• Tidak ada hasil yang ditemukan

Graf tahap pembelajaran melawan masa pengajaran (Cannon & Newble; 2000: 68)

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERKESAN

Rajah 4.2: Graf tahap pembelajaran melawan masa pengajaran (Cannon & Newble; 2000: 68)

Menurut Brown dan Atkins (1993) pula, faktor utama dalam pengajaran kumpulan besar yang berkesan adalah kejelasan dan kesungguhan penyampaian pensyarah. Selain daripada itu, beberapa amalan terbaik seperti yang disenaraikan di bawah, juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan penampilan diri seorang pensyarah (Brown & Atkins, 1993).

Suara dan pertuturan yang jelas.

Guna bahasa dan terminologi yang mudah difahami.

Guna gerak muka dan gerak badan.

Memberi senyuman.

Wujudkan konteks mata dengan pelajar secara individu dan secara kelas.

Bagaimana anda mengakhiri sesuatu sesi pengajaran adalah sama penting dengan cara anda memulakannya. Perhatian harus diberi terhadap cara anda mengakhiri sesuatu sesi pengajaran kerana kemungkinan besar bahagian tersebut merupakan apa yang pelajar ingat atau hargai sepanjang pengajaran anda. Penutupan pengajaran juga merupakan peluang untuk anda membuat rumusan dan mengukuhkan kefahaman pelajar dengan;

memberi penekanan terhadap isi kandungan yang utama.

mengarahkan pelajar membuat pembacaan tambahan dalam tempoh masa yang

realistik disertakan dengan arahan yang jelas dan sebab bacaan tambahan perlu dilakukan.

meluangkan beberapa minit meminta pelajar meneliti nota atau catatan sebelum

mengakhiri pengajaran.

Rajah 4.2: Graf tahap pembelajaran melawan masa pengajaran (Cannon & Newble; 2000: 68)

MASA PENGAJARAN

Kemahiran untuk mengakhiri sesuatu pengajaran kerap kali diabaikan sedangkan pengalaman menunjukkan amalan seperti membuat rumusan dan perkaitan dapat membantu pelajar mengimbas kembali dan menentukan kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari.

Satu lagi amalan yang baik ialah mengakhiri pengajaran anda tepat pada masanya untuk membolehkan pelajar bergerak ke kelas berikutnya atau rehat.

Aplikasi Strategi Pembelajaran Aktif iv.

Dalam pembelajaran aktif, pensyarah menggunakan pelbagai strategi untuk memastikan penglibatan pelajar dalam pelbagai bentuk aktiviti seperti berbincang, membaca, menulis, berfikir ataupun melakukan sesuatu seperti menyelesaikan masalah. Pelbagai aktiviti tersebut boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan, atau dalam kumpulan kecil (sehingga 4 orang) walaupun dalam satu sesi pengajaran kumpulan besar. Terdapat beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang aktif (Kember & McNaught, 2007) semasa mengendalikan pengajaran dalam kumpulan besar seperti contoh berikut:

Pelbagaikan cara dan gaya

Elakkan daripada menggunakan gaya penyampaian yang sama setiap masa. Pelbagaikan nada dan kadar pertuturan, gunakan masa senyap, atau beralih daripada penyampaian yang formal kepada yang kurang formal.

Mengemukakan soalan

Tingkatkan penglibatan pelajar dengan merangka situasi yang memerlukan mereka berinteraksi dengan anda atau rakan lain. Mengemukakan soalan merupakan cara yang paling mudah untuk meningkatkan interaksi. Soalan yang hendak dikemukakan boleh disediakan dalam bentuk pelbagai pilihan jawapan atau benar/salah dan dipaparkan pada skrin. Luangkan masa untuk membincangkan jawapan yang salah. Galakkan pelajar menanyakan soalan dalam suasana tidak mengancam dengan menulis soalan tersebut pada sehelai kertas.

Aktiviti kumpulan kecil

Semasa pengajaran dalam kumpulan besar, adalah tidak mustahil mewujudkan kumpulan kecil, bergantung kepada bilangan pelajar serta keluasan dewan kuliah, tanpa melibatkan pergerakan dan pengubahsuaian yang banyak dari segi tempat duduk pelajar. Aktiviti kumpulan kecil digunakan untuk membincangkan tajuk atau tugasan yang terhad dalam masa yang singkat diikuti oleh pembentangan daripada wakil kumpulan. Beri perhatian terhadap masa yang diperuntukkan, kejelasan tugasan yang dipaparkan bagi memudahkan rujukan dibuat semasa menjalankan aktiviti.

Sumbangsaran

Sesuai digunakan di awal sesi pengajaran bagi menimbulkan minat pelajar. Kemukakan satu isu atau permasalahan di mana mereka perlu mengemukakan seberapa banyak idea atau penyelesaian. Kesemua jawapan atau idea diterima dan dicatat tanpa anda membuat penilaian terhadapnya. Kesemua respons dikategorikan dan digunakan sebagai asas untuk perbincangan seterusnya dalam kumpulan kecil.

c. Menilai Keberkesanan Pengajaran

Kemampuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dalam kumpulan besar bukan sahaja bergantung kepada pengalaman seorang pensyarah tetapi juga terhadap kesediaan pensyarah untuk menilai secara kritikal amalan sendiri (Biggs & Tang, 2007). Penilaian terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Kaedah tidak formal boleh dilakukan dengan mendapatkan pendapat serta komen pelajar. Anda juga boleh menanyakan kepada diri sendiri beberapa soalan seperti di bawah:

Berapakah jumlah masa yang anda peruntukkan untuk membuat persediaan?

i.

Adakah nota/catatan yang diberi berguna?

ii.

Adakah alat bantuan visual yang digunakan membantu?

iii.

Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil untuk meningkatkan iv.

keberkesanan strategi pembelajaran aktif?

Adakah soalan yang dikemukakan menguji pemikiran pelajar?

v.

Setakat mana anda mengenalpasti kefahaman pelajar melalui penyoalan, respon vi.

bertulis atau komen pelajar?

Setakat mana hasil pembelajaran dalam sesi pengajaran tersebut telah tercapai?

vii.

Bagaimana anda tahu hasil pembelajaran tersebut telah tercapai?

Pembelajaran Dan Pengajaran Berkesan__Modul 4

4.1.4 AKTIVITI Latihan a.

Apakah yang dimaksudkan dengan spoon feeding? Mengapakah kaedah ini dianggap mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan prinsip-prinsip pengajaran berkesan?

Projek b.

Dalam kumpulan berempat, pilih seorang ahli untuk membuat satu penyampaian individu selama 5 hingga 10 minit berkaitan satu tajuk dalam bidangnya. Anda digalakkan untuk menggunakan alat bantuan visual yang sesuai. Rakamkan penyampaian tersebut. Ahli kumpulan yang lain dikehendaki memainkan peranan berikut:

i. Penjaga masa memaklumkan masa tempoh tamat bagi 4 minit dan 5 minit.

ii. Perakam merakamkan penyampaian dan penggunaan alat bantuan visual.

iii. Pencatat mengambil catatan dan memain peranan sebagai pelajar.

Setelah tamat sesi rakaman, buat analisis terhadap penyampaian tersebut secara berkumpulan dan cadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki kualiti penyampaian tersebut.

4.1.5 PENUTUP

Berdasarkan maklumat, penerangan, perbincangan dan latihan yang telah diberikan, sila pastikan anda telah mencapai kesemua hasil pembelajaran yang telah dirancang iaitu:

Menjelaskan langkah-langkah utama mengendalikan pengajaran dalam kumpulan besar.

a.

Menyenaraikan ciri-ciri amalan terbaik dalam pengajaran kumpulan besar.

b.

Melaksanakan pengajaran kumpulan besar dengan berkesan.

c.

Mengaplikasi strategi pembelajaran aktif dalam pengajaran kumpulan besar.

d.

Sila berbincang dengan fasilitator anda jika terdapat sebarang permasalahan dalam menyelesaikan unit ini.

UNIT 2