Iktikad atau pegangan golongan peringkat keempat itu, adalah dari sudut golongan yang memandang dari yang Mnyak kepada yang satu dan memandang dari yang satu kepada yang banyak. Melihat dan memandang yang masih clengan mengunakan pancaindera diri. Dengan kata lain, ertinya masih ada anggota diri yang melihat dan masih ada pancaindera diri yang memandang.
Manakala iktikad atau pegangan lafaz ibadah goJongan keempat ini, memandang kepada yang banyak dan memandang kepada yang satu itu, tidak lagi dengan pancaindera mereka dan tidak lagi dengan anggota jasad mereka.
Tahap atau peringkat keempat ini, memandang dengan pandangan dan melihat dengan penglihatan. Bukan lagi melihat dengan mata bukan lagi melafaz dengan bibir, bukan lagi mendengar dengan telinga dan bukan lagi bergerak dengan anggota tujuh
Peringkat keempat ini, adalah merupakan peringkat khasyaf, peringkat zuk dan peringkat fana' mencapai baqa' yang sebenar-benarnya hakiki, iaitu peringkat tertinggi dan teratas sekali, yang tidak ada lebih atas atau yang lcbih tinggi dari yang tinggi. Tahap ini yang tidak lagi memandang adanya diri. Jasad tubuh badan mereka telah terbakar dan karam dalam lautan nm syuhud (memandang) akan Allah yang Esa. Lebur pandangan (syuhud) kepada alam .dunia dengan tersyuhudnya nur Allah di alam wahdah.
Jika diminta pendapat secara lisan sekalipun, tidaklah dapat saya luahkan, melainkan "Man lam ya zuk wala ya ar'if4 yang bermaksud, "barangsiapa yang belum menikmatinya, ticlaklah dia rasa". Barang siapa yang tidak sampai ke sana, tidaklah dia dapat menceritakannya dan sekifanya tercerita sekalipun, cer'itanya hanyalah "diam". Cerita kelu dan cerita bisu sahaja yang akan tuan-tuan clapat, apa lagi melalui coretan mata pena (kalam). Apabila .sampainya tuan-tuan ke sana, akan terjawablall segala pertanyaan.
Hj.Shaari Mohd Yusof | LAFAZAN TAUHID YANG TIADA TAUHID 175
Peringkat itu, bukan lagi peringkat bicara melalui mulut, melihat bukan lagi dengan penglihatan mata dan mendengar bukan lagi dengan pendengaran telinga. Jadi, bagaimana mungkin dapat diceritakan? Sekadar bayangannya, dapatlah saya ceritakan "serba sedikit' tentang keadaan golongan peringkat keempat dan yang selebihnya tunggulah bilamana tuan-tuan sampai ke sana, sebagaimana sampainya saya. Wahai sekalian sahabat sahabat, kawan-kawan dan sanak saudaraku, bila sampainya kamu ke sana, apa lagi yang kau cari, kerana yang mencari itu adalah juga yang dicari. Tidak ada lagi mulut untuk berkata-kata. Bagairnana hendak berkata-kata lagi sedangkan mulut sudah tiada. Bagaimana hendak tulis bait-bait ayat, sedangkan aku tidak lagi bertangan kerana tangan ku ini bukan milik ku lagi.
Bagaimana kaki ku boleh berjalan mencari mu, sedangkan kaki ku ini sudah tiada,juga sudah terjual dan menjadi milik orang. Dikala aku sedang menulis mi, aku tidak lagi berdaya untuk sampai kepada mu, baik melalui mulut, tangan, kaki mahu pun melalui buah tikiran akal.
Sesudah aku tidak lagi berdaya untuk mendatangi mu, melainkan kamulah yang mendatangi"Nya". Di situ kamu akan memperolehi aku dan akan dapat memperolehi diri mu sendiri, dimana disitu juga kita boleh bercerita sepuas-puasnya.
Adapun keadaan golongan yang berada pada peringkat in~ tidak lagi dengan akal. Mereka tidak melihat dan tidak memandang akan diri mereka lagi, kerana diri mereka telah karam dalam syuhud Allah
Akal tidak bo leh membuahkan pertimbangan yang tepat, melainkan pertimbangan rohanilah keputusan yang tepat lagi lurus. "La maujud Ilallah" yang bermaksud "Tidak ada lagi maujud melainkan Allah".
Golongan ulamak pada tahap keempat ini, tidak lagi memandang alam, malahan tidak lagi memandang adanya diri sendiri· Kewujudan diri sendiri tidak lagi terlihat, melainkan kelihatan bagi mereka hanyalah wajah Allah S.W.t yang meliputi sekalian
176 LAFAZAN TAUHID YANG TIADA TAUHID | Hj.Shaari Mohd Yusof
alam, tetapi, ini tidak bererti alam itu Allah. Sebagaimana dakwaan atau tuduhan sesetengah pihak.
Bagi yang tidak mengerti dan tidak pernah duduk pada anak}tangga peringkat. keempat ini, tidaklah dapat dia mengerti akan bahasa ini. Bagi yang tidak pernah sampai kepada tahap makrifat, tidaklah dia mengerti akan bahasabahusa sebagaimana yang diperkhabarkan ini, melainkan akan didakwa olehnya sesat atau dituduh berfahaman wahdatul 'wujud, sedangkan golongan keempat ini, bukallnya memandang alam itu Allah s.w.t, tetapi memandang alam itu binasa.
Sudah tidak lagi kelihatan, lantaran silau dan terangnya cahaya Allah S.W.t yang sama sekali membakar alam dan melebur diri mereka, sehingga semuanya hangus yang tidak lagi kelihatan alam serta tidak lagi kelihatan adanya diri mereka.
Jangan sesekali kita mendakwa bahawasanya kita te1ah bersatu dengan Allah s.w.t. Jangan mengisbatkan (meno1ak) keEsaanNya da1am kewujudan makh1uk.
Jangan mengatakan bahawa kita sebangsa dengan Allah, dan jangan juga mengatakan bahawa kita ini ada1ah Allah dan sebagainya.
Pendapat dan fahaman itu, amatlah bertentangan dengan hukum Allah S.W.t dan syariat islam. Pendapat seumpama itu bukan dari ajaran tasawuf atau ajaran ilmu makrifat dari golongan tingkatan keempat.
Kepercayaan, fahaman atau pegangan mereka-mereka yang telah mencapai makrifat tertinggi itu, iktikad mereka hanya satu iaitu "yang ada hanya Allah s.w. t". Ini1ah tahap kefahaman makrifat dan kedudukan golongan yang beriktikad kepada tingkatan keempat. Inilah tingkatan hidup bermakrifat kepada Allah s. w. t pada tahap yang tertinggi.
Apa yang membolehkan kita mengaku "yang ada hanya Allah" itu, akan hanya terhasil sete1ah kita melalui ilmu makrifat. ilmu makrifat bukan mengajak kita bersatu dengan Allah dan bukan mengaku itu Allah, tetapi mengajak kita mengEsakanNya.
Hj.Shaari Mohd Yusof | LAFAZAN TAUHID YANG TIADA TAUHID 177
Esanya Allah s.w.t. setelah kita berjaya membawa diri lrita dan alam itu, binasa. SeteIah alam binasa, bandah kelihatan bahawa sekalian alamitu fana'. Sete1ah alam menjadi fana', maka itulah yang dimaksudkan bcrtauhid. kepi:lda Allah. Se1agi kita tidak berjaya menfana'kan diri, tidaklah kita berjaya da1am mentauhidkan Allah s.w.t.
Setelah benar-benar bertauhid kepada Allah s.w.t, 1antaran itu tidak1ah 1agi kelihalan a1am, me1ainkan alam itu 1ebur dan binasa da1am wajahNya. Maka, baru1ah perkataan. "yang ada itu hanya Allah" akan ter1afaz dengan beljaya menurut kaedah tauhid yang sebenar.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua, sekiranya kita tidak arif dan tidak duduk pada tempat yang diduduki oleh mereka-mereka yang makrifat kepada Allah s. w. t. janganlah mudah melatah dengan mendakwa dan menuduh sesat atau salah. Jangan cepat menyalahkan orang. lain. Sesungguhnya golongan makrifat yang sebenar, semakin berkurangan. jika ada sekalipun, mereka lebih memilih jalan berdiam kerana ingin menge1ak dari fitnah, yang ruginya adalah kita semua dan juga negara, kerana khazanah ilmu makrifat di dada mereka itu amat berharga
Ulamak makrifat kini terpinggir dan teraniaya malah dizalimi 0leh fitnah dad mereka yang tidak arif. Kita kekurangan ahli makrifat yang berilmu, menyebab1can golongan makrifat itu kini, semakin terkubur (ditelan fitnah masyarakat).
... ... ... ... ... ...
178 MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN | Hj.Shaari Mohd Yusof ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Hj.Shaari Mohd Yusof | MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN 179
BAB 25
MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN
Sebagaimana pendapat Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, beliau telah membezakan keyalonan ilmu orang mengenal Allah S.W.t itu, ada 3 peringkat.
Pertamanya;
Peringkat keyakinan ilmu orang awarn atau peringkat mengenal Allah S.W.t bagi orang kebanyakan. Keyakinan ilmu mengenal orang awam itu, di bangunkan atas dasar taklik, iaitu mengikut pendapat atau mengikut percakapan orang ramai (iaitu meyakini ilmu melalui perkhabaran).
Keyakinan penuntut ilmu golongan orang kebanyakan (orang awam). Seumpama kita berhajat untuk menemui seorang tuan rumah. Dengan mendatangi rumahnya sahaja, kita tclah menyakini bahawa tuan rumah itu ada di dalam rumah, tanpa menyelidik atau tanpa di usul periksa terlebih dahulu. Bilamana orang mengatakannya ada, maka dia juga berkeyakinan ada. Golongan ini menurut pendapat atau menurut perkhabaran orang. Inilah kedudukan atau tahap menuntut ilmu mengenal Allah S.W.t bagi golongan orang awam atau orang seumpama kebanyakan dari kita sekarang.. Dengan itu, maka berebut-rebutlah masing-masing untuk memperbanyakan ibadah dan mengamalkan zikir (80,000 sehari semalam).
Ada yang memperbanyakan sembahyang sunat, ada yang berpuasa dan tak kurang pula ada yang meninggalkan tanggungjawab kepada keluarga dengan keillar berdakwah ke sana ke mari. lni semua perihal dan perilaku ulama' golongan mengenal Allah S.W.t melailli kaedah seumpama mendengar tanda-tanda (seumpama mendengar tanda-tanda suara tuan rumah).
180 MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Hati serta seluruh anggota jasad, akan dengan pasti dapat melihat, memandang dan menilik Allah. Dengan syarat, melebur, memfana, dill1 membinasakan diri terlebih dahulu.
Oleh itu, makrifat yang di asas dan yang di tunjangi oleh lman AI-Ohazali itu, tidak sebagaimana makrifat orang awam atau l!nakrifat ulama'. Adapun membangunnya makrifat para-para kekasih Allah ((Arifmbillah) itu, ia di tunjangi dan di bangunkan oleh rasa zuk, rasa khasyaf dan rasa hati yang hadir kepada hanya Allah Taala.
Pencapaian ilmu yakin para kekasih Allah dalam makrifat kepada Allah atau dalam mengenal dan memandang Allah s.w.t itu, dapat di capai tanpa melalui perantaraan (hijab). Malahan ianya dapat dilihat, di tatap dan dipandang secara langsung tanpa had, tanpa batas dan tanpa terdinding oleh sebarang hijab.
Justeru itu, jika para-para Nabi menerima penghayatan ilmu dari Jibrail melaui wahyu, manakala para sufi (ahli khasyaf), menerima penghayatan ilmu dari ilham, kedua-duanya jua adalah datangnya dari Allah s.w. t.
Manakala bagi para-para sufi, para-para arifin billah dan ahli khasyaf, pendekatan ilmu mereka· bukan setakat tahu dan dengar sahaja, tetapi membangunnya kepercayaan dan keyakinan hati mereka diatas dasar yang di bina, di tunjangi serta mendasar dan menunjang atas pandangan rasa (mata hati Mendasar pandangan mata hati dan mata zahirnya, tidak lagi terhijab atau terdinding oleh sesuatu dari melihat Allah s.w.t yang terarnat terang dan nyata.
Golongan ini bukan lagi setakat tahu perkhabaran atau Mereka-mereka dari golongan para-para sufi itu, boleh memasuki rumah yang menjadi tujuannya dan melihat sendiri akan rupa paras tuan rumahnya. Barulah jelas, terang dan nyata tuan rumah itu ada di dalam rumah.
Makrifat atau suluhan rasa golongan ini, tidak. lagi terhijab oleh sebarang halangan atau penghadang. Menuntut ilmu mengenal Allah s.w.t itu, hend'i\klah sehingga sampai ke peringkat makam
Hj.Shaari Mohd Yusof | MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN 181
melihat Allah.w.t, sebagaimana kita dapat melihat wajah dan rupa tuan rumah, sebagai mana cerita di atas tadi. Melihat Allah s.w.t bukan sahaja dengan mata hati. lVlelihat Allah s.w.t itu, adalab juga dengan pandangan dan rasa mata kepala itu sendiri. Allah S.W.t itu, bukan sahaja Tuhan bagi hati. Allah s.w.t itu, sesungguhnya adalah Tuhan kepada sekalian jasad dan Tuhan kepada seluruh anggota .sifat., Yang melihat dan yang menyatakan Allah s.w.t itu, bukan sahaja anggota hati, malalian melalui seluruh anggota diri.
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
182 MANDI JUNUB | Hj.Shaari Mohd Yusof ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Hj.Shaari Mohd Yusof | MANDI JUNUB 183
BAB 26
MANDI JUNUB
Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah, sebelum itu, saya ingin mcngajak tuan-tuan dan puan-puan memahami terlebih konsep yang mensyaratkan kita amalkan dalam permasaalahan mandi junub. . Konsep asas yang mewajibkan kita mandi junub itu, adalah dari hadis yang mengatakan bahawa "Bilamana sesuatu yang terkeluar dari rongga" Bcrdasar atau berlandaskan dari kenyataan "keluar sesuatu dari rongga", maka dijadikan hukum supaya mewajibkan kita mandi junub bilamana keluamya air mani atau bilamana bersama (bersetubuh) Huami isteri. ltu telah dianggap berhadaslah atau kita dalam keadaan kotor (tidak suci).
l! Keluar sesuatu dari rongga yang berupa air kencing atau najis dari dubur itu, dikatakan hadas kecil. Manakala keluamya sesuatu yang berupa air mani atau darah haid dan nifas dari rongga itu, dikatakan hadas besar. Berhadas itu, ertinya dalam keadaan kotor atau dalam keadaan diri yang tidak suci. Asasnya dari hadis "keluar sesuatu dari rongga", maka timbulah berbagai-bagai hukum mengikut fahaman mazhab masing-masing. Mazhab itu begini dan mazhab ini begitu.
Memandangkan air mani, darah haid dan nifas itu, keluamya dari lubang rongga yang sama, maka dihukumkan wajib mandi junub. Tidak adil sekiranya keluar air mani sahaja yang perlu mandi junub, ~. sedangkan air nifas dan haid Juga dari rongga yang sama itu juga. Jadi, ditetapkanlah kedua-duanya perlu mandi junub. Mengikut suluhan ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan atau mengikut sudut pendapat dari kaca mata ilmu makrifat, bukan air mani, bukan air kencing, bukan haid atau bukan nifas yang menjadi titik persoalan, yang menjadi persoalannya di sini, adalah perkara yang disebalik itu.
184 MANDI JUNUB | Hj.Shaari Mohd Yusof
Sesuatu yang keluar dari rongga belakang diistilahkan sebagai hadas kecil dan sesuatu yang terkeluar dari rongga hadapan dikatakan hadas besar. Hadas itu, ertinya kotor. Oleh itu, inginlah saya bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Mana lebih kotor, lebih cemar dan mana yang lebih jijik antara sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga hadapan atau sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga belakang?
Mana lebih besar kotornya antara air mani dengan najis tahi? Bilamana najis tahi itu lebih kotor daripada air mani, kenapa pula air mani itu pula yang dikatakan hadas besar? Yang teramat kotor dikatakan hadas kecil dan yang teramat bersih pula dikatakan hadas besar? Ini menggambarkan bahawa mesti ada tersembunyi maksud sebenar disebalik itu. Hadas atau najis itu, bukanlah merujuk kepada air mani atau tahi dan bukan juga merujuk kepada haid atau nifas.
Sandaran mandi junub itu, bilamana terkeluar air mani, iaitu yang dimaksudkan dengan terkeluar sesuatu dari ruang rongga. Dari sudut kaca mata ilmu makrifat, bukan merujuk kepada air mani yang berupa cecair, yang keluar dari rongga. Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan kerana keluar.sesuatu dari rongga (air mani).
Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan ilmu makrifatitu,' adalah kerana sesuatu yang melalai atau sesuatu yang melupakan kita kepada Allah. Lupa dan lalainya dari mengingati Allah, itulah yang dikatakan sebenar-benar junub pada pemahaman ilmu makrifat, Adapun Junub pada fahaman teqah pula, adalah junub yang telah disandarkan kepada air mani.
Manakala junub (tidak suci) mengikut fahaman ilmu makrifat itu, udalahjunub yang disandarkan kepada lupa lalai kepadaAllah Taala, bukannya disandar kepada air mani.
Perkara lalai kepada Allah itu, bllkan sahaja tertakluk atau terikat semasa terkeluar sesuatu dari I'Ongga sahaja. Yang menjadi kotor dan yang menjadi najis bagi Allah, adalah bilamana diri kita ini, lupa dan lalai kepadaNya. Tidak kiralah lupa kita kepadaNya itu, semasa waktu keluar air ke atau tidak keluar air.
Hj.Shaari Mohd Yusof | MANDI JUNUB 185
Sebut sahaja lupa atau lalai kepada Allah, maka hukumnya diri kita ini, adalah berada dalam keadaan kotor dan berjunub. Semasa terkeluar sesuatu atau semasa tidak terkeluar sesuatu. Lebih-lebih lagi lalainya kita ini, bilamana terkeluarnya sesuatu dari rongga semasa bersama suami atau isteri. ltulah yang selalu berlaku pada kebanyakan kita, yang membuatkan diri kita itu benar-benar berjunub atau berhadas (diri dalam keadaan kotor). Kotor bagi Allah itu, bukan kerana najis tahi, air mani atau darah haid atau nifas. Kotor, najis atau berhadas bagi Allah itu, adalah bilamana diri kita dalam keadaan lupa dan lalai kepadaNya. Cuba tuan-tuan ambil kira najis yang berada di dalam perut atau darah yang berada di dalam daging dan juga najis darah atau najis tahi yang keluar ataupun yang belum keluar dari dalamjasad. Keduadua itu, adalah dari jenis darah atau tahi yang sarna. Kenapa pula bagi Allah itu, hanya nampak najis yang terkeluar sahaj a, sedangkan najis darah yang belum keluar dari dalam perut itu, apakah Allah tidak nampak? ingin menyeru kepada sekalian yang mempelajari ilmu makrifat, cukup-cukuplah melihat yang zahir. Mari kita sarna-sarna berubah, berubah dari hanya melihat perkara zahir kepada melihat perkara batin (melihat disebalik zahir).
Berbalik kita kepada darah haid yang keluar dari rongga, kiasan Allah itu, "bukan sahaja" merujuk kepada darah, nifas atau air mani. la sebenamya merujuk kepada sesuatu yang boleh membatalkan ingatan kita kepadaAllah. Terutamanya, semasa terkeluamya sesuatu yang berupa "air mani" semasa bersama suami isteri. Sesuatu (air mani) itulah yang kebanyakannya yang boleh terlupa dan terlalai kepada Allah.
Saya mahu tuan-tuan tanya kepada isteri tuan-tuan, adakah semasa keluamya darah haid itu, adakah isteri kita lupa kepada Allah dan semasa kita menderma darah, iaitu ketika darah kita dipam keluar dari badan, adakah kita lupa kepadaAllah?
Setahu saya, ada kalanya isteri atau ibu kita, tidak sedar pun darah atau haidnya keluar. Ini mengambarkan kepada kita bahawa Allah hendak menyampaikan masej, berita, gambaran,
186 MANDI JUNUB | Hj.Shaari Mohd Yusof
pesanan atau untuk memberi ingatan kepada kita bahawa di sebalik cerita atau kiasan haid dan air mani itu, ada tersembunyi maksud yang tersirat disebaliknya. laitu untuk memberi penekanan kepada kita supaya tidak sekali-kali lupa dan lalai kepada Allah, walau ketika mana sekalipun. Biarpun diketika kita bersama isteri. Tidak ada contoh lain yang lebih tepat untuk Allah, memberi pengajaran kepada kita supaya kita dapat menilik maksud disebaliknya.
Perkara yang boleh mendatangkan lalai atau lupanya kita kepada Allah itu, melainkan perkara yang "terkeluamya sesuatu dari rongga". Tetapi, bukan sahaja merujuk kepada air mani atau darah haid. Kiasan dengan sesuatu yang keluar dari rongga itu, adalah sesuatu yang melalaikan kepada Allah, seumpama kiasan bilamana kita bersama suami isteri.
Setelah kita lalai kepada Allah, hendaklah kita bawa mandi. Perkara mandi itupun juga, adalah satu kiasan. Kiasan kepada perkara mandi itu, adalah merujuk kepada "membersihkan diri". Membersihkan diri itu pula, bukan bermakna mandi dengan menggunakan air. Bilamana orang lupa kepada Allah, kenalah mandi junub dengan melalui proses kembalikan semula ingatan kepadaNya. Kembalikan ingatan kepada Allah, dan itulah yang dikatakan air.
Mandi junub itu, bukan sahaja bermaksud mandi dengan menggunakan air. Maksud disebalik perkara mandi itu adalah merujuk kepada perkara membersihkan diri dengan mengembalikan semula daya ingatan kita kepada Allah.
Maksud air itu pula, adalah merujuk kepada air penyerahan diri kepada Allah. Membersihkan diri daripada lalai dan lupa kepada Allah. Ltulah maksud mandi junub, iaitumandi dengan air penyerahan diri dan mengembalikan semula ingatan kita kepada Allah.
Disebabkan haid dan nifas juga secara kebetulan keluar dari lubang atau rongga yang sarna, maka pengertian itu juga dikias kepada junub. Kita jangan pandang kiasan syariatin. Kita hendaklah melihat disebalik syariatin itu Disebalik hukum
Hj.Shaari Mohd Yusof | MANDI JUNUB 187
syariatin itu, ianya masih ada lagi mempunyai pengertian hakikotun. Pengertian hakikotun disebalik keluamya sesuatu dari rongga itu, adalah merujuk kepada perkara-perkara yang boleh melalai atau melupakan kita terhadap Allah.
Fahamilah apa yang diperkatakan oleh ilmu makrifat itu sebaik baiknya. ltulah cara suluhan ilrnu hakikat, dalarn rnenentukan hukum. Marilah kita sarna-sarna cari titik kebenarannya. Saya sekadar pencetus ungkapan bagi kefaharnan bahasa. Yang rnenilai itu, adalah diri tuan-tuan sendiri
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
188 DIMANAKAH HARAMNYA ANJING | Hj.Shaari Mohd Yusof ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...