• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATAR BELAKANG PENGHUNI DAN PENERIMAAN PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA ISLAM DI RAUDHATUS SAKINAH

5.1.6 Latar Belakang Keluarga

Dari aspek latar belakang keluarga iaitu status ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik dan hubungan dalam keluarga, didapati bahawa penghuni di RS ini mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Jadual 5.6 di bawah menunjukkan status ibu bapa penghuni di RS.

Jadual 5.6 : Status Ibu Bapa

Status Ibu bapa Bil Peratus(%)

Masih Bersama 65 73%

Bercerai 12 13.5%

Kematian Salah Seorang 12 13.3%

Jumlah 89 100%

422 Mahadi Osman & rakan-rakan (1996), op. cit.,h. 134

423 Temubual dengan pelatih B, berusia 16 tahun, pelatih H, berusia 21 tahun, pelatih I, berusia 21tahun dan pelatih J, berusia 23 tahun di RS Selangor pada 8 Mac 2011

149

Berdasarkan Jadual 5.6 didapati bahawa seramai 65 orang pelatih (73%) ibu bapa masih bersama, 12 pelatih (13.5%) ibu bapa mereka telah bercerai dan 12 pelatih (13.5%) telah kematian salah seorang dari mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa kehadiran ibu bapa bukan lagi satu jaminan keselamatan para remaja tidak terjebak dalam masalah sosial. Kesibukan dengan tugasan harian, sikap negatif dan tidak sensitif ibu bapa terhadap anak-anak, kegagalan mengawasi pergerakan anak-anak terutama dari sudut pergaulan dan aktiviti luar adalah antara penyebab utama kepada masalah ini

Pandangan ini turut dikongsi oleh saudara Izani Daud.424 Beliau menyatakan bahawa punca masalah sosial remaja masakini adalah kegagalan ibu bapa mengajar dan mendidik anak-anak di rumah. Kerakusan ibu bapa mencari kekayaan, kesilapan memberi kasih sayang, kesibukan keterlaluan dalam hal dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab adalah antara punca-punca utamanya. Sementara itu, Aminudin Mansor pula berpendapat bahawa tiada kawalan dan bimbingan sempurna dari ibu bapa dan ketandusan kasih sayang dari kedua ibu bapa juga adalah punca mengapa remaja mudah dipengaruhi oleh anasir luar terutama rakan sebaya dan teman lelaki.425

Manakala dari aspek pekerjaan ibu bapa, rata-rata ibu atau bapa mereka mempunyai pekerjaan. Ini dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual di 5.7.

424 Izani Daud (2004): “Umum-Ibu bapa punca gejala sosial remaja”. Al Islam: Februari 2004/Zulhijah 1424, h. 32

150

Jadual 5.7 : Pekerjaan Ibu

Pekerjaan Ibu Bilangan Peratus (%)

Guru 4 4.5 Kantin Sekolah 1 1.1 Kedai Makan 1 1.1 Kerani 2 2.2 Kilang 1 1.1 Meninggal 2 2.2 Pegawai Kanan (JKM) 1 1.1 Pegawai Penjara 1 1.1 Peguam 1 1.1 Pekerja Am Rendah 1 1.1 Pelukis Pelan 1 1.1 Pencuci 1 1.1 Pencuci Hospital 1 1.1 Pengawal Keselamatan 1 1.1 Pengurus Kedai 1 1.1 Peniaga 10 11.2 Senior Supervisor 1 1.1 Surirumah 53 59.6 Swasta 2 2.2 Tidak Tahu 2 2.2 Tukang Masak 1 1.1 Jumlah 89 100.0

Berdasarkan Jadual 5.7, menunjukkan bahawa pekerjaan ibu di sini adalah dalam pelbagai bidang. Namun didapati seramai 53 orang (59.6%) ibu mereka adalah sebagai suri rumah iaitu tidak bekerja, 26 orang (29.2%) berkerja dan 10 orang (11.2%) adalah peniaga. Kajian menunjukkan para pelatih mempunyai majoriti ibu yang tidak bekerja tetapi masih gagal untuk mengawasi masalah dan pergerakan anak-anak remaja. Golongan ini yang merangkumi seramai 59.6% didapati gagal mendekati anak-anak mereka dan menyelesaikan pergolakan jiwa para anak-anak.426 Sementara itu, hasil temubual penulis dengan pelatih F427 menyatakan beliau bosan berada di rumah kerana sikap ibunya sebagai suri rumah suka membebel, menyalahkan anak, memarahi

426 Puan Aniyah, Pengurus RS Pulau Pinang, temubual pada 3 Mac 2011

151

anak tanpa usul periksa di samping gagal menunjukkan jalan penyelesaian kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan beliau bertindak keluar dari rumah bagi mengelak dari bergaduh dengan ibu.

Sementara itu, bagi ibu yang berkerja dan berniaga didapati mereka gagal dalam mengimbangi masa untuk kerja dan perniagaan dengan masa untuk anak-anak sepertimana yang dinyatakan oleh pelatih A.428 Keadaan ini diburukkan lagi oleh lambakan kemewahan dan kesenangan yang diumpankan oleh ibu untuk menutup segala kelemahan dan ketidak-upayaan mereka bersama dengan anak-anak..429

Manakala bagi pekerjaan bapa, ditunjukkan dalam Jadual 5.8 di bawah.

Jadual 5.8 : Pekerjaan Bapa

Pekerjaan bapa Bilangan Peratus

Pekerja Rendah Am 1 1.1 ABF Petronas 1 1.1 Bank 1 1.1 Buruh 4 4.5 Buruh Am 1 1.1 Guru 6 6.7 Jururunding 1 1.1 Jurutera 2 2.2 KTM 1 1.1 Manager Bank 1 1.1 Meninggal 8 9.0 Nelayan 2 2.2 P.Pembedahan Gigi 1 1.1 Pegawai Penjara 1 1.1 Pegawai Perkeso 1 1.1 Peladang 1 1.1 Pemandu 1 1.1 Pemandu Lori 3 3.4

428 Temubual dengan pelatih A, berusia 19 tahun di RS Selangor pada 8 Mac 2011

152 Pemandu Teksi 1 1.1 Pemandu Van 1 1.1 Pembantu Am 1 1.1 Pembantu Am (Navy) 1 1.1 Pembantu Am Rendah 1 1.1 Pembantu Makmal 1 1.1 Pendawai Elektrik 1 1.1 Peneroka 4 4.5 Pengawal Keselamatan 1 1.1 Penguatkuasa Vaterinar 1 1.1 Peniaga 13 14.6 Penjaga Keselamatan 1 1.1 Penoreh Getah 1 1.1 Pensyarah 1 1.1 Penyelia Kilang 1 1.1 Pesara 4 4.5 Pesara Kerajaan 2 2.2 Pesara Polis 1 1.1 Pesara Tentera 4 4.5 Petani 1 1.1 Polis 1 1.1 Swasta 1 1.1 Tiada 2 2.2 Tidak Tahu 5 5.6 Tukang Paip 1 1.1 Jumlah 89 100.0

Berdasarkan Jadual 5.8 iaitu pekerjaan bapa, didapati bahawa seramai 63 orang (70.8%) pelatih mempunyai bapa yang berkerja. Data ini menunjukkan bahawa pelatih yang mempunyai bapa yang berkerjaya mudah terjebak dalam masalah salah laku. Menurut saudara Arieff Salleh Rosman, keasyikan ibu bapa mengejar kekayaan telah menyebabkan kerenggangan di dalam hubungan anak dan ibu bapa sehingga menyebabkan anak-anak lebih suka menyendiri ataupun mencari teman bicara di luar bersama rakan-rakan atau terlibat dalam lain-lain aktiviti berisiko.430 Sementara itu, kajian ini mendapati status pekerjaan bapa kurang mempengaruhi keterlibatan anak-anak di dalam gejala kurang sihat ini

430 Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar (2007), Membentuk Jati Diri Remaja. Batu Caves, PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd., h. 99

153

apabila didapati 28 orang pelatih (31.5%) bapa mereka dari golongan bukan professional, 22 orang (24.7%) dari golongan professional manakala seramai 13 orang (14.6%) adalah peniaga. Walaubagaimanapun peratusan ini hanya terhad kepada skop kajian ini sahaja dan ia tidak boleh disimpulkan sebagai satu penemuan yang melibatkan kesemua remaja Malaysia.

Namun begitu, kajian ini menunjukkan peranan bapa seperti memberi kasih sayang, pemerhatian, bimbingan dan semangat kebersamaan amat penting dalam melindungi dan memantau anak-anak perempuan walaupun tidak dinafikan pencarian nafkah keluarga turut diutamakan. Hasil temubual penulis dengan pelatih F yang bapanya seorang kakitangan kerajaan, mendapati kasih sayang yang berlebihan dan tiada ketegasan dalam mendisiplinkan anak-anak telah menyebabkan beliau terlalu bebas, sukar ditegur dan akhirnya suka menipu ibu bapa.431

Jadual 5.9 : Bilangan Adik Beradik

Bilangan Adik Beradik Bilangan Peratus 1 1 1.1 2 4 4.5 3 12 13.5 4 15 16.9 5 18 20.2 6 9 10.1 7 13 14.6 8 6 6.7 9 5 5.6 10 5 5.6 15 1 1.1 Jumlah 89 100.0

154

Berdasarkan Jadual 5.9 iaitu bilangan adik-beradik didapati bahawa majoriti pelatih mempunyai bilangan adik beradik 4 hingga 5 orang iaitu seramai 33 orang (37.1%) manakala 13 pelatih mempunyai 7 adik beradik. Walaupun 4 hingga 7 adik beradik dianggap sederhana, namun dalam era teknologi sekarang, bilangan sedemikian boleh dianggap ramai bagi sesetengah pihak termasuk ibu bapa. Mariani Md. Nor menyatakan bahawa bilangan adik beradik yang ramai mudah meningkatkan kegagalan tahap kendiri anak-anak sehingga sering bergaduh kerana masing-masing mempunyai tekanan sama ada tekanan di dalam keluarga sendiri ataupun tekanan luar yang boleh menjuruskan kepada masalah sosial yang lebih membimbangkan. Menurutnya, kegagalan ibu bapa memberikan layanan dan pengawasan yang sempurna dan seimbang kepada anak-anak telah mendorong permasalahan anak-anak.432

Kajian ini turut menyokong kenyataan Mariani Md. Nor ini di mana seramai 73 orang pelatih (82%) mempunyai bilangan adik-beradik dari 3 orang ke 8 orang. Sementara itu, pelatih H yang telah berkongsi masalah ini menyatakan sebagai anak sulung kepada 6 orang adik-beradik, beliau banyak dipertanggungjawabkan untuk menguruskan adik tetapi layanan dari adik-adik yang dingin dan sikap ibunya yang pilih kasih telah menyebabkan beliau amat kecewa sehingga sanggup melakukan hal-hal di luar batasan agama demi mencari ketenangan.433 Hasilan ini menunjukkan bahawa bagi kes para pelatih di RS, bilangan adik-beradik turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan mereka walaupun ini tidak boleh dianggap sebagai satu kesimpulan umum dalam kes-kes remaja lain yang boleh dibatasi oleh faktor-faktor lain.

432 Shaidah Shafie (2006): “Natijah Perceraian – Kanak-kanak, remaja mengalami trauma berpanjangan”. Berita Harian Online : 26 Februari 2006

155

Jadual 5.10 : Anak Ke Berapa

Manakala Jadual 5.10 pula menunjukkan anak ke berapa pelatih dalam keluarga. Berdasarkan Jadual 5.10 didapati bahawa majoriti pelatih disini adalah dari anak pertama iaitu seramai 21 orang dan anak ke-2 iaitu seramai 18 orang. Hasil dari temubual dengan pelatih B,434 penulis mendapati anak pertama merasakan agak tersisih dan kurangnya perhatian dari ibu bapa. Ini kerana mereka merasakan segala perhatian dan kasih sayang telah berpindah kepada adik-adik yang lain. Isu ini turut dinyatakan di dalam satu kajian di sebuah Rumah Bakti oleh Abd. Rahim Abd. Rashid dan rakan-rakan yang mendapati 64% pelatih di sini merupakan anak pertama hingga ke tiga.435 Kedua-dua dapatan ini menunjukkan bahawa kedudukan dalam keluarga juga berperanan dalam menangani emosi remaja dan seterusnya mengawal anak-anak dari menjerumuskan diri mereka ke dalam masalah-masalah sosial.

434 Temubual Pelatih B, berusia 16 tahun di RS Selangor pada 9 Mac 2011

156

Jadual 5.11 : Hubungan Sesama Keluarga

Hubungan Sesama Keluarga Bil Peratus (%)

Baik 65 73%

Sederhana 24 27%

Tidak Baik 0 0%

Jumlah 89 100%

Seterusnya dari aspek hubungan sesama keluarga, Jadual 5.11 menunjukkan bahawa sebanyak 73% (65 orang pelatih) mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik iaitu tiada masalah sama ada dengan adik-beradik atau ibu bapa. Namun hasil temubual dengan pelatih G436 didapati bahawa walaupun hubungan keluarga agak baik tetapi kesibukan masing-masing telah menjarakkan jurang pergaulan dan masa bersama di dalam keluarga sehingga menyebabkan remaja mencari teman bicara di luar terutama rakan sebaya dan teman lelaki sehingga mendapat kepercayaan sepenuhnya ketika senang dan susah.

Jadual 5.12: Keterlibatan Keluarga/Saudara Mara

Keterlibatan Keluarga / Saudara Mara Bil Peratus (%)

Tidak Pernah 66 74.2

Pernah 23 25.8

Jumlah 89 100

Seterusnya dari aspek keterlibatan keluarga atau saudara mara dalam masalah sosial, Jadual 5.12 menunjukkan bahawa terdapat 66 orang pelatih (74.2%) tidak mempunyai saudara mara atau keluarga yang terlibat dalam masalah ini dan hanya 23 orang pelatih (25.8%) sahaja yang mempunyai saudara sebegini. Dapatan ini disebabkan majoriti pelatih di sini adalah dari anak pertama dan ke dua. Namun terdapat 25.8% para remaja di sini yang telah

157

mengikut jejak langkah saudara terdekat mereka untuk terjebak di dalam isu-isu sosial ini. Fenomena ini turut disokong oleh Abd. Rahim Abd. Rashid dan rakan-rakan yang menyatakan bahawa antara faktor keluarga yang mempengaruhi tindakan remaja adalah keterlibatan ibu bapa dan keluarga.437

Jadual 5.13 : Bil. Program Pemulihan

Bil. Ikuti Program Pemulihan Bil Peratus (%) 1 24 27 2 59 66.3 3 2 2.2 4 3 3.4 5 1 1.1 Jumlah 89 100

Manakala dari aspek bilangan mengikuti program pemulihan, Jadual 5.13 menunjukkan bahawa seramai 59 orang pelatih (66.3%) telah mengikuti program pemulihan buat kali ke dua termasuk program motivasi di sekolah. Kajian mendapati bahawa remaja yang telah terlibat di dalam masalah salah laku ini akan lebih berpotensi untuk mengulanginya termasuk di kalangan remaja yang telah menjalani proses bimbingan dan pemulihan. Isu ini telah diulas oleh Ibrahim Mamat yang menyatakan kegagalan untuk memimpin para remaja di segi fizikal, rohani, intelek dan emosi di sekolah atau mana-mana institusi merupakan punca mengapa para remaja mudah mengulangi kesalahan dan kesilapan mereka walaupun telah ditegur dan dikenakan tindakan.438 Hal ini turut dikongsi bersama Pelatih H yang menyatakan bahawa kurang keyakinan diri walaupun telah beberapa kali diberi motivasi dan menjalani kelas bimbingan

437 Abd. Rahim Abd. Rashid & Rakan-rakan (2006), op. cit., h. 166

158

adalah punca beliau gagal dalam membuat pilihan yang betul dalam pergaulannya terutama dengan teman lelaki.439