• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUNIA

Dalam dokumen Bahasa dalam Tamadun Islam (Halaman 97-115)

5.1 Pengenalan

Antara penyelidikan yang terbaik berkaitan sumbangan atau pengaruh bahasa Parsi terhadap. bahasa-bahasa dunia ialah penyelidikan yang dilakukan oleh Dr. Haji Muhammad Buk-han Lubis, pensyarah bahasa dan kesusasteraan Parsi, di Ja-batan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Is-lam, UKM’ dan Profesor Madya Dr. M.A.J. Beg darijabatan, fakulti dan universiti yang sama.2 Bab

mi

menjadikan penye-lidikan mereka sebagai rujukan utama pada keseluruhannya.

Perkataan Parsi dirujukkan kepada bahasa baku dan rasmi bagi negara Parsi yang kemudiannya ~dikena1idengan Iran mulai tahun 1935. Bahasa Parsi tergolong dalam rumpun bahasa Arya daripada keluarga bahasa Indo-Eropah yang mempunyai persamaan dan segi perkataan, bentuk, nahu dan struktur umum ayatnya. Pakar filologi menyenaraikan 100 keluarga bahasa Indo-Eropah. Empat keluarga yang terpen-ting ialah bahasa Hamitik, Sematik (Samiah), Ural-Alta dan Indo-Eropah. Dan keluarga Indo-Eropah terdapat beberapa rumpun bahasa yang termasuk Arya, Armenia, Helenik, 1 Haji Muhammad Bukhari Lubis, 1990. Bunga Ran2pai Sastera

Parsi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 236 halaman.

2 M.A.J. Beg, 198Z Persian and Turkish Loan- Words in Malay. Kuala Lumpur: University of Malaya. Press. 94 halaman.

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUNIA Lithuania, Leti, Slavik, Teutoni dan Keltik.3

Bahasa Indo-Eropah dituturkan di India, Parsi, Greek, Itali, Armenia, Slavoni, Jerman dan Kelt. Bahasa-bahasa itu mempunyai istilah yang sama berkaitan dengan Tuhan, rumah, ayah, ibu, putera, puteri, anjing, lembu, kapak, pokok dan pelbagai lagi, Pada asalnya datuk nenek mereka mendiami dataran tinggi di Rusia selatan. Mereka bekerja sebagai peladang dan penggembala. Apabila orang Monggol menye-rang, mereka telah berhijrah ke wilayah-wilayah sekitarnya yang menyebabkan berlakunya kemasukan perbendaharaan kata dan dialek baharu. Yang bermastautin di bahagian utara berhijrah ke arah timur laut, melahirkan bangsa utama Eropah dan Asia Timur Laut. Yang bermastautin di selatan pula berhijrah ke Parsi dan India.

Bahasa Parsi mempunyai hubungan yang erat dengan cabang-cabang bahasa Arya daripada keluarga Indo-Eropah. Bahasa Parsi moden merupakan turunan langsung daripada orang-orang Arya-Parsi pada zaman purba. Bahasa Parsi juga mempunyai persamaan dengan bahasa-bahasa yang ditutur-kan di Afghanistan, Tajikistan, Pakistan, India, Turki, China, Irak, Syria dan sebagainya. Bahasa

mi

juga dituturkan di Caucaus, Republik Georgia, Armenia dan Azerbaijan.4

Bahasa Parsi terbahagi kepada dua bahagian iaitu barat dan timur. Bahasa Parsi barat terdiri daripada bahasa Tajik, Tati, Talishi, Guilaki, Mazandari dan Parachi Ormuri semen-tara bahasa Parsi barat daya terdiri daripada bahasa Luri, Bakhtiari, Sivandi, Gabri dan dialek Qumzari. Bahasa Parsi timur pula terdiri daripada bahasa Afghanistan iaitu Putu (Pashto) Ossetti, Yaghnobi, Munjani dan Pamiri. Bahasa Pamiri pula terdiri daripada bahasa-bahasa Sughnan-Rush-nan, Vakhan, Yazghulam dan Ishqashim.

