• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber: Muhammad Al-Ghazali Imam (2006), “Mukhtasar Ihya‟ Ulumuddin”.

Berdasarkan Jadual 3.1 ini, faktor pertama yang menjadi halangan adalah harta benda. Al-Ghazali juga menasihatkan untuk menghilangkan halangan ini adalah melalui sedekah (murah hati), mendahulukan orang lain dan menjauhi sifat bakhil.276 Beliau

272 Zulekha Yusoff et. al. (2006), op. cit.,h. 39

273 Muhammad al-Sayyid Yusuf (2006), op.cit., h. 282

274 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h.69

275 Ibid, h. 185 276 Ibid, h. 228 PEMBANGUNAN SPIRITUAL Menghilangkan halangan

Harta benda Pangkat & kedudukan Taklid Maksiat Melakukan amalan Uzlah Diam Lapar Bangun

92

menyatakan untuk memudahkan suka bersedekah dan menghilangkan sikap bakhil adalah dengan mengurangkan syahwat, banyak ingat kematian, merenung mengenai kematian orang sebaya, ziarah kubur dan membayangkan ulat-ulat yang ada di dalam kubur.277 Selain itu, sistem zakat yang diperkenalkan oleh Islam seperti zakat fitrah, zakat harta dan perniagaan (2.5% setahun), zakat hasil pertanian (10% atau 5%) dan zakat hasil perlombongan (20%)278 serta zakat ternakan merupakan antara kaedah dalam menggesa umat Islam untuk melawan dan memerangi halangan pertama ini.

Faktor halangan ke dua pula ialah kedudukan yang diertikan sebagai pangkat, kategori dan darjat.279 Cara menghilangkan halangan ini ialah adalah dengan menampakkan kehendak hati (ikhlas) dan melakukan sesuatu yang dapat menjauhkan kedudukan ini.280 Allah SWT berfirman:

اًداَسَف َلََّ ِضْرَْلْا يِف اِّوُلُع َنَُديِرُي َلّ َنيِذَّلِل اَهُلَعْجَن ُةَرِخ ْلْا ُراَّدلا َكْلِت

ۚ

َنيِقَّتُمْلِل ُةَِْقاَعْلاََ

Halangan ini dapat direalisasikan melalui ilmu dan amal. Ilmu disini adalah tahu bahawa maksud kedudukan adalah untuk menguasai hati orang lain, ia sesuatu yang tidak membawa manfaat untuk akhirat dan tidak berkekalan. Manakala amal yang dimaksudkan adalah amalan yang dilakukan seolah-olah ianya satu kesalahan sehingga

277 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit. h. 229

278 Abul A‟la Al-Maududi (1976), Cara Hidup Islam. Kota Bharu: Seminar Pemuda Islam Antarabangsa.,h. 47

279 Mohd. Ali bin Abu Bakar (1991), Kejadian Manusia dan Perjuangan Hidup. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.., h. 197

280 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 239

„Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.‟

93

disisihkan oleh masyarakat serta berpindah ke daerah lain dan asing.281 Ulama‟ juga ada mengaitkan ia dengan sikap riya‟ yang dapat diatasi dengan membangunkan perasaan ikhlas dalam diri.282

Taklid pula secara umum adalah tidak berfikir kecuali dengan menggunakan akal orang lain serta mengabadikan suatu hal yang sudah lama berjalan meski hal yang baru lebih memberi petunjuk dan lebih sesuai. Ia dapat dihilangkan dengan menjauhi fanatik kepada mazhab dan membenarkan erti „La ilaha illAllah iaitu yakin dengan bersungguh-sungguh beriman dan melakukan perbuatan yang membuat iman dalam menghilangkan semua kesenangan dunia serta hal yang diinginkan nafsu.283

Manakala maksiat pula secara umumnya adalah segala perbuatan yang melanggar perintah Allah, perbuatan yang berdosa (yang keji)284 yang berpunca dari tipu daya syaitan. Ia dapat dihilangkan dengan menjauhi sejauh-jauhnya dan digantikan dengan ibadat, menyesali apa yang sudah terjadi, taubat dan mengembalikan milik orang lain285. Antara maksiat yang berkait rapat dengan spiritual seseorang adalah sikap sombong dan hina orang lain, sikap bangga diri, perasaan iri hati, dengki terhadap orang beriman, benci terhadap orang soleh, mencintai orang zalim dan niat jahat serta dendam.286 Firman Allah SWT:

