• Tidak ada hasil yang ditemukan

DALAM SUB TOPIK MESIN KISAR CNC

Siti Nur Kamariah Rubani1,*, Nur Najiehah Tukiman2, Arihasnida Ariffin3 , Normah Zakaria4 , Norhasyimah Hamzah5

1, 2, 3, 4,5 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia *Correspondence: [email protected]

Abstrak

Pemilihan kaedah pembelajaran yang sesuai dalam menerangkan subjek berbentuk teknikal kerana ia sukar untuk difahami apabila di ajar secara teori sahaja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian kaedah pembelajaran secara simulasi terhadap kefahaman pelajar dalam sub topik pergerakan pemotongan mata alat mesin kisar CNC. Instrumen yang digunakan adalah temu bual dan borang soal selidik. Seramai tiga orang pensyarah dan 30 orang pelajar di Kolej Vokasional yang mengambil kursus Pemesinan Industri dipilih untuk menjadi responden kajian ini. Analisis data adalah secara tematik dan menggunakan nilai peratusan. Hasil dapatan menunjukkan pelajar lebih mudah untuk memahami pergerakan mata alat untuk melakukan pemotongan mesin kisar CNC menerusi kaedah pembelajaran simulasi.

Abstract

Choosing the right method of learning in describing a technical subject is difficult to understand when taught only in theory. The purpose of this study was to identify the appropriateness of simulation learning methods to students' understanding of the sub topic in CNC milling machine cutting tools. The instruments used are interviews and questionnaire forms. Three lecturers and 30 students at the Vocational College who took the Industrial Machining course were selected to be the respondents of this study. A data analysis were used thematically and percentage values. The findings shown that students can better understand the movement cutting tools to perform CNC milling machine when used the simulation learning methods.

22

1.0 PENGENALAN

Pemilihan kaedah pembelajaran yang sesuai sangat penting terutamanya dalam bidang teknikal yang banyak melibatkan konsep serta prinsip. Menurut Yahya dan Lailinanita (2012), guru perlu mempunyai idea yang kreatif dalam menyusun dan memastikan pembelajaran dapat dilakukan dengan jayanya. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) akan menjadi lebih berkesan jika maklumat yang diperoleh dapat difahami dan boleh diaplikasikan semula oleh pelajar.

Menurut Eko dan Herlambang (2017) menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara simulasi adalah kaedah praktikal yang dapat mengembangkan potensi pelajar yang mempunyai masalah untuk melakukan pembelajaran pada situasi yang sebenar. Tujuan penggunaan simulasi adalah untuk mempelajari pemprosesan sesuatu sistem, simulasi juga adalah untuk meningkatkan kebolehan seseorang untuk mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam menyelesaikan masalah. Kelebihan kaedah simulasi adalah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mencari jalan penyelesaian secara spontan dalam permasalahan yang dibangkitkan oleh pelajar. Seterusnya, simulasi dapat meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam amali atau teori.

Kursus Pemesinan Industri merangkumi berberapa tajuk yang melibatkan kefahaman pelajar dalam bentuk amali dan kemahiran sebagai contoh kemahiran dalam memahami proses sesuatu mesin dan kemahiran mengendalikan mesin secara amali. Dengan hanya mempelajari melalui kaedah teori sahaja adalah tidak memadai bagi memastikan pelajar memahami dan menguasai konsep sebenar pengoperasian mesin. Oleh itu, penghasilan simulasi adalah satu jalan terbaik bagi menjadikan proses PnP berjalan dengan lebih lancar dan efektif.

2.0 CABARAN PENGARJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIKAL

Bidang kejuruteraan mekanikal banyak melibatkan istilah-istilah teknikal yang sukar difahami atau di imaginasi. Oleh itu, sebagai pendidik bertanggungjawab untuk menyampaikan atau menerangkannya dalam bentuk yang mudah difahami supaya pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran semasa teori ke praktikal. Salah satu sub topik di kolej vokasional dalam bidang pemesinan industri adalah mesin kisar CNC. Di dalam topik ini menerangkan berkaitan pergerakan pemotongan mesin kisar CNC menggunakan kod G. Kod G merupakan kod program mesin kisar CNC. Kod G perlu difahami oleh pelajar terlebih dahulu sebelum membina program bagi sesuatu projek. Namun, terdapat cabaran untuk menerangkan kod G dalam bentuk teori .untuk disampaikan kerana pelajar tidak dapat melihat proses pemotongan dilakukan. Menurut Taufiq, Amat dan Nauri (2010), penerangan secara teori adalah tidak mencukupi bagi menerangkan proses mesin kisar CNC dalam melengkapkan kefahaman seorang pelajar yang berkemahiran. Begitu juga menurut Agus, Wirawan dan Rusiyanto (2014), menyatakan bahawa perancangan pembelajaran yang kurang baik dan kaedah pembelajaran yang berfokus pada teori sahaja untuk mesin kisar CNC adalah kurang efektif untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Penerangan secara teori akan menyebabkan masalah yang lebih serius jika tiada guru yang berpengalaman mengajar kursus mesin kisar CNC (Taufiq, et. al, 2010).

Penerangan oleh guru yang kurang berpengalaman akan menyebabkan berlaku kerosakan pada mesin kisar CNC jika program yang dihasilkan adalah salah (Bagus, Ari, Santoso, 2010). Justeru, kajian dijalankan bagi mengenal pasti sama ada

23

penerangan dalam bentuk simulasi bagi sub topik pergerakan pemotongan mesin kisar CNC boleh meningkatkan kefahaman pelajar.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Berikut merupakan persoalan kajian yang dikaji iaitu:

i) Apakah tahap kefahaman pelajar bagi sub topik pergerakan pemotongan kod G mesin kisar CNC menggunakan kaedah konvensional?

ii) Apakah kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan apabila simulasi digunakan dalam pembelajaran sub topik pergerakan pemotongan kod G mesin kisar CNC?

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan adalah secara temu bual dan borang soal selidik. Pengkaji menemu bual tiga (3) orang pensyarah kolej vokasional untuk menjawab persoalan kajian yang pertama. Manakala, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklum balas untuk menjawab persoalan kajian yang kedua. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar kolej vokasional. Ini kerana penggunaan borang soal

selidik dapat meningkatkan kebenaran terhadap kajian yang dijalankan. Kaedah

persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini bagi memastikan sampel yang dipilih mewakili populasi.

Borang soal selidik ini menggunakan skala Gutmann iaitu Ya atau Tidak. Analisis data adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan nilai peratusan. Jadual 1, merupakan skor peratusan yang mengukur kefahaman pelajar bagi item-item di dalam borang soal selidik.

Jadual 1: Skor peratusan

Peratusan Kategori

0 – 1 % Tidak faham

2% - 25 % Sebahagian kecil faham

26% - 49% Kurang dari separuh faham

50 % Setengahnya faham

51% - 75% Lebih dari separuh faham

76% - 99% Sebahagian besar faham

100% Keseluruhannya faham

Sumber: Adaptasi daripada Munaggaran, 2012

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Tahap kefahaman pelajar bagi sub topik pergerakan pemotongan kod G mesin kisar CNC menggunakan kaedah konvensional

Soalan pertama: Apakah kaedah yang digunakan dalam pengajaran untuk menyampaikan sub topik pergerakan kod G?

24

Hasil temu bual ketiga-tiga responden menggunakan kaedah chalk and talk semasa menerangkan pergerakan pemotongan mesin kisar CNC. Sebagai contoh responden yang menjawab:

“…. Penyampaian secara talk and chalk dalam pengajaran”.

(PKV(1)-P-2019) Soalan kedua: Apakah cabaran dalam pengajaran menyampaikan topik ini?

Hasil temu bual didapati bahawa IQ pelajar merupakan cabaran semasa menerangkan pergerakan pemotongan mesin kisar CNC. Sebagai contoh responden yang menjawab:

“…bergantung kepada IQ pelajar kerana setiap IQ pelajar berbeza”.

(PKV(1)-P-2019) Selain itu juga responden ke 2 dan 3 menyatakan cabaran utama dalam penyampaian adalah menerangkan pergerakan kod G sukar di imaginasi oleh pelajar. Berikut merupakan contoh jawapan responden.

“…mengajar buat program guna kod G memang susah kerana pelajar perlu bayangkan pergerakan yang mereka tak pernah nampak…”

(PKV(2)-P-2019) Soalan ke 3: Apakah tahap kefahaman pelajar dengan kaedah yang digunakan? Hasil temu bual mendapati ramai pelajar tidak faham apabila pelajar tidak dapat menyelesaikan kod program dalam ujian. Berikut merupakan contoh jawapan yang diberikan:

“kefahaman pelajar berbeza-beza…..ada pelajar boleh faham semasa amali dan ada yang tidak.”

