• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKHLAK DAN REMAJA

2.4 KONSEP REMAJA

2.4.4 Tingkah Laku/moral

2.4.4 Tingkah Laku/moral

Istilah tingkah laku atau moral ini sebenarnya berasal dari bahasa Latin „moralis‟ yang bererti tingkahlaku yang sejajar dengan tatatusila atau peraturan masyarakat.107 Dari segi bahasa, ia didefinisikan sebagai ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban dll), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi ketentuan-ketentuan tentang baik buruk sesuatu akhlak, yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil.108

Nilai moral ini dikaitkan dengan konsep perundangan dan keadilan oleh seorang lagi ahli psikologi iaitu Lawrence Kohlborg. Menurut beliau, pada usia berbeza, nilai-nilai moral manusia juga didapati berbeza disebabkan tahap pemahaman dan pengadaptasian konsep-konsep keadilan dan perundangan yang berbeza-beza.109 Maka tidak hairanlah, para remaja yang masih gagal memahami kepentingan peraturan dan undang-undang akan selalu bertindak menentangnya.

Golongan remaja dilihat mempunyai struktur moral dan sistem nilai yang kompleks. Menurut Jean Piageat dan Kohlberg, perkembangan moral manusia adalah mengikut peringkat-peringkat yang tertentu tetapi berterusan, bermula dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa.110 Sehubungan itu, Jean Piageat telah mencetuskan tiga peringkat dalam perkembangan moral manusia iaitu pengertian dalam permainan oleh

107 Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd., h. 1

108 Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1989), op.cit., h. 834

109 Rhoda Cummings (1995), op. cit., h. 291

40

kanak-kanak, kebenaran moral (keupayaan dalam memandang tugas dan nilai yang berkaitan sebagai sesuatu yang mesti dipenuhi oleh seseorang) dan idea tentang keadilan (konsep hukuman andaikata dilakukan kesalahan)111 untuk menjelaskan bagaimana konsep moral dan nilai ini berkembang dalam diri seseorang itu.

Umumnya, di awal usia remaja, nilai-nilai ini dilihat mudah dan dogmatik112 tetapi sebaik sahaja beralih daripada pertengahan remaja ke akhir remaja, nilai-nilai ini lebih terubah suai sambil mereka menyerapkan pelbagai pandangan mengenai moral dan ideologi kompleks ke dalam identiti kendiri mereka. Penularan berbagai pengaruh yang gagal ditapis secara rasional menyebabkan tindakan dan reaksi golongan ini dilihat agak bertentangan dengan norma dan nilai masyarakat serta agama seperti tidak berdisiplin, memberontak, rapuh pegangan agama, tidak patuh pada peraturan dan undang-undang, suka berkhayal, suka berpesta dan lebih cenderung pada pergaulan yang berbentuk sosial dan bebas.113 Tindakan-tindakan buruk ini juga adalah tanda-tanda bahawa remaja menemui kesukaran untuk menghadapi kehidupan mereka disebabkan ketidak tentuan atau tidak gembira dengan masa depannya, atau banyak bersendirian, sukar mendapat kawan sehingga melibatkan mereka dalam hal-hal pergaduhan, mencuri, mabuk, ponteng sekolah dan membelakangkan ibubapa.114

Remaja seperti juga golongan dewasa, apabila sudah terjebak dalam satu jenis kesalahan moral selalunya akan terdorong melakukan kesalahan-kesalahan dan jenayah lain. Sebagai contoh, 86% daripada penjenayah keganasan yang dikaji oleh Universiti Cambridge menyatakan mereka pernah terlibat dalam jenayah bukan keganasan. Didapati juga lebih separuh daripada jenayah-jenayah ini dilakukan oleh remaja seawal

111 Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990), op.cit., h. 102-103

112 Dogmatik adalah satu sifat apabila menerima sesuatu kepercayaan atau pegangan tanpa sebarang tentangan atau bangkangan.

113 Khadijah Haidi Khalid (1994), op. cit., h. 52

114 Elizabert Fenwick & Dr. Tony Smith (1993), Adolescence – The Survival Guide To Parents & Teenagers. London: Dorling Kindorsley, h. 230-231

41

usia 10 di mana kajian mereka juga mendapati remaja yang melakukan jenayah buat pertama kali secara berkumpulan akan melibatkan dirinya dengan hal-hal jenayah lebih lama dari remaja yang melakukannya secara bersendirian pada pertama kali.115

Sykes G.M. telah menjalankan satu ujian tentang kadar penangkapan pesalah di dalam memahami corak moral para remaja. Kajiannya mendapati ia meningkat secara mendadak pada usia mendekati 15 tahun dan mula menurun secara mendatar selepas usia 19 tahun dengan kemuncaknya pada usia 16 tahun sepertimana dijelaskan oleh Rajah 2.2.116

Rajah 2.2: Hubungan usia dengan kadar tangkapan jenayah.

Sumber: Gerald R. Adams & Thomas Gullotta (1983), Adolescence Life Experiences. Monterey, California: Brooks/Cole Publishing Company.

Manakala kesimpulan dari kajian oleh F.K. Shuttleworth pula menunjukkan bahawa jenayah adalah suatu fenomena biasa ketika usia seseorang itu semakin meningkat. Menurutnya ia dimulai dari umur 15 tahun dan akan menurun selepas usia

115 David P. Farrington (1996), op.cit., h. 4

42

25 tahun.117 Secara umum, konsep tingkahlaku atau moral ini mengesan usia remaja dengan melihat kepada perubahan corak moral seseorang di mana tingkahlaku itu akan sangat berbeza dengan usia sebelumnya yang dilihat lebih teratur dan selamat.

2.4.5 Emosi

Emosi didefinisikan sebagai perasaan jiwa (batin) yang kuat seperti sedih, marah, keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.118 Istilah ini sebenarnya berasal dari bahasa Latin „emover‟ yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran.119 Ia adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan yang berpunca daripada situasi psikologi, tingkahlaku dan naluri seseorang itu.120

Unsur-unsur emosi yang dimaksudkan oleh ahli psikologi antaranya adalah ketidak tentuan perasaan, kebosanan dan kehilangan minat, bertenaga atau bersemangat, sikap tidak ambil peduli dan sikap mendiam dan memencilkan diri.121Remaja selalu dikaitkan dengan istilah terlalu emosional. Dalam keadaan dirinya yang masih terawang-awangan antara betul dan salah atau baik dan buruk, para remaja hanya akan membiarkan emosi mereka menguasai akal dan jiwa mereka sehingga menyebabkan perasaan mereka mudah tersentuh. 122 Perubahan emosi ini berlaku adalah disebabkan berlakunya juga perubahan dan perkembangan dalam fisiologi dan biologi diri remaja yang kian memuncak. Kebiasaannya, konsep emosi ini lebih mudah diperlihatkan remaja perempuan daripada lelaki.123 Emosi juga ada melibatkan tekanan-tekanan yang dinamakan fobia contohnya fobia kepada sosial atau masyarakat seperti malu, ponteng

117 Raymond G. Kuhlen (1952), op.cit., h. 359

118 Amdan Husain (2000), Kamus Pelajar – KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka,, h. 172

119

Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), Mengurus Tingkahlaku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional, h. 93

120 Ibid,. h. 94

121 Elizabert Fenwick & Dr. Tony Smith (1993), op.cit., h. 229

122 Ibrahim Mamat (1997), Memimpin Remaja Sekolah – Teori & Praktikal. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd., h. 10

123 Richard M. Lerner, Anne C.Petersen & Jeanne Brooks-Gunn (1991), Encyclopedia Of Adolescence – Volume 1. New York: Garland Publishers, h. 307

43

sekolah yang disebabkan tekanan-tekanan sekolah dan juga tekanan-tekanan untuk meninggalkan keluarga dan kekecewaan (takut gagal).124

Pressey S.L. menjalankan satu ujikaji yang menunjukkan perubahan pergolakan emosi remaja kepada beberapa aspek seperti peningkatan kadar kebimbangan terhadap keupayaan, kewangan, kerja, penampilan, moral dan peperiksaan. Umumnya, ia mula meningkat pada usia 15 tahun dan menurun pada usia 20 tahun.125 Dapatan kajian beliau dijelaskan pada Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Hubungan usia dengan tahap kebimbangan bagi remaja lelaki dan perempuan.

Sumber: Raymond G. Kuhlen (1952), The Psycology of Adolescent Development. New York: Harper & Row Pub.

Berdasarkan konsep emosi ini, zaman remaja dapat dikesan melalui bermulanya perubahan-perubahan emosi yang kian memuncak dalam diri mereka berbanding di usia kanak-kanak. Justeru emosi di zaman remaja ini amat penting untuk dikawal bagi mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

124 Elizabert Fenwick & Dr. Tony Smith (1993), op.cit.. h. 236

44