ْؤُ ي َنيِذَّلاََ

اًَّيُِّْم اًمْثِإََ اًناَتْهُ ب اوُلَمَتَْا ِدَقَ ف اوَُْسَتْكا اَم ِرْيََِب ِتاََِّمْؤُمْلاََ َنيَِِّمْؤُمْلا َنَُذ

281 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 239

282 Muhammad al-Sayyid Yusuf (2006), op.cit., h. 139

283 Ibid, h. 131

284 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op. cit.,h. 731

285 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 185

286 Habsah Md. Nor (1995), Wanita Solehah – Kedudukan, Personaliti dan Ciri-cirinya. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man., h. 371-372

„Dan orang yang mengganggu serta menyakiti orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.,

94

Selain dari melakukan ibadat fardhu, aspek spiritual manusia dapat dibangunkan dengan melakukan empat amalan yang disyorkan oleh Imam Ghazali iaitu menyendiri, diam, lapar dan bangun.287 Menyendiri ini penting untuk menghalau hal yang mengganggu tujuan. Sebahagian ulama‟ telah menjadikan amalan menyendiri atau uzlah ini sebagai satu perkara sunat. Uzlah ini penting untuk memudahkan seseorang itu melakukan ibadat, mendapat ilmu yang lebih mendalam, dapat menjauhi larangan-larangan yang biasa dilakukan kerana percampuran dengan orang lain seperti riya‟, mengumpat dan tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar serta boleh meluangkan diri untuk mencukupi keperluan dunia.288 Uzlah perlu dilakukan dengan niat agar orang lain selamat dari kejahatan diri kita dan sentiasa ingat kepada Allah SWT dengan niat jihad akbar iaitu berperang dengan hawa nafsu. Semasa uzlah digalakkan agar banyak berdoa, berzikir, solat-solat sunat, bertafakur, membuat muhasabah diri dan mempembaharui nekad.

Diam pula bermaksud tidak bercakap, senyap (bersuara dan lain -lain)289 manakala dalam Islam ia dispesifikkan kepada perkara yang sia-sia iaitu bahaya lisan. Al-Ghazali telah menjelaskan bahawa antara perkara yang boleh membahayakan lisan adalah mengumpat, berbicara sesuatu yang tidak berguna, memuji yang melampau dan ucapan berlebihan.290

Lapar pula bermaksud berasa hendak makan (kerana perut kosong)291 manakala dalam Islam ia bermaksud menahan diri dari makan, minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan iaitu puasa. Al-Ghazali telah membahagikan puasa ini kepada tiga

287 Habsah Md. Nor (1995), op. cit. h. 186

288 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 136

289 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op. cit.,h. 260

290 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 198-209

95

jenis iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus khusus.292 Lapar ini bertujuan untuk mengurangi darah di hati di mana ini akan membuatkan hati menjadi putih bersih dan bersinar serta lemak di hati mencair sehingga menyebabkan hati menjadi tajam. Para ulama‟ telah menyatakan bahawa semua petaka dan bencana yang dilakukan oleh manusia berpunca dari syahwat perut di mana dari syahwat inilah timbulnya menyukai harta benda dan tamak kehidupan dunia.293

Al-Ghazali telah membahaskan kaedah melawan syahwat perut iaitu selain makanan itu adalah halal, tiga aspek lain juga perlu ditekankan. Aspek-aspek ini adalah kuantiti makanan yang dimakan, waktu-waktu makan dan jenis makanan yang akan dimakan.294 Kuantiti makanan yang dianjurkan adalah dalam jumlah yang sedikit. Dalam hal ini dianjurkan agar mengurangkan ambilan makanan ini secara sedikit demi sedikit sehingga ke tahap „shidiqin‟ iaitu hanya memakan makanan yang merupakan sumber kekuatan hidup dan akal. Selain itu, konsep makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang juga menjadi amalan dan saranan para ulama‟ untuk menjayakan matlamat ini. Allah berfirman:

اوُفِرْسُت َلََّ اوُبَرْشاََ اوُلُكََ ٍدِجْسَم ٍُِّك َدَِّع ْمُكَتََّيِز اَُذُخ َمَدآ يََِّب اَي

