Bahasa boleh didefinisikan dalam ayat yang paling ringkas sebagai suatu sistem bunyi, sistem suara dan sistem lambang yang menghasilkan budi dan akhlak yang mulia. Definisi inilah yang diperjuangkan oleh Islam. Bahasa merupakan pencapaian yang pertama dan tertua dalam sejarah perkem-bangan tamadun manusia. Pelbagai teori yang telah diberikan
oleh pakar dan sarjana linguistik tentang asal usul bahasa tetapi pandangan al-Qur’an lebih lengkap dan tepat kerana bahasa dijelaskan sebagai salah satu daripada anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Pelbagai pandangan juga telah diberikan tentang mengapa wujud perbezaan bahasa di kalangan manusia. Sehingga kini lebih daripada 5000 bahasa yang masih berkembang di dunia
mi.
Pandangan al-Qur’an juga lebih sempurna dan tepat tentang perbezaanmi
iaitu perbezaan itu sengaja dirancang oleh Allah s.w.t. untuk menguji siapakah antara manusia yang beriman dan siapakah pula yang kufur. Manusia diwajibkan tolong-menolong, kenal-mengenal, kasih-mengasihi dan bersatu padu antara satu sama lain walaupun berbeza bukan sahaja dan segi bahasa malah dan segi bangsa, keturunan, warna kulit, adat resam dan sebagainya.Fungsi atau peranan bahasa pada sepanjang sejarah perkembangan tamadun manusia itu juga begitu besar dan penting sekali. Namun Islam menetapkan bahawa bahasa itu wajar digunakan untuk menyebarkan dakwah Islamiah,
BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM
meningkatkankeimanan, ketakwaan dan amal salih, mencegah perkara yang mungkar dan memantapkan proses pendidikan agar manusia itu berakhlak mulia. Bahasa juga berfungsi menyebarkan dan mengabadikan ilmu pengetahuan dan semasa ke semasa. Perdagangan juga memerlukan bahasa bagi meningkat dan meluaskan lagi kegiatannya. Pemerintah-an yPemerintah-ang kukuh adalah yPemerintah-ang dapat menerapkPemerintah-an penguasaPemerintah-an suatu bahasa kepada sekalian rakyatnya. Keluasan pengaruh bahasa itu menjadi ukuran kemantapan sesuatu pemerintahan. Institusi kekeluargaan, hidup berjiran dan bermasyarakatjuga memerlukan bahasa dan yang lebih penting lagi ialah diplomasi, budi bahasa, sopan santun dan akhlak yang mulia bertanggungjawab mengekalkan keharmonian rumah tangga, keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Al-Qur’an telah memberikan sumbangan yang besar kepada bahasa Arab khasnya dan bahasa-bahasa dunia amnya. A1-Qur’anlah yang telah mengabadikan dan menge-kalkan bahasa Arab daripada hilang dan dunia in Al-Qur’an juga telah menyatukan pelbagai dialek Arab menjadi satu. Bahasa Arab telah diangkat oleh al-Qur’an sebagai bahasa rasmi negara Islam dan menjadi bahasa penyebar tamadun Islam dan ilmu pengetahuannya. Al-Qur’an juga melunakkan sebutan perkataan Arab, menyumbangkan pelbagai istilah agama dan istilah am, menyatukan perkataan yang banyak makna dan sebaliknya menyatukan makna dan perkataan yang banyak. Kesalahan dalam bahasa Arabjuga diperbetul-kan oleh al-Qur’an, seterusnya gaya bahasa al-Qur’an memperkaya lagi bahasa Arab.
Pada peringkat dunia pula al-Qur’an telah meningkatkan empat bahasa menjadi bahasa lingua franca iaitu Melayu di alam Melayu, Urdu di benua kecil India dan Swahili serta Hausa di benua Afrika. Keempat-empat bahasa itu telah menjadi bahasa serantau yang menyebarkan dakwah Isla-miah, ilmu pengetahuan, media perdagangan, media peme-rintahan dan diplomatik. Di samping itu kebanyakan bahasa di benua Afrika menerima perbendaharaan kata Arab. Demikian juga halnya di benua Eropah terutama bahasa
KES!MPULAN Sepanyol, Latin dan Inggeris.
