• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber: Siti Fatimah Abd. Rahim & rakan-rakan (2004), “Pembentukan Fitrah Hidup Islam”

Jadual 3.3 ini menunjukkan bahawa proses pembangunan intelektual ini melibatkan 2 aspek iaitu terpelihara dari maksiat dan dosa serta senaman otak. Aspek pertama adalah melalui menunaikan segala ibadat khusus dan lain-lain amalan sunat serta memelihara diri dari dinodai oleh sumber utama maksiat dan dosa.

Ibadat-ibadat khusus adalah ibadat yang menjadi tunjang kepada Rukun Islam iaitu solat, puasa, zakat dan haji manakala beberapa amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam adalah sentiasa bersugi, berada dalam majlis ilmu dan duduk bersama-sama dengan orang alim, meninggalkan percakapan kosong dan sia-sia, sentiasa berfikiran positif dan berdoa kepada Allah SWT agar dipelihara mental (ditambah ilmu dan

324 Siti Fatimah Abd. Rahim & rakan-rakan (2004), op. cit., h. 63

325 Ibid, h. 65 PEMBANGUNAN INTELEKTUAL Senaman Otak (Fisiologi & biologi otak) Terpelihara dari maksiat dan dosa

104

kebijaksanaan).326 Para ulama‟ berpendapat bahawa sumber utama maksiat dan dosa adalah cinta keduniaan yang berpunca dari empat pengganggu iaitu nafsu, syaitan, orang kafir dan orang munafik.327 Ini melibatkan perbuatan-perbuatan syirik, bid'ah, syahwat, lalai dan hawa nafsu. Maksiat dan dosa ini dapat dihalangi dan dilawan melalui memelihara anggota seperti mata, telinga, lidah dan nafsu amarah dari dinodai bisikan iblis dan syaitan. Ini dapat direalisasikan dengan melakukan amalan-amalan seperti puasa sunat, menundukkan pandangan, berkahwin, melakukan banyak amal soleh dan sunnah serta banyak berzikir dan beristigfar328 serta merealisasikan konsep amar makruf dan nahi mungkar yang dibangunkan secara bersama.329

Senaman otak pula melibatkan perkembangan fisiologi dan biologi otak iaitu aspek yang terlibat secara langsung dengan pembangunan minda manusia. Tiga faktor utama di sini adalah faktor ibu bapa, pemakanan dan persekitaran.330 Faktor ibu bapa pula dikelaskan kepada dua iaitu tempoh sebelum perkahwinan hingga peringkat bayi dan tempoh kanak-kanak hingga remaja.

Pemakanan pula adalah makanan dan minuman yang penting untuk pembentukan dan perkembangan otak. Menurut Ibn Kathir, makanan yang „baik‟ adalah makanan yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.331 Selain dari menjaga kesuciannya, aspek-aspek untuk memperolehi makanan segar dan makanan berkhasiat adalah penting untuk menjamin kesihatan yang baik.

326 Zulekha Yusoff et al. (2006), op. cit., h. 74

327 Syahminin Zaini (1980), op. cit., h. 116

328 Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (2008), Dosa: Malapetaka Terbesar. Indonesia: Pustaka Hidayah, h. 181

329 Muhammad al-Sayyid Yusuf (2006), op.cit., h. 310

330 Hasan Mohd. Ali . (1997), op. cit., h. 10

105

Selain itu, faktor persekitaran juga sering dikaitkan sebagai faktor pendidikan332 yang merangkumi sistem pendidikan atau kurikulum, guru , rakan sebaya dan masyarakat.333 Pendidikan yang berteraskan Islam terutama di sudut akidah memainkan peranan utama dalam membentuk intelektual, pemikiran dan perwatakan para remaja. Ia adalah ilmu-ilmu yang dapat membersihkan spiritual dan meluhurkan hati serta ilmu yang mampu memperkenalkan hak-hak Allah. Ia terdiri dari pendidikan dan pengajaran yang berbentuk keagamaan, akhlak serta keduniaan.334

Guru-guru pula dapat memberi manfaat besar kepada perkembangan dan pembangunan otak para pelajar. Disebabkan itu, amat penting untuk memiliki guru-guru yang terbaik iaitu guru yang berilmu dan mengamalkan ilmunya.335Rakan sebaya pula dapat membangunkan intelektual para remaja kerana setiap interaksi sesama mereka terutama dalam konteks intelektual akan mempengaruhi minda, tingkah laku dan peribadi.336 Seterusnya masyarakat terutama jiran-jiran dan media massa dapat mempengaruhi pembangunan minda remaja melalui sikap prihatin terhadap pembangunan remaja dengan sentiasa memaparkan aspek-aspek penambah-baikan minda, isu-isu perbincangan yang benar dan bermanfaat serta bersikap positif dalam membantu pembangunan remaja terutama di sudut intelektual ini.337

3.4 PEMBANGUNAN EMOSI

Emosi ditakrifkan sebagai perasaan jiwa yang kuat338 iaitu perasaan-perasaan seperti kasih, riang, takut, marah, bimbang dan gelisah. Al-Ghazali berpendapat bahawa emosi ini merupakan satu penaksiran tenaga dari dalam yang perlu dijanakan sebaik

332

Abdul Halim . Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, h. 93

333 Hasan Mohd. Ali , (1997), op. cit., h. 10

334 Abdul Halim Mat Diah (1989), op. cit., h. 65

335 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 13

336 Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd. Ali (2008), op. cit., h. 90

337 Ibid,, h. 98 – 99

106

mungkin. Menurutnya, segala bentuk dan variasi dalam emosi seperti takut, marah atau benci adalah berpunca dari perubahan dalam spiritual seseorang itu.339 Islam amat menitik-beratkan pembentukan dan pembangunan emosi. Matlamat pembangunan emosi dalam Islam adalah untuk membangkitkan perasaan-perasaan Islam kemudian mengukuhkannya dan menyebarkannya serta menghalang apa-apa emosi yang bertentangan dengan emosi Islam dari wujud dan mempengaruhi diri dan masyarakat.340 Aspek emosi yang sering dikaitkan dengan remaja adalah dikasihi dan mengasihi341 iaitu jika aspek ini gagal ditangani dengan betul ia akan membawa kerosakan dan kemudaratan dalam segala aspek kehidupan diri seseorang remaja itu dengan lebih teruk dan berkekalan.

Umumnya, emosi dapat dibangunkan melalui ibadat-ibadat harian serta amalan-amalan zikir dan wirid.342 Firman Allah SWT:

اًريِثَك اًرْكِذ ََِّللا اَُرُكْذا اوََُّمآ َنيِذَّلا اَهُّ يَأ اَي

Zikir berasal dari bahasa Arab iaitu „al-zikr‟ bermaksud mengingati sesuatu atau menyebutnya selepas terlupa atau berdoa kepada Allah SWT.343 manakala Kamus Dewan mentakrifkannya sebagai perbuatan yang menyebut-menyebut nama Allah dan mengingati Allah.344 Zikir yang dianjurkan adalah zikir yang disertai hadirnya hati kerana tujuan zikir ini adalah ketenteraman kerana Allah dan antara yang dicadangkan

339

Muhammad Al-Ghazali (2006), op.cit., h. 89

340 Yusuf Al-Qardhawi (2000), op. cit., h. 125 & 127

341 Nor Raudah. Siren (2006), Falsafah Diri Remaja dalam Novel Remaja Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 84

342 Muhammad Al-Ghazali (2006), op.cit., h. 96

343 Mohd. Khairul Anwar bin Abd. Latif (2007), Amalan Zikir- Antara Sunnah dan Rekaan Manusia. Shah Alam: Karya Bestari, h. 44

344 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op. cit.,h. 1358

„Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya‟

107

adalah mengingati Allah SWT (tasbih, tahmid dan tahlil), ucapan selawat dan istigfar.345 Wirid secara umum adalah petikan-petikan dari al-Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain)346 dan telah ditentukan bacaannya, strukturnya, jumlah serta waktu-waktu amalannya.

Justeru itu remaja perlu didedahkan dengan amalan-amalan keagamaan seperti zikir, doa dan sebagainya. Ini adalah untuk membangunkan emosi remaja dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan sama ada pada diri, keluarga dan agama.

3.5 PEMBANGUNAN SOSIAL

Sosial umumnya adalah hubungan sesama manusia dan alamnya iaitu hubungan masyarakat yang dianggotai oleh individu-individu yang menjalankan pelbagai aktiviti sama ada yang dipersetujui bersama atau tidak.347 Para ulama‟ berpendapat bahawa sosial ini adalah kemampuan seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran iaitu para remaja itu dapat menjalinkan hubungan silaturrahim, menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat baik dan melarang daripada kemungkaran.348 Manakala Abul A‟la Al-Maududi menyatakan sistem sosial Islam adalah berdasarkan kepada konsep bahawa individu-individu manusia di atas muka bumi ini seluruhnya adalah daripada keturunan yang satu.349 Firman Allah SWT:

اوُقَّرَفَ ت َلََّ اًعيِمَج َِِّللا ٍََِِْْب اوُمِصَتْعاََ

ۚ

َتَمْعِن اَُرُكْذاََ

ًُاَدْعَأ ْمُتَُّك ْذِإ ْمُكْيَلَع َِِّللا

َفَّلَأَف

مُكَذَقنَأَف ِراََّّلا َنِّم ٍةَرْفَُ اَفَش َٰىَلَع ْمُتَُّكََ اًناَوْخِإ ِِِتَمْعَِِّب مُتََْْْصَأَف ْمُكِبوُلُ ق َنْيَ ب

اَهْ َِّّم

ۚ

كِلََٰذَك

َنَُدَتْهَ ت ْمُكَّلَعَل ِِِتاَيآ ْمُكَل َُِّللا ُنِّيَ ُْ ي

345 Muhammad Al-Ghazali (2006), op.cit., h. 91-93

346 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op. cit.,h. 1351

347 Rahmat Ismail (1997), Etika Sosial – Satu Pendekatan Dalam Kehidupan Sosial Manusia. Kuala Lumpur, PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd., h. 2

348 Zulekha Yusoff et al. (2006), op. cit, h. 7

108

Firman-Nya lagi dalam ayat seterusnya:

ِرَكَُّمْلا ِنَع َنْوَهْ ََّ يََ ِفَُرْعَمْلاِب َنَُرُمْأَيََ ِرْيَخْلا ىَلِإ َنوُعْدَي ٌةَّمُأ ْمُكَِّّم نُكَتْلََ

ۚ

ُمُه َكِئََٰلَُأََ

نوَُِلْفُمْلا

Pembangunan sosial amat diutamakan di dalam Islam kerana melaluinya masyarakat dapat diwujudkan bersandarkan kepada satu prinsip dan satu tujuan iaitu mempunyai asas kepercayaan (aqidah) dan tingkah laku tertentu iaitu agama Islam.350 Dalam konteks remaja, pembangunan ini penting kerana para remaja selalunya mengalami masalah dan fobia dalam hubungan sosial di dalam masyarakat sehingga menyebabkan kegelisahan, keresahan dan penyisihan diri di mana suasana ini mendorong mereka terjebak di dalam hal-hal yang tidak sepatutnya.351 Di dalam

350Abul A‟la Al-Maududi (1976), op. cit.,h. 30

351 Mohd. Jamil Yaacob (2005), op. cit., h. 77

„Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.‟

Ali-Imran (3): 103

„Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.‟

109

membangunkan aspek sosial ini, Islam mementingkan kewujudan perasaan mencintai kerana Allah.

Sementara itu, Al-Ghazali telah menjadikan lapan aspek sebagai elemen penting dalam membangunkan hubungan sosial ini iaitu aspek harta, perihal pertolongan dan bantuan tenaga, perbuatan lidah dan hati (diam), perbuatan lidah (ucapan), amalan pengampunan, doa, penuhi kecintaan dan keikhlasan dan memberi keringanan serta tidak membebankan.352 Umumnya, Islam telah menetapkan bahawa aspek sosial yang perlu dibangunkan terhadap para remajanya adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.4.353