• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hasil keputusan ujian Pasca

AMALI SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

Jadual 2: Hasil keputusan ujian Pasca

Dapat membaca kod jalur warna perintang dengan tepat

Dapat membaca kod jalur warna perintang tetapi

kurang jelas

Tidak dapat membaca kod jalur warna perintang

31 orang 2 orang Tiada

93.9% 6.1% 0%

Membaca kod jalur warna perintang dengan betul

Tidak dapat membaca kod jalur warna perintang dengan betul

2 Orang 31 Orang

40

Berdasarkan kepada pencapaian hasil latihan amali pelajar, pengkaji telah membuat perbandingan dalam perbezaan antara keputusan ujian pra dan pasca yang telah dilakukan oleh seramai 33 orang pelajar. Pelajar ini telah diajar mengenai tajuk ini terlebih dahulu dan menjalani sesi amali tanpa ABBM dan menggunakan buku teks sebagai rujukan pada ujian pra manakala ujian pasca pula pelajar menggunakan ABBM tanpa buku teks atau buku rujukan.Pelajar ini perlu menjawab soalan yang sama. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk yang telah diajar dan untuk memastikan kaedah ini sesuai digunakan oleh semua pelajar dari pelbagai aras.

4.0 PERBINCANGAN

Perbincangan merupakan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis. Perbincangan yang akan dibincangkan ini harus merangkumi setiap aspek berkenaan dengan persoalan kajian. Perbincangan ini menjurus kepada persoalan tentang pembangunan kaedah, penghasilan set kerja amali dan kebolehfungsian kaedah. Dapatan analisa perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Kaedah 4M Kod Jalur Warna Perintang 4 Jalur menunjukkan ada perubahan yang boleh diukur melalui ujikaji amali atau secara teori semasa pdp dijalanan. Pengkaji juga telah membuat kajian dan tinjauan sebelum memilih reka bentuk produk yang ingin dibangunkan. Rekabentuk model yang dibangunkan oleh pengkaji sebelum ini didapati terlalu ringkas, tidak menarik dan kurang membantu pelajar dalam memahami subtopik elektronik (perintang tetap). Dalam reka bentuk yang dibangunkan ini, pengkaji lebih menitikberatkan tentang melihat, membaca, mengira dan mengingat kod warna jalur perintang secara mudah dan berkesan tanpa merujuk penggunaan buku teks sepenuhnya.

Melalui kaedah ABBM ini, pelajar-pelajar boleh melihat sendiri perbezaan ketika menilai kod warna pada jalur perintang. Kaedah ini juga lebih memudahkan pelajar untuk membuat penilaian kerana terdapat roda warna yang mencatatkan kod serta mengandungi jalur yang tersusun mengikut saiz roda yang berbeza. Hasil daripada soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji terhadap guru KHB SMK Sungai Kertas, responden turut menyatakan bahawa kaedah ABBM ini sesuai digunakan oleh pelajar bagi meningkatkan kefahaman pelajar ketika PdP dilaksanakan. Bukan itu sahaja, rekabentuk kaedah ini sesuai dijadikan ABBM untuk menjelaskan pengajaran teori dan amali semasa menilai kod warna pada jalur perintang, disamping dapat membantu pelajar mengenalpasti nilai ohm pada perintang ketika menterjemah litar serta membantu kerja-kerja ketika pemasangan komponen pada litar dilakukan.

Mengenai set kerja amali yang mana telah dibangunkan yang merangkumi dua uji kaji untuk mengira kod warna jalur pada perintang. Set kerja amali ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami cara mengira dan mengingat kod warna jalur pada badan perintang dengan mudah dan berkesan. Berdasarkan kajian pengkaji, melalui set kerja amali ini, pelajar akan dapat melihat, membaca, mengira dan mengingat kaedah menilai kod warna jalur pada badan perintang dengan mudah semasa sesi pdp. Dalam kerja set amali ini, pengkaji telah menyediakan set soalan yang menunjukkan warna mengikut jalur. Sebanyak 15 soalan perlu dijawab oleh pelajar. Uji kaji pertama pelajar dibenarkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing berpandukan arahan yang diberikan mengikut set soalan amali berdasarkan rujukan buku teks yang dibawa. Uji kaji kedua pelajar masih menggunakan set soalan yang sama tetapi perlu

41

mencatat di bahagian catatan bagi membezakan hasil dapatan yang menggunakan Kaedah 4M Kod Jalur Warna Perintang 4 Jalur tanpa menggunakan buku teks. Melalui set kerja amali ini juga, pelajar akan dapat memahirkan diri dalam menggunakan ABBM ini disamping penglibatan pelajar secara aktif. Iniadalah melalui hasil perbicangan antara rakan sekelas sebelum pelajar menentukan jawapan. Pemahaman pelajar juga turut dikukuhkan lagi dengan adanya soalan-soalan yang berkaitan dengan uji kaji yang telah dilakukan pada bahagian latihan.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kenyataan Abdullah, Abdullah, Ahmad Zain, (2011), yang menyatakan bahawa penggunaan ABBM membolehkan pendidik menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik, lebih berkesan dan dapat merangsang minat pelajar. Selain itu juga, penggunaan ABBM juga dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih jelas dan bermakna. Responden juga berpendapat kaedah ABBM ini memudahkan pelajar memahami asas mengira kod warna jalur perintang. Ini merupakan elemen asas dalam subtopik KHB teras tingkatan 2 Elektronik bahagian perintang tetap kerana pelajar dapat memahami fungsi dan peranan ABBM tersebut. Dengan wujudnya kaedah ABBM ini di SMK, pengkaji juga percaya kemahiran untuk membina model kit ini akan dapat diperolehi pelajar setelah melakukan ujikaji yang disediakan dalam set kerja amali.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, objektif utama pengkaji untuk membangunkan kaedah ABBM untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan 2 telah tercapai. Pengkaji yakin bahawa kaedah ABBM ini akan dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu(KHB) tingkatan 2 dalam proses PdP dan seterusnya juga dapat membantu pelajar dengan pengukuhan teori secara amali sebelum pelajar membina projek litar elektronik teras tingkatan 2. Walaubagaimanapun, beberapa perkara masih boleh diperbaiki terutama dari aspek kekemasan rekabentuk. Beberapa cadangan yang bernas dan juga penambahbaikan yang diperolehi dari soal selidik pakar perlu diambil berat bagi keselesaan pengguna serta memberi kemudahan kepada kajian yang akan datang.

RUJUKAN

Abdullah, N , Abdullah, M. , Ahmad Zain, R. (2011) ; Teknologi maklumat & komunikasi:Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Shaari (2018). Guru Berkesan Petua Dan Panduan. Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sintok.

Ali Muhtadi. 2010. Strategi Implementasi Pendidikan Budi Pekerti yang Efektif di Sekolah. Jurnal Dinamika Pendidikan.

Ee, Ah Meng (2016) Pendidikan di Malaysia : Falsafah Pendidikan Guru dan

Sekolah, Shah Alam : Fajar Bakti

Gay, L. R. (2014). Education research: Competencies for analysis and application. 11th. Ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc

Kamarul Azmi & Ab. Halim Tamuri (2017). Pendidikan Islam : Kaedah PdP. Cet. Ke-9. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Mahyidin, N. B (2017) Faktor yang Menggalakkan Penggunaan Alat Bantu Mengajar

42

Kurikulum & Instruksi Siri 11 2020 978-967-2389-10-1

Mohd Yusof, N. H. (2015). Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1 di Politeknik Malaysia. UTHM: Tesis Ijazah Sarjana

Mok, S. S. (2016). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Semester 2. Kuala Lumpur: Budiman Sdn. Bhd.

43

BAB 6

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSEKITARAN