• Tidak ada hasil yang ditemukan

Biografi Penulis

Editor:

Ts. Dr. Yee Mei Heong merupakan Pensyarah Kanan

Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK) di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan Kepujian di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002 kemudian beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2004. Beliau mendapat pendidikan tertinggi dalam peringkat Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada tahun 2015. Kepakaran akademik beliau merangkumi bidang kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, gaya pembelajaran, gaya pengajaran dan pendekatan modular dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga merupakan pengajar TRIZ (Teori Penyelesaian Masalah Inventif) peringkat I, Teknologis Profesional di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (Malaysia Board of Technologist (MBOT), ahli Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan ahli Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia. Beliau telah terbit melebihi 90 artikel/ jurnal/ modul pengajaran/ buku/ bab buku di dalam bidang kepakaran beliau.

Editor:

Prof. Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza binti Mohamad pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal

dan Vokasional berkelulusan Ph.D dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kecenderungan pengajaran dan penyelidikan dalam Pembangunan Kurikulum dalam

TVET, Pedagogi, Andragogi, Heutagogi,

Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Latihan dalam TVET. Merupakan Ketua Kumpulan Fokus (Focus Group) Teaching Talent dengan tumpuan kepada pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, dan gaya pembelajaran.

100 Editor:

Ts. Dr. Tee Tze Kiong merupakan pensyarah Jabatan

Pendidikan Ikhtisas (JIP) di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan Kepujian dan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002 dan 2004. Beliau kemudian dikurniakan dengan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada tahun 2013 di UTHM. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama 4 tahun dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan Kepujian dan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan. Kepakaran akademik beliau merangkumi bidang kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, peta minda Buzan, pendekatan modular dalam pengajaran dan pembelajaran, gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan. Beliau juga merupakan pengajar TRIZ (Teori Penyelesaian Masalah Inventif) peringkat I. Beliau telah terbit melebihi 90 artikel/ jurnal/ modul pengajaran/ buku/ bab buku di dalam bidang kepakaran beliau.

Azita Binti Ali merupakan anak kelahiran Kota

Tinggi, Johor. Beliau telah memperolehi Diploma sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ijazah Sarjana Muda data dan komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ijazah sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan ijazah Doktof Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun Ogos 2006 beliau telah berkhidmat di Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan sebagai pensyarah, dan telah dilantik sebagai ketua program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan. Seterusnya pada Disember 2006 beliau telah berkhidmat sebagai tutor di Fakulti Pendidikan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) yang pada ketika itu dikenali sebagai Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTeK). Akhirnya pada tahun 2012 setelah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah beliau telah dilantik sebagai pensyarah di FPTV UTHM. Berpengalaman selama 14 tahun sebagai pensyarah dan bidang utama penyelidikan beliau adalah pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bidang Multimedia Kreatif dan juga pendidikan Teknikal dan Vokasional.

101

Dr. Arihasnida Ariffin berkelulusan P.hD (Teknologi Pendidikan) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berkelulusan Sarjana dalam bidang Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi) dan kepakaran beliau adalah pendidikan atas talian serta Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama hampir 10 tahun.

Dr. Siti Nur Kamariah Rubani merupakan

pensyarah di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan dalam program Mekanikal di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Pendidikan pada tahun 2016 di Universiti Sains Malaysia. Bidang kajian beliau berkaitan pendidikan abad ke 21 khusus dalam bidang pendidikan kejuruteraan mekanikal. Antara kajian yang telah dijalankan termasuklah pembangunan bahan bantu mengajar secara video, model mesin kisar CNC, animasi pergerakan mata alat mesin kisar cnc dan modul pembelajaran mesin wire cut dan mesin canai CNC.

Dr. Norhasyimah Hamzah berkelulusan Ph.D

Teknologi Pendidikan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang Multimedia Kreatif di Jabatan Ikhtisas Pendidikan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah pembelajaran kolaboratif berasaskan web, online learning, Teknologi Web (Web 2.0, 2.0, 3.0 dan 4.0), Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan Massive Open Online Course (MOOC).

Dr. Normah Zakaria berkelulusan Ph.D Pendidikan

Teknik dan Vokasional dalam bidang Pembangunan dan Pengurusan Kerjaya daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang teknologi Elektrik dan Elektronik di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah pembangunan kerjaya TVET, pengurusan kerjaya TVET, psikologi TVET dan teknologi elektronik. Beliau juga merupakan ahli Asian Academic Society for Vocational Education and Training (AASVET).

102

Dr. Arihasnida Ariffin berkelulusan P.hD (Teknologi Pendidikan) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berkelulusan Sarjana dalam bidang Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi) dan kepakaran beliau adalah pendidikan atas talian serta Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama hampir 10 tahun.

Dr. Siti Nur Kamariah Rubani merupakan

pensyarah di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan dalam program Mekanikal di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Pendidikan pada tahun 2016 di Universiti Sains Malaysia. Bidang kajian beliau berkaitan pendidikan abad ke 21 khusus dalam bidang pendidikan kejuruteraan mekanikal. Antara kajian yang telah dijalankan termasuklah pembangunan bahan bantu mengajar secara video, model mesin kisar CNC, animasi pergerakan mata alat mesin kisar cnc dan modul pembelajaran mesin wire cut dan mesin canai CNC.

Mohd Hasril Amiruddin adalah pensyarah kanan di

Jabatan Pendidikan Kejuruteraan di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau berkelulusan PhD daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Minat penyelidikannya merangkumi latihan pendidikan teknik dan vokasional (TVET), orang asli, program

keusahawanan, pendidikan kimpalan dan

kejuruteraan.

Rafiza Binti Mohamed adalah berkelulusan Ijazah

Sarjana Pengurusan Pembinaan dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur bagi Program Pengajian Diploma. Kini sedang penyambung pengajian di dalam Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Teknologis Profesional dari Lembaga Teknologis Malaysia.

103

Noorazah binti Sadli merupakan seorang guru dan

pelajar Sarjana (KBV) Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau telah menjalankan kajian mengenai penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam kaedah pengajaran keusahawanan bagi kolej vokasional di Malaysia. Penulisan akademik beliau melalui penerbitan prosiding dan jurnal juga menjurus kepada bidang yang sama bagi memberi sumbangan dalam Pendidikan Teknik Vokasional (PTV).