• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah kemasukkan gerakan Kristianisasi di NBD era Sepanyol

GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

3.2. SEJARAH GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI NBD

3.2.3. Sejarah kemasukkan gerakan Kristianisasi di NBD era Sepanyol

Sepanyol adalah salah satu bangsa Eropah yang berasal dari negara Sepanyol yang terletak di Semenanjong Iberia. Negara Sepanyol merangkumi hampir keseluruhan Semenanjong Iberia selain kawasan Portugal. Wilayahnya seluas 504,782 km persegi.

234 Antara laporan Fr. Pereira kepada ketuanya di Melaka: “All the evil comes from lake of labourers, by

reason of which the great island of Borneo, distant from Malacca 200 leagues, is not wholly converted to the faith, the islanders being half moslem and half pagan, and well affected to the gospel. And Fr. Pereira proved this well, who being shipwrecked was kindly treated by the king of this island, as Fr Visitor relates, who asked urgently for Fathers of the Company.” Lihat, Rooney,

John, M.H.M. (1981), op. cit. h. 9. 235 Ibid. h. 8-9.

Ibu negerinya ialah Madrid. Penduduk Sepanyol kini melebihi 39 juta orang. Majoriti penduduknya beragama Kristian Roman Khatolik dan yang lainnya beragama Protestan dan Yahudi.

Hampir keseluruhan semenanjung Iberia pernah dikuasai oleh tentera Islam lebih dari tujuh setengah abab bermula dengan kedatangan Tariq ibn Ziyad pada tahun 92H/711M hinggalah Sepanyol dapat membebaskan diri dari pemerintahan Islam pada tahun 897H/1492M, iaitu selepas Muhammad Abi ‘Abdillah, Amir Muslimin di Andalus menyerahkan Granada kepada raja Sepanyol, Ferdinand V. Selepas peristiwa ini Sepanyol telah melakukan gerakan Kristianisasi secara kekerasan terhadap orang-orang Islam di Sepanyol dan di tempat-tempat lain yang dikuasainya sebagai membalas dendam terhadap orang-orang Islam yang pernah menakluknya.

Pelayar Sepanyol yang terkenal ialah Christopher Columbus dalam penjelajahan yang awal telah menemui Amerika Selatan. Perjalanan Sepanyol untuk pergi ke Asia Tenggara telah ditetapkan berdasarkan perjanjian Tordesillas iaitu mengikuti perjalanan arah ke Barat dari kepulauan Cape Verde dengan meredah Lautan Pasifik. Kawasan yang termasuk di dalam kekuasaan Sepanyol antaranya ialah Kepulauan Maluku, Kepulauan Filipina dan Jepun. Tetapi kepulauan Maluku kemudian diserahkan kepada kekuasaan Portugis. Pelayar Sepanyol yang awal sampai di Asia Tenggara adalah Ferdinand Magellen dan menemui kepulauan Filipina (Cebu) pada 28 Mac 1521. Apabila Magellen terbunuh di Mactan (Filipina), maka Antonio Pigafetta (seorang ahli sejarah) yang menyertai pelayaran tersebut telah meneruskan pelayarannya dan singgah

di Brunei pada bulan Julai 1521 dan telah membuat beberapa catatan mengenai keadaan

Brunei.237

Tujuan pelayaran Sepanyol adalah jelas untuk menyebarkan agama Kristian. Ini berdasarkan surat wasiat Ratu Isabella (1474-1504M) yang memberi sokongan kuat terhadap aktiviti pelayaran menyebut (bermaksud):

“Tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama penduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma kepada agama suci kita dan menghantar mereka biskop-biskop, mubaligh dan orang terpelajar yang lain

untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya bertata-tertib.”238

Audiencia Diaraj di Mexico telah menasihatkan dan memberitahu kepada Miquel Lopez de Legazpi akan tujuan utama misi mereka sebelum bertolak ke Filipina pada tahun 1564M (bermaksud):

“Kamu hendaklah berhati-hati dalam semua rundingan kamu dengan anak-anak negeri di kawasan itu. Setengah-setengah daripada ahli-ahli agama yang menyertai kamu itu hendaklah hadir sama untuk membolehkan kamu mendapat nasihat yang baik daripada mereka dan juga supaya anak-anak negeri dapat melihat dan memahami penghormatan kamu terhadap paderi-paderi ... Ini adalah penting ... kerana sebagaimana yang kamu sedia maklom bahawa perkara utama yang dikehendaki oleh baginda ialah bertambahnya orang memeluk agama Khatolik, dan juga untuk menyelamatkan ruh orang kafir itu.”239

237 Antonio Pigafetta (1969), The First Voyage Around The World, Manila: Manila Book Guild, h. 55-56. Lihat, Pengiran Haji Mohammad bin Pengeran Haji Abd. Rahman (1991), “Kemasukan Dan Perkembangan Islam Di Borneo British Dengan Tumpuan Khas Ke Atas Brunei Darussalam (Abad 13 – 20 Masihi)”, (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya), h. 27-28.

238 Maruwiah Ahmat (2006), op. cit., h. 126. 239 Ibid. h. 127-128.

Presiden Taft, bekas Gabenor Awam Filipina pernah menyebut pada tahun 1904M, bahawa tujuan penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bukannya untuk mendapat

sebarang keuntungan tetapi ialah kerana hasrat untuk menyebarkan agama Kristian.240

Oleh itu sebaik sahaja Manila ditawan oleh Sepanyol pada tahun 1565M, hampir semua penduduk dataran rendah pulau Luzon dan Visayas telah diKristiankan. Dalam masa kira-kira 300 tahun Sepanyol menguasai Filipina, ditaksirkan secara keseluruhannya sebanyak enam juta rakyat Filipina telah diKristiankan iaitu kira-kira 90% dari

penduduk Filipina. Dari jumlah tersebut 80% menganuti Roman Khatolik.241

Sebelum Sepanyol berkuasa di kepulauan Filipina, Brunei telah memainkan peranan yang aktif dalam penyebaran agama Islam di kepulauan tersebut malah ketika itu sebahagian kepulauan tersebut iaitu kepulauan Sulu, Balabac, Banggi, Balambangan, Mantanai dan Palawan adalah di bawah kekuasaan Brunei. Penglibatan Brunei dalam penyebaran agama Islam di kepulauan Filipina turut dinyatakan oleh Bishop Domingo de Salazar yang bertugas di Filipina dalam laporannya kepada Raja Philip II di Sepanyol pada pertengahan abad ke-16 Masehi, antaranya beliau menulis (bermaksud):

“... di pulau Mindanao yang menjadi takluk tuanku dan selama beberapa tahun telah menghantar ufti kepada Tuanku, hukum Muhammad telah diisytiharkan secara umum telah lebih daripada tiga tahun lamanya, oleh pengembang-pengembang agama dari Brunei dan Ternate yang telah datang ke sana, yang setengah-setengah daripada mereka malah dipercayai ada yang datang dari Makkah. Mereka telah mendirikan penempatan dan sekarang sedang membangunkan masjid, dan budak-budak telah dikhatamkan dan

sudah ada sekolah untuk mereka itu diajar tentang al-Qur’an.”242

240 Ibid. 132. 241 Ibid. 140-143. 242

Ibid., h. 130. Lihat, Ceser Adib Majul (1988), Islam di Filipina. Shamsuddin Jaafar (terj.). Kuala

Apabila Sepanyol telah berkuasa di Filipina, pendakwah-pendakwah Islam yang memasuki kepulauan tersebut termasuk pendakwah dari Brunei telah disekat kerana mengancam gerakan Kristianisasi Sepanyol di kepulauan tersebut. Pertembungan kepentingan Islam-Kristian dan Brunei-Sepanyol di kepulauan Filipina itu telah mendedahkan Brunei secara langsung kepada ancaman gerakan Kristianisasi Sepanyol.

3.2.4. Gerakan dan metode gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam