PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Jadual 5.3: Penjajaran Penaksiran dan Hasil Pembelajaran bagi Unit 3 mengikut Model SOLO*
Tahap Pengetahuan Deklaratif Pengetahuan Fungsian
Unistruktur
1. Menamakan domain dan taksonomi hasil pembelajaran
1. Menamakan domain dan taksonomi hasil pembelajaran kognitif,
1. Menyenaraikan taksonomi hasil pembelajaran kognitif, psikomotor
1. Mengguna Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran untuk merancang penaksiran dan penilaian pembelajaran berdasarkan taksonomi hasil pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif Unit 3
Abstrak kognitif, psikomotor dan afektif Unit 3
*[Sumber : Biggs, J.B. & Tang, C. (2007). Teaching for Quality Learning at University, 3rd Edition. Maidenhead, UK: Open University.]
Hasil pembelajaran Unit 3 ini menghasratkan setiap pensyarah menguasai pengetahuan deklaratif dan pengetahuan fungsian tahap hubungan sebagaimana yang ditunjukkan dengan kata kerja “menganalisis” dan “mengguna”. Dua hasil pembelajaran iaitu “menjelaskan Jajaran Konstruktif” dan “menjelaskan Jadual Spesifikasi Penaksiran” merujuk kepada integrasi konseptual (pengetahuan deklaratif), sementara dua lagi hasil iaitu “menganalisis domain dan taksonomi hasil pembelajaran” dan “menggunakan Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran untuk merancang penaksiran dan penilaian pembelajaran” merujuk kepada penggunaan (pengetahuan fungsian).
Tiga item pengetahuan deklaratif dan tiga item pengetahuan fungsian adalah unistruktur kerana hanya memerlukan penamaan domain dan taksonomi pembelajaran, Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran. Meskipun item unistruktur ini adalah satu kemahiran yang mudah tetapi sangat perlu sebelum anda menguasai taksonomi hasil pembelajaran tahap yang lebih tinggi.
Tiga item pengetahuan deklaratif dan tiga item pengetahuan fungsian jenis multistruktur pula memerlukan perbandingan antara sekurang-kurangnya dua pembacaan iaitu domain hasil pembelajaran, taksonomi hasil pembelajaran, Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran. Item multistruktur ini diikuti dengan dua item pengetahuan deklaratif yang memerlukan pentafsiran pada peringkat hubungan asas perbandingan dan hubungan rumit analisis. Kedua-dua item ini memerlukan pentafsiran lengkap yang disepadukan dengan pengetahuan fungsian penggunaan Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran untuk merancang penaksiran dan penilaian pembelajaran berdasarkan taksonomi hasil pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif bagi Unit 3. Meskipun hasil pembelajaran Unit 3 ini tidak memerlukan penaksiran tahap abstrak kembangan untuk kedua-dua jenis pengetahuan deklaratif dan fungsian, contoh penaksiran tahap abstrak kembangan disertakan sebagai perbandingan. Bolehkah anda membandingkan pengertian pengetahuan deklaratif dengan pengetahuan fungsian?
d. Perancangan Penilaian dan Jadual Spesifikasi Penaksiran
Anda akan melakukan penaksiran pembelajaran yang autentik yang membolehkan anda membuat penilaian yang menyeluruh dan adil terhadap penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran. Perancangan penaksiran dan penilaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan Jadual Spesifikasi Penaksiran (JSP) atau juga dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU).
JSP merupakan jadual berbentuk matrik dua hala yang menentukan pemberatan dan taburan item atau soalan penaksiran dan penilaian berdasarkan kandungan atau hasil pembelajaran.
Jadual Spesifikasi Penaksiran sebagaimana Jadual 5.4 boleh dibentuk untuk menentukan keseluruhan perancangan penaksiran bagi sesuatu kursus universiti yang merangkumi domain kognitif, afektif, psikomotor dan kemahiran insaniah. JSP boleh digunakan untuk menentukan sama ada semua elemen yang dirangkum dalam hasil pembelajaran, termasuk kemahiran
Penaksiran Pembelajaran__Modul 5
insaniah, telah diambil kira daripada segi pemberatannya dalam penaksiran dan penilaian.
Jumlah lajur dan baris dalam JSP menggambarkan pemberatan domain dan taksonomi hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar.
Sebagai contoh, perancangan penaksiran dan penilaian Kursus A yang mempunyai hasil pembelajaran domain kognitif tertinggi aras sintesis (C5), domain afektif aras menilai (A3), domain psikomotor aras suaian (P6) dan kemahiran insaniah mesti (KIM) kepemimpinan (LS1 dan LS2) boleh dirancang dengan menggunakan JSP sebagaimana Jadual 5.4. Jadual 5.4 menunjukkan pemberatan penaksiran dan penilaian Kursus A adalah pada domain pembelajaran kognitif dengan 20 daripada 37 item penaksiran. Kursus A juga menghasratkan para pelajar memberi penekanan dengan menguasai taksonomi pembelajaran kognitif peringkat analisis (C4). Perancangan penilaian menggunakan JSP seperti ini membolehkan anda mengagih pemberatan tugasan pembelajaran, menggunakan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai, serta menggubal dan menggunakan kaedah dan instrumen penaksiran dan penilaian yang autentik dan berkesan.
Kaedah PenaksiranKognitifAfektifPsikomotorKemahiran InsaniahJumlah C1C2C3C4C5C6A1A2A3A4A5P1P2P3P4P5P6P7LS1LS2 Ujian Pertengahan Semester√√√√4 Peperiksaan Akhir√√√√√5 Projek (Produk)√√√√√√√√√√√11 Tugasan √√√√√√√√8 Pembentangan√√√√√√√√√9 Jumlah555412212211112237
Jadual 5.4: Contoh Jadual Spesifikasi Penaksiran dan Penilaian Kursus A
Penaksiran Pembelajaran__Modul 5
5.3.4 AKTIVITI
Anda akan melakukan jajaran konstruktif dan merancang penaksiran menggunakan Jadual Spesifikasi Penaksiran. Tulis satu laporan dalam 2,000 perkataan yang menunjukkan kaedah anda melakukan jajaran konstruktif dan perancangan penilaian menggunakan Jadual Spesifikasi Penaksiran untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran kursus anda. Gunakan panduan berikut untuk anda menyediakan kertas kerja ini.
a. Jelaskan apakah pengertian dan kegunaan Jajaran Konstruktif dalam penaksiran pembelajaran?
b. Jelaskan apakah pengertian dan kegunaan Jadual Spesifikasi Penaksiran dalam penaksiran dan penilaian pendidikan?
c. Kenal pasti dan analisis domain dan taksonomi hasil pembelajaran kursus yang anda kendalikan.
d. Lakukan dan laporkan perancangan penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran kursus anda dengan menggunakan Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran. Anda boleh merujuk Jadual 5.3 dan Jadual 5.4 sebagai panduan.
5.3.5 PENUTUP
Dalam Unit 3 ini, tumpuan diberi kepada jajaran penaksiran pembelajaran dengan hasil pembelajaran. Anda telah membincangkan perancangan penilaian menggunakan Jadual Spesifikasi Penaksiran. Penaksiran dan penilaian semestinya berupaya membantu pelajar untuk menguasai hasil pembelajaran sesuatu kursus yang ditawarkan. Penaksiran autentik berbentuk formatif seharusnya mampu menghasilkan penilaian sumatif untuk menilai pencapaian akademik pelajar dengan adil dan saksama. Justeru, sebagaimana anda maklum, Unit 3 ini menegaskan peri pentingnya setiap pensyarah memahami dan menganalisis pelbagai domain dan taksonomi hasil pembelajaran kognitif, psikomotor, afektif dan kemahiran insaniah. Dengan menganalisis domain dan taksonomi hasil pembelajaran, anda akan menggunakan kaedah pengajaran serta penaksiran pembelajaran yang autentik secara berkesan. Jenis kaedah dan instrumentasi penaksiran dan penilaian akan dibincangkan dalam Unit 4 berikut.
Berdasarkan latihan/penerangan yang telah diberikan, sila pastikan anda telah mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancang iaitu:
a. menganalisis domain dan taksonomi hasil pembelajaran (C4, A3);
b. menjelaskan Jajaran Konstruktif (C2, A3);
c. menjelaskan Jadual Spesifikasi Penaksiran (C2, A3);
d. menggunakan Jajaran Konstruktif dan Jadual Spesifikasi Penaksiran untuk merancang penaksiran dan penilaian pembelajaran (C3, A3)
Sila berbincang dengan fasilitator anda jika terdapat sebarang permasalahan dalam menyelesaikan unit ini.
UNIT 4