• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soal: Bilakah masanya kita perIu mengulangi taubat?

Dalam dokumen Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri (Halaman 73-107)

Jawab: Taubat bibir boleh berubah-ubah dan boleh berlaku pada kesekian kalinya, terus dan seterusnya akan berIaku dengan berulang kali. Namun taubat makrifat, berIakunya hanya sekali, selagi berakal waras dan selagi kita mengingati dan mengenal Allah, selama itulah juga kita dalam berkeadaan taubat (kembali). Jika sekiranya ingatan kita gugur dari mengingati Allah, di situ terbatal taubat dan perIu kembali bertaubat. Namun jika ingatan kita tetap kekal selamanya dengan Allah, selagi itulah dan selama itu juga kaedah taubat itu kekal. Jika taubat bibir, ia boleh disebut pada bila-bila masa dan pada sebarang tempat, dengan mengucap perkataan "Astaghfrrullah Hal Azim".

Dengan hanya mengucap perkataan Astaghfrrullah Hal Azim sahaja, ianya telah dikatakan bertaubat. Mengikut fahaman feqah, dikatakan sudah berlaku perkara taubat, kiranya mulut kita menyebut perkataan Astaghfirullah Hal Azim. Biarpun kesalahan yang sama akan berulang kesekian kali.

Namun bagi taubat yang sebenar itu, bukan sahaja pada sebutan bibir mulut yang selalu pandai menipu, tetapi taubat itu, setelah penyerahan perbuatan, asma', afa'al dan penyerahan zat kepada Allah. Bertaubat itu, adalah bilamana berlakunya penyerahan diri zahir dan diri batin, barulah dikira bertaubat nasuha. Serah sifat zahir sahaja, itu dikatakan taubat manakala serah sifat zahir dan batin itu, barulah dikatakan taubat nasuha, itulah taubat atau

62 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof

penyerahan diri sebenarsebenar kembali (taubat) mengikut sudut suluhan kaca mata ilmu makrifat.

Taubat itu, boleh membawa kita kepada perkara mati sebelum mati. Bilamana kita sudah sampai kepada tahap mati sebelum mati, itulah tandanya kita sampai kepada tahap taubat. Bila berlakunya perkara taubat, maka akan dengan sendirinya berlaku perkara penyerahan diri (kembali atau taubat). Bilamana menyerah diri dan bilamana bertaubat (kembali sifat diri zahir dan batin), itulah yang dikatakan mengenal diri.

Bilamana mengenal diri, itulah tandanya kita telah benarbenar bertaubat. Bilamana bertaubat (kembali), itulah tandanya kita benar-benar mengenal Allah. Setelah kita benarbenar mengenal Allah, itulah dikatakan makrifatullah. Taubat atas perbuatan buruk atau taubat atas kesalahan jahat yang telah kita lakukan itu, adalah taubat bibir mulut. Taubat bibirmulut itu, adalah taubat yang belum tentu ianya tidak berulang. Entah-entah setelah selesai bibir bertaubat, ianya masih mengulanginya lagi kesalahan dan kesilapan lama

Setelah tidak ada lagi perbuatan (afaal), asma' sifat dan zat dari diri, itulah tandanya kita telah bertaubat nasuha!. Perbuatan baik atau buruk kita itu, adalah datangnya dari sifat anggota tujuh. Bilamana anggota tujuh kita sudah tergadai, sudah terlelong, sudah mati, sudah kembali dan sudah terserah kepada Allah. Setelah segala anggota tujuh sudah tergadai dan terjual kepada Allah, apa bolehkah lagi kita berkelakuan?

