• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber: Zulekha Yusoff et. al. (2006), “Sains Kesihatan dalam Tamadun Islam”

299 Muhammad Al-Ghazali (1997), op. cit., h. 310

300 Sulaiman Endut (1999), Asas-asas Fardhu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid., h. 63

301 Zulekha Yusoff et al., (2006), op. cit., h4

302 Ibid., h. 19-35 PEMBANGUNAN FIZIKAL Kebersihan 1.kebersihan hati 2. kebersihan diri/tubuh 3. kebersihan sekitaran Makanan 1. Makanan baik/khasiat 2. Makanan halal 3. Adab-adab makan Riadah (syarat & kaedah mengikut ketetapan Islam)

99

Menurut Imam Nawawi, suci atau bersih terbahagi kepada dua iaitu suci hati dan suci anggota. Menurutnya, sesiapa yang membersihkan hatinya dan ia berwudu‟, mandi dan solat maka ini bererti ia telah mengerjakan solat itu dengan mengumpulkan kedua-dua kesucian ini sekali.303 Di samping itu, Yusuf Qaradawi telah menyatakan bahawa untuk menjaga kesihatan dan kebersihan adalah melalui cara ibadah, larangan mengganggu kesihatan dan mencemari persekitaran304.

Selain itu, Islam amat mementingkan pemerolehan makanan yang baik, halal serta menjaga adab-adab dan kaedah pemakanan sebagai asas perkembangan dan pembangunan tubuh badan remaja.305 Makanan yang baik adalah makanan yang halal lagi bersih dari segi rupa, bau dan zatnya. Manakala makanan halal pula adalah makanan yang semua kandungannya dari bahan-bahan yang halal, peralatan pemprosesannya bersih dan suci dari najis, pengendalian dan penyimpanannya tidak bercampur dengan benda-benda haram dan sumber serta cara perolehannya halal.306

Riadah pula umumnya adalah gerak badan, senaman, segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain dan sebagainya) dan rekreasi.307 Ilmuan Islam telah merumuskan bahawa riadah itu terbahagi kepada dua iaitu riadah umum dan riadah ibadat. Riadah umum adalah riadah sepertimana yang dijelaskan dari takrifan umum manakala riadah ibadat pula adalah segala bentuk amal ibadat fizikal yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti ibadat solat, puasa, haji membaca Al-Quran dan lain-lain ibadat yang melibatkan penggunaan dan pergerakan anggota badan manusia.308 Terdapat banyak hadis dan

303

Mustafa‟ Abdul Rahman (2000), op. cit., h. 265

304 Yusuf Al-Qardhawi (2000), Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Seribu Dinar, h. 205-208

305 Zulekha et al. (2006), op. cit., h.79

306 Ibid., h.79-87

307 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op. cit., h. 1062

100

kisah tentang keaktifan Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam beriadah dan bersukan seperti lumba kuda, lumba lari, berenang, lawan gusti dan memanah.309

Riadah penting untuk mengelak terkumpulnya sisa-sisa makanan. Pergerakan-pergerakan tubuh boleh memanaskan badan agar makanan cepat diproses. Selain itu, riadah juga akan merangsangkan aliran darah lalu akan mengurangkan penyakit jantung, strok, ketahanan lemah dan serangan jangkitan,310meningkatkan kuasa otak iaitu dengan merangsangkan bahan kimia yang mempengaruhi aktiviti dan pertumbuhan sel otak311 dan juga merangsangkan emosi iaitu dengan meningkatkan kecenderungan untuk mempunyai gaya hidup sihat dan sikap positif.312 Terdapat pelbagai acara riadah dan sukan masakini, merangkumi dari senaman ringan hinggalah ke acara sukan lasak.

Walaupun Islam menggalakkan riadah tetapi ia perlu dilakukan mengikut lunas-lunasnya. Aktiviti riadah terutama riadah umum seperti senam aerobik, sukan renang, jimnastik, larian-larian amal yang menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan serta berpakaian menjolok mata kini dilihat menjadi punca utama kerosakan akhlak masyarakat terutama para remaja. Ini merupakan antara perancangan licik golongan orientalis dan freemansory dalam memusnahkan masyarakat Islam.313

3.3 PEMBANGUNAN INTELEKTUAL

Intelek adalah satu kurniaan Tuhan yang diberikan kepada jasad manusia. Jasad memerlukan daya intelek yang baik dan jika disokong oleh spiritual yang baik dan fizikal yang sejahtera akan mendorong kepada pembentukan dan pembangunan insan yang terbaik. Intelektual telah didefinasikan oleh Benjamin, seorang psikologi Barat

