PEMBELAJARAN BERBANTUKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MENINGKATKAN PRESTASI
Rajah 4: Perbandingan Markah Peperiksaan Akhir Pelajar
Sebagai tambahan kepada analisa perbandingan keputusan peperiksaan, penentuan teknik yang menjadi pilihan utama pelajar juga dijalankan daripada maklum balas pelajar selepas pelaksanaan gelung 2. Jadual 4 menunjukkan perbandingan nilai RII dan penentuan ranking untuk setiap kemahiran generik yang diperolehi oleh pelajar daripada pengaplikasian teknik jigsaw discussion semasa sesi pembelajaran mengikut pemilihan pelajar. Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam kehidupan dan masyarakat (Virtanen & Tynjälä, 2018).
Jadual 4: Ranking Keberkesanan Kemahiran Generik Melalui Teknik Jigsaw Discussion
No. Keberkesanan Soalan RII RII
purata Ranking 1 Kemahiran komunikasi 1a 0.94 0.91 1 1b 0.88 2 Tahap keyakinan 2a 0.81 0.84 5 2b 0.88 3 Kerjasama 3a 0.81 0.81 6 3b 0.81 4 Pembelajaran kendiri 4a 0.94 0.85 4 4b 0.88 4c 0.75 5 Penyertaan aktif 5a 0.88 0.88 3
6 Pembelajaran sepanjang hayat 6a 0.75 0.75 7
7 Kemahiran pemikiran kritikal
7a 1.00 0.90 2 7b 0.94 7c 0.75 0 20 40 60 A B C D 21 28 15 13 48 56 42 48 M A RK A H PELAJAR
PERBANDINGAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR
82
Daripada Jadual 4, ia menunjukkan kemahiran komunikasi berada pada
ranking pertama yang dipilih oleh pelajar dengan indeks sebanyak 0.91. Sepanjang
pemerhatian semasa sesi pembelajaran mendapati pelajar gembira menjalankan aktiviti jigsaw discussion ini. Pelajar berupaya untuk menyampaikan informasi dengan jelas berkaitan dengan topik yang diberikan dengan bantuan contoh-contoh dan kes-kes yang berkaitan kerana telah bersedia lebih awal dan mengenalpasti terlebih dahulu kes-kes dan contoh-contoh yang relevan sebelum sesi pembelajaran berlangsung. Manakala, kemahiran generik yang paling rendah dipilih oleh pelajar adalah pembelajaran sepanjang hayat iaitu dengan indeks sebanyak 0.75. Didapati pelajar kurang berupaya untuk mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan isu-isu semasa dan isu yang berkaitan dengan industri pembinaan. Selain itu, daripada pemerhatian juga didapati pelajar kurang berupaya mengenalpasti kepentingan kandungan kursus yang dipelajarinya dengan pekerjaan bakal mereka ceburi nanti.
Sepanjang pelajar menjalankan sesi pembelajaran berbantukan pembelajaran koperatif dengan melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dirancang, peranan pensyarah hanya menjadi fasilitator dan pemudahcara sahaja. Walaupun pelaksanaan pembelajaran koperatif ini berpandukan kepada perancangan yang telah disediakan lebih awal, tetapi pelaksanaannya adalah agak sukar. Masalah utama dalam menjalankan aktiviti ini adalah faktor tingkah laku pelajar. Sesi pembelajaran koperatif sering ditunda ke masa yang lain disebabkan terdapat pelajar yang tidak hadir ke sesi pembelajaran mengikut jadual. Disebabkan oleh ketidakhadiran ini, pelaksanaan pembelajaran koperatif ini tidak berjalan dengan lancar.
4.0 RUMUSAN
Hasil kajian yang dijalankan terdapat perbezaan pencapaian prestasi akademik pelajar apabila dilaksanakan dengan dan tanpa bantuan pembelajaran koperatif. Dapatan dari analisa keputusan ujian 1 dan peperiksaan akhir menunjukkan terdapat perbezaan markah pelajar yang lebih baik apabila pelajar belajar dengan bantuan pembelajaran koperatif.
Dapatan dari analisa maklum balas pelajar berhubung dengan teknik yang menjadi pilihan mereka, didapati pelajar lebih cenderung untuk memilih teknik jigsaw
discussion. Pelajar dapat bersedia dengan lebih awal terhadap tugasan atau topik yang
diberikan dan sentiasa dalam keadaan bersedia semasa memulakan sesi pembelajaran. Disamping itu, aktiviti-aktiviti semasa pelaksanaan teknik ini menjadikan suasana sesi pembelajaran lebih interaktif dan menjadikan mereka lebih aktif. Ini dapat membantu mereka lebih mengingati kandungan pembelajran. Perbincangan yang diadakan semasa pelaksanaan teknik ini turut dapat membantu pelajar dengan segera sekiranya ada terdapat ketidakfahaman tentang kandungan topik pembelajaran. Manakala teknik
thinking hats kurang menjadi pilihan pelajar untuk diterapkan semasa sesi
pembelajaran. Pelajar tidak memperolehi terlebih dahulu tugasan. Oleh itu tiada persediaan dibuat sebelum memulakan sesi pembelajaran. Semasa sesi pembelajaran pelajar mesti sentiasa fokus semasa sesi penyampaian kuliah. Jika pelajar atau ahli kumpulannya tidak fokus dan memahami apa yang dipelajari semasa kuliah, agak sukar untuk mereka menjalankan aktiviti ini. Selepas dari menjalankan aktiviti ini ada pelajar ini mudah tertekan untuk menjawab soalan yang diajukan di dalam tempoh masa yang terhad.
83
Daripada analisa maklum balas berhubung dengan kemahiran generik yang diperolehi oleh pelajar Kemahiran komunikasi sama ada secara lisan atau bertulis menjadi keutamaan pemilihan kemahiran generic yang diperolehi oleh pelajar. Ini dapat membantu pelajar berkomunikasi dengan semua peringkat apabila mereka berada di di dalam industi pekerjaan nanti. Manakala pembelajaran sepanjang hayat kurang menjadi pemilihan pelajar terhadap kemahiran generik yang diperolehi oleh pelajar. Didapati pelajar masih belum berupaya menilai kelebihan ini di dalam industri pekerjaan nanti.
Walau bagaimanapun faktor tingkah laku turut mempengaruhi pencapaian akademik dan kemahiran generik pelajar. Daripada pemerhatian, ada pelajar yang tidak hadir atau hadir lewat ke sesi pembelajaran. Ada juga pelajar yang tidak membuat persiapan awal walaupun telah diberikan masa sebelum sesi pembelajaran bermula. Ini boleh menyebabkan mempengaruhi kelancaran pelaksanaan pembelajaran koperatif semasa sesi pembelajaran.
Pembelajaran koperatif yang dirancang dengan baik dapat memberikan kesan positif bukan sahaja kepada pencapaian akademik yang besar kepada pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran kritikal, kerjasama antara pelajar, pembelajaran sepanjang hayat dan lain-lain lagi. Ia boleh diaplikasikan kepada semua aras pendidikan iatu dari peringkat pendidikan awal hinggalah ke peringkat tertinggi. Selain itu ia juga bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada bidang pendidikan, malah boleh juga diaplikasikan ke bidang-bidang berlainan.
Kajian seperti ini harus dijalankan pada masa akan datang. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat, disarankan agar ianya dapat menggunakan sampel pelajar yang lebih besar dan dijalankan dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu melebihi dari 2 gelung proses. Selain itu kajian seperti ini harus dijalankan ke atas pelbagai kumpulan pelajar yang berbeza seperti jantina, latar belakang dan prestasi pelajar. Ini akan membantu dalam mengesahkan hubungan jantina, latar belakang dan prestasi pelajar dengan pelaksanaan pembelajaran koperatif. Selain itu kajian yang memfokuskan kepada kepuasan pelajar dalam melalui pembelajaran koperatif semasa sesi pembelajaran juga turut dapat membantu dalam penambahbaikkan kajian.
RUJUKAN
Abdullah, B. & Azizan, M. T. (2017). A flipped classroom technique in improving students’ grade of transport phenomena course. 2017 7th World Engineering
Education Forum (WEEF). 279–284.
https://doi.org/10.1109/WEEF.2017.8467163
Akçayır, G., & Akçayır, M. (2018). The flipped classroom: A review of its advantages and challenges. Computers and Education, 126(November), 334–345. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2018.07.021
Azizan, M. T., Mellon, N., Ramli, R. M., & Yusup, S. (2018). Improving teamwork skills and enhancing deep learning via development of board game using the cooperative learning method in Reaction Engineering course. Education for
Chemical Engineers. 22, 1–13. https://doi.org/10.1016/j.ece.2017.10.002
Chen, P. Y., & Hwang, G. J. (2018). Learners’ self-regulation in an interactive response system-aided flipped classroom. Proceedings - 6th International Conference of Educational Innovation Through Technology (EITT 2017), 2018(March), 55–56. https://doi.org/10.1109/EITT.2017.21
84
Cooper, J. L., Robinson, P., & Ball, D. (Eds.) (2003). Small group instruction in higher education: Lessons from the past, visions for the future. Oklahoma: New
Forums Press Inc
Ellerani, P. & Gentile, M. (2013). The role of teachers as facilitators to develop empowering leadership and school communities supported by the method of cooperative learning. Procedia-Social and Behavioral Sciences. 93, 12–17. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.09.144
Felder, R.M., McCabe, Bryan, Pantazidou, Marina, Phillips, Declan (Eds.) (2012). Engineering education: A tale of two paradigms. Shaking the Foundations of
Geo-Engineering Education CRC Press, 9–14
Hood C. K. (2017). Telling active learning pedagogies apart: from theory to practice.
Journal of New Approaches in Educational Research, 6(2), 144–152.
https://doi.org/10.7821/naer.2017.7.237
Hyun, J., Ediger, R., & Lee, D. (2017). Students’ satisfaction on their learning process in active learning and traditional classrooms. International Journal of
Teaching, 29(1), 108–118
Karadag, M., Saritas, S., Erginer, E. (2009). Using the six thinking hats’ model of learning in a surgical nursing class: Sharing the experience and student opinions. Australian Journal of Advanced Nursing, 26(3), 59-69
Kagan, S. (1992). Cooperative learning. San Juan Capistrano CA: Resources for
Teachers, Inc
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The act research planner. Australia: Deankin
University
Lim, E.C., Alum, J. (1995). Construction productivity: Issues encountered by contractors in Singapore. International Journal of Project Management, 13(1), 51–58
Martinez-Rodrigo, F., Herrero-De Lucas, L. C., De Pablo, S., & Rey-Boue, A. B. (2017). Using PBL to improve educational outcomes and student satisfaction in the teaching of DC/DC and DC/AC Converters. IEEE Transactions on
Education, 60(3), 229–237. https://doi.org/10.1109/TE.2016.2643623
Merriam, S.B. & Tisdell, E.J. (2016). Qualitative research – A guide to design and implementation (4th ed.). John Wiley & Sons Inc
Munir, M. T., Baroutian, S., Young, B. R., & Carter, S. (2018). Flipped classroom with cooperative learning as a cornerstone. Education for Chemical Engineers.
23, 25–33. https://doi.org/10.1016/j.ece.2018.05.001
Namadi, F., Hemmati‐ Maslakpak, M., Moradi, Y., & Ghasemzadeh, N. (2018). The effects of nursing ethics education through case‐ based learning on moral reasoning among nursing students. Nursing and Midwifery Studies. 8(1), 45– 49
Navarro-Pablo, M., & Gallardo-Saborido, E. J. (2015). Teaching to training teachers through cooperative learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
180(November), 401–406. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.136
Pow-Sang, J. A. (2015). Replacing a traditional lecture class with a jigsaw class to teach analysis class diagrams. Proceedings of 2015 International Conference
on Interactive Collaborative Learning (ICL 2015), (September), 389–392.
https://doi.org/10.1109/ICL.2015.7318059
Rosner, B., Glynn, R. J. & Lee, M. L. T. (2006). The Wilcoxon Signed Rank Test for paired comparisons of clustered data. Bioletrics. 6(1), 185-192. https://doi.org/10.1111/j.1541-0420.2005.00389.x
85
Roy, P.K. (2020). Cooperative learning: A powerful instructional tool. Purakala
(UGC Care Journal). 31(April), 636-644
Siegel, C. (2005). Implementing a research-based model of cooperative learning.
Journal of Educational Research. 98(6), 339-349. https://doi.org/
10.3200/JOER.98.6.339-349
Talbert, R. (2014). Inverting the linear algebra classroom. Primus, 24(5), 361-374. https://doi.org/10.1080/10511970.2014.883457
Umbach, P. D., & Wawrzynski, M. R. (2005). Faculty do matter: The role of college faculty in student learning and engagement. Research in Higher Education,
46(2), 153–184. https://doi.org/10.1007/s11162-004-1598-1
Woolson, R.F. (2008). Wilcoxon signed-rank test. Wiley Encyclopedia of Clinical
86