• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah kemasukan gerakan Kristianisasi di NBD era penjajahan/naungan British/Inggeris

GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

3.2. SEJARAH GERAKAN KRISTIANISASI DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI NBD

3.2.5. Sejarah kemasukan gerakan Kristianisasi di NBD era penjajahan/naungan British/Inggeris

Orang British atau Inggeris adalah bangsa yang datang dari negara Britain. Britain atau England adalah negara Eropah Kristian yang paling banyak menjajah dalam sejarah dunia. Oleh itu ia digelar sebagai Great Britain. Negara-negara bekas jajahannya yang telah merdeka disatukan kembali dalam satu pertubuhan yang dinamakan ‘Persatuan Negara-negara Komanwel’. Sehingga tahun 2005, sebanyak 53 buah negara telah menjadi ahlinya termasuk NBD.

Apa yang menarik, kebanyakkan negara-negara yang menjadi mangsa penjajahan Kerajaan British adalah negara-negara yang dikuasai oleh orang-orang Islam. Sebagai contoh, Inggeris telah menjajah Siraj ad-Daulah India dalam tahun 1757M, Tanah Melayu (Malaysia) dