• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERHADAP GERAKAN KRISTIANISASI

2.5. Konsep kebebasan beragama

Perkataan “kebebasan” lazimnya dikaitkan dengan istilah bahasa Inggeris iaitu liberty, freedom dan right. Walaupun pada dasarnya ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama tetapi penggunaannya adalah berbeza. Perkataan liberty biasanya digunakan untuk merujuk kepada kebebasan sosial dan politik. Perkataan freedom adalah umum yang merujuk kepada kebebasan yang tidak terbatas. Manakala right (hak) selalunya dihubungkan dengan kebebasan melalui jaminan

undang-undang.219 Justeru, istilah yang ada hubungannya dengan kebebasan beragama di sini

ialah istilah right iaitu kebebasan yang terikat dengan undang-undang bukan kebebasan tanpa batas (freedom).

Kebebasan beragama termasuk salah satu daripada hak-hak manusia yang bersifat asasi iaitu salah satu hak dari sekumpulan hak-hak yang dianggap asas dan penting serta

218 A. Rahman I. Doi (1992), Orang Bukan Islam di Bawah Undang-Undang Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 124.

219 Abdul Basir Alias (2002), Ancaman Nasionalis Sekular Ekstrim Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: As-Syabab Media, h. 32.

tidak boleh dinafikan. Ini kerana ia dianggap sebagai wujud atau timbul bersama-sama dengan kewujudan manusia iaitu sesuatu yang dianugerahkan oleh pencipta (Allah) bukan ihsan pemerintah atau penguasa awam. Berdasarkan kepada realiti ini apakah sekatan-sekatan atau penafian-penafian yang dikenakan terhadap hak kebebasan beragama itu wajar atau sebaliknya.

Berdasarkan artikal hak asasi manusia sejagat (Universal Declaration of Human Rights) yang diumumkan pada 10hb. Disember ,1948, di dalam artikel 18, PBB telah mengisytiharkan:

“Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan sama ada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan,

pemujaan dan pematuhan.”220

Tetapi kebanyakan negara Islam enggan menandatangani pengisytiharan hak asasi manusia sejagat tersebut. Ini kerana ramai di antara ulama`-ulama` Islam pada masa itu berpendapat bahawa artikel tersebut tidak dapat digunapakai oleh negara Islam dan antara lain alasannya ialah berhubung hukum murtad. Isu ini sangat hangat dipertikaikan pada masa itu.

Akhirnya pada 21 Dzul Qaidah, 1401 bersamaan dengan 19hb September 1981, negara-negara Islam bersetuju mengumumkan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Secara Islam (Islamic Universal Declaration of Human Rights). Hak Kebebasan

220 David Litle, et. al., (1997), Kebebasan Agama dan Hak-hak Asasi Manusia. Riyanto (terj.). Yogyakarta: Academia dan Pustaka Pelajar, h. 151.

beragama sebelumnya dirombak dan diisytiharkan di dalam artikel XIII sebagai: “Setiap orang berhak atas kebebasan melaksanakan ibadah sesuai dengan kepercayaan

agamanya.”221

Meskipun artikal ‘Hak Asasi Manusia Sejagat Secara Islam’ itu telah diisytiharkan tetapi artikel hak asasi manusia sejagat tahun 1948 masih dianggap penting sehingga ke hari ini dan sering menjadi rujukan dan piawai buat perlembagaan-perlembagaan kebanyakan negara di dunia. Namun ia tidak bersifat mengikat ke atas

negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)222 demi untuk

menghormati kelainan budaya, agama dan fahaman politik iaitu faktor-faktor yang membezakan penekanan dan penterjemahan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia di peringkat nasional.

Justeru, kebebasan beragama itu walaupun ia hak asasi manusia dan dilindungi oleh PBB tetapi ia masih terikat dengan dasar-dasar sesuatu agama itu sendiri. Agama Islam umpamanya kebebasan yang diberikan adalah mengikut ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh ajaran agama itu sendiri bukan mengikut kemahuan manusia. Oleh kerana itu, penafsiran prinsip umum Hak Asasi Manusia Sejagat tahun 1948 itu berbeza dengan Hak Asasi Manusia Sejagat Secara Islam.

Realitinya sekatan kebebasan penganut agama Kristian dalam beragama di NBD adalah berdasarkan fatwa Mufti Kerajaan Brunei yang dirujuk kepada siasah agama dengan melihat kepada kedudukan Brunei sebagai sebuah negara Islam, agama

221 Harun Nasution, et. al. (1987), Hak-hak Asasi Manusia Dalam Islam. Badri Yatim, et. al. (terj.). Jakarta: Pustaka Firdaus, h. 164.

rasminya Islam, Rajanya Islam dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Apabila penganut agama Kristian diberikan kebebasan tanpa had terutamanya dalam pengembangan dan penyebaran agama bagi menambahkan pengikut diyakini boleh mendatangkan bahaya kepada NBD bagi jangka panjang. Ini kerana apabila ramai orang Kristian dalam negara Islam, maka dengan sendirinya kuasa dan pengaruh orang Islam serta pemimpin Islam dalam negara tersebut akan menjadi lemah. Malahan ia juga boleh membawa pergusiran dan kekacauan yang dicetuskan oleh golongan-golongan agama yang bertentangan iaitu apabila kekuatan masing-masing golongan itu telah seimbang atau hampir-hampir seimbang. Sebagai contoh apa yang berlaku di Ireland Utara, termasuklah antara Khatolik dan Protestan; di India terdapat permusuhan antara Hindu dan Islam; di Lebanon Islam, Kristian, Syi’ah dan Sunni; di Filipina Kristian dan Islam; di Pakistan Syi’ah dan Sunni. Ini adalah contoh terbaik kepada kebebasan tanpa sekatan.

Berbeza dengan negara-negara yang mempunyai dan mengamalkan hanya satu aliran atau agama, lazimnya negara-negara berkenaan akan lebih mantap dan tenteram serta berjaya mengekalkan perpaduan mereka, seperti Mesir yang berpegang kepada Sunni sahaja, Utara Afrika merujuk Sunni, Arab Saudi merujuk Wahabi, Yaman merujuk Syafi’e/Zaidi dan Negara Brunei Darussalam merujuk Sunni semata-mata.

Dan lagi, Kekuatan dan keteguhan kedudukan raja atau pemimpin Islam bergantung kepada banyaknya bilangan umat Islam dan kuat dan hidupnya agama Islam. Suara Kristian dan lainnya tidak akan menyokong dan menguatkan kedudukan raja atau pemimpin Islam. Sebagai contoh, beberapa negara Afrika yang asalnya beraja

seperti Uganda; apabila umat Islam menjadi golongan minoriti, maka kekuasaan raja pun hilang dan umat Islam sendiri tidak dapat lama berkuasa.

Berdasarkan siasah agama yang disebutkan di atas, fatwa Mufti Kerajaan Brunei memberikan penekanan hukum supaya tidak membiarkan sama sekali dan bahkan tidak boleh bertolak ansur dalam masalah agama Kristian kerana ianya akan melemahkan umat Islam dan agama Islam serta membawa terancamnya kedudukan raja Islam atau pemimpin Islam serta juga boleh merosakan ‘akidah umat Islam sekiranya mereka bersetuju atau turut bersetuju, atau dengan ibarat lain turut meredainya, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau dengan hati semata-mata.

Ketetapan ini sebenarnya tidak bertentangan dengan amalan toleransi di dalam negara Islam terhadap ahl al-dhimmah. Yusuf al-Qaradawiy telah menggariskan tiga

fasa toleransi pemerintahan negara Islam terhadap ahl al-dhimmah;223(i) Mereka diberi

hak kebebasan beragama dan tidak dipaksa secara fizikal untuk menukar agama tetapi tidak dibenarkan mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka dengan bebas. Ini merupakan fasa toleransi yang terendah. (ii) Dibenarkan menganut ajaran agama masing-masing dan tidak dipaksa membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agamanya. Peringkat ini merupakan fasa toleransi pertengahan dalam Islam. (iii) Mereka dibenarkan mempraktikkan kepercayaan agama mereka walaupun ia bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam. Ini adalah fasa toleransi yang tertinggi dalam Islam dan dipraktikkan di kebanyakan negara-negara Islam. NBD telah memilih fasa toleransi peringkat yang terendah tersebut.

223 Qaradawiy, Yusuf (1992), Ghayr muslimin fi mujtama Islamiyy, Beirut: Mu’assasat al-Risalah, h. 43-44.

2.6. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada lokasi NBD sebagaimana yang disebutkan di atas menunjukkan NBD terdedah kepada kemasukan gerakan Kristianisasi dari negera jiran. Keadaan ini menyebabkan NBD tidak dapat mengelakkan diri dari ancaman tersebut.

Dari segi sejarah, NBD pernah berhubungan dengan beberapa kuasa penjajahan Barat yang membawa agama Kristian. British adalah kuasa penjajah yang paling lama dan banyak pengaruhnya di NBD. Walaupun pada dasarnya kehadiran British itu membawa banyak perubahan dari segi politik dan ekonomi Brunei tetapi tanpa disedari mereka telah menjauhkan orang-orang Islam dari agamanya melalui sistem sekular yang telah diperkenalkannya dan dengan kehadiran mereka itu turut menyebabkan agama Kristian dan syi’ar-syi’arnya yang sebelumnya tidak wujud telah bertapak dan berkembang di negara NBD.

NBD walaupun dikenali sebagai sebuah negara Islam tetapi dari segi undang-undang belumlah sepenuhnya mengamalkan tuntutan-tuntutan Islam. Apa yang jelas, setelah NBD mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1984M, ia telah berusaha secara beransur-ansur mengikut kemampuannya untuk merealisasikan undang-undang Islam dapat diwujudkan dan diamalkan di NBD.

Berdasarkan kepada amalan kebebasan beragama di NBD ia lebih menekankan kepada amalan mengikut dasar-dasar Islam. Ini kerana setiap masalah yang timbul berkaitan dengan perkembangan agama bukan Islam yang kedudukannya tidak disebut secara khusus dalam undang-undang lazimnya dirujuk kepada fatwa mufti kerajaan

Brunei dalam membuat keputusan. Walaupun fatwa Mufti yang dikeluarkan itu belum digazetkan tetapi ia sangat berpengaruh di dalam pentadbiran di NBD, terutamanya apabila ia dikaitkan dengan hukuman yang berat, seperti boleh membawa kufur, murtad dan haram.

Walaupun demikian, perkara ini tidak dapat menghalang gerakan Kristianisasi di kalangan penduduk di NBD selagi belum wujud undang-undang secara bertulis untuk mengawalnya.

Oleh itu, kajian ini melihat bahawa lokasi, pengalaman sejarah dan dasar-dasar dalam amalan kebebasan beragama di NBD telah membuka pintu laluan kepada gerakan

BAB III

GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI