• Tidak ada hasil yang ditemukan

GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM SECARA UMUM

1.3. DASAR-DASAR GERAKAN KRISTIANISASI

Menurut misi asal Nabi ‘Isa, tidak akan berlaku gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam, kerana ia diutus khusus kepada bani Israel sahaja. Malah setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW umat Nabi ‘Isa a.s. yang masih hidup diIslamisasikan

11 Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1980).

(menjadi umat Muhammad SAW), bukan umat Muhammad yang diKristianisasikan. Ini kerana, dengan bergantinya pemimpin agama yang lama dan naiknya pemimpin agama yang baru dalam agama yang tunjangnya adalah tauhid, sewajarnya umat pemimpin lama yang hidup dalam zaman pemimpin baru wajib tunduk dan patuh malah duduk ‘sekapal’ atau ‘serumah’ dengan pemimpin agama yang baru. Ini yang berlaku dalam sejarah; orang-orang Nasrani pada masa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., sebahagian mereka telah menganut agama Islam dan menjadi umat Muhammad s.a.w., seperti raja al-Najasy (raja Habsyah) dan lain-lain. Ini kerana Islam itu agama untuk semua (universal).

Malangnya sejarah telah berubah apabila umat Kristian memulakan gerakan Kristianisasi ke seluruh dunia dan tidak lagi mematuhi fitrah atau menganut ajaran Islam apabila agama Kristian yang diasaskan oleh St. Paul meletakkannya sebagai agama berbentuk misionari yang didakwa turut universal untuk semua bangsa

manusia.13Ini merupakan agenda St.Paul dalam merosakkan identiti ajaran Kristian.

Selain daripada itu, sumber atau dasar yang menjadi pegangan umat Kristian dalam menyebarkan agamanya kepada semua umat manusia turut dirujuk kepada kenyataan Gospel Matthew 28:19 menyebutkan: “Go, then, to all peoples everywhere and make them my disciples: baptize them in the name of the Father, the Son, and the Holy Spirit”.14 Dan dalam Gospel Mark 16:15: “He said to them, “Go throughout the whole world and preach the gospel to all mankind”.15

13 O.K. Rahmat S.H., Dr. (1976), Dari Adam Sampai Muhammad Sebuah Kajian Mengenai

Agama-Agama. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., h. 402. Lihat, Zakaria @ Mahmod bin Daud

(1995), “ Agama Kristian kini dan pengasasnya”, Jurnal Usuluddin, bil. 3, Disember, 1995, h. 11. 14 Good News Bible (1994), Second Edition. Th e Bible Societies/Harper Collins h. 44. Dalam Holy

Selain daripada itu, dasar-dasar khusus gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam, turut didokongi oleh kenyataan-kenyataan para tokoh pemimpin agama Kristian. Antaranya yang terkenal:

Pertama: Lois IX dari Perancis. Dia telah memimpin perang Salib menentang kaum Muslimin, tetapi gagal dan dia sendiri ditawan dan akhirnya mati dibunuh. Semasa dalam tawanan dia menyedari perlunya mengubah strategi untuk menghancurkan Islam. Maka timbul ideanya untuk menganjurkan program Kristianisasi, lalu diusulkannya kepada Paus/Pope Anusant IV agar mengadakan kongres Kristianisasi. Pada tahun 1253M buat pertama kalinya kongres ini telah berjaya

diadakan.16 Selepas berlangsungnya kongres tersebut, terbentuk berbagai organisasi

dengan tugas utamanya ialah mengKristiankan umat Islam. Melalui organisasi-organisasi inilah kemudiannya diletakkan tanggungjawab memikirkan langkah-langkah

gerakan Kristianisasi di dunia Islam.17

Kedua: Pope Johannes Paul II telah mengeluarkan bull (arahan) agar kaum Katholik mengambil tindakan untuk menyebarkan ajaran Katholik. Dia menegaskan pentingnya melakukan Kristianisasi terhadap seluruh bahagian dunia. Dia turut menekan negara-negara Islam dan negara-negara lain menghapuskan

Hodder and Stoughton, h. 1001, ayat Gospel Matthew 28:19:“Therefore go and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

15 Ibid., h. 72. Dalam Holy Bible (1988), New International Version (Church Edition). The Bible

Societies in Association with Hodder and Stoughton, h. 1024, ayat Gospel Mark 16:15: “He said to them, “Go into all the world and preach the good news to all creation.” Kenyataan tersebut dirujuk

kepada kitab suci agama Kristian, Bible yang turut memuatkan ajaran St. Paul. Ini bererti Bible telah turut berubah daripada janji asal Nabi Isa. Sebaliknya Bible lebih berupa kitab suci yang disejajarkan dengan agama Kristian St. Paul.

16 Sa’duddin As-Sayyid Shalih, Dr. (1999), op. cit., h. 48. 17 Ibid, h. 57.

peraturan yang melarang umat Islam memeluk agama lain, dengan seruan, “Open the doors for Christ”.18

Ketiga: Semenjak Colombus menemui Amerika pada tahun 1492M dan telah banyak siri pelayaran yang lain dilakukan maka terbukalah daerah yang amat luas untuk perkembangan agama Kristian di benua-benua baru itu. Berikutan dengan itu pada tahun 1493M, Pope Alexander VI (1492-1503M) telah mengeluarkan Bull yang menghalalkan penjajahan bangsa Eropah ke atas manusia di seluruh dunia. Program penjajahan ini direstui oleh tokoh-tokoh agama Kristian kerana mereka melihat penjajahan sebagai “tugas suci”, iaitu satu kesinambungan daripada Perang Salib (1096-1293M). Sehubungan dengan itu pada bulan Jun, tahun 1494M, Pope Alexander VI melalui perjanjian Tordesillas, telah membahagikan dunia bukan Kristian kepada dua zon penguasaan (sphere of influence atau sphere of interest), iaitu kawasan di sebelah barat kepulauan Cape Verde dan kepulauan Azores, kecuali Brazil, untuk diserahkan kepada penguasaan Sepanyol dan kawasan di sebelah timur kedua-dua kepulauan itu diserahkan

pula kepada penguasaan Portugal. 19 Kedua-dua bangsa Eropah tersebut memang

terkenal dengan semangat fahaman Katholik dan dendam kesumat yang tidak pernah

padam terhadap umat Islam.20

Di samping itu juga, dasar lain yang menjadi pendorong gerakan Kristianisasi kepada masyarakat Islam ialah anggapan orang-orang Kristian terhadap kaum Muslimin sebagai orang-orang kafir dan sesat. Oleh kerana itu, para penganut Kristian,

18 Tim Fakta (2002), Senjata Menghadapi Pemurtadan Berkedok Islam. Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, h. 5.

19 Fadhlullah Jamil, Prof. Madya (2000), Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan

Pergolakan. Kuala Lumpun: Thinker’s Library Sdn. Bhd., h. 14. Lihat, Maruwiah Ahmat (2006), Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara Satu Pengamatan Semula. Selangor

Darul Ehsan: Karisma Production Sdn Bhd., h. 21. 20 Fadhlullah Jamil, Prof. Madya (2000), op.cit., h. 13.

mencurahkan segenap usaha mereka untuk mengKristiankan kaum Muslimin dan mengeluarkan mereka dari kesesatan. Projek ini dimulai semenjak era kolonialisme dan

terus berlangsung hingga ke hari ini.21

Ajaran penebusan dosa dalam agama Kristian juga memberi pengaruh timbulnya satu keyakinan dalam diri setiap umat Kristian bahawa mereka adalah umat yang selamat (saved) dan umat yang bukan Kristian adalah umat celaka (damned). Bahkan mereka juga beranggapan bahawa umat yang bukan Kristian adalah orang-orang buas dan biadab yang perlu ditakluk dan dijajah. Hal ini nampak jelas dari ucapan Mark Twain yang dipaparkan di dalam buku “Arabia : The Cradle of Islam”, yang antara lain menyebutkan (bermaksud): “Tanda waktu cukup menunjukkan dengan jelas apa yang akan terjadi. Semua negeri orang buas dan biadab di dunia segera berada di bawah penaklukkan pemerintah Kristian Eropah. Makin cepat penyerbuan terhadap mereka

dilakukan sampai selesai, makin baik untuk orang-orang liar itu”.22 Manakala tujuan

dari penjajahan ini menurut ungkapan Livingstone ialah permulaan perusahaan misi

Kristian”.23

Jika kita menyoroti sejarah, kita akan mendapati dasar gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam timbul akibat permusuhan Kristian-Islam yang telah bermula dari abad ke-VII lagi iaitu peperangan Yarmuk antara tentera Islam dengan tentera Rom pada tahun 636M. Kemudian diikuti dengan penaklukan tentera Islam terhadap Sepanyol selama lebih dari tujuh setengan abad (711-1492M). Permusuhan tersebut dilanjutkan lagi dengan kekalahan tentera Kristian dalam peperangan Salib

21 Qaradawiy, Dr. Yusof al- (2000), Bagaimana Islam Menilai Yahudi Dan Nasrani. Abdul Hayyie al-Kattani (terj.). Jakarta: Gema Insani Press, h. 116.

22 Abdul Qadir Djaelani (2001), Gerakan Jihad Fi Sabilillah & Cabarannya. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini Sdn. Bhd., h. 127.

(1096-1293M). Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya pendedahan terhadap penyelewengan pemimpin-pemimpin agama Kristian terdahulu di dalam kitab suci umat

Islam.24 Kesemua ini menyebabkan maruah dan perkembangan agama Kristian tergugat

dan tercabar.

Permusuhan dan kebencian umat Kristian terhadap umat Islam ini berlangsung terus tanpa henti sehingga umat Islam dapat di murtadkan atau menganut agama Kristian atau setidak-tidaknya mengikuti cara hidup mereka atau menjadi manusia fotocopy Barat, yang realitinya adalah murtad dari Islam.25 Perkara ini memang telah disebut di dalam al-Qur`an (maksudnya):

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka

(yang telah terpesong itu)”.26

Surah al-Baqarah (2):120

1.4. SEJARAH GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN