Kebanyakan dari kalangan kita, malahan jika tidak keterlaluan, boleh dikatakan hampir keseluruhan masyarakat kita sekarang ini, beriktikad, beranggapan, berpandangan atau berpegang kepada istilah "makhluk yang memandang dan makhluk yang meIihat".
Bilamana makhluk yang memandang, pastinya yang terlihat itu, adalah juga makhluk. Sifat makhluk itu, hanya akan dapat melihat makhluk. Sifat makhluk, mana mungkin dapat melihat Allah.. Allah itu, hanya dapat dilihat melaluiNya sendiri. Hailya Allah yang boleh melihat Allah dan hanya Allah yang dapat melihat Allah.
Sifat makhluk adalah nyata, mana mungkin dapat melihat yang ghaib. Zahir memandang hanya kepada yang zahir . manakala hanya batin boleh memandang zahir dan batin. Kita masih lagi beranggapan bahawa yang melihat itu, adalah mata kita, yang mengangkat berat itu, adalah tangan kita, yangbercakap itu, adalah kata-kata yang keluar dari mulut kita dan ¥ang mendengar itu, adalah telinga kita. Bilamana mata diri . kita bersifat melihat itu makhluk, maka yang terlihat dan yang terpandang itu, adalah juga makhluk. Maka jadilah makhluk melihat makhluk. Bilamana makhluk melihat makhluk maka yang terpandang itu, pastinya adalah makhluk.
Seumpama mata memandang pokok. Bilamana mata memandang pokok, maka pokoklah yang kita lihat. Mana mungkin melihat pokok terpandang bukit dan mana mungkin memandang bukit, terlihat pokok. Pada hukum akal, apa yang terpandang, itulah yang terlihat dan apa yang terlihat, itulah yang terpandang.
96 CARA CARA MELIHAT ALLAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Tahap ini, adalah tahap kita memandang· kita atau tahap makhluk memandang makhluk. Tahap ini, adalah tahap makhluk manusia yang belum mengenal diri dan tahap diri yang belum sampai kepada penyerahan diri. Tahap di mana makhluk manusia tidak pernah memandang bahawasanya kelakuan, pergerakan atau afa'al yang kita laksanakan itu, adalah milik Allah.
1).Soal: Golongan mahluk memandang, tertilik mahluk.?
Jawab: Cara menilai mereka yang memandang makhluk tertilik makhluk, adalah dengan cara melihat perbuatannya. Mereka-mereka ini, adalah Mereka-mereka-Mereka-mereka yang masih lagi melihat, memandang dan menyangka yang bahawasanya segala, rajin, segala taat, segala amal dan segala perbuatan yang diri kita lakukan atau kerjakan itu, adalah datangnya dari keupayaan, usaha, kehendak dan diatas kemampuan dari did kita sendiri dan bukan datangnya dari Allah Taala.
Golongan ini, adalah gologan mereka-mereka yang melihat·; perbuatan taat dalam bersolat, patuh dalam berpuasa dan alim . dalam beribadah itu, adalah datangnya daripada usaha kerajinan atau ketakwaan dari diri mereka sendiri. Mengaku diri kitalah yang alim, diri kita yang lebai, diri kita yang berusaha, diri kita yang berikhtiar dan atas diri kitalah yang mengerjakan segala amal ibadah.
Mereka-mereka dari golongan ini, adalah golongan-golongan yang tidak dapat melihat yang bahawasanya segala ketaatan, kerajinan, ketaqwaan dan kepatuhan mereka dalam mengerjakan segala kelakuan ibadah dan segala kelakuan perbuatan itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Rajinnya kita, taatnya kita, patuhnya kita, alimnya kita dan taqwanya kita itu, sebenarnya adalah datangnya dari ketetapan aiali Allah. Allah sudah terlebih dahulu mencipta taat sebelum kita taat. Allah sudah terlebih dahulu mencipta taqwa sebelum kita taqwa dan Allah sudah terlebih dahulu mencipta sembahyang, puasa, beribadah, beramal dan berperbuatan sebelum kita diciptakan. Apa-apa yang kita perbuat dan apa-apa yang kita kerjakan itu, adalah perbuatan dan
Hj.Shaari Mohd Yusof | CARA CARA MELIHAT ALLAH 97
pekerjaanyang sudah Allah sediakan untuk kita sedari duhulu, sebelum kejadian kita dan sebelum kita lahir ke dunia.
Dengan itu, tirnbulah rasa riak, perasaan sombong dan tangapan angkuh, dari itu tirnbulah perasaan ingin menunjuknunjuk alim, mempertontonkan ketakwaan kepada khalayak ramai. Dari itu tirnbulah perasaan minta dipuji, dipuja dan mulalah datangnya perasaan tinggi diri, minta disanjung dan minta dihormati akan segala amal yang dikerjakan.
Mulalah tirnbul perasaan menuduh orang lain jahil, orang lain kurang beramal dan mulalah tirnbul tuduhan yang orang lain semuanya tidak alim. Mulalah mereka ini menjauhi merekamereka yang jahil dan tirnbul perasaan' untuk bercampur dan hanya mahu. ber,kawan dengan golongan-golongan mereka sahaja. Lalu menyisihkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka.
Golongan ini, adalah golongan yang tidak ada perasaan belas kasihan dan golongan tidak ada perasaan sirnpati dalam hatinya. Bilamana melihat kucing atau anjing kelaparan tidak ada perasaaIi belas kasihan di dalam hatinya. Bilamana melihat orang miskin, tidak tirnbul perasaan untuk membantu dan sebagainya. Golongan yang tidak ada perasaan hormat kepada kedua ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan tidak ada perasaan hormat kepada makhluk binatang. Contoh atau perumpamaan orang yang melihat makhluk tertilik makhluk itu, tidak sahaja perlu dilihat dari segi amalan ibadatnya, cukup dengan hanya melihat sifat seharian.
Golongan yang tidak berilmu makrifat itu, adalah golongan yang tidak pandai untuk menjaga kebersihan diri, dengan membiarkan batang tubuhnya berbau, gigi dan mulutnya berbau, kasutnya berbau, tandas rumahnya kotor, dapur rumahnya berselerak, membiarkan tilam anak berbau hancing, janggut dan misai terbiar tanpa digunting rapi, bulu hidung terjulur keluar, lubang telinga tidak berkorek, tilam atau bantal anak-anak tidak pernah berlapik cadar, yang kelihatan hitam yang tebal dan tempat tidurnya tidak pernah rapi serta rumah tangganya berselerak.
98 CARA CARA MELIHAT ALLAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Tidak peduli dan tidak pernah bertanya khabar samaada adik beradik susah, tidak kunjung megunjung kenduri kendara saudara mara dan sahabat handai. Tidak peduli kepada masyarakat sekeliling. Golongan ini, adalah golongan yang hanya mementingkan kepada diri sendiri.
Inilah diantara contoh-contoh yang dapat kita liliat, bagi menentukan orang yang memandang adanya makhluk dan orang yang masih terlihat adanya makhluk. Mereka tidak tahu yang bahawasanya segalanya itu, adalah penzahiran wajah wajah Allah melalui makhluk. Jika kita melihat penzahiran atau kenyataan Allah melalui makhluk, pasti kita ada perasaan belas kasihan, timbang rasa dan perasaan cintakan sesama makhluk, tanda cinta kepada Allah.
Dengan perasaan cintakan Allah, lnaka timbulah perasaan belas kasihan, tinlbang rasa, rukun damai, harmoni dan perasaan cintakan makhluk.