Jawab: Setelah kita lihat cara untuk menilai orang yang memandang makhluk tertilik makhluk, mari kita belajar pula bagaimana cara menilai golongan yang memandang makhluk tetapi tertilik Allah?
Untuk menilai golongan mereka-mereka yang melihat makhluk tertilik Allah itu,. adalah mereka-mereka yang berperasaan belas kasihan kepada sesarna makhluk. Golongan ini, tidak sarna sekali sanggup untuk bunuh-membunuh sesama makhluk manusia dengan alasan berselindung disebalik berjihad kononnya. Born sana born sini, bunuh sana bunuh sini, keji sana keji sini, umpat sana umpat sini dan tuduh·sana tuduh sini.
Yang diumpat itu siapa? yang dibunuh itu siapa? yang dikeji itu siapa? dan yang dibom itu siapa? tidakkah yang diumpat, dikeji dicela, dibunuh dan yang dibom itu, adalah makhluk? ciptaan Allah. Susah payah Allah mencipta dan menjadikan manusia, kita sewenang-wenangnya bom sana bam sini dan bunuh sana bunuh sini.
Hj.Shaari Mohd Yusof | CARA CARA MELIHAT ALLAH 99
Tidakah kita tertilik yang bahawasanya ciptaan Allah itu,j adalah yang terbaik bagiNya, kenapa pula kita memandai-iJ mandai untuk menidakkan ciptaan Allah?
Siapa yang mencipta alim dan siapa yang mencipta jahil?, cuba tanya kepada diri kita sendiri. Siapa yang mencipta , anjing dan siapa yang mencipta kucing? Siapa yang mencipta" baik dan siapa yang mencipta buruk? tidakkah itu milik Allah Taala bagi mencipta segala sesuatu?, kenapa kita pula hendak menidakkan ciptaan Allah, dengan benci membenci, bunuh membunuh, born mengebom, keji mengeji, tuduh menuduh dan umpat mengumpat.
Orang yang melihat makhluk terlihat Allah, adalah mereka mereka yang tidak sanggup membiarkan kucing dibawah meja mengiau-giau kelaparan, sedangkan kita sedap-sedap makan diatas meja, dengan lauk pauk yang enak-enak, tuan-tuan suap makanan masuk ke mulut sendiri, tanpa langsung ada rasa belas kasihan terhadap kucing yang mengiau-giau dibawah meja. Dihati kita, tidak ada langsung terfikir kepada kucing, malahan menendang atau memukul kucing itu.
Larilah kucing yang sedang kelaparan itu kemeja makan bersebelahan, begitu juga orang dirneja sebelah, langsung tidak memandang kucing tersebut. Kita melihat kucing yang mengiyau-giyau, cuba kita bayangkan jika yang mengiau-giau itu kita?
Cuba terbalikkan cerita itu, letak kucing itu ditempat kita, cuba bayangkan bilamana kita pula yang merayu-rayu orang besar supaya bagi kita projek, merayu-rayu orang supaya bagi kita kerja dan merayu-rayu orang supaya membeli barang jualan kita. Bagaimana jika orang tidak membeli barang jualan kita dan bagaimana jika orang tolak permohonan kita? Apa yang kita rasa?, cuba jawab? .
Kita tidak letak kesusahan atau kepayahan itu pada diri kita, kita hanya nampak dan letak kesusahan atau kepayahan itu atas did orang dan atas kucing, cuba sekali-kali letak kesusahan dan kepayahan itu atas diri kita, apa yang kita rasa? Sebagaimana kita
100 BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN LAUTAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
rasa dan sebagaimana kucing rasa, sebegitulah orang rasa. Untuk itu, bersimpatilah terhadap sesama· makhluk. Inilah cara, jalan atau kaedah memandang makhluk terlihat Allah. Tidak perlu kita melihat jauh-jauh, seumpama melihat melalui perbuatan sembahyang atau ibadatnya.
Untuk menilai seseorang samaada bertaraf pandang makhluk tertilik makWuk atau pandang makhluk tertilik Allah, cukup dengan menilai dari segi itu, tidak perlu tilikjauh-jauh. Lihat dari segi itupun kita sudah dapat membezakannya. Itu belum ,~ lagi saya cerita melihat Allah tertilik Allah ..
