• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Tibet

Dalam dokumen Bahasa dalam Tamadun Islam (Halaman 91-97)

SUMBANGAN AL-QUR’AN TERHADAP BAHASA DUNIA

4.3.2 Bahasa Berber

4.5.1.4 Bahasa Tibet

Bahasa

mi

dikatakan paling banyak melakukan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing seperti Parsi, Turkistan, Cina dan sebagainya. Mereka juga meminjam perkataan bahasa Arabmelalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Tibet, contohnya:

Arab Tibet

Sahib sa-heb (sahabat) halal ha-lal

masjid ma-si-ta

4.5.1.5 BahasaBenggali

Bahasa

mi

dikatakan terdini daripada 75% bahasa Sanskrit dan 10% bahasa Arab dan Parsi. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah

peluas-an pengaruh Islam begitu pesat. Benggal telah didatangi oleh pedagang-pedagang Arab dan duit syiling daripada kerajaan tersebut dijumpai di Paharpur dan Mainamati di Benggal Timur. Inilah bukti yang kuat yang menunjukkan bahawa wilayah itu mempunyai h~sbungansecara langsung dengan orang-orang Arab. Raja-raja Islam juga dikatakan pernah memerintah wilayah itu dan abad ke-13 hingga abad ke-18 M. Dalam pentadbiran dan kebudayaan, bahasa Parsi telah digunakan oleh raja-raja tersebut. Kehadiran penyairdan penulis tern-patan di istana mereka menggambarkan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan mendapat perhatian utama kera-jaan Islam di wilayahitu.

SUMBANGAN AL-QUR’AN TERHADAP BAHASA DUNIA

Benggal. Pendidikan Islam yang meliputi tatabahasa Arab, ilmu Usuluddin dan Fikah diajarkan di sana, tetapi bahasa Arab tidak pernah menjadi bahasa komunikasi di Benggal.

Di istana, bahasa Parsi lebih banyak digunakan. Demikian juga halnya di kalangan golongan atasan. Bahasa Parsi dijadikan sebagai media utama dalam pengajaran Islam di madrasah di samping bahasa Arab. Bahasa Arab walau bagaimanapun

mempu-nyai pengaruh yang besar di kalangan golongan pemenintah.

Terdapat 200 buku sejarah kerajaan Islam di Benggal, 144 darmpadanya ditulis dalam bahasa Arab, 21 campuran Arab/Parsi, 34 dalam bahasa Pansi dan satu dalam bahasa Sanskrit. Bahasa Parsi diperke-nalkan sejak abad ke-12 lagi tetapi telah diubahsuai dengan bahasa Arab. Pengaruhnya lebih kuat lagi apabila kenajaan Moghul memerintah Benggal mulai abad ke-16. Bahasa

mi

juga digunakan dalam mata wang dan bidang kesusasteraan.

Mulai tahun 1850 perubahan telah berlaku kepada bahasa Benggali. Pada masa itu banyak kata pinjaman telah diambil daripada bahasa Arab dan Parsi. Yang anehnya penggunaan perkataan pinjam-an

mi

lebih luas di kalangan golongan Hindu danipada umat Islam sendiri. Contoh pinjaman bahasa Arab:

Arab Benggali

adat

banakat barkat (berkat)

macrifat marifat

4.5.1.6 Bahasa Oriya

Bahasa

mi

tergolong dalam bahasa Indo-Anya, sama seperti bahasa Assam, Benggali, Bihari dan lain-lain.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

Antara tiga bahasa in bahasa Benggalilahyang lebih penting dan luas penggunaannya. Oriya ialah nama wilayah yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Banyak perkataan Arab yang dipinjam oleh bahasa tersebut, contohnya.

Arab Oniya

amanat amanata

carnal amala

iman imana

4.5.2 Bahasa Melayu

Profesor Madya Dr. M.A.J. Beg menjelaskan bahawa ramai pakar bahasa dan barat yang telah mengkaji pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Antara mereka ialah C. Skinner yang mengetengahkan pengaruh bahasa Arab dalam nama orang, angka, jantina dan lain-lain sehingga berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasailmiah dalam rencananya “The Influence of Ara-bic Upon Modern Malay”. Abdul Hamid Ahmad pula, dalam bukunyaKamus al-Hamidimenyenaraikan sejum-lah 2000 perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Penga-rang yang lain menyenaraikan 1725 perkataan iaitu Muhammad Said dalam bukunya Gugus Kata Arab-Melayu. Muhammad Sanusi pula menyenaraikan antara

1700—2000 perkataan Arab dalam bahasa Melayu dalam bukunyaKamus Istilah Islamiah.T. Iskandar selanjutnya menyenaraikan 1100 perkataan Arab dalam bahasa Melayu dalamKamus Dewan.

