup anda, anda akan mendapati, sama seperti Daniel, bahawa Tuhan akan sentiasa setia. Dia tidak akan membiarkan anda jatuh dan Dia selalu memimpin dan mendahului anda.
3. Mereka Tidak Takut Untuk Mempercayai Tuhan (Daniel 1:11-20) a. Daniel dan teman-temannya mendapati bahawa dengan
mem-percayai Tuhan melihat kesetiaan mereka. Mereka diberkati oleh Tuhan jauh melebihi apa yang mereka boleh bayangkan. b. Dia menjawab permintaan mereka dengan membolehkan
mereka kelihatan lebih sihat dan lebih baik daripada anak-anak muda yang lain (ayat 15).
c. Dia memberkati mereka dengan pengetahuan dan kebijaksa-naan lebih daripada kepandaian semua ahli sihir istana (ayat 18-20). (Juga suruh mereka rujuk Efesus 3:20-21)
d. Ketika kita menjalankan kehidupan ini dengan setia, kita akan menjadi saksi Allah yang nyata, yang maha pengasih, maha kuasa dan yang tinggal dalam kita.
e. Maka, kehidupan anda di kolej atau tempat kerja bukanlah sesuatu kehidupan yang harus anda menyembunyikan iman dan kepercayaan anda, dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang mengetahui bahawa anda adalah seorang Kristian.
f. Tentukan dari awal-awal lagi bahawa anda akan hidup untuk Tuhan. Tuhan adalah setia. Dia akan memimpin anda ketika anda dalam kesulitan. Dia sentiasa bersama dan Dia akan bersaksi melalui kehidupan anda bahawa Dia adalah nyata. g. Sekalipun orang memilih untuk berfikir bahawa anda adalah
orang yang pelik, itu tidak mengapa. Kerana apa yang penting adalah anda tetap setia kepada Tuhan dan hidup dengan penuh kesetiaan anda dalam Tuhan. Kita akan membincangkan bagaimana kita boleh mencari orang yang seperti itu di sesi selanjutnya.
h. Demikianlah rancangan Tuhan dalam setiap kita bila kita melangkah ke alam kolej dan pekerjaan – kita akan menjadi saksi dan duta bagi Dia di mana pun kita ditempatkan (2 Korintus 5:20). (Tanya mereka apa erti menjadi duta untuk
Tuhan?)
i. Seorang duta adalah seseorang yang dipilih oleh Kerajaan untuk menjadi wakil rasmi negara ke negara lain. Dengan kata lain, anda dipilih oleh Allah untuk mewakili-Nya kepada orang lain.
Doa
Panduan Pembimbing: Sesi 2
58 j. Apa pun yang anda katakan atau lakukan akan mencerminkan
siapakah Tuhan anda. Bukankah itu suatu kehormatan yang luar biasa dan pada masa yang sama satu tugas yang luar biasa? k. Jadi, apabila anda bersedia untuk pergi ke pengajian tinggi
atau alam pekerjaan, ingatlah bahawa pertama-tama anda mewakili Allah dalam hidup anda. Jadi anda perlu bersedia untuk menjalani hidup dengan setia di hadapan Tuhan dan berani menjadi saksi atau duta bagi Dia.
Bahagikan mereka kepada beberapa pasangan, dan mintalah mereka untuk berdoa dengan pasangan mereka tentang apa yang telah mereka tuliskan. Ingatkan mereka bahawa kebimbangan mereka akan dihapuskan oleh Tuhan apabila mereka mengambil keputusan untuk setia kepada Allah. Dia akan membuat segala sesuatu berjalan sesuai dengan rancangan dan kehendak-Nya.
Objektif-Objektif Sesi