Tidakkah kelakuan kita itu datangnya dari anggota, bagaimana mungkin kita berkelakuan samaada baik: atau buruk, sedangkan anggota kita sudah tidak ada!. Perbuatan keji itu, selalunya datang dari pergerakan anggota, bagaimana mungkin kita boleh melakukan kejahatan lagi, sedangkan anggota tujuh kita sudah terjual kepada Allah (kita sudah tidak bersifat), ·Setelah kita tidak bersifat,bagaimana mungkin kita boleh melakukan kejahatan. Setelah tidak lagi dapat melakuan kejahatan, itulah yang dikatakan taubat nasuhaYang boleh kita lakukan sedangkan anggota kita semuanya sudah tidak ada. Selagi diri itu masih ada,

Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 63

selagi itulah kita berafa'al. Selagi kita berafaal, biar tidak banyak, lambat laun sedikitpun kita akan melakukan kejahatan. Lainlah kiranya kita tidak memiliki afaal!. Selagi ada afaal, selagi itulah proses taubat tidak akan pemah berhenti. Taubat (kembali) atau hampir mati (nazak) itu, adalah taubat yang menjurus kepada kaedah mengenal diri.

Mereka yang mengenal diri itu, adalah mereka-mereka yang menyerahkan kelakuan, perbuatan, tingkah laku, fe'el perangal dan afa'al kepada Allah, itulah hakikat sebenar taubat. Taubat itu, adalah setelah segala-galanya telah terserflh kepada perbuatan dan gerak dari Allah Taala, yang mana segala afa'al atau segala perbuatan kita itu, adalah gerak dari . perbuatan afa'al Allah Taala.

Sebagai hamba makhluk, kita tidak sedikit pun ada daya supaya untuk bergerak, melainkan gerak atau perbuatan Allah Taala. Firman:

"Hendaklah kamu katakan yang semua itu datangnya daripada Allah" | An-Nisa' : 78

Maksud mati bagi orang makrifat itu, adalah bennakna fana'kan diri, binasa dan lebur diri dalam wajah Allah. Maksud hampir mati mengikut terjemahan ilmu makrifat adalah orang yang berserah diri kepada Allah (itulah maksud mati). Perkataan "hampir mati itu", adalah hanya satu kiasan dan satu gambaran simbolik, bagi menerang dan menggambarkan tahap orang yang menyerah diri kepada Allah, iaitu tahap orang yang menjuruskan dirinya bagi menyerahkan jiwa dan raganya kepada Allah. Inilah tahap penyesalan, keinsafan dan taubat orang yang berdampingan dan yang menghampiri dengan mati, iaitu merujuk kepada hampir dengan Allah. Tanda tahap orang yang merapatkan diri dengan taubat itu , apabila orang itu merapatkan diri dengan mengenal dirinya sendiri dan merapatkan diri dengan mengenal Allah.

64 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof

Taubat adalah salah satu cara penyerahan atau pemulangan semula sifat diri kepada Allah, iaitu dengan mengembalikan semula segala sifat dirinya kepada Allah. Tahap orang yang hampir mati itu, adalah bagi menggambarkan tahap hampimya diri dengan Allah. Menghampirkan diri dengan konsep penyerahan dan konsep pemulangan anggota zahir dan batin kepada Allah Taala, itulah maksud hampir mati mengikut pandangan ilmu makrifat.

Orang yang benar-benar hampir dengan mati itu, adalah orang yang kembali (taubat) atau orang yang berserah diri dan bertawakal kepadaAllah. Orang yang hilang nafsu kepada dunia, orang yang nafsunya bukan lagi untuk kepentingan diri. Inilah pengertian perkataan "hampir mati "menurut pandangan ilmu makrifat dari Finnan Allah tersebut. Bukannya hampir mati itu merujuk kepada keadaan "nazak". Hampir dengan mati itu, adalah merujuk kepada orang yang mati dahulu sebelum mati. Taubat dan penyesalan yang diterima Allah itu, adalah taubat yang apabila hati, nafsu, kemahuan dan kehendak kita tidak lagi mengatasi ketetapan dan ketentuan Allah. Matikan sifat makhluk, matikan nama makhluk, matikan perangai makhluk dan matikan zat makhluk.

Semuaituhendaknyadikembalikankepadayangempunya, sebagai tuan asal yang mutlak. Mati diri kita secara keseluruhannya zahir dan batin, serta berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Inilah konsep mati dan konsep berserah diri, konsep menghampiri mati dan konsep mati sebelum mati. Yang boleh membukajalan makrifat kepada Allah (jalan mengenal Allah).

