6.1 Bahasa Parsi
Walaupun kata Arab banyak sekahi dipinjam oleh bahasa Melayu dalam bidang keagamaan, pentadbiran, sains dan pendidikan tetapi dalam bidang pelayaran, senjata, makanan, perayaan, perkataan, alat muzik dan perdagangan, perbenda-haraan kata Parsi mengatasi perbendaperbenda-haraan kata Arab. Pro-ses pemindahan perbendaharaan kata Parsi ke dalam bahasa Melayu melalui dua cara. Pertama, secara langsung daripada bahasa Parsi dan kedua, secara tidak langsung iaitu melalui bahasa Arab. Yang dimaksudkan dengan cara kedua ialah pemindahan melalui bahasa Arab yang meminjam perkataan Parsi. Perkataan Parsi itu diarabkan dengan mengubah ejaan dan kadang-kadang makna asalnya juga. Bahasa Melayu pula mengambil perbendaharaan kata Parsi itu melalui bahasa Arab yang telah melakukan pinjaman dan pindahan.
Profesor Madya Dr. M.A.J. Beg menegaskan bahawajika perkataan Parsi itu dipinjam oleh bahasa Melayu melalui bahasa Arab, keadaan
mi
dianggap sebagai pinjaman bahasa Arab dan bukan bahasa Parsi. Sedangkan jika perkataan pinjaman itu berlaku secara langsung daripada bahasa Parsi dan dapat dibuktikan kesahihannya maka perkataan itu dianggap sebagai pinjaman daripada bahasa Parsi.’SUMBANGAN BAHASA PARS! DAN TURK!
Dalam menentukan sama ada sesuatu perkataan itu merupakan pinjaman daripada Parsi atau Arab, sarjana bahasa Melayu berbeza pendapat. Contohnya perkataan
khurma, R.J. Wilkinson mengatakan perkataan itu berasal daripada perkataan Arab, sedangkan R.O. Winstedt dan Ibrahim bin Dato’ Muda Linggi pula mengatakan perkataan itu berasal daripada bahasa Parsi. Demikian juga perkataan
bakht(nasib) danbu!-bul(sejenis burung), Kratz dan Wilkinson mengatakan perkataan-perkataan
mi
berasal daripada Parsi. Winstedt dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi mengatakan perkataan bakht berasal daripada bahasa Arab dan bul-buldaripada bahasa Parsi. Kamus Dewan menegaskan bahawa perkataan bakhi berasal daripada perkataan Parsi sedangkan
bu!-buldaripada bahasa Arab.
Ibnu Durayd dan al-Jawaliqi mengatakan kedua-dua perkataan itu berasal daripada bahasa Parsi yang dipmnjam oleh bahasa Arab. Bahasa Melayu meminjamnya daripada bahasa Arab. (ileb sebab perkataan tersebut dipinjam melalui bahasa Arab maka Ia merupakan pinjaman daripada bahasa itu mengikut teori yang telah dijelaskan sebelum
mi.
Perkataan dabir (setiausaha) mengikut pendapat Wil-kinson berasal daripada bahasa Parsi. Profesor R.N. Fryejuga bersependapat dengan Wilkinson. Sebuah tesis yang ditulis oleh Momin Mohiuddin yang bertajuk The Chansellery and Persian Epistography under the Moghuls: Babur and Shah Jahan
menjelaskan bahawa perkataan dabirmemangnya membawa maksud penulis, setiausaha atau khatib. Perkataan
mi
dipin-jam oleh bahasa Melayu daripada bahasa Arab. Bahasa Arab pula meminjam daripada bahasa Parsi. Yang jelas bahawadabiryang bermaksud setiausaha yang mahir disebut dalam kedua-dua bahasa Parsi dan Arab. Justeru itu berdasarkan peraturan di atas perkataan
mi
dipinjam daripada Arab walaupun bahasa Arab terlebih dahulu meminjam daripada bahasa Parsi.2BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM
Profesor Madya M.A.J. Beg telah menganalisis kamus-kamus bahasa Melayu dan mengenal pasti jumlah bahasa Parsi yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:3
Pengarang Buku Tahun Jumlah
Perkataan
R.J. Wilkinson A Malay-English Dictionary (Jawi)
1901-1902 140 Swettenham Vocabulary of the English
and Malay Languages
1910 18
Ibrahim bin Dato’
Muda Linggi
Kitab Loghat-Melayu 1921 117
Winstedt Za’ba
Malay-English Dictionary Ilmu Mengarang Melayu
1952
1965
77 77
6.2 Bahasa Turki
Bahasa Turki berasal dan Asia Tengah. Bahasa
mi
mempunyai hubungan dengan Islam apabila kerajaan Bani Umaiyah berjaya menakluki Asia Tengah yang diketuai oleh panglima Qutaybat bin Muslim al-Bahili dalam abad pertama Hijrah (715 M.). Zeki Velidi Togan seorang sarjana Turki yang terkenal menjelaskan bahawa Turki menerima Islam dalam abad pertama Hijrah dan berterusan hingga abad ke-lO H.4Orang-orang Turki telah diambil oleh kerajaan Bani Abbasiah untuk menganggotai angkatan tentera kerajaan tersebut. Setelah berkhidmat dan menerima latihan, mereka memperlihatkan bakat kepimpinan, kesetiaan dan kehandalan yang dikagumi.
Orang Turki akhirnya berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat yang menguasai dunia Islam dan dikenali dengan nama kerajaan Saljuk dalam abad ke-ll M. yang kemudian menguasai seluruh Parsi, Baghdad dan Asia
3 Ibid., him. 35. Disalin. 4 Ibid., him. 50—52.
SUMBANGAN BAHASA PARS! DAN TURK!
kecil menjelangabad ke- 12 M. Mereka telah meminjam banyak perkataan Arab secara beransur-ansur sejak menerima Islam. Al-Qur’an telah diterjemahkan ke bahasa Turki pada abad
ke-11M.
Orang Turki lebih berkuasa dan memperlihatkan kea-gungan dan abad ke-14 hingga abad ke-20 apabila terbentuk-nya kerajaan Uthmaniah yang menguasai sebahagian besar dunia Islam. Bahasa Turki Uthmaniah telah menjadi bahasa rasmi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan tersebut. Bahasa itu digunakan dalam hubungan diplomatik, pohitik dan kebudayaan dengan dunia Islam termasuk alam Melayu.
Hubungan
mi
menyebabkan berlakunya pinjaman per-bendaharaan kata Turki ke dalam bahasa Melayu. Pengaruh Turki di alam Melayu bukan sahaja terbatas kepada bahasa, malah meliputi bidang pakaian seperti tarbus yang diminati pada satu masa dahulu. Pemimpin-pemimpin Turki juga menjadi pujaan penduduk di rantau itu. Gambar-gambar mereka digantung di rumah-rumah. Seni bina Turki juga mendapat perhatian umat Islam di rantaumi.
Mereka banyak meniru menara bulat tinggi seperti yang terdapat di masjid Istanbul. Anak bulan yang menjadi simbol bendera dan bangunan di Turki juga kedapatan dengan banyaknya di alam Melayu. Affendi adalah nama Turki yang juga digemari oleh umat Islam di sini.Hubungan Turki dengan alam Melayu telah berlangsung selama beberapa abad sejak abad ke- 15 hingga abad ke-20. Penguasaan politik di Asia Barat terutama pada zaman Sultan Sulaiman al-Qanunu mendapat perhatian daripada kerajaan-kerajaan Islam di alam Melayu. Contohnya Sultan Ala al-Din Ri’ayat Syah (1557—1571) dan Aceh pernah menghantar dua wakil ke Turki dan pernah meminta bantuan ketenteraan Un-tuk menentang serangan Portugis dalam tahun 973 H./1 563 M. Permintaan itu diperkenankan dengan menghantar dua kapal yang berisi senjata dan penasihat tentera.5
BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM
R.J. Wilkinson dalam tahun 1901—1902 menyenaraikan sejumlah tujuh perbendaharaan kata Turki dalam bahasa Melayu iaitu tujuh perkataan. R.O. Winstedt dan Ibrahim bin Dato’ Muda Linggi pula di dalam bukunya Kitab Loghat Me!ayu menyenaraikan sebanyak 6 perkataan. T. Iskandar dalam Kamus Dewan juga turut menyenaraikan beberapa perkataan Turki dalam bahasa Melayu.6
Sebagai kesimpulan bahasa Parsi dan Turki sama-sama mempunyai pengaruh terhadap perkembangan bahasa Me-layu. Bagi bahasa Parsi, timbul sedikit kesulitan untuk menentukan dan mengenal pasti kesahihan sesuatu perkataan itu benar-benar berasal daripada bahasa Parsi.
mi
disebabkan sukar untuk membezakan antara perkataan Parsi dan Arab kerana kedua-dua bahasa itu saling pengaruh-mempengaruhi. Justeru itu setiap perkataan Parsi dalam bahasa Melayu belum tentu lagi diterima secara langsung daripada bahasa tersebut. Kemungkinan besar perkataan itu dipinjam melalui bahasa Arab. Contohnya, walaupun pada asalnya perkataan itu adalah bahasa Parsi, tetapi disebabkan telah terlebih dahulu dipinjam oleh bahasa Arab, maka perkataan itu merupakan pinjaman daripada bahasa Arab dan bukan daripada bahasa Parsi.Walaupun pengaruh bahasa Turki begitu kurang sekali jika dibandingkan dengan pengaruh bahasa Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu, tetapi dengan wujudnya hubungan diplomatik dan kebudayaan dengan kerajaan Uthmaniah di Asia Barat, beberapa perkataan Turki ada juga dipinjam oleh bahasa Melayu.