ۚ

ِإ

ٍَُُِّي َلّ َُِّن

نيِفِرْسُمْلا

292 Al-Ghazali (2010), Bimbingan Mukmin. Rawang: Nadi Minda Resources, h. 124

293 Muhammad Al-Ghazali (2006), op. cit., h. 189

294 Ibid, h. 191

„Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.‟

96

Aspek pemilihan jenis makanan pula adalah dengan hanya memilih makanan yang baik dan penting untuk kekuatan tubuh dan akal. Di sini aspek-aspek makanan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, vitamin, lemak, zat galian yang diambil dalam kandungan yang seimbang, makanan-makanan segar dan makanan-makanan sunnah menjadi keutamaan.295

Bangun atau qiyamullail mampu membuat hati bercahaya, menghidupkan hati dan melembutkannya. Umumnya, ia adalah bangun pada waktu malam. Para ulama‟ pula telah mentakrifkannya sebagai mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadat solat atau selainnya dan tidak disyaratkan menghabisi kebanyakan malam.296 Ia merupakan satu amalan sunat muakkad. Firman-Nya:

َكَّل ًةَلِفاَن ِِِب ْدَّجَهَ تَ ف ٍِْيَّللا َنِمََ

اًدوُمََّْم اًماَقَم َكُّبَر َكَثَعْ َْ ي نَأ َٰىَسَع

Justeru itu, pembangunan spiritual yang sempurna berlandaskan syariat Islam mampu membentuk jiwa remaja yang kental dan jati diri yang kuat. Kesempurnaan pembangunan ini mampu menahan remaja dari terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

295 Zulekha Yusoff et al., (2006), op. cit., h. 122 - 123

296 Nik Abd. Rahim Nik Abd. Ghani & Zahazan Mohamed (2007), Indahnya Saat Bersamamu: Panduan Praktikal Qiamullail. Kuala Lumpur: Telaga Biru., h. 1

„‟ Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta

kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai

sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

97

3.2 PEMBANGUNAN FIZIKAL

Spiritual atau roh adalah milik Allah SWT dan ia dipinjamkan ke dalam tubuh fizikal manusia supaya manusia itu boleh bernyawa dan hidup di dunia ini. Disebabkan itu fizikal memainkan peranan ke dua terpenting iaitu sebagai alat untuk roh mengekspreskan ketaatannya kepada penciptanya. Fizikal sebenarnya adalah struktur diri manusia yang melibatkan empat peringkat iaitu kimia, tisu, organ dan organism (gabungan perfungsian ketiga-tiga peringkat pertama untuk mewujudkan kehidupan).297

Pembangunan fizikal ini penting untuk manusia melakukan pelbagai aktiviti harian. Ilmu perubatan moden kini telah berjaya menjelaskan berbagai fungsi dari setiap anggota tubuh manusia dengan terperinci. Namun, Islam telah menyatakan bahawa segala perfungsian itu walaupun sekecil zarah adalah satu ketentuan/takdir Allah SWT yang amat penting iaitu untuk mengarahkan setiap daripada anggota-anggota ini menjadikan induknya (individu) tunduk dan patuh kepada Allah SWT. (ibadat)298 iaitu ia berfungsi sebagai alat bagi spiritual atau rohani untuk melaksanakan janjinya dengan Allah SWT. Firman-Nya;

َكَلَدَعَ ف َكاَّوَسَف َكَقَلَخ يِذَّلا

Perfungsian ini telah menyebabkan Islam amat menitik-beratkan penjagaan dan pemeliharaan tubuh badan dari sebarang kecacatan, kecederaan atau penyakit iaitu

297 Barbara R. Landau (1980) , op. cit., h. 4.

298 Syahminan Zaini (1980), op. cit., h. 134

„Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu dijadikan), serta menjadikan (binaan tubuh kamu) sama padan dengan kekuatannya.‟

98

melibatkan kesihatan, keindahan dan kesegaran jasmani manusia.299 Islam satu-satunya agama yang membicarakan perihal kepentingan memelihara dan memperolehi kesihatan fizikal ini secara terbuka dan jelas demi pembentukan dan pembangunan diri individu iaitu melalui „ilmu thaharah‟.300

Islam meletakkan objektif mencapai sihat fizikal atau „afiat‟ iaitu keadaan yang membolehkan seseorang itu melakukan amal ibadat, menunaikan kewajipan agama dan dunia dengan cara yang paling sempurna sebagai matlamat utama pembangunan fizikal para remaja.301 Para ulama‟ dan saintis masakini telah bersetuju bahawa untuk mendapatkan struktur tubuh badan yang sihat, kuat dan mantap adalah melalui kebersihan, pemakanan dan riadah.302 Ini dijelaskan dalam Jadual 3.2 di bawah.