TERHADAP GERAKAN KRISTIANISASI
2.4. DASAR-DASAR NBD TERHADAP GERAKAN KRISTIANISASI
2.4.1. Dasar NBD Terhadap Kebebasan Menganut Agama
“Menganut” ditakrifkan sebagai menerima sesuatu ajaran (aliran, fahaman, dan
sebagainya) sebagai pegangan yang teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama).178
Daripada pengertian tersebut, kebebasan menganut bermaksud kebebasan untuk memilih suatu agama atau kepercayaan yang boleh dijadikan teras kehidupan.
177 Fatwa Mufti ini kadang-kadang berpengaruh dan mempengaruhi pihak kerajaan dalam membuat keputusan, terutama bila fatwa Mufti itu digazetkan atau melibatkan hukuman yang berat seperti menyebabkan kufur atau murtad.
Dalam perlembagaan Brunei tahun 1959M yang telah disebutkan di atas, walaupun tidak ada dinyatakan kebebasan menganut agama tetapi berdasarkan kepada kenyataan bahawa “agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya”, sudah merangkumi pengertian kebebasan menganut agama.
Kebebasan menganut agama yang diamalkan di NBD itu diberikan kepada orang Islam maupun orang bukan Islam. Ini kerana, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang dapat digunakan untuk mengambil tindakan terhadap penduduk yang menukar agamanya.
Dalam Undang-Undang NBD, Penggal 77, Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi NBD ada memperuntukkan beberapa bab mengenai orang murtad, iaitu: Bahagian IX bab 169 memperuntukkan: “Sesiapa saja yang beragama Islam yang murtad daripada ugamanya hendaklah dengan serta merta melaporkan
kenyataan tersebut secara bertulis kepada Setiausaha.179 Manakala pada bab 180 (4)
memperuntukkan bahawa “Barangsiapa yang gagal untuk melaporkan mengenai murtadnya daripada ugama Islam menurut syarat-syarat dari bab 168A adalah melakukan kesalahan: Hukuman, didenda sebanyak B$1,000.00 atas sabit kesalahan
oleh sebuah Mahkamah Majistret”.180
Dalam bab 47 (1) dalam undang-undang yang sama menyebutkan, “Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan selain
179 Dalam Bab 169: Setiausaha bermaksud, Setiausaha kepada Majlis Ugama Islam yang dilantik di bawah Bab 14.
180 Undang-Undang Negara Brunei Darussalam Penggal 77: Akta Majlis Ugama Islam
daripada Islam maka perbuatan yang demikian tidaklah boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan
sedemikian oleh Mahkamah”.181 Manakala dalam bab 131 pula memperuntukkan:
“Seseorang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara tidak
melebihi lima tahun”. 182
Berdasarkan kepada akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi itu tadi, jelas bahawa murtad semata-mata bukanlah satu kesalahan, melainkan jika perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Setiausaha Majlis Agama Islam atau menjadikan murtad itu sebagai alat atau helah untuk dapat bercerai. Tujuan akta tersebut diadakan bukan untuk menghalang orang Islam keluar dari Islam, melainkan untuk tujuan melindungi pasangan suami isteri yang teraniaya dan juga untuk penyelesaian hukum-hakam yang berkaitan dengan dasar-dasar Islam terhadap orang yang telah murtad seperti hubungan suami isteri, kedudukan anak, harta waris, penyempurnaan jenazah dan sebagainya.
Menurut hukum Islam, sebagaimana yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Brunei, orang-orang murtad itu dihukum bunuh jika dia enggan bertaubat, sebagaimana fatwanya sebagai berikut:
“Hendaklah ditaubatkan orang murtad itu dan dipinta ia balik kepada Islam dengan kadar segera. Kiranya ia bertaubat dan balik kepada Islam dengan
181 Tambahan kepada Warta Kerajaan bahagian II, Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Perintah di bawah bab 83(3) Perintah Darurat (Undang-undang Keluarga Islam), 1999, h. 870.
mengucap syahadat dan ia ingkarkan barang yang menyebabkan ia murtad itu, maka diterima Islamnya dan tidak dibunuh. Orang murtad yang tiada mahu bertaubat setelah dipinta akan dia bertaubat dengan balik kepada Islam, maka raja membunuhnya, kerana sebab riddahnya itu, sebab sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ertinya: “Barangsiapa menukar
agamanya, hendaklah kamu bunuh akannya.”183
Memandangkan undang-undang untuk menghukum orang Islam yang murtad belum wujud di NBD, Mufti Kerajaan Brunei menasihatkan:
Memandangkan kepada perkembangan kebudayaan Barat dan fikiran sosialisme di sebelah Timur ini dan memandang kaum yang bukan Islam akan mengambil bahagian tadbir negeri menurut perkembangan siasah bagi negara Malaysia yang akan datang, maka orang-orang Islam barangkali akan terpengaruh dengan perkembangan-perkembangan baharu itu. Maka bagi menjaga maslahat orang Islam dan keturunan Islam yang akan datang, maka undang-undang Islam bahagian keluar dari Islam (riddah) mustahak diadakan dan diperkuatkuasakan sebelum kuasa-kuasa orang-orang Islam itu dihadkan atau berkurangan pada masa-masa yang akan datang sebab
perkembangan-perkembangan yang tersebut.”184
Perlaksanaan undang-undang murtad mengikut hukum Islam tersebut menimbulkan keraguan (takut untuk melaksanakannya) di kalangan setengah-setengah pihak individu Muslim kerana dikhuatiri bertentangan dengan dasar kebebasan beragama yang dipersyaratkan oleh bangsa-bangsa bersatu. Dalam perkara ini Mufti Kerajaan Brunei menjelaskan:
“Kebebasan beragama, kebebasan berpindah atau bergerak, kebebasan bercakap dan lain-lain kebebasan yang dipersyaratkan dalam perlembagaan kerajaan dunia itu adalah kebebasan yang berhad dan bersempadan, sebab
183 Ismail bin Omar Abdul Aziz, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Awang Haji, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, (1980), op.cit., h. 67.
kerajaan-kerajaan mengadakan undang-undang sekatan bercakap dan menulis dan undang-undang sekatan bergerak dan lain-lain hak yang dipunyai oleh tiap-tiap rakyat itu juga disekat dan diadakan syarat-syarat dan peraturan-peraturan baginya.
Agama Islam memberi kebebasan kepada orang-orang Yahudi kepada agamanya, dan kepada orang Nashrani kepada agamanya, dan orang-orang musyrikin kepada agamanya, yakni masing-masing boleh tetap dalam agamanya dan bebas dalam agamanya menurut dasar agamanya. Adapun orang-orang yang hendak membuat agama baharu seperti agama Qadiani Ahmadi dan Baha’i dan Taslim, Matahari dan lagi selain dari agama-agama yang diakui oleh Islam bagaimana di atas ini, supaya berjalan di antara pengikut-pengikutnya, maka Islam tiada membenarkan atau meluluskan pengikut-pengikutnya keluar dari agama Islam, dan keluar dari agama Islam (riddah) adalah suatu hukuman berat yang akan dikenakan. Dan kiranya pengikut-pengikutnya ada musykil tentang Islam, maka agama Islam membenarkan berbahas dengan mereka itu sehingga mereka itu puas hati dan hilang musykil-musykil itu daripada fikiran mereka itu. Adapun keluar dari agama Islam dan dari kumpulan umat Islam tidaklah diluluskan sekali-kali oleh Islam dan tiap-tiap kerajaan bebas ia membuat undang-undang bagi mashlahat rakyatnya dan undang-undang itu lazimnya dipersetujui oleh ahli majlis mesyuarat dan rakyat negeri itu.
Oleh yang demikian, pada mengadakan undang-undang murtad (riddah) dalam negeri ini tiada berlawanan dengan dasar kebebasan beragama yang dipersyaratkan oleh bangsa-bangsa bersatu dan kebiasaan tiap-tiap
negeri.”185
Walaupun telah dijelaskan oleh mufti kerajaan Brunei, namun belum juga dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Brunei kerana ia memerlukan pengubalan undang-undang dan prosesnya akan mengambil masa yang panjang di samping mengambil kira keadaan dan kemampuannya.
Jadi, dengan hanya merujuk kepada undang-undang NBD, jelas Brunei telah memberikan kebebasan menganut agama kepada penduduk Islam maupun bukan Islam
tanpa had kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang dapat digunakan untuk menghalang atau mendakwa dan menghukum individu yang menukar agamanya sehingga ke hari ini (2003M). Fatwa Mufti yang dikeluarkan itu belum dapat mempengaruhi Brunei untuk melaksanakan hukuman murtad mengikut hukum Islam.
Dengan kedudukan tersebut telah menjadikan agama Islam itu setaraf dengan agama-agama yang lain dan bererti individu itu boleh masuk dan keluar agama sesuka hati. Sedangkan menurut hukum Islam, kebebasan menganut agama hanya diberikan kepada orang-orang bukan Islam sahaja. Mana-mana umat Islam yang sengaja keluar daripada agama Islam, menurut yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Brunei berhak dijatuhi hukuman bunuh, apabila enggan bertaubat setelah ia diminta untuk bertaubat.
Amalan kebebasan menganut agama yang diamalkan oleh Brunei mendedahkan penduduk Islam negara tersebut kepada gerakan Kristianisasi. Oleh itu, sekiranya berlaku kes Muslim murtad dan memeluk agama Kristian, ianya menunjukkan selain faktor kejahilan, ia juga berpunca kerana ketiadaan undang-undang yang menghukum individu Muslim daripada murtad.