PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Jadual 5.5: Contoh Taburan Soalan Mengikut Taksonomi Domain Kognitif Bloom Hasil
Pembelajaran (HP)
Taburan Soalan Mengikut Taksonomi dan Domain Kognitif Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah
1.HP 1 1 3 3 1 1 1 10
Bagaimanakah anda menentukan aras soalan yang anda bina? Sebagai latihan, anda boleh lihat soalan daripada sumber berikut dan mengkelaskan soalan berdasarkan taksonomi dan domain pembelajaran kognitif menggunakan model Bloom (1956).
a. University of Texas at Austin, Texas, USA.
http://www.utexas.edu/academic/diia/assessment/iar/st udents/plan/ method/exams-mchoice-scenario.php.
b. University of Cape Town, Afrika Selatan.
http://web.uct.ac.za/projects/cbe/mcqman/mcqappc.html
• Menentukan Jenis Soalan
Anda tentu maklum bahawa soalan ujian dan peperiksaan boleh dikelaskan kepada soalan jawapan dipilih (soalan objektif) dan soalan jawapan dibina (soalan subjektif). Soalan objektif
merujuk kepada bentuk soalan yang mempunyai satu sahaja pilihan jawapan yang betul.
Contohnya, berapakah bilangan negeri di Malaysia? Bentuk soalan objektif adalah benar/salah, pelbagai pilihan (aneka pilihan) dan padanan jawapan. Soalan objektif pelbagai pilihan atau aneka pilihan sukar untuk digubal walaupun mudah untuk dimarkat. Soalan subjektif pula mengundang lebih daripada satu jawapan yang betul atau pun lebih daripada satu cara menunjukkan jawapan yang betul. Contohnya, terangkan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pendidikan di Malaysia? Format soalan subjektif meliputi soalan jawapan terbuka dalam bentuk jawapan pendek atau esei. Soalan esei mudah digubal tetapi sukar dan mengambil masa untuk diperiksa dan dimarkat.
• Penggubalan Soalan Objektif Pelbagai Pilihan
Panduan berikut boleh anda gunakan untuk menggubal soalan objektif pelbagai pilihan (Musial, Nieminen, Thomas, & Burke, 2009).
Gunakan format jawapan betul atau jawapan terbaik. Format jawapan betul merujuk kepada pilihan jawapan yang mana hanya satu pilihan adalah jawapan yang betul. Format jawapan terbaik merujuk pilihan jawapan yang kesemuanya betul tetapi salah satu adalah yang terbaik. Format jawapan terbaik adalah lebih mencabar.
Susun pilihan jawapan secara menegak dan bukannya mendatar.
Gunakan laras bahasa yang baik dan mudah difahami. Elak kesilapan ejaan atau kesilapan menaip.
Bilangan pilihan jawapan hendaklah seragam, sebanyak empat atau lima pilihan. Semakin banyak pilihan, semakin kurang kebarangkalian pelajar meneka jawapan dengan betul.
Kurangkan pilihan kabur berbentuk “Tiada jawapan yang betul” atau “Semua di atas adalah benar”.
Kurangkan soalan berbentuk negatif seperti “Yang manakah antara berikut bukan ...?” atau
”Semua yang berikut adalah benar kecuali ....”. Jika perlu, garis atau bold perkataan yang perlu diberi fokus.
Kesemua bahagian sesuatu soalan (pokok soalan dan pilihan jawapan) mestilah dalam muka surat yang sama.
Setiap pilihan jawapan merupakan pengeliru yang logik. Sekiranya pelajar dapat mengenal pasti jawapan yang salah secara mudah, maka kebarangkalian untuk pelajar meneka jawapan yang betul adalah lebih tinggi.
Panjang ayat untuk setiap pilihan jawapan harus lebih kurang sama. Cara ini mengelak 1. (pokok soalan)
A. pilihan jawapan B. pilihan jawapan C. pilihan jawapan D. pilihan jawapan
X
pelajar mengesan jawapan yang pelik, tambahan pula jika pilihan tersebut merupakan jawapan yang betul.
Kurangkan masa untuk membaca dan memahami setiap soalan.
Soalan seharusnya tidak bergantung kepada jawapan untuk soalan yang lain.