Soal: Bagaimana cara melihat Inakhluk, supaya terlihat dan terpandang Allah itu, adalah begini;
Seumpama tuan-tuan sedang ingat Allah (berzikir), tiba-tiba terlihat lembu yang lalu dihadapan tuan-tuan, bagaimana untuk kita melihat lembu itu supaya terlihat atau tertilik Allah? Orang makrifat itu, bukan terpandang pada kaki lembu, bukan terpandang mata, telinga, mulut, hidung atau tanduk lembu. Melihat orang makrifat itu, adalah kepada·sifat hidupnya lembu atau sifat hayatnya lembu itu.
Tidakkah hidup (hayat) itu, sifat Allah? Orang makrifat itu, memandang kepada sifat hidup (hayat) nya lembu itu. Tidakkah sifat hidup (hayat) itu, adalah sifat Allah. Dengn memandang, melihat atau menilik kepada hidup, itulah eara kita memandang lembu supaya tertilik Allah.
Walaupun kita terlihat seketul batu. Batu itupun juga hidup. Cuba tuan-tuan golekkan batu di atas jalan, tidakah batu itu bergolek dan bergoleh itulah, bererti hidup,tidakkah yang hidup itu hanya Allah? Batu itupun juga akan tertilik Allah. lnilah eara atau kaedah orang makrifat memandang makhluk tertilik Allah.
... ...
Hj.Shaari Mohd Yusof | BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN LAUTAN 101
BAB 12
BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN LAUTAN
Pengalaman Berada Ditanah Seberang (Indonesia)
Syukur kepada Allah, kerana masih diberi kesempatan olehNya, untuk saya terus berkarya. Bermula dari 28 Disember 2012 sehingga 27 Januari 2013 lalu, saya berada di kota Indonesia. Saya berada di sana, meninggalkan anak dan ) isteri, bukan bertujuan untuk berhibur atau makan angin, tetapi datangnya saya ke kota tersebut, adalah bertujuan bagi menyiapkan kitab Tok Kenali Kelantan yang seterusnya.
Bersama-sama dengan dua orang sahabat dari Indonesia, saya mentelaah dan mengkaji tulisan yang ada, diperbaiki manamana yang kurang baik. Di bilik yang berukuran sekadar 10 x 12 kaki sahaja, kami bersama-sama mentelaah dan berbincang, agar ayat-ayat tersebut tidak mengelirukan para pembaca. Untuk mengarang sesebuah kitab, bukannya mudah sebagaimana mengarang novel. Salah sepatah, sudah cukup untuk mensyirikkan pembaca. Penulisan perlu lengkap dengan fakta yang sarna sekali tidak bercanggah dengan sunnah dan AI-Quran. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sebelum saya mengajar cara-cara mengenal diri, menyerah dan mematikan diri sendiri, ingin saya ajukan satu persoalan.
1) Soal: Kenapa ikan tidak masin sewaktu berada di dalam laut? Jawab: Cuba tuan-tuan perhatikan baik-baik ikan di daIam lautan masin, kenapa ikannya tidak masin, biarpun bertahuntahun berendam dalam lautan masin? Sebenamya, untuk menjadikan ikan itu masin, hendakIah "dimatikannya" terIebih dahulu. SeteIah ikan itu mati, barulah ikan itu rnasin dan baruIah masin itu dapat meresap ke daIam tubuhnya.
102 BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN LAUTAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Begitu juga dengan diri kita, untuk menyatakan Allah itu nyata, hendakIah kita matikan terIebih dahuIu akan diri kita. Setelah diri kita mati, barulah Allah.(masin) itu nyata atas diri kita.
MakhIuk, seIagi bernama makhluk dan seIagi bersifat makhIuk, kita tidak akan dapat sarna sekali untuk menyatakan Allah. Sebagaimana ikan tidak dapat untuk menyatakan masin, seIagi ikani1ya beIum mati, sebegitu juga diri kita. Setelah ikan itu mati barulah masin dapat menyatakan dirinya. SeIagi ikan tidak mati, biarpun bertahun ikan berendam dalam lautan masin, masin tetap tidak akan dapat menghadirkan dirinya kecuali setelah ikan itu mati, barulahi masin boleh mengambil tempat.
Begitu juga dengan diri kita. Selagi kita tidak mematikan diri kita sebelum kita mati, sesungguhnya kita tidak akan dapat sarna sekali untuk menyatakan Allah, biarpun Allah itu sudah sedia nyata sejak dari sediakala. Bagi menyatakan Allah itu hendaklah terlebih dahulu, kita matikan diri kita sebagaimana perumpamaan ikan di lautan masin. Hidup tidak boleh untuk menyatakan masin. Hanya mati sahaja yang dapat menyatakan masinnya ikan.