309 Yusuf Al-Qardhawi (2000), op. cit., h. 209

310 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2009), Senaman Sebagai Ubat. Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, h. 7

311 Ibid., h. 23

312 Ibid., h. 47

101

sebagai kecerdikan atau kepandaian iaitu merupakan keupayaan untuk memperolehi dan menggunakan pengetahuan.314 Dalam Bahasa Arab, ia adalah „al- aq‟l, dalam bahasa Melayu adalah akal di mana ia ditakrifkan sebagai pengikatan dan pemahaman terhadap sesuatu iaitu daya fikir (untuk memahami sesuatu).315

Sementara itu, Al-Ghazali telah menjelaskan bahawa intelektual atau akal mempunyai banyak makna seperti tahu sesuatu dan benda yang tahu.316 Di sini, beliau telah membahagikan akal ini kepada 2 pengertian iaitu pertama berkaitan dengan pemahaman rasional manakala kedua pula adalah akal yang lebih meluas, berkaitan dengan yang memperoleh pengetahuan atau disebut „aql al-mustafad‟ iaitu akal perolehan.317

Islam telah meletakkan aspek intelektual ini di pada tahap yang mulia kerana Islam itu sendiri adalah agama akal sehingga manusia yang belum berkembang akalnya (kanak-kanak), tidak berfungsi akalnya (tidur) dan rosak akalnya (gila) tidak dibebani hukum agama. Al-Quran sendiri mendorong manusia untuk berfikir, memuji golongan yang beriman dan berakal (penting dalam mencetuskan ijtihad) serta mencela pula golongan yang bodoh.318

Para ahli psikologi, perubatan dan saintis moden mengatakan fungsi utama intelektual ini adalah mengawal pemikiran dan perasaan iaitu melibatkan proses persepsi, menyimpan dan mengingat kembali ingatan, menaakul, menyelesaikan masalah dan kreativiti.319 Perfungsian ini dipertanggungjawabkan secara biologinya

314 Benjamin B. Lahey (1989), op. cit. , h. 185-187

315 Kamus Idris Marbawi, op.cit., h.

316 Muhammad Al-Ghazali (2006), op.cit., h. 165

317 Deden Hirmawan (2007), op. cit., h.

318 Syahminin Zaini (1980), op. cit., h. 60-62

102

kepada otak.320Sementara itu, Islam telah menegaskan bahawa penganugerahan yang paling berharga dan tidak ternilai ini penting untuk membolehkan manusia berfikir dan bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah iaitu untuk menilai sesuatu dan menggunakannya untuk manfaat umum.321 Penganugerahan ini telah menyebabkan manusia diakui sebagai makhluk terpintar. Firman-Nya;

َراَصْبَْلْاََ َعْمَّسلا ُمُكَل ٍََعَجََ اًئْيَش َنوُمَلْعَ ت َلّ ْمُكِتاَهَّمُأ ِنوُطُب نِّم مُكَجَرْخَأ َُِّللاََ

َةَدِئْفَْلْاََ

ۚ

َنَُرُكْشَت ْمُكَّلَعَل

Para ulama‟ telah mengatakan bahawa intelektual ini memiliki satu cahaya iaitu cahaya untuk memelihara seseorang itu daripada melakukan maksiat. Akal yang terpelihara akan sentiasa memberi alasan untuk tidak melakukan maksiat seperti yakin terhadap pengawasan Allah SWT, yakin wujudnya para malaikat yang menjadi saksi atas segala perbuatannya, yakin dengan kebenaran kitab al-Quran dalam setiap arahan larangan dan suruhannya serta yakin adanya kematian dan azab neraka.322

Menurut Islam, objektif pembangunan intelektual ini adalah untuk memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri323 dengan cara menghalang otak dari terkena penyakit mental dan gangguan otak yang mampu mengganggu

320 Hasan Ali. (1997), Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibution Sdn. Bhd., h. 33

321 Mohd. Ali bin Abu Bakar (1991), op. cit., h. 135

322 Muhammad Khalaf Yusuf (2007), As-Syafaa – Ubat Penyejuk Jiwa. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, h. 114

323 Zulekha Yusoff et al. (2006), op. cit., h. 6

„Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.‟

103

kerasionalan otak memikirkan kejadian-kejadian Allah SWT.324 Umumnya, langkah pembangunan intelektual ini ditunjukkan dalam Jadual 3.3:325