Bahasa Parsi merupakan salah satu bahasa yang tertua di dunia dan mempunyái khazanah kesusasteraan yang terkaya terutama puisi. Bahasa

mi

pernah dituturkan dalam tempoh

3 Haji Muhammad Bukhari Lubis, op. cit., him. 7.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

yang berlainan dan wilayah yang berlainan. Empayar Parsi juga begitu luas. Pada satu masa empayar itu pernah menguasai Afghanistan, AsiaTengahdan Azerbaijan. Sebab itulah bahasa itu mempunyai pengaruh yang besar dan mendalam terhadap

sesetengah bahasa dunia.

Bahasa Parsi dan sudut sejarahboleh dibahagikan kepada tiga tempoh: zaman kuno 550—320 S.M. (zaman Hakkomane-shi), zaman pertengahan 226—651 M. (zaman Sasani) dan zaman moden 900 M. hingga kini. Tempohmasa pertama, iaitu zaman kuno merupakan tempoh yang terpenting dalam bahasa Parsi kuno. Bahasa

mi

berkembang di barat daya tanah-tanah tinggi Parsi. Bahasa Parsi kuno

mi

terpahat pada prasasti (batu bersurat) makam raja-raja Hakomaneshi. Antara yang terpenting ialah “Pengisytiharan Darius Agung” yang diukir di atas gunung Behistun, di lebuh raya Kermanshah-Hamadan. Ukiran

mi

merupakan tulisan parsi kuno berbentuk baji yang terdiri daripada abjad 40 suku kata. Ukiran

mi

merakamkan peristiwa peperangan raja Darius mengalahkan musuhnya sehingga berjaya menyatukan empayar yang besar. Bahasa yang digunakan itu ada kaitannya dengan bahasa Avesta dan Sanskrit.5

Bahasa Parsi, Avesta dan Sanskrit merupakan tiga bahasa yang serangkai yang berkembang di atas garisan yang berbeza. Dalam hal perdagangan raja-raja Hakhomaneshi mengguna-kan bahasa Aramaik yang digunamengguna-kan oleh raja-raja Assyria yang abjadnya lebih mudah daripada bahasa Parsi kuno. Bahasa Avesta merupakan bahasa agama Zardosht (Zoroas-terism) yang dituturkan oleh penduduk di beberapa wilayah yang berlainan antara abad ke-7 hingga ke-4 S.M. Dan segi tatabahasanya bahasa Avesta mempunyai hubungan yang erat dengan bahasa Parsi manakala usianya lebih tua daripada bahasa Parsi.

Dalamabad pertengahan iaitu abad ke-3 hingga abad ke-8 M., bahasa Parsi menjadi bahasa utama di bahagian Parsi barat

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUNIA daya (Iran sekarang). Bahasa Parsi menjadi bahasa Pahlavi dalam tahun 250 M. Ia bermula apabila pernerintahan Seleucid (raja Greek) ditentang oleh seorang pemimpin daripada keluarga Parthi yang berjaya pula menakiuki Afghanistan dan Parsi timur. Penggantinya meluaskan lagi wilayah itu hingga ke Iran (sekarang) dan pemerintahannya menjadi saingan kepada empayar Rom. Pemerintahan Parthi turut menyebarkan bahasa mereka iaitu Pahiavi (250 S.M. —226 M.) yang ketika itu menjadi lingua francadi rantau itu dan kesu-sasteraannya berkembang dengan pesat sekali.

Perkataan Pahiavi berasal daripada bahasa Avesta. Perkãtaan

mi

lahir hasil daripada hubungan antara Parsi Timur dengan bangsa-bangsa lain dalam jarigka masa 800 tahun terutama daripada dinasti Hakhornaneshi yang berakhir dengan pemerintahan Parthi. Karya kesusasteraan Pahiavi yang terdiri daripada tiga kategori: tcrjemahan daripada bahasa Avesta sebanyak 27 buah buku, teologi dan liturgi agama Zardosht sebanyak 55 buah buku dan tulisan sekular sebanyak 11 buah telah diselamatkan oleh Islam. Karya-karya lain hilang tanpa dapat dikesan.

Pengarang Islam telah membuat kajian dan ulasan tentang karya-karya tersebut. Antara karya-karya itu ialah

Hikayat Nawhir,nan dan Pesuruhnya,

Kar,nanak-i-Artakhsair-i-Papakan ChatrangNamakdan Farhang-i-Pahlavik.6

Bahasa Parsi moden bermula dengan penerimaan Islam. Islam telah mengubah wajah sejarah bahasa Parsi. Tiga perubahan besar yang dilakukan oleh Islam terhadap Parsi; pertama, menggantikan agama Zordosht dengan agama Islam yang berasaskan ketauhidan Allah s.w.t., kedua, bahasa Arab mengubah bahasa Parsi atau bahasa Pahlavi kerana wujud perbezaan besar antara bahasa Parsi dengan Arab. Bahasa Arab adalah bahasa Semetik sedangkan bahasa Pahlavi adalah bahasa Indo-Eropah. Walaupun wujud perbezaan yang amat besar

mi,

tetapi Islam telah berjaya menyatukan kedua-dua

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

bahasa itu dan kedua-duanya saling pengarub-mempengaruhi. Ketiga, Islam memperkenalkan sistem pemerintahan khalifah yang mengutamakan syura dan demokrasi. Sedangkan Parsi mengamalkan sistem beraja.

Dengan kedatangan Islam, bahasa Pahiavi atau Parsi mengalami pengubahsuaian. Pengubahsuaian yang paling penting ialah perubahan nama bahasa yang diubah kepada nama baharu iaitu bahasa Parsi moden atau bahasa Parsi Islam. Pada peringkat permulaan orang Parsi menghadapi kesulitan kerana abjad Arab dan Parsi itu berbeza. Demikian juga kesukaran berlaku dalam pertuturan kerana terdapat beberapa hurufArab yang sukar dituturkan oleh orang Parsi. Untuk mengatasi kesulitan itu pengubahsuaian huruf-huruf Arab telah dilakukan oleh bahasa Parsi sehingga akhirnya wujud keserasian antara bahasa Arab dan Parsi dan berjaya menjadi dua bahasa Islam yang bertanggungjawab menyebar-kan tamadun Islam ke seluruh dunia.

Keunggulan bahasa Parsi telah diakui oleh al-Qur’an sendiri. Buktinya terdapat banyak perkataan Parsi yang digunakan oleh al-Qur’an. Contohnya ialah perkataanjizyat

(cukai kepala) terdapat dalam surah al-Taubah: 9: 29. Perkataanzanjabil (halia) terdapat dalam surah al-Insan: 76: 17. Perkataan s~jjil(tanah hat) terdapat dalam surah al-Fil: 105: 4. Perkataansiraj(lampu) terdapat dalam surah al-Furqan:25:

61, al-Ahzab: 33: 46dan al-Naba’: 78: 13. Perkataanfi/terdapat dalam surah al-Fil: 105:1. Perkataan inasyk (kasturi) terdapat dalam surah al-Mutaffifin: 83: 26.

Walaupun bangsa Arab Islam berjaya menakluk Parsi tetapi merek’a kagum dengan pencapaian tamadun yang dicapai oleh bangsa~Parsi.Justeru itu bangsa Arab telah mengambil banyak pencapaian tamadun Parsi dan menjadi sebahagi~ndaripada tamadun Islam. Malah para sahabat Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Parsi tUrut serta bergan-ding bahu membina tamadun Islam. Ramai juga ulama be-sar Islam yang lahir daripada bangsa Parsi. Antara mereka ialah al-Khawarizmi, Ibnu Sina, al-Biruni, al-Farabi, Umar Khayam, al-Razi dan al-Ghazali. Keagungan mereka dicatat

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUNIA dengan tinta emas dalam sejarah perkembangan tamadun Islam. Mereka bukan sahaja menghasilkan karya Islam dalam bahasa Arab malah juga dalam bahasa Parsi. Mereka jugalah yang bertanggungjawab memasukkan bahasa Arab ke dalam bahasa Parsi dan menyebarkan bahasa Parsi kepada dunia.7

Perbendaharaan kata Parsi telah dibawa masuk ke dalam bahasa Arab dengan banyaknya sama ada oleh ulama Arab atau ulama Parsi. Contohnya, al-Baladhurl dalam kamusnya Tabaqat al-Attiba’, Ibnu Sina dalam a/-QaTiuli, ImaduddTn al-Katib Isbahani dalam Tãrllch cAll Saljuq, Abu Faraj al-IsbahanT dalam al-Aghani’, al-Jahiz dalam al-Bayan ii’a a!

