• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.0 PENGENALAN

Sejarah penubuhan pusat pemulihan akhlak di Malaysia bermula pada abad ke- 18 iaitu dengan terbinanya penjara di Papan, Ipoh pada 1800-an. Ini diikuti oleh penubuhan Penjara Taiping pada 1879 dan Pusat Pemulihan Akhlak (JPM) di Batu Gajah yang lebih dikenali sebagai Kinta Prison pada tahun 1902.377 Namun begitu, penubuhan Sekolah Tahanan Henry Gurney dan Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, Melaka pada 1949 oleh Sir Henry Gurney telah mencetuskan dimensi baru dalam program pemulihan akhlak terutama buat para remaja.378

Pada awalnya, kewujudan pusat-pusat seumpama ini di Malaysia banyak berteraskan kepada program, kaedah dan pendekatan dari negara-negara Barat seperti Britain dan Amerika Syarikat. Walaupun telah wujud pusat-pusat seumpama ini yang berasaskan agama Islam seperti pondok-pondok pengajian agama terutama di kampung-kampung namun ia gagal menyaingi populariti pusat-pusat di bandar yang dipantau dan dibiayai oleh pihak British. Namun, peredaran masa telah membuktikan bahawa kaedah dan metod Barat ini telah menemui jalan buntu dan gagal mencapai matlamatnya. Kini, masyarakat mulai sedar dan menerima hakikat bahawa tidak ada jalan lain yang mampu mengubah, membaiki dan membangunkan mereka kecuali jalan Allah SWT iaitu agama Islam. Perubahan persepsi yang positif ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam pendekatan pembangunan manusia. Secara tidak langsung kaedah dan metod pembangunan manusia secara Islam kembali diterima-pakai dan diberi nafas baru. Kaedah dan pendekatannya semakin popular dan giat dipraktikkan sama ada oleh

377Jabatan Penjara Malaysia, http://www.prison.gov.my/portal/page/hijau .Artikel: Catatan Peristiwa Sejarah Kinta Prison, 12 Mei 2004.

121

individu, syarikat-syarikat dan pusat-pusat bimbingan malahan turut diterapkan oleh pihak kerajaan. Salah satu pusat bimbingan yang telah dan sedang berusaha ke arah ini adalah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah atau dikenali sebagai Raudhatus Sakinah.

4.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Raudhatus Sakinah (RS) sebenarnya adalah panggilan popular kepada nama Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Ia adalah antara pusat bimbingan remaja wanita di Malaysia yang menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap programnya. Ia beroperasi berteraskan mottonya hasil gabungan di antara visi dan misi iaitu untuk menjadi satu institusi pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sejahtera untuk masyarakat majmuk. Sementara itu, dua aspek misinya adalah untuk merealisasikan tanggungjawab nahi mungkar ke arah membanteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, perlindungan dan pembinaan jatidiri remaja, keluarga dan masyarakat serta untuk mendokong budaya kerja penyayang, efektif, proaktif dan efisien.

Selain dari visi dan misi ini, kewujudan RS ini amat didokong oleh tiga objektifnya iaitu untuk membantu remaja menghayati Islam sebagai cara hidup, membantu remaja membina semula keyakinan diri dan akhirnya membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.379

Sejarah penubuhannya bermula pada awal tahun 1998 iaitu hasil dari perbincangan, persepakatan, persetujuan dan pengorbanan ahli Jawatankuasa Wanita

122

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) yang diterajui oleh Harlina Halizah Hj. Siraj. Ia akhirnya berjaya direalisasikan pada bulan Ogos 1998 yang ketika itu hanya mengambil empat orang pelatih. Mereka semua ditempatkan di bangunan Raudhatus Sakinah di Taman Melawati, Selangor sebagai pusat bimbingan pertamanya. Seterusnya pada awal tahun 1999 ia telah memohon dan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pada tahun 2008 telah secara rasmi berada di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Jabatan Kebajikan Masyarakat ini. Dari sini, pusat ini terus berkembang maju dengan beberapa pembaharuan dan penambah-baikan sama ada di segi luaran ataupun dalaman.380

Pada tahun 2002, pusat di Taman Melawati ini telah berpindah dan beroperasi di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor dan ia telah berfungsi sebagai Raudhatus Sakinah Pusat. Demi menampung keperluan menangani kes mangsa gejala sosial yang semakin meningkat maka pada bulan Januari 2004 tertubuh pula Raudhatus Sakinah di negeri Kelantan. Seterusnya pada bulan Oktober 2006, RS Pusat telah dijadikan RS Selangor dengan ibu pejabatnya di Pusat Bandar Taman Melawati manakala bangunan di Paya Jaras telah dijadikan sebagai pusat bimbingannya.381

Pengoperasian RS ini telah berkembang maju dengan tertubuhnya RS Pulau Pinang pada bulan Mei 2007 dan RS Johor pada bulan Oktober 2008. RS Pulau Pinang menerima seramai 15 orang pelatih manakala RS Johor menerima seramai 20 orang pelatih awal. Seterusnya pada 20 Oktober 2010 pula tertubuh sebuah pusat bimbingan di

380 Rosmawati Zainal , Pengarah RS. Temubual pada 26 Januari 2011.

123

Melaka iaitu pusat bimbingan ke lima. Pusat ini terletak di Bukit Berendam, Melaka dan pengambilan seramai 5 orang pelatih awal.382

Kelima-lima cawangan ini beroperasi secara terkawal dan berteraskan kepada objektif, misi dan visi yang sama. Rekod menunjukkan bahawa sejak dari tahun 1998 hingga ke tahun 2010, RS telah berjaya membimbing seramai 447 orang pelatih dan akan terus berusaha membimbing seramai mungkin golongan remaja wanita yang memerlukan. Untuk mencapainya, pihak RS kini telah memperkenalkan satu visi yang lebih spesifik iaitu ‘Ke Arah Gejala Sosial Sifar Menjelang 2020’ dengan menjadikan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ sebagai slogan utamanya. Kempen yang kini giat dipromosikan di peringkat Kebangsaan adalah satu wadah dakwah terbaik buat para remaja terutama remaja wanita. Melaluinya, mereka akan diberi pendedahan, pengetahuan, pemahaman dan kesedaran bahaya zina, penyakit kelamin serta diberikan tunjuk-ajar bagaimana menguruskan cinta dengan betul.