KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) SECARA ATAS TALIAN DALAM SUBJEK PSIKOLOGI
Rajah 4: Kaedah “Match-Mine” secara atas talian menggunakan platform WhatsApp
Kaedah “Match-Mine” seperti rajah 4 ini memboleh pelajar berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan mengenai topik tersebut secara bersama dimana nilai kerjasama dan tanggungjawab diterapkan dalam aktiviti PAK-21 ini. Selain itu, pengkaji menggunakan teori behaviorisme dimana di akhir sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian ini dimana pelajar yang paling kreatif menerima
34
“reward” atau ganjaran untuk meningkatkan motivasi mereka sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian berlangsung.
6.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan daripada kaedah kolaborasi secara berkumpulan dan gabungan kaedah “Match-Mine” secara atas talian yang dilaksanakan di dalam subjek psikologi pendidikan, membuktikan bahawa kaedah ini memberi pandangan yang positif oleh pelajar. Dapatan ini selaras dengan pandangan pakar pendidikan (Mohamed Amin, 2016) yang mengatakan bahawa para pendidik perlu mempersiapkan diri untuk melakukan transformasi dalam PdP bagi memenuhi kehendak pembelajaran murid era teknologi digital masa kini. Konsep PdP abad ke-21 memerlukan pendidik untuk merubah paradigma sedia ada kepada pembelajaran yang mementingkan penglibatan murid dalam setiap proses PdP yang dijalankan.
Penerapan kaedah PAK-21 seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang toleran, kreatif dan aktif sebagai warganegara, pekerja dan pemimpin (Ehrcke, 2013) serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara apabila dewasa kelak. Pendidik pada zaman perkembangan teknologi yang semakin pesat perlu bijak menyelidik dan menyiasat maklumat-maklumat yang berguna dalam PdP untuk menjalankan pengajaran berbentuk kendiri, inkuiri dan kolaboratif dengan menggunakan pelbagai medium seperti mobile learning, internet dan bahan-bahan multimedia. Pengalaman seumpama ini melatih pelajar bekerja dalam kumpulan, menghasilkan bahan yang kreatif serta berfikir untuk mencapai matlamat yang disasarkan (Badrul Hisham & Mohd Nasruddin, 2015).
Dapatan temu bual juga menunjukkan para pelajar selesa melaksanakan PdP kolaboratif yang melibatkan semua pelajar melalui aktiviti “Match-Mine” yang terdapat dalam PdP PAK-21. Kesemua responden kajian bersetuju bahawa pengajaran kolaboratif sesuai dijalankan bagi semua bidang berdasarkan kesesuaian tahap kognitif pelajar yang diajar. Pensyarah harus bersedia dengan trend belajar generasi masa kini atau disebut sebagai Generasi-Z (Gen-Z) yang sentiasa berkolaborasi melalui medium teknologi. Berdasarkan Mohamed Amin (2016) mencadangkan agar dirombak semula reka bentuk PAK-21 kepada tiga (3) dimensi pembelajaran iaitu; (i) Pembelajaran 1.0, (ii) Pembelajaran 2.0 dan (iii) Pembelajaran 3.0. Melalui rombakan ini, kesemua ciri-ciri pengurusan kelas abad ke-21 dapat dilaksanakan mengikut gaya dan stail belajar Gen-Z yang sentiasa berubah-ubah mengikut arus teknologi.
Pembelajaran 1.0 melibatkan pelaksanaan e-Pembelajaran, pembelajaran mudah alih (M-Learning) dan pembelajaran teradun (blended learning). Reka bentuk Pembelajaran 2.0 pula melibatkan penggunaan, penggabungan dan penerokaan semula Sumber Pendidikan Terbuka (Open Educational Resources) dan Kursus Atas Talian Terbuka (Massive Open Online Course). Manakala reka bentuk Pembelajaran 3.0 pula melibatkan penggunaan pelbagai media sosial dan Web 2.0 secara Flipped Classroom melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran di luar jadual persekolahan. Melalui cara ini, murid terlebih dahulu dibekalkan video atau bahan PdP secara atas talian untuk ditonton manakala masa pembelajaran sebenar akan digunakan untuk kolaborasi dan melaksanakan aktiviti berdasarkan isi pelajaran (Madden, 2010; Mohamed Amin, 2016).
35
7.0 KESIMPULAN
Pendidikan merupakan nadi pembangunan untuk masyarakat dan juga negara. Tanpa sistem pendidikan yang terancang, maka bolehlah dianggap negara itu telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memartabatkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha dalam membangunkan generasi alaf baharu. Kepelbagaian teknik dan pengajaran pendidik sangat penting untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang daripada pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran dan insaniah. Para pelajar akan merasa bosan sekiranya kaedah dan cara pengajaran guru yang tidak pelbagai. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang kemahiran abad ke-21 penting untuk pensyarah dan pelajar supaya dapat menguasai aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas atau di luar kelas dalam keadaaan yang tidak bosan dan menyeronokkan. Lebih mencabar lagi, paradigma baru PAK21 memerlukan PdP berbentuk dinamik untuk mendidik generasi muda yang dipengaruhi globalisasi dan revolusi teknologi digital (Benade, 2015).
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikir Kritis, Kreatif Dan Inovatif. Jurnal Kurikulum &Pengajaran Asia Pasifik. 1(1). 10-18.
Abdul Ghoni Ahmad.(2018). Pendidikan Kita Bertaraf Dunia. Rencana Majalah Pendidikan Feb 2018: Jilid 120
Abdullah N. (1999). Kerjaya Orang Kelainan Upaya. Campaign 99 Conference Proceeding, 212-220.
Ahmad, N.L & Majid, N. A., (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan. Vol 43 (2). 17- 27.
Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Conference Paper Keningau, 1-35.
Barnet, B. Berry. (2011). Teaching 2030: What We Must Do for Our Students and Our Public Schools- Now and in the Future. Teachers College Columbia University New York and London.
Benade, L. (2015). Teacher’s Critical Reflective Practice in the Context Of 21st Century Learning. Open Review of Educational Research. 2(1). 42-54.
B. Doll, R. A. Spies, C. M. LeClair, S. A. Kurien, and B. P. Foley, “Students perception of classroom learning environment: development of the class maps survey,” School Psychology Review, vol. 39, pp. 203-218, 2010.
Dufour, R. & Eaker, R. (1998). Professional Learning Communities at Work: Best Practices for Enhancing Student Achievement. 1st Ed. Solution Tree.
Dawson C. 2002. Practical Research Method: A User-Friendly Guide to Mastering Research. United Kingdom: How to Books.
Drew, Sally Valentino (2013). Open up the ceiling on the common core state standards: preparing students for 21st-century literacy—now. Journal of
Adolescent and Adult Literacy, 56(4), 321-330. doi: org/10.1002/JAAL.00145
36
Ellis, Ryann K. (2009). Field guide to learning management systems. ASTD Learning
Circuits.
Emelyanova, N., & Voronina, E. (2014). Introducing a Learning Management System at a Russian University: Students’ and Teachers ‘Perceptions. The International Review of Research in Open and Distance Learning, 15(1), 272–289.
Joyce, Bruce, Marcia Weil, Emily Calhoun. (2009). Models of teaching. Boston, MA: Pearson/Allyn and Bacon.
Koehler, M. J., & Mishra, P. (2005). What Happens When Teachers Design Educational Technology? The Development of Technological Pedagogical Content Knowledge. Journal of Educational Computing Research, 32(2). 131– 152.
Madden. J. (2010). Fostering 21st Century School Mindset: Implications for Schools. Mohamed Amin. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Mohammed Sani, Mohd Izham Mohd Hamzah & Jainabee Kassim. (2008). Guru
Berkesan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Monsakul, J. (2007). Learning Management Systems in Higher Education: A Review from Faculty Perspective. In Fourth International Conference on eLearning for Knowledge-Based Society (pp. 1–7).
M. Rosnaini, and I. Mohd Arif (2010). Impact of Training and Experience of using ICT on In-service Teachers Basic ICT Literacy. Malaysian Journal of
Educational Technology, 10, pp. 5-10.
N. H. Nie, and L. Erbring (2000), Internet and Society [Online]. Available: http://www.2009.timeuse.org/information/studies/data/downloads/usa/1999/Pr eliminaryReport.pdf.
R. Bhatti, M. N. Ahmad, and S. A. Khan (2014). Trends towards Internet use among College Teachers of Lodhan District South Punjab, Pakistan. Library
Philosophy and Practice (e-journal), 3, pp. 1- 16.
Ravitz, J. (2014). A survey for measuring 21st century teaching and learning. West Virginia 21st Century Teaching and Learning Survey. Department of Education, West Virginia.
Sharifah Bee. (2015). Transformasi Dijana Legasi: Koleksi Ucapan 2012-2015. Dr. Hajah Sharifah Bee Binti Hj. Aboo Bakar, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. KPM, JPPP. Pulau Pinang: Crucetak Sdn. Bhd.
T. Teo. (2008). Pre-service teachers’ attitude toward computer use: a Singapore survey. Australian Journal of Educational Technology, 24, pp. 413-424.
T. Franklin. (2011). Mobile learning: at the tipping point. Turkish Online Journal of
Educational Technology, 10, pp. 261-275.
Trilling, B. & Fadel, C., (2009). 21st Century learning skills. San Francisco, CA: John Wiley & Sons.
37