Tabyin dan al-Jawahiqi dalam al-Mur’arrab nun a!-KalU,n al-~4jam.8

Pada zaman awal Islam memang banyak perkataan Parsi yang diarabkan dan sebaliknya beribu perkataan Arab yang diparsikan. Jika dibandingkan antara kedua-duanya

perka-taan Arab diparsikan lebih banyak daripada perkaperka-taan Parsi diarabkan. Perkataan Arab mula masuk ke dalam perbenda-haraan kata Parsi melalui penyebaran dakwah Islamiah, asimilasi sosial antarabangsa Arab dengan Parsi, melalui pemerintahan dan pentadbiran. Pada zaman pemerintahan Dinasti Samani (201—389 H) dikatakan 5—10% perkataan Arab diparsikan sementara50%lagi dalam abad ke-6hingga ke-8 H. Terdapat beberapa ciri bahasa Arab dalam bahasa Parsi. Antaranya:9

a. Bahasa Parsi banyak menggunakan perkataan Arab secara langsung seperti yang terdapat dalam ayat-ayatnya.

b. Banyak menggunakan perkataan yang bertanwin di akhir ayat seperti ~ ~ dan LiL.

c. Masdar(kata nama terbitan) ditambah dengan huruf Contohnya

~f

menjadi ~..,.

7 M.A.J. Beg,op. cii., him. i2.

8 Haji Muhammad Bukhari Lubis, op. cit., him. 30. 9 Ibid., hIm. 2 1—22.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

d. Menggunakan bentuk kata dan teks Arab. Pada asalnya hal

mi

tiada dalam prosa Parsi seperti ~ (kuhi) dan .~j.A’-(batas).

e. Pengarang menunjukkan penguasaannya terhadap kedua-dua bahasa iaitu Arab dan Parsi dengan memasukkan ayat Arab ke dalam karya Parsi. f. Penyisipan perkataan Arab sama ada satu perkataan

atau banyak tetapi tetap menggunakan nahu Parsi dalam sesuatu ayat.

g. Memasukkan nahu Arab ke dalam bahasa Parsi. h. Mengambil kata seruan dan peringatan (kata

penunjuk) Arab ke dalarn bahasa Parsi.

i. Mengambil al-masdar (nama terbitan) Arab dan ditambah dengan perkataan Parsi sendiri.

j.

Memadukan perkataan Parsi dan Arab untuk membentuk kata keterangan.

k. Menggunakanal-,naful aI-muilaq(kata nama men-derita) untuk al-ta’kid (pengukuhan). Contoh-nya~ mengikut fungsi perkataan Arab

~

1. Al-fi7 al.muda,.ic (kata kerja masa kini) danfidl

a!-madl(kata kerja masa lalu) untukmabnl al-inajhül

(ragam pasif).

m. Meniru stail ayat Arab yang mendahulukan dan mengemudiankan perkataan dan tidak terikat pada tatabahasa Parsi. Contohnya mendahulukanism a!-maf~ (katanama menderita)dan ism a! aI~fadil(kata nama pelaku).

n. Meniru penyamaanal-s(fatdenganal-mrni’suf(yang disifatkan) yang terdapat dalam bahasa Arab. Sedangkan dalam bahasa Parsi tidak perlu.

o. Meniru prosa berirama Arab.

p. Meniru kata perbandingan bahasa Arab. ~Tetapi orang Parsi menambah ~,7.Contohnya

J~l

men— jadi~L~iL

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUN!A

5.2 Sumbangan terhadap Bahasa India

Islam turut tersebar ke India khususnya di bahagian utara. Pemerintahan, pentadbiran dan kebudayaan dii aksanakan oleh pemerintah Islam dengan menggunakan bahasa Parsi. Bahasa Arab pula digunakan dalam urusan keagamaan dan falsafah. Dalam erti kata yang lain bahasa Parsi disebarkan dengan meluas sekali ke seluruh benua kecil India melalui pemerintahan Islam. Di bawah pemerintahan Moghul, pemerintahan Islam telah berjaya meluaskan pengaruhnya ke Deccan, Benggal dan Oudh. Bahasa Parsi digunakan di pejabat kerajaan dan. majoriti pegawai dan kakitangan kerajaan ketika itu menggunakan bahasa Parsi. Bahasa Parsi juga menjadi bahasa pertuturan di daerah-daerah seperti

Negeri Maratha pada zaman pemerintahan Chatrapati Sivaji dan negeri Sikh pada zaman pemerintahan Maharaja Ranjit Singh. Bahasa Parsi menguasai India selama 800 tahun. Pengaruh bahasa Parsi bukan sahaja dalam lisan malah dalam tulisan. Bahasa itu telah menembusi beberapa bahasa tempatan melalui dialek Hindi. Penyebaran bahasa Parsi di India bertambah lancar apabila raja-raja tempatan yang memainkan peranan aktif untuk memindahkan perbendaha-raan kata Parsi ke dalam bahasa tempatan. Contohnya pada zaman Akbar Agung.

Sebahagian daripada perbendaharaan kata Arab masuk ke dalam bahasa-bahasa tempatan India melalui bahasa dan kesusasteraan Parsi. Manakala sebahagian daripada istilah Islam masuk ~ecara langsung ke dalarn bahasa Hindustan daripada kitab agama berbahasa Arab.’°

5.2.1 Bahasa Urdu

Bahasa Urdu merupakan kacukan dua bahasa iaitu Parsi dan Arab, tetapi dan segi tatabahasa, fonetik dan ungkapannya mengikut bahasa Hindi. Bahasa yang lahir

BAHASA DALAM TAMADUN iSLAM

di Delhi pada zaman pemerintahan Islam

mi

meminjam begitu banyak sekali kata-kata, prosa, genre dan tema puisi Arab dan Parsi. Kesusasteraan Urdu yang dipelopori oleh ahhi sufi mula berkembang di Deccan. Mereka menggunakan bahasa itu untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan ajaran sufi.

Pengaruh bahasa Parsi terhadap bahasa Urdu meliputi setiap pandangan, ilham, arah dan asas pemikir-an sehingga digunakpemikir-an menjadi bahasa persuratpemikir-an. Bahasa Urdu telah meminjam sebanyak lebih daripada 6000 perkataan Parsi.1’ Demikian juga dengan bahasa Arab, bahasa Urdu mengambil lebih daripada 7000 perkataannya. Bahasa Urdu kini menjadi bahasa rasmi Pakistan. Di India bahasa Urdu menjadi bahasa utama umat Islam sehingga berjaya menjadi bahasa perpaduan yang meningkatkan keeratan dan kekuatan umat Islam di benua kecil itu. Hal

mi

diakui sendiri oleh Sir Tej Bahadur Sapru.

5.2.2 Bahasa Hindi

Bahasa Hindi merupakan antara bahasa yang banyak mengambil perkataan lain terutama bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit. 50% daripada kornposisinya terdiri daripa-da perkataan Sanskrit manakala 50% yang lain terdiri daripada perkataan Parsi dan Arab. Karya lama Hindi juga mempunyai unsur Parsi. Contohnya dalam karya

Ramayana, perkataan “garibnawaja” berasal daripada bahasa Parsi iaitu perkataan “gharib-nawaz” dan perka-taan gani asalnya ghani. Hindi Sabda Sagara, sebuah kamus Hindi menyenaraikan 6641 perkataan Parsi dan 7584 perkataan Arab dalam bahasa Hindi. Dewharust, sarjana bahasa Hindi yang mengumpulkan puisi Hindi dalamBiharilal Satsaimenyenaraikan lebih kurang 90% perkataan Parsi dalam 700 bait puisi tersebut.

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP BAHASA DUNIA 5.2.3 Bahasa Tamil

Bahasa Tamil dikatakan meminjam Iebih daripada 2500 perkataan Parsi dan 1500 perkataan Arab. Antara sumbangan bahasa Parsi yang paling berharga kepada bahasa Tamil ialah karya sufi yang dihasilkan oleh Tamilnad. Karya

mi

membezakan antara tema Islam dengan tema Hinduisme.

