Dari Ketetapan Allah melalui Kitab Luh Hul Mahfuz
Apa sahaja kelakuan yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah melalui kitabNya, Luh Hulmahfuz. Kita tidak berkuasa melakukan perbuatan amal baik atau amal jahat, sekiranya tidak datangnya dari ketetapan Allah. Kita perlu menyakini rukun Iman tentang qada dan qadar Allah (untung baik dan untung jahat).
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 47
Gerak Iblis sekalipun bukan datangnya dari. kehendak atau kernahuan Iblis sendiri, malahan gerak atau kelakuan Iblis atau syaitan itu, adalah juga datangnya dari ketentuan dan ketetapan Allah sedari azali. Iblis dan syaitan tidak sekali-kali boleh menggoda, menganggu atau menghasut kita, melainkan atas izin Allah Taala. Jadi, buat apa takutkan iblis. Marilah kita bersanla-sarna takut kepada Allah berbanding takut kepada Iblis.
Bertaubat itu, bilamana kita mengaku dengan sebenar-benar yakin bahawa jika itulahkehendak Allah, jika itulah perjalanan takdir, jika itulah tulisan nasib dan jika itulah yang telah ditetapkan Allah, maka kita redha, kita terima dan kita ambilnya dengan hati yang berserah diri kepada Allah Taala. Bukannya bertaubat itu, dengan berkehendakkan Allah mengubah ketetapan nasib yang telah sedia tercatat diLuh Hul Mahfuz, dari buruk kepada baik.
Taubat yang sebenar-benar taubat itu, bukannya minta Allah ubah takdir, kerana takdir atau ketetapan yang sudah Allah tetapkan itu, sudah termaktub dan tidak boleh berubah lagi. Kita bertaubat mohon kepada Allah supaya samaada perkara buruk, perkara keji atau perkara mungkar yang sudah dan yang telah kita lakukan itu "tidak berulang".
Mengikut kefahaman ilmu makrifat, berulang atau tidaknya perkara buruk, keji atau mungkar itu, adalah bukan urusan atau ketetapan kita, itu adalah urusan atau ketetapan azali Allah, yang sudah siap tercatat Taubat untuk tidak mahu mengulangi lagi kejahatan lama itu, bukan semestinya tidak berulang.
Perkara berulang atau tidaknya sesuatu kejahatan itu, bukan atas kehendak kita, tetapi ianya· adalah kehendak dan ketetapan Allah yang sudah tertulis dan sudah siap tercatat. Samaada kita minta agar tidak berulang kejahatan lama, itu adalah urusan Allah. Kita seboleh-boleh tidak mahu mengulangi kejahatan lama, namun kiranya Allah tetapkan juga untuk kita mengulanginya, tidak ada siapa yang tahu dan tidak ada siapa yang dapat menahan atau mengubah ketetapan yang sudah siap tercatat.
48 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Begitu juga dengan dosa-dosa.lama yang telah kita lakukan. Dosa lama yang sudah kita lakukan, samaada dosa yang dengan sengaja kita lakukan atau kejahatan yang dikerjakan tanpa disedari, sesungguhnya berjalannya semua itu, adalah juga mengikut kepada yang sudah sedia tertulis. Apa juga perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku dan yang berlaku akan datang itu, semuanya diatas ketetapan Allah Taala. Kejahatan, keburukan, kealpaan dan kemaksiatan yang telah kita kerjakan sebelum ini, adalah sesuatu yang bukan pekerjaan baru atau bukan ketetapan yang baru Allah buat.
Sebelum terjadinya kemungkaran dan keburukan itu, Allah sudah terlebih tahu sedari awaI. Kerana baik dan buruk itu, adalah ciptaan dari yang Maha Esa (Allah). Perkataan taubat pada sudut pandang ilmu makrifat itu, ianya bukanlah bertujuan untuk meminta arnpun atau meminta maaf tetapi lebih kepada pengembalian diri kepada Allah. Taubat itu, adalah "tahu buat", iaitu hanya Allah sahaja yang tahu berbuat, sedangkall makhluk manusia itu, sedikitpun tidak tahu untuk berbuat. Baik atau buruk "Kul Kullun Minindillah" (baik dan buruk itu, adalah sesungguhnya datang dari Allah). Hanya Allah sahaja yang tahu berbuat, manakala kita, adalah bersifat dengan sifat yang tidak tahu berbuat, itulah taubat.
IO) Bertauhat (kembali) Itu, Setelah Tidak Takutnya Kepada
Iblis Atau Syaitan
Bagi orang makrifat itu, adalah mereka-mereka yang tidak takut kepada iblis. Kenapa kita harns takut kepada iblis atau syaitan? Iblis atau syaitan itu, tidak sekali-kali akan mampu atau tidak sekali-kali akan berani untuk menganggu atau mengoda kita, sekiranya tidak mendapat keizinan-dari Allah Taala.
Geraknya syaitan atau gerak iblis untuk menganggu atau. mengoda kita itu, adalah juga dari ketetapan dan keizinan Allah. Iblis atau syaitan itu, tidak berdaya untuk bergerak atau untuk mengoda kita, melainkan gerak iblis syaitan itu, adalah juga dari gerak yang telah diizinkan· oleh Allah, yang telah ditetapkan
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 49
sedari azali. Jadi kenapa perlu takut atau kenapa harus takut kepada syaitan, iblis, jin atau jembalang.
Sekiranya kita tidak perlu takut kepada jin, syaitan, iblis atau hantu jembalang, kepada siapakah yang barns kita takut? Hendak kata kita takut kepada Allah, kita tidak perlu takut kepada Allah, kerana Allah itu teramat baik, teramat penyayang, terarnat pemurah dan teramat maha mengasihan oleh itu kenapa harus takut kepada Allah.
Dalam pengajian ilmu makrifat, kita tidak perlu takut kepada jin, jembalang, hantu, syaitan, iblis dan apa lagi kepada Allah. Kita juga tidak harus dan tidak perlu takut kepada Allah. Buat apa kita nak takut kepada Allah, sedangkan Allah itu baik. Allah itu, Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah bukan Jahat dan Dia juga bukan garang. Jadi kenapa perlu takut kepadaNya? Orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis, hantu syaitan dan tidak juga takut kepada Allah.
Yang paling ditakuti oleh orang makrifat itu, adalah bilamana lalai dari ingat kepada Allah. Yang ditakuti oleh orang makrifat itu, adalah apabila tidak berkesampaian untuk "berserahdiri kepada Allah". Takut untuk mengaku diri itu ada dan takut untuk mengatakan diri itu wujud.
Para ulamak terdahulu, yang paling mereka takut adalah bilamana lalai hatinya dari ingat kepada Allah dan doa orang makrifat terdahulu adalah hanya satu, iaitu doa jangan sampai hatinya lalai dari ingat kepada Allah. Oleh itu, kita tidak perlu takut apa-apa. Mari kita sarna-sarna berserah diri kepada Allah, supaya apa yang kita takut selama ini, akan hilang