• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persekitaran fizikal bilik kuliah blok UTHM

UTHM DARI ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

24. Skrin projektor berfungsi dengan baik 3.76 3.37

6.2 Persekitaran fizikal bilik kuliah blok UTHM

Faktor persekitaran yang pertama ialah kebersihan. Kebersihan bilik kuliah adalah aspek yang sangat penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa. Kebersihan perlu diberi perhatian kerana elemen ini akan berinteraksi dan mempengaruhi keselesaan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran (Osman et al., 2011). Hasil daripada dapatan kajian bilik yang terdapat di blok UTHM (G3, E15, B1 dan perpustakaan) berada di dalam keadaan yang bersih. Pelajar selesa untuk berada di dalam bilik kuliah kerana keadaan yang bersih. Keadaan bilik kuliah bersih sebelum dan selepas berlangsung sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, pencahayaan di blok bilik kuliah di UTHM (G3, E15, B1 dan perpustakaan). Pencahayaan bilik kuliah yang terdapat di blok UTHM berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini dapat dilihat melalui hasil daripada dapatan kajian. Setiap item yang mewakili pernyataan pencahayaan memperolehi tahap pencapaian yang tinggi. Pencahayaan memainkan peranan yang sangat penting ketika melakukan sesuatu perkara (Hakim, 2014). Pencahayaan buatan atau semulajadi di bilik kuliah sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, faktor persekitaran bilik kuliah ialah pengudaraan. Terdapat beberapa item bagi pernyataan pengudaraan memperolehi tahap pencapaian sederhana. Suhu di bilik kuliah tidak selesa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkara in berlaku kerana alat pendingin hawa yang terdapat di bilik kuliah tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, jika bilik kuliah tidak mempunyai aliran udara yang baik maka suasana di dalam bilik kuliah akan menjadi panas. Pengudaraan yang baik dapat diperolehi melalui alat penghawa dingin, kipas, pintu, tingkap dan sebagainya. Semua bukaan seperti tingkap dan pintu yang terdapat di bilik kuliah berfungsi dengan baik. Dapatan kajian disokong oleh Mustafa (2006) yang menyatakan pengudaraan yang baik dapat diperolehi dengan reka bentuk ruang yang mempunyai tingkap untuk pengaliran udara keluar masuk. Pengudaraan penting agar udara di dalam bilik kuliah menjadi segar tanpa sebarang bau yang tidak menyenangkan. Menurut Abdul Rahman dan Shafii (2013), jika seseorang individu mengalami persekitaran yang panas, ia boleh mempengaruhi tumpuan mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Antara kesan ketidakselesaan ini ialah menjadi cepat letih, mengantuk, lesu, malas dan sebagainya. Persepsi pelajar dari segi susunan perabot ialah setiap item memperolehi tahap pencapaian yang tinggi. Oleh yang demikian, tahap pencapaian ini menunjukkan susunan perabot berada dalam keadaan yang baik bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Susunan perabot yang terdapat di bilik kuliah adalah sesuai mengikut keluasan bilik kuliah. Susunan perabot yang baik memainkan peranan yang penting bagi keselesaan pelajar dan pensyarah (Gawing, 2016). Susun atur kedudukan pelajar dalam bilik kuliah memudahkan interaksi dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

52

Faktor persekitaran yang kelima ialah kemudahan. Kemudahan yang terdapat di bilik kuliah memperolehi tahap pencapaian sederhana. Antara kemudahan yang terdapat di bilik kuliah ialah kerusi, meja, LCD projektor, skrin projektor dan sebagainya. Bilik kuliah menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi kepada setiap pelajar. Namun begitu, terdapat kemudahan di bilik kuliah tidak berfungsi dengan baik. Kemudahan yang tidak berfungsi dengan baik di bilik kuliah ialah kerusi, LCD projektor, skrin projektor dan soket. Dapatan kajian disokong oleh Selamat et al., (2004) yang menyatakan pihak pentadbiran bukan sahaja perlu memastikan bahawa bilik kuliah mencukupi untuk menampung jumlah pelajar tetapi juga bilik kuliah yang selesa dan dilengkapi dengan peralatan yang dapat melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kemudahan yang terdapat di bilik kuliah perlulah dapat berfungsi dengan baik bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (Yasin et al, 2013).

7.0 KESIMPULAN

Hasil daripada analisis yang telah dilakukan keadaan bilik kuliah di blok FPTV dan blok UTHM (G3, E15, B1 dan perpustakaan) dalam keadaan yang bersih. Kebersihan bilik kuliah sangat penting untuk keselesaan dan tumpuan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Osman et al., 2011). Pelajar selesa untuk berada di dalam bilik kuliah yang bersih. Pencahayaan yang terdapat di bilik kuliah juga di dalam keadaan yang baik. Pelajar bersetuju bahawa pencahayaan di bilik kuliah sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga tidak mengganggu penglihatan. Disamping itu, pencahayaan semula jadi juga amat membantu pencahayaan pelajar ketika berada di dalam bilik kuliah. Sistem pencahayaan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk keselesaan pelajar (Hakim et al., 2006). Pencahayaan yang baik membolehkan seseorang individu melihat sesuatu objek dengan jelas.

Seterusnya, pengudaraan di bilik kuliah di blok FPTV dan UTHM. Alat penghawa dingin yang terdapat di bilik kuliah tidak berfungsi dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkara ini akan mengganggu tumpuan dan keselesaan pelajar. Peredaran udara juga tidak berlaku dengan baik sekiranya berlaku gangguan elektrik. Hal ini dapat dilihat melalui tahap pencapaian yang diperolehi bagi blok FPTV dan UTHM iaitu pada tahap pencapaian sederhana. Pelajar akan mudah mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika berada di bilik kuliah yang mempunyai peredaran udara yang tidak baik dan keadaan yang panas (Hakim et al, 2006). Susunan perabot yang terdapat di bilik kulih FPTV dan UTHM berada dalam keadaan baik. Aspek susunan perabot perlulah dirancang dengan baik untuk keselesaan dan kemudahan semua pihak (Niemeyer, 2003). Selain itu, pelajar dapat melihat pensyarah dengan jelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunan perabot yang teratur memudahkan pergerakan pelajar dan pensyarah ketika berada di bilik kuliah.

Faktor persekitaran seterusnya adalah kemudahan. Kemudahan yang terdapat di bilik kuliah FPTV dan UTHM perlulah berada dalam keadaan yang baik. Hasil kajian daripada blok FPTV dan UTHM memperolehi tahap pencapaian sederhana. Soket yang terdapat di bilik kuliah perlulah berfungsi dengan baik untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, bilik kuliah tidak mempunyai soket yang berfungsi, maka alat bahan bantu mengajar seperti LCD projektor, komputer riba

53

juga tidak dapat digunakan. Kemudahan di bilik kuliah perlulah berfungsi dengan baik supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Rosli, 2017).

RUJUKAN

Abdul Rahman, M. A., & Abdul Hamid, N., (Mac 2011). Kesan Persekitaran Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan, UTM. Journal of Education Psychology & Counseling, volume 1, 141-161 / ISSN: 2231-735X. Abdul Rahman, A., & Shafii, H., (2013). Keselesaan Thermal: Satu Kajian

Theoritikal. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke 4. Che Ahmad, C. N., Osman, K. & Halim, L., (2010). Hubungan Ramalan Persekitaran

Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2), 19-20.

Cornell, P. (2003). The Impact Of Changes in Teaching and Learning on Furniture and The Learning Environment. New Directions in Teaching and Learning, 10(2):1-9.

Daud, M. F. (2005). Thermal Comfort and Indoor Air Quality in Mosque.(Tesis Ijazah Sarjana Muda). Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Batu Pahat, Johor

Daud, S. M., Ahmad, S., Hashim, N. M. & Yusoff, Y. M., (2015). Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: Kajian Kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 4 (24 - 38)

Hadison, S. (2013). Tahap Prasarana Pendidikan dan Persekitaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah Zon Pengerang Daerah Kota Tinggi, Johor (Tesis Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Hakim, L. (2014). Analisa Performa Sistem Pencahayaan Ruang Kelas Mengacu Pada Standar Kegiatan Konservasi Energi. Jurnal Teknik Elektro dan Komputer, Vol.2, No.1, April 2014, 51-58

Hamid , A. A,. (2010). A Study Of Internal Lighting Comfortability At Lecture Room (Tesis Sarjana). Universiti Malaysia Pahang, Pahang.

Iberahim, H. (2014). Pengaruh Faktor Persekitaran Terhadap Kecemerlangan Akademik Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan Serta Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Di Uthm (Tesis Sarjana). Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Batu Pahat, Johor.

Karim, M. H. (2013). Kajian Kualiti Persekitaran Dalaman Terhadap Reka Bentuk Studio Lukisan Kejuruteraan Ideal Di Sekolah Menengah Teknik. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (CiE-TVET 2013) Nombor Prosiding 063.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Phychological Measurement. 30, 607 – 610. Makhbul, Z. M. (2009). Impak Persekitaran Stesen Kerja Ergonomik ke Atas Stres di

Tempat Kerja. Akademika 76 (Mei-Ogos) 2009: 85 -103

Mamat, I. (2001). Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan: Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd.

Mok. S. S. (2008). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sek. Rendah: Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

54

Mustafa, M. B. (April 2006). Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Persekitaran Fizikal Bilik Darjah : Kajian ke atas sekolah-sekolah menengah Daerah Baling (Tesis Sarjana). Universiti Sains Malaysia. George Town, Pulau Pinang. Niemeyer, D. (2003). Hard Facts On Smart Classroom Design: Ideas, Guidelines and

Layouts. Lanham, MD: Scarecrow Press, Inc.

Osman,K., Che Ahmad, C. N. & Halim, L., (2011). Students’ Perception of the Physical and Psychosocial Science Laboratory Environment in Malaysia: Comparison across Subject

Ramli, N., H., Ahmad, S., Taib, M., Z. & Masri, M., (2014). Principals’ Perception on Classroom Physical Environment. Procedia - Social and Behavioral Sciences 153 ( 2014 ) 266 – 273.

Rosli, N. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Fasiliti Di Bengkel dan Di Bilik Kuliah Yang Disediakan Di Kolej Vokasional (Tesis Sarjana Muda). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Batu Pahat, Johor.

Samsudin, M. W., Zakaria, Z., Daik, R., Meerah, T., S., Abdullah, I., S. & Halim., L., (2012). Lichens in the environment as a laboratory for environmental and science education. Procedia - Social and Behavioral Sciences 59 ( 2012 ) 627 – 634

Setiawan, I. (2012). Analisis Hubungan Faktor Karakteristik Pekerja, Durasi Kerja dan Tingkat Pencahayaan dengan Keluhan Subjektif kelelahan mata pada penggunaan computer. (Tesis Sarjana). Universitas Indonesia. Indonesia. Sheenan, R.J. (2001). Writing Proposal: Rhetoric for Managing Change. New York.

Longman Sdn. Bhd.

Slameto, (2010). Belajar dan faktor-faktor Yang Mempengaruhinya. Jakarta, Rineka Cipta Sdn. Bhd.

55

BAB 7

PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOLB DALAM