Orang yang hampir mati atau nazak itu, Allah Taala telah menarik darinya empat perkara. Pertama penglihatannya, kedua pendengarannya, ketiga tutur katanya (lidah) dan keempat adalah penciumannya (melibatkan deria bau). Orang yang hampir mati atau nazak, telinganya akan menjadi tuli, matanya akan menjadi kabur atau buta, mulutnya akan menjadi kelu dan penciumannya (deria hidu) akan menjadi lemah. Bagaimana taubat akan

Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 65

diterima Allah, sedangkan pintu taubat di ketika itu sudah pun tertutup.

Pintu taubat yang tidak pemah ditutup dan pintu taubat yang sentiasa terbuka adalah pintu taubat dari orang-orang yang menyerah diri kepada Allah. Iaitu orang yang benar-benar bertawakkal kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan hampir mati menurut tafsiran dari kaca mata ilmu makrifat.

Hampir mati menurut pandangan ilmu makrifat itu, adalah diri kita ini seolah-olah berkeadaan tidak berdaya-upaya melainkan daya dan upayaAllah, diri kita ini seolah-olah berkeadaan tidak berkuasa walau untuk berkelip, jika bukannya dengan kuasa dan izin Allah. Kuasa, kudrat dan iradat serta upaya diri kita itu, sebenamya telah lama hilang, pupus dan telah lamfl tidak berfungsi. Yang membolehkan kita terus hidup dan terns berfungsi ini, adalah kerana daya hidup dari Allah.

Dengan kata lain, diri kita ini, sebenamya sudah hampir mati, malah lebih tepat lagi jika kita gunakan bahasa bahawa sebenamya diri kita ini bukan sahaja setakat hampir mati, tetapi sebenamya diri kita ini, telah benar-benar mati (binasa). Setelah segala makhluk bersifat dengan sifat mati dan binasa, maka hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat hidup. Yang bemyawa itu adalah Allah, yang bemafas itu adalah Allah, yang melihat itu adalah Allah, yang mendengar itu adalah Allah, yang berdiri itu adalah Allah, yang berkata-kata itu adalah Allah dan yang hidup itu adalah Allah, Allah, Allah

Bagi sesiapayangberakal,penerangandiatas sudahcukupkuatuntuk menemukan kita dengan diri kita yang asal dan menemukan kita dengan Allah. Dari penerangan dan cerita-cerita di atas, sepatutnya sudah cukup kuat untuk membawa kita kepada mengenal diri dan mengenal Allah. Diri yang kita bawa kesana kemari ini, sebenamya telah binasa (fana') dan telah pun merasai mati. Yang tetap hidup dan yang tidak mati itu, adalah wajah Allah. Itulah maksud sebenarbenar taubat (kembali).

66 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof

Dntuk merasai perkara taubat dan merasai perkara berserah diri, marilah sama":sama kita bawa akal dan fikiran kita, untuk cuba· membayangkan bagaimana perasaan taubat bagi orang yang karam , sedang terapung-apung di tengah lautan luas atau cuba bawa hati kita untuk menyelami perasaan taubat orang yang pada hari esoknya akan mati di tali gantung dan cuba bayangkan perasaan taubat orang yang mengalami sakit yang membawa mati.

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu yang kita ingat disaat itu, hanyalah bertaubat (kembali) kepada Allah. Kuasa makhluk di ketika itu, tidak lagi dapat menyelamatkan diri. Di saat dan ketika itu, yang kita ingat dan yang kita harap hanya Allah. Anak, isteri, ibu, bapa dan sanak saudara, tidak lagi dapat membantu . bila hukuman mati telah dijatuhkan atau bila karam seorang diri di tengah-tengah lautan. Cuba bayangkan taubat mereka.

Seandainya kita dapat menyelami dan merasai apa yang mereka rasa di saat itu, sudah tentu ianya akan membawa kita kepada suasana taubat yang sebenar-benar taubat (kembali) kepada Allah Taala, iaitu perasaan berserah yang tidak pemah kita rasa sebe1umnya. Di situ barulah tahu betapa diri kita ini teramat kecil, lemah, tidak berdaya upaya, tidak bertenaga, tidak berteman dan di ketika hampir mati itu, barn kita tahu bahawa Allah itulah Yang Maha Besar dan Maha bermakna bagi kita. Membuatkan hati kita di ketika itu terlalu hampir dan terlalu dekat dengan Allah. Merasakan diri kita ini telah diserah dan terserah kepadaAllah (taubat). Kiranya rasa penyerahan dan penyesalan yang amat sangat seumpama itu, yang dapat kita se1ami, alangkah dekat dan hampimya kita dengan Allah.

Suasana taubat (kembali)sebeginilah yang hendak kita cuba rasa dan yang hendak kita cuba cari. Suasana, kaedah dan cara penyerahan atau taubat sebeginilah yang sedang kita cuba wujudkan ke dalam diri masing-masing. Penyerahan atau taubat (kembali) yang seumpama itulah, kaedah taubat atau cara penyerahan diri yang sebenar, yang cuba kita hayati dan yang cuba kita rasai di ketika ini, melalui firman yang bererti "hampir

Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 67

mati". Hampir mati itu, bukannya bermaksud nazak, tetapi ianya bermaksud berserah diri zahir dan batin kepada Allah. Dengan menjiwai keadaan orang yang berada pada kedudukan hampir mati, mudah-mudahan dapat membuka kefahaman kita,dalam memahami konsep berserah diri atau taubat kepada Allah, sebagaimana berserahnya orang yang hampir mati. Suasana penyerahan yang seumpama itulah, yang sedang kita cuba ketengahkan sekarang ini, supaya ditauladani dan difahami dalam mencari jalan kaedah berserah diri kepada Allah yang sebenar. Walaupun kita tidak benar-benar lemas di tengah lautan dan tidak benar-benar dikenakan hukuman gantung tetapi penyerahan yang seumpama itulah yang cuba kita selami melalui cerita di atas. Suasana penyerahan seumpama orang yang hampir mati itulah yang hendak kita terapkan ke dalam hati kita mulai sekarang. Pada saat ini dan di ketika ini, marilah kita sarna-sarna menuju ke jalan berserah diri kepadaAllah, sebagaimana berserahnya orang yang hampir mati lemas atau yang hampir mati di tali gantung keesokkan harinya. Jika tidak kepadaAllah, kepada siapa lagi hendak kita serahkanjiwa dan raga kita, apakah masih ada Tuhan lain selain Allah untuk kita serah dan bergantung harap!

Cuba kita bayangkan sekali lagi, seandainya kita berada di tempat mereka di saat itu, kepada siapa lagi hendak kita taruhkan harapan dan kepada siapa lagi hendak kita berserah. Dalam keadaan hampir mati, kita Cuma ada Allah. Biarpun umur kita masih panjang, tetapi marilah kita anggap yang diri kita ini sudah hampir mati, bila kita letakkan diri kita pada keadaan itu, barulah suasana penyerahan itu dapat kita rasa. Itulah gambaran kaedah penyerahan hakiki yang cuba disampaikan kepada kalian.

Walaupun kita tidak betul-betul lemas, sekurang-kurangnya kita dapat selami dan gambarkan kaedah penyerahan diri kepada Allah. Seumpama penyerahan diri orang yang hampir mati. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita berserah dan menyerah diri. Begitulah apa yang berlaku kepada Firaun semasa hampir lemas di lautan ketika mengejar Nabi Musa. Walaupun dia telah menganggap dirinya sebagai tuhan, tetapi bila tiba saat hampir

68 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof

mati, kepada Allah juga dia berserah, tetapi penyerahan dia sudah terlambat. Inilah gambaran sebenaryang hendak di ketengahkan bagi dijadikan contoh mengenai kaedah atau cara penyerahan diri yang sebenar.