Pastikan soalan terdahulu tidak memberi panduan jawapan yang betul untuk menjawab soalan yang lain.
Soalan yang baik boleh dijawab oleh 60-65% daripada pelajar.
Sediakan ruang jawapan secukupnya untuk soalan lengkapan.
Ruang yang disediakan tidak seharusnya menggambarkan panjang jawapan.
Susun pilihan jawapan secara logik atau susunan nombor.
Elak daripada memberi panduan jawapan yang betul.
Rancang susunan jawapan yang betul supaya tidak membentuk suatu pola logik.
Contohnya, jawapan betul berpola adalah A, A, A, B, B, B, ... atau A, B, C, D, A, B, C,...
Soalan perlu disemak oleh panel penyemak soalan.
• Penggubalan Soalan Subjektif
Anda tentu tahu bahawa soalan subjektif menghendaki pelajar memberi dan menggubal sendiri jawapan terhadap soalan. Soalan subjektif menaksir secara autentik penguasaan pelajar pada domain pembelajaran kognitif peringkat tinggi memandangkan pelajar berpeluang membina sendiri jawapan mereka. Soalan subjektif memerlukan pelajar menulis dan membentangkan jawapan dalam bentuk yang asli. Antara format soalan subjektif adalah soalan jawapan pendek, soalan jawapan panjang, soalan penyelesaian masalah dan soalan tugasan prestasi. Berikut adalah kelebihan soalan subjektif (Musial, Nieminen, Thomas & Burke, 2009).
Sesuai untuk memeriksa sikap pelajar.
•
Sesuai untuk bilangan pelajar yang sedikit.
•
Sesuai untuk mendorong dan menghargai kemahiran menulis.
•
Sesuai untuk objektif pembelajaran yang memerlukan penguasaan nilai, pandangan,
•
Anda akan dapati bahawa pemarkatan jawapan soalan subjektif berbentuk esei sering kali mencabar dan memakan masa anda. Cadangan pemarkatan berikut boleh anda gunakan sebagai panduan (Musial, Nieminen, Thomas & Burke, 2009).
√
1. Bilakah tahun Malaysia merdeka?
A. 1947 B. 1957 C. 1965 D. 1975
√ 1. Tahun Malaysia Merdeka adalah
A. 1975 B. 1947 C. 1965 D. 1957
X
Uji soalan terhadap diri anda sendiri dengan menulis jawapan yang ideal. Gubal kriteria
•
pemarkatan berasaskan jawapan ini.
Gunakan sama ada pemarkatan analitik (sistem mata) atau rubrik pemarkatan holistik
•
(markah menyeluruh berasaskan set kriteria).
Beri pelajar kriteria pemarkatan sebelum penaksiran.
•
Baca dan nilai setiap jawapan pelajar terhadap soalan yang sama sebelum memarkat
•
jawapan terhadap soalan berikutnya.
Pengenalan pelajar seharusnya rahsia sepanjang pemarkatan.
•
Elak mengingat markah yang diberi kepada jawapan sebelumnya.
•
Tetapkan dasar untuk menangani jawapan yang tidak betul, tidak sesuai atau tidak layak.
•
Tulis pandangan dan komen menambahbaik jawapan pelajar.
•
ii. Penggubalan Rubrik Pemarkatan
Satu kaedah menaksir dan menilai hasil pembelajaran yang autentik secara langsung dan menyeluruh yang boleh anda gunakan adalah rubrik pemarkatan. Rubrik adalah satu instrumen penaksiran deskriptif berbentuk matrik dua hala yang mengandungi kriteria prestasi berserta dengan tahap kualiti prestasi yang telah disetujui untuk menaksir prestasi hasil pembelajaran pelajar dalam sesuatu kursus. Rubrik menjelaskan apakah yang pelajar perlu belajar dan kualiti prestasi yang menunjukkan mereka telah belajar. Tumpuan terhadap kualiti prestasi hasil pembelajaran membolehkan pelajar mendapat maklum balas segera yang konstruktif daripada pensyarah dan rakan mereka.
Jadual 5.6 menunjukkan contoh rubrik asas untuk menaksir penguasaan pelajar dalam