5.2.4 Bahasa Kasymiri

Bahasa Kasymiri pada peringkat awal meminjam banyak perkataan Sanskrit. Tetapi setelah kedatangan Islam ke India khususnya wilayah Kasymir banyak perbendaha-raan kata Parsi dan Arab yang dipinjam. Sultan Zainal Abidin telah mendirikan biro penterjemahan yang khusus berperanan sebagai badan penterjernah karya Parsi dan Arabyang dipinjam, dengan penggunaan perkataan Parsi melebihi perkataan Arab. Bidang pemerintahan dan pentadbiran merupakan bidang yang paling banyak meminjam perkataan Parsi oleh bahasa Kasymiri. Dinas-ti Syah Mir paling banyak memindahkan perkataan Parsi ke dalam bahasa Kasymiri)2

5.2.5 Bahasa Punjabi

Qutb al-Din Aybak mengasaskan kesultanan Delhi dalam tahun 1206 M. dan sejak itu wilayah Punjabi mula menerima pengaruh Islam. Serentak dengan itu bermula-lah kemasukan bahasa-bahasa Islam iaitu Parsi, Arab dan Turki ke dalam bahasa Punjabi, tetapi pengaruh perben-daharaan kata Parsi lebih besar. Contohnya Guru Nanak (1469—1538) telah menghasilkan kitab suci agama Sikh iaitu Hadir Nama yang mengandungi banyak perkataan Parsi dan ayat dalam bentuk bahasa Parsi. Granth Sahib

yang juga merupakan salah satu kitab suci agama Sikh 12 Ibid., him. 37.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

juga mengandungi banyak perbendaharaan kata Parsi. Pada zaman pemerintahan Maharaja Ranjit Singh di Punjab pengaruh bahasa Parsi telah dibawa masuk ke istana dan beliau sendiri menaungi perkembangan kesusasteraan Parsi itu. Urusan pemerintahan dan pentadbirannya juga dijalankan dengan menggunakan bahasa Parsi. Malah mata wang Jassa Singh Kalal mengandungi satu bait puisi Parsi.’3

5.2.6 Bahasa Benggali

Bahasa-bahasa Islam iaitu Parsi, Arab dan Turki mempengaruhi bahasa Benggali secara perlahan-lahan dan pengaruh

mi

bertambah dan sernasa ke semasa sehingga berjaya mengubah bahasa pasar dan persuratan Benggali. Pada zaman pemerintahan Akbar Agung banyak istilah pemerintahan, pen tadbiran, perundangan dan perdagangan dipinjam oleh bahasa Benggali daripada bahasa Parsi. Proses

mi

berlangsung selama 600 tahun dan ia bermula pada abad ke-13 M. Sebelum terdirinya dmnasti Moghul pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Benggali ada-lah terbatas. Tetapi mulai abad ke- 15 M. ramai raja dan panglima Benggali memeluk Islam dan mereka menaungi perkembangan bahasa dan kesusasteraan Parsi. Faktor

mi

mempercepat proses penyerapan bahasa Parsi ke dalam bahasa Benggali.

Menjelang abad ke-18, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Benggali kian meningkat. Suniti Kumar Ghatterji, sarjana bahasa Benggali ada menjelaskan bahawa bahasa Benggali telah diparsikan. Beliau memberi contoh, dalam abad ke-14 M. hanya empatperkataan Parsi yang terdapat dalam Sri Krsna-Kirttana, tetapi dalam Padma-Purana

yang dihasilkan dalam abad ke- 15 telah meningkat kepada 125 patah perkataan Parsi. SeterusnyaDhama Manggala

yang dihasilkan dalam abad ke-16 mengandungi 200

SUMBANGAN BAHASA PARSI TERHADAP BAHASA DUNIA perkataan Parsi. Ini diikuti oleh Ananda-Mangala yang dihasilkan dalam abad ke- 18,mengandungi 400 perkataan Parsi. Akhirnya terdapat lebih daripada 2500 perkataan Parsi dalam bahasa Benggahi. Jnanendra Mohan Das yang menghasilkan Benggali Dictionary, menjelaskan bahawa cara bagaimana bahasa Parsi dibenggalikan ialah dengan menambah beberapa imbuhan dan neturalisasi sehingga bahasa Parsi menjadi bahasa Benggali sendiri. Bidang utama yang banyak menerima pengaruh bahasa Parsi ialah sosial, pemikiran dan agama.’4

5.2.7 Bahasa Gujarati

Wujudnya hubungan perdagangan antara Parsi dengan Gujarat kerana faktor geografi. Kedudukan Gujarat begitu hampir dengan Teluk Parsi. Melalui perdagangan jugalah bahasa Parsi meresap ke dalam bahasa Gujarati. Malah orang Parsi juga pernah membuat penempatan di Gujarat terutama dalam abad ke-lO M. Melalui asimilasi sosial bahasa Parsi telah dipindahkan ke dalam bahasa Gujarati. Suku bangsa tempatan iaitu Nagar, Kayasth dan Ksatriya menguasai bahasa Parsi dengan begitu baik sekali. Di situ juga diadakan “bait-bazi” iaitu majlis pertandingan deklamasi puisi Parsi sempena sesuatu perayaan sebagai hiburan. Melalui majlis serupa itu pemikiran dan kesusasteraan Parsi disebarkan. Bahasa Parsi telah dijadikan sebagai bahasa rasmi Gujarat sejak 15 abad yang silam oleh pihak pemerintah menyebabkan rakyat turut serta menguasai bahasa tersebut.

5.2.8 Bahasa Asam

Kesan hubungan pemerintahan Moghul dengan peme-rintahan Ahom di Asam maka timbul istilah pemerin-tahan, pentadbiran dan ketenteraan dalam bahasa Asam.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

Surya Kumar Bhuyan, sarjana bahasa Asam menjelaskan bahawa Buranji yang merupakan karya sastera sejarah yang disusun oleh Parmananda Bairagi dan Gokhulpus yang diusahakanpada zaman pemerintahan Raja

Udaya-ditya Singha mengandungi sebahagian perbendaharaan kata Arab dan Parsi. Antara perkataan Parsi itu ialah istilahsabah, gur, takht, farnian dan in ‘a~n.Bahasa Asam juga meminjam perbendaharaan kata Parsi dengan melakukan pengubahsuaian. Contohnya, perkataan ka-kat(Asam) diubahsuai daripada perkataankagaz(Parsi).

5.2.9 Bahasa Sindhi

Sindhi adalah antara wilayah India yang terawal mene-rima Islam. Melalui hubungan sosial, bahasa Sindhi menerima banyak perbendaharaan kata bahasa-bahasa Islam seperti Parsi, Arab dan Turki khususnya pada zaman pemerintahan dinasti Moghul.

5.2.10 Bahasa Oriya

Bahasa Oriya banyak menerima perbendaharaan kata Parsi antara abad ke-l3 hingga abad ke-l9. Pengaruh

mi

jelas terbukti pada ukiran, kesusasteraandan bahasa pasar mereka. Banyak perkataan dan tatabahasa Parsi yang ditiru oleh bahasa Oriya. Contohnya perkataan kharca

(Oriya) diambil daripada perkataankharch(Parsi).’5

5.2.11 Bahasa Marathi

Bahasa Parsi mempunyai pengaruh yang besar dan luas dalam bahasa Marathi. Pengaruh

mi

berpunca daripada wujudnya hubungan antara pemerintahan Islam dengan orang Maharashtra. Pemerintahan Parsi menguasai wilayah Marathi dan abad ke-14 hingga abad ke-17 M.

SUMBANGAN BAHASA PARSE TERHADAP BAHASA DUNIA Mereka menggunakan bahasa Parsi untuk mempengaruhi rakyat. Dokumen sejarah bahasa Marathi 80% terdiri daripada perkataan Parsi dan Arab. Demikian juga seni halus dan tatasusila di istana banyak menggunakan perbendaharaan kata Parsi.

Bahasa Marathi juga terhutang budi kepada bahasa Parsi dan segi tatabahasa dan struktur bahasa terutama berkaitan dengan imbuhan akhiran untuk kata sifat, cara

Dalam dokumen Bahasa dalam Tamadun Islam (Halaman 97-115)

Dokumen terkait