(PKV (2)-P-2019) “…semasa ujian ramai pelajar tidak dapat menjawab bahagian kod program.”

(PKV (3)-L-2019)

5.2 Peningkatan kefahaman pelajar apabila simulasi digunakan dalam pembelajaran sub topik pergerakan pemotongan kod G mesin kisar CNC

Lima item soalan telah diajukan kepada 30 orang responden Kolej Vokasional untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kefahaman responden. Jadual 2, menunjukkan analisis kefahaman pelajar dengan simulasi bagi menerangkan tentang pergerakan pemotongan mesin kisar CNC menggunakan kod G.

25

Jadual 2: Analisis peratusan dan interpretasi kefahaman pelajar

Bil Perkara Peratusan

%

Interpretasi 1 Saya memahami bahasa yang digunakan pada simulasi

interaktif.

100 Keseluruhannya

faham

2 Saya memahami pergerakan G kod yang dipaparkan. 100 Keseluruhannya

faham

3 Saya memahami penerangan yang terdapat pada paparan simulasi.

96 Sebahagian besar

faham

4 Saya memahami simulasi proses mesin

(drilling,tapping,facing,countering,sloting) yang dipaparkan.

90 Sebahagian besar

faham

5 Saya memahami simulasi pergerakan G kod yang dipaparkan sahaja (kod yang biasa digunakan).

100 Keseluruhannya

faham

Peratusan keseluruhan 97.2 %

Berdasarkan Jadual 2, data menunjukkan bahawa keseluruhan responden menunjukkan kefahaman mereka apabila pergerakan pemotongan mesin kisar CNC ditunjukkan secara simulasi (item 1,2,4 dan 5) iaitu dengan jumlah peratusan 100%. Manakala hanya 96% responden menyatakan mereka faham berkaitan penerangan yang diletakkan dalam simulasi. Oleh itu, purata keseluruhan kefahaman pelajar adalah 97.2%. Interpretasi bagi purata keseluruhan adalah sebahagian besar responden memahami pembelajaran secara simulasi.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran berbentuk teknikal sukar untuk difahami lebih-lebih lagi pelajar yang baru pertama kali mendengar istilah tersebut. Kesukaran ini boleh menyebabkan pelajar kurang faham apa yang telah dipelajari. Oleh itu, kajian dijalankan bagi melihat sama ada penggunaan kaedah simulasi dalam pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Justeru, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah simulasi boleh mengukuhkan kefahaman bagi sub topik pergerakan pemotongan mesin kisar CNC menggunakan kod G. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam simulasi seperti animasi, audio dan teks sangat diperlukan untuk menunjukkan prinsip pergerakan pemotongan kod G ini kerana pelajar lebih mudah membayangkan atau membuat imaginasi tentang pergerakan tersebut berbanding di ajar secara kuliah sahaja.

RUJUKAN

Agus Setiawan, Wirawan, & Rusiyanto. (2014). Peningkatan hasil belajar mata pelajaran pemprograman cnc dasar menggunakan software simulasi swansoft sinumerik 802Se/C. Journal Of Mechanical Engineering Learning, 3(1), 64-70

26

Bagus Arthaya, Ari Setiawan, & Santoso Sunar, (2010). The design and development of g-code checker and cutting simulator for cnc turning operation. Journal Of

Mechanical Engineering Research. 2(3), 58-70.

Eko Prianto & Herlambang Sigit Pramono (2017). Proses permesinan cnc dalam pembelajaran simulasi CNC. Jurnal Edukasi Elektro, 1 (1). 62-68

Mohammad Taufik, Amat Mukhadis & Imam Muda Nauri. (2010). Pengaruh pembelajaran berbantuan komputer menggunakan software cad/cam dan motivasi berprestasi terhadap hasil belajar memprogram mesin frais cnc.

Jurnal Teknologi, Kejuruan, Dan Pengajarannya. 33 (1). 29-42

Munggaran, Rizky (2012). Pemanfaatan open source software pendidikan oleh mahasiswa dalam rangka implementasi undang- undang.Thesis: Universitas Pendidikan Indonesia.

Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru Fakulti Pendidikan, UTM.

27

BAB 4

KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)