lnilah keadaan dan suasana yang dimaksudkan oleh ilmu makrifat dalam hal berserah diri (taubat) kepada Allah. Cerita di atas adalah semata-mata bagi menunjuk cara dan kaedah taubat (menyerah diri» kepada Allah, iaitu seumpama kaedah orang yang dalam keadaan hampir mati (menyerah setakat diri zahir yang tidak termasuk roh). Walaupun kita tidak karam sebagai karamnya mereka di lautan luas, setidak-tidaknya kita cuba karamkan diri kita ke dalam wajah Allah. I.tulah cara pemikiran orang makrifat, dalam memberi takrif taubat (penyerahan, fana', lemas, binasa atau tafsiran karamkan) diri ke dalam wajah Allah, yang lebih baik dari karam di laut.

Cuba bawakan diri kita supaya dapat dikaramkan ke dalam lautan wajah Allah. Apabila semuanya telah karam ke dalam lautan wajah Allah, semua anggota sudah tidak lagi bergerak, kerana segala gerak telah dikembalikan kepada afa'al Allah. Segala nama tidak lagi terpanggil, kerana segala yang terpanggil itu, telah kembali dengan terpanggil asma' Allah. Akal sudah tidak lagi berfungsi kerana telah dipulangkan kepada qalam Allah. Zat (roh) tidak lagi bemyawa kerana sudah berada di alam fana'. Yang tinggal dan yang tersisa buat kita, adalah wajah Allah. Inilah konsep taubat dan konsep berserah diri kepada Allah melalui taubat ilmu makrifat.

Begitu juga dengan kaedah menyerah daya upaya, rupa paras dan termasuk juga semua sifat diri kita, ianya seolah-olah sudah lebur musnali, hilang ghaib dan hancur binasa seluruh sifat keakuan (sifat diri) kerana telah terjual kepada Allah.

Sifat diri sudah tidak ada, yang ada, yang ujud dan yang nyata, bukan lagi diri kita,jasad kita dan daya-upaya kita lagi, tetapi semua yang ada ini, adalah kerana adanya Allah, ujud Allah, nyata Allah, maujud Allah dan Allahlah semata-mata yang terzahir di sekalian Alam.

Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 69

Taubat itu, setelah sifat kita telah kembali kepada diri yang asal, iaitu kembali ke alam kosong, ke alam ghaib dan ke alam binasa, yang ada pada kita sekarang ini, hanyalah wajah Allah Taala. Keinsafan, penyesalan dan kesedaran sebeginilah yang dikatakan taubat. Penyerahan akal dalam bertaubat juga hendaklah diserah secara muktamad, total dan penyerahan pada tahap yang mutlak. Andaikata kita bertaubat untuk tidak melakukan pekerjaan mencuri, belum tentu kita bertaubat untuk tidak membunuh. Andainya kita bertaubat untuk tidak membunuh, belum tentu kita bertaubat untuk tidak mengumpat. Jika kita bertaubat untuk tidak mengumpat, belum tentu lagi kita bertaubat untuk berperasaan buruk sangka. Malahan jika seribu satu benda yang kita taubat, kita tetap masih ada berjuta satu perkara lagi, yang belum ditaubatkan.

Tetapi jika segala diri telah kita serah dan telah kita kembalikan kepada Allah, bermakna kita telah bertaubat segala-galanya kepada Allah Taala. Segala sifat, afaal, asma' dan zat kita, telah kita serah kepada Allah. Ini bermakna kita tidak lagi perlu menghitung apa yang hendak diserah. Jika kita bertaubat (kembali) atau berserah diri sepenuhnya kepada Allah Taala, bermakna kita tidak lagi perlu berserah satu persatu. Malahan segala macam penyerahan sudah terkandung dalam satu penyerahan sahaja.

Itulah cara bertaubat atau penyerahan diri yang sebenar. Setelah kita benar-benar berserah diri kepada Allah, ianya sudah cukup dengansekali lafaz. Dengan sekali lafaz, pendek kata, taubat atau konsep penyerahan diri kita itu, sudah difahami oleh Allah, kerana Allah itu maha mengetahui.

Kiranya kita serah diri atau bertaubat kepada Allah secara satu persatu, bila hendak selesai (tamat)? Kiranya dihitung kesalahan dan kejahatan yang telah kita lakukan selama kita hidup di atas muka bumi ini, saya kira ianya tidak terhitung dan tidak akan habis-habis. Dengan konsep bertaubat dan matikan diri sebelum mati, ianya akan memberi ruang kepada kita untuk bertaubat secara keseluruhan (secara sekaligus).

70 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof

Dengan cara menjual diri secara keseluruhan (sekaligus), bererti kita juga telah bertaubat secara semua sekali. Dengan yang demikian, menjadikan diri kita seorang yang tidak lagi memiliki apa-apa sifat atau anggota untuk melakukan segala perbuatan (afa'al). Bila nnggota kita sudah tidak ada (sudah terjual), dengan anggota mana lagikah, untuk kita berbuat kemungkaran seterusnya? Jika kaki dan tangan, jika mulut dan telinga, jika mata dan akal sudah tidak ada, dengan anggota mana lagikah hendak kita lakukan kejahatan? Cuba jawab?

Untuk bertaubat secara keseluruhan (sekaligus) atau secara total, hendaklah melalui proses penyerahan diri dan proses penyerahan anggota pancaindera kepada Allah secara total. Setelah ke semua sifat diri, telah dikembalikan kepadaAllah, ini membuatkan diri kita tinggal kosong. Setelah semuanya kosong, dengan anggota apa dan dengan anggota mana lagi hendak kita bawa untuk pergi mencuri, merompak merogol, menfitnah, membunuh, mengumpat dan untuk menuduh orang makrifat itu sesat atau salah?

Setelah kita serah diri, diri kita akan menjadi kosong. Tempat yang ditingalkan kosong itu akan diganti dan akan diisi dengan sifat penyerahan. Bila diri kita telah diisi dengan sifat penyerahan, ianya akan di kuti dan dipenuhi pula dengan sifat tawakal, takwa, taat, redha, berserah diri, rendah diri, malu, tidak sampai hati, perasaan belas kasihan dan dipenuhi pula dengan sifat bertimbang rasa. Inilah yang dikatakan konsep taubat, yang pada akhimya membawa kita kepada konsep mengenal diri dan seterusnya membawa kita kepada melihat, memandang, menilik, menatap wajah dan mengenal Allah.

InsyaAllah apabila diri telah terjual (berserah) dan diterima beli pula oleh Allah dengan harga tunai yang mahal. Itulah yang membuatkan diri kita menjadi kosong atau mati sebelum mati. Apabila proses jual beli kita telah diterima Allah, secara rasmi dan secara serta merta dosa diri kita akan hangus terbakar (binasa) dalam wajah Allah. Terbakamya diri kita di ketika itu, bukan dengan kerana api. Terbakamya diri kita di ketika itu, adalah dengan kerana fana' dan baqo' dalam wajah Allah. Bila

Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 71

diri telah sampai kepada tahap perkara rasa, biarpun tidak ada hujan, namun pipi kita akan tetap ditimpa basah dengan linangan air mata.

Di sinijuga hujan air mata mula berguguran membasahi permukaan pipi kita, tanda lazat, lunak, cair perasaan kita diulik asyik dan zuk kepada Allah. Setelah kita bertaubat, semua diri kita di dapati mati. Setelah diri kita kosong atau mati, di situlah perkara rasa kehadiran wajah Allah akan mendatangi dan memenuhi jiwa kita. Apabila perkara rasa telah menjiwai, memenuhi dan melimpah ke dalam 'i' jiwa kita, di situlah wajah Allah akan dapat kita lihat dan pandang.

Kita akan dapat rasa bahawa wajah Allah dengan wajah diri kita, bersatu tidak dan bercerai tiada. Inilah perumpamaan taubat yang tidak berpisah dengan perkara penyerahan diri zahir dan

Dalam dokumen Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri (Halaman 73-107)