Selain danipada C. Skinner ramai lagi penyelidik Eropah yang terdiri daripada pengembang agama Knis-tian, ahli bahasa dansebagainya yang telah mengkaji dan menganalisis perkataan-penkataan Arab yang tendapat dalam bahasa Melayu seperti James Howison dalam bukunya A Vocabulary of the Malay Tongue yang

Shella-SUMBANGAN AL-QUR’AN TERHADAP BAHASA DUN1A

bear dalam bukunya Malay-English Vocabulary, menye-naraikan kira-kira 385 perkataani, FrankSwettenham pula menyenaraikan sejumlah 219 perkataan.23

R.O. Winstedt dengan Ibrahim Dato’ Muda Linggi dalam bukunya Kitab Loghat Melayu juga menyena-raikan sebanyak 1001 perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu. Terdapat 892 perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu seperti yang disenaraikan oleh Wilkinson dalam kamusnya An Abridged Malay-English

Dictionary.

Ini bererti perkataan pinjaman danipada bahasa Arab dalam bahasa Melayu amat banyak dan luas sekali penggunaannya. Terdapat banyak cara bagaimana proses penyesuaian berlaku ~dalam feminjaman itu. Antaranya adalah seperti yang berikut: ~

i. Pengguguran satu danipada dua huruf yang satha di tengah seperti perkataan daff

a!

(Arab) menjadi dajal.

ii. Penggantian huruf q dengan huruf k seperti

qamus (Arab) menjadi kamus.

iii. Penggantianhuruff dengan p seperti fasi (Arab) menjadi pasal (ejaanlama).

iv. Penainbahan huruf u di akhir seperti cilm (Arab) menjadi ilmu.

v. Pçnambahan huruf i di akhir seperti ahl (Arab) menjadi ahli.

vi. Menggunakan bunyi e di tempat huruf a seperti

sadaqa~(Arab) menjadi sedekah.

vii. Huruf th diganti dengan huruf s seperti had~th (Arab) menjadi hadis.

23 Ibid., him. 78. 24 Ibid., him. 4—5.

BAHASA DALAM TAMADUN ISLAM

viii. Menggantikan huruf z dengan 1 seperti zâhir (Arab) menjadi lahir.

ix. Menggantikan huruf dh dengan d seperti qâdhi

(Arab) menjadi kadi.

x. Menggantikan huruf dli dengan z seperti ladha~

menjadi lazat.

Ini jelas membuktikan betapa luas dan dalamnya pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Sebagai ringkasan, kata-kata pinjaman di bahagikan kepadaenam bidang utama:25

i. Bidang agama seperti Islam, iman, iktikad, rukun,sah, batal, halal, haram, sunat, makruh, malaikat, Allah, rasul, nabi, anbia’, wali, fikah, tauhid, syariat, tariqat dansebagainya.

ii. Bidang ilmiah seperti ilmu, nahu, saraf, hisab, darab, jumlah, baki, tanikh, nujum, khat, kitab, majalah, surat, huruf, kalam, dakwah, kertas, alim, hukum, hakim dan sebagainya.

iii. Bidang pemikiran seperti fikir, akal, syak, waham, faham, yakin, nafsu, izin, bahas, maksud, kabur, khutbah, makna, umum, khu-sus, ikhlas dan sebagainya.

iv. Bidang undang-undang seperti wilayah, mahka-rnah, adil, zalim, tertib, rakyat, wakil, wali, mukim, daftar, daerah, tabal, makam, had, sultan, khalifah, wazir, mansuh dan sebagainya. v. Bidang adat seperti kaum, umat, awam, nikah, syahwat, khalwat, ziarah, akad, nazar, nasab, nisbah, syarikat, muhrim, karib, tahniah, tak-ziah, jenazah dansebagainya.

SUMBANGAN AL.QUR’AN TERHADAP BAHASA DUNIA vi. Bidang perubatan dan sebagainya seperti saiji,

awan, haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, nur, layak, lazat, jati, wabak, julap, kawad, jubah, sahur, kubah dan sebagainya.

Sumbangan al-Qur’an dalam memperkukuh bahasa Arab khasnya dan bahasa dunia amnya sememangnya besar dan mengagumkan. Bahasa lingua franca iaitu bahasa Melayu di alam Melayu, Urdu di benua kecil India, Swahili dan Hausa di benua Afrika terhutang budi kepada bahasa al-Qur’an kerana dengan sumbangan al-Qur’anlah bahasa-bahasa itu telah meningkat kedudukannya dan-pada bahasa daerah kedan-pada bahasa lingua franca. Di samping itu bahasa-bahasa seluruh dunia di benua Afrika, Eropah dan Asia juga turut serta menerima sumbangan bahasa al-Qur’an. Kebanyakan bahasa Ethiopia iaitu Geez, Harari, Amhara, Argobba, Gurage, Tigre dan Tigri tidak ketinggalan. Demikian juga bahasa Somali banyak menerima perbendaharaan kata bahasa Arab. Bahasa Sepanyol, Latin dan Inggeris begitu banyak sekali meminjam kata bahasa Arab. Di benua kecil India bahasa Hindi, Gujarati, Pahari, Tibet, Benggali, Oriya, Punjabi dan Sindhi juga banyak meminjam perbendaha-raan kata Arab.

BAB5

SUMBANGAN BAHASA PARS! TERHADAP

Dalam dokumen Bahasa dalam Tamadun Islam (Halaman 91-97)

Dokumen terkait