Al-Qur’an telah menyumbangkan budi dalam memper-kukuh bahasa Parsi. Sebaliknya bahasa Parsi telah menyum-bangkan perbendaharaan kata yang amat banyak kepada bahasa Arab kerana mereka telah mencipta tamadun yang tinggi sebelummenerima Islam. Ini bererti antara bahasa Arab dan Parsi saling kukuh-mengukuhi dan sempurna-menyem-purnakan. Selain Arab dan empat bahasa yang disebut di atas bahasa Parsi juga menjadi media penyebaran dakwah Islamiah dan tamadun Islam. Di kalangan orang Parsi, lahir ramai ulama dan sarjana agung seiring dengan perkembangan tamadun Islam. Mereka inilah yang secara langsung mema-sukkan bahasa Arab ke dalam bahasa Parsi dan sebaliknya.
Bahasa Parsi juga mempengaruhi bahasa-bahasa di benua kecil India terutama bahasa Urdu. Malah kelahiran bahasa Urdu adalah hasil daripada kacukan antara bahasa Parsi dan Arab yang menggunakan tatabahasa Hindi. Bahasa Hindi dan hampir semua bahasa utam~idi India menerima
perbendaha-raan kataParsi tanpa berkecuali sehingga bahasa Sanskrit yang mempunyai pengaruh yang besar di India juga menerima perbendaharaan kata Parsi. Bahasa Eropah khususnya bahasa Inggeris tidak terlepas daripada pengaruh bahasa Parsi. Ini disebabkanmereka terpaksamenguasai bahasa itu di peringkat
awal penakiukan India dan tangan pemerintahan Islam. Pengaruh bahasa Parsi juga kedapatan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab pengaruh bahasa Arab dan Parsi sama kuat, sukar untuk membezakan antara perkataan Arabdengan perkataan Parsi dalam bahasa Melayu. Satu peraturan telah dibuat oleh pakar bahasa Arab, Parsi dan Melayu iaitu jika sesuatu perkataan itu datangsecara langsung daripada Parsi ke dalam bahasa Melayu perkataan itu dikira sebagai pinjaman Parsi. Tetapi jika perkataan Parsi itu diambil daripada bahasa Arab yang telah terlebih dahulu meminjam perkataan Parsi dikira sebagai pinjaman daripada bahasa Arab.
Pengaruh bahasa Turki juga terdapat dalam bahasa Melayu hasil danipada hubungan diplornatik dan kebudayaan antara alam Melayu dengan pemerintahan Uthmaniah dan
BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM
Turki menjelang abad ke-15 hingga abad ke-20. Justeru itu, ter-nyata bahasa begitu penting dalam perkembangan sesebuah
LAMPIRAN A
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
HURUFARAB HURUF LATIN HURUF ARAB HURUF LATIN
I - -~‘
t
b ~J t C th gh j Li fc
hJ
q kh.±3
k .~ dJ
1 dhr
m r L) n z~,
w s a h~)
sh ‘ L~’~ ‘~ y L~4
LAMPIRAN A
VOKAL PENDEK VOKAL PANJANG DIFTONG
a -u ~ a I -i ~ u j ~ay~ ~ aw~
BIBLIOGRAFI
A. Hajsmy, 1964. Apa Tugas Sasterawan Sebagai Khaljfah Allah.
Surabaya: Bina Islam.
Ahmad Hassan al-Baquri, 1969. Athar al-Quran al-Kari,n
fi
al-Lughah. Mesir: Dar al-Ma’anif.Anwar, C. Chejne, 1974. Tarikh al-Andalus iva Thaqafah. Minneapolis:TheUniversity of Minnesota Press.
A.S. Hornby dan E.C. Parnwell, 1972. The Progressive English Dictionary. London: Oxford University Press.
Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Ala,n Pemikiran Melayu. Kuaia Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Frans Rosenthal, 1980. Ibnu Khaldun: The Muqaddi~nah: An Introductions toHistory. (Terjemahan). New Jersey: Princeton University Press.
GAPENA, 1980. Kesusasteraan Melaj’u dun Islam.- Suatu Pertem-bungan Pemikiran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
HajiMuhammad Bukhari Lubis 1990. Bunga Rampai Sastera Parsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamiuddin Khan, 1968.History ofMuslim Education. Karachi: All
Pakistan Educational Conference. Jil. 1.
HAMKA, 1983. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Penerbit Pustaka Panjimas. Juz. 13—17.
Hasbi Ash Shiddieqy, 1966. Mu~izat al-Quran. Jakarta: Bulan Bintang.
Jack G. McAuley, 1988. Komunikasi Antara Manusia, (Terjemah-an), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Mahmood Mohd. Taib an-Najmi 1971. Sejarah Tamadun Islam.
BIBLIOGRAFI
M.A.J. Beg, 1979. Arabic Loan-Words in Malay: A Comparative Study. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
M.A.J. Beg, 1980.The Image ofIslamicCivilization. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
M.A.J. Beg, 1982.Persian and Turkish Loan- Words in Malay.Kuala
Lumpur: University of Malaya Press.
Maruli H. Panggabean (ed.), 1991. Bahasa, Pengaruh dan Peranannya.Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Al-Maujid, 1960.Beirut: Matba’ah aI-Khatulikiyah.
Nasar Din Makarim Syirazi, t.t. Muhammad ~va
al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr.
Rahmah Hashim, 1984. “Perkembangan Teknoiogi Media Komu-nikasi: Satu Cabaran”dim.Seminar Sums Sosialdan Perspela(f
Islam. UKM 13—14 Jan.
Sobri Salamon, 1988.Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: al-Rahmaniah.
Teuku Iskandar, 1970. Katnus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thomas Pyles dan John Aigeo, 1982. The Origins and Development of The English Language.London: Harcourt Brace Javanovich
Publishers.
Umar Hasyim, 1983. Anak yang Salih. Singapura: Pustaka
Nasional.
Y.E. El-Ezabi dan Others,1980.English Arabic Reader’s Dictionary. London: Oxford University Press.
INDEKS
abjad, 67, 70 abstrak, 31 cajam 56 Anda!us, 70 Avesta, 93 badic, 54 balaghat, 54 bay-an, 54 bow-bow, 14 bunyi, 4, 6, 13-16, 26 dakwah, 27, 29, 62, 70, 113, 114 fasih, 50 fenomenon, 10, 34 fihrasat, 8 filologi,90 genetic, 23, 24 genus, 11, 12 Hadis, 30, 37, 60 ihsan, 42 istilah, 5, 112 isyarat, 2, 4, 5,13, 21, 24 khalifah, 21, 50 konotasi, 10 konsep, 9 konseptualisasi,9 iambang, 2, 3, 6, 9, 13, 24 Latin, 18, 26, 30, 65, 81, 83, 115 lencongan, 10, Ii linguafranca,19, 26, 28, 41,66, 74, 76, 82, 114, linguistik, 1, 2, 3, 13-17, 19, 21, 22, 49, 113 nahu, 6, 12, 18 neolitik, 14 obor, 31 pencerap, ii persepsi, 7, 12 Pheonecia, 47 pidato, 36 poh-poh, 13 pola 13 primitif, 14, 16, 17, 34 Saijuk, 33, 108 Sanskrit, 63, 90, 102 simbol, 5 sopan santun, 3, 4, 40, 42, 44INDEKS strike, 10 Uthmaniah, 35, 109, 110, 113 tacbir, 59 tamadun, 9, 13, 15, 17, 18, 28,29, 31, 32, 33, 36, 39, 40, 44, 77 tatasusila, 43 teropong, 11, 12 wahyu, 16, 17, 26, 29 Zanzibar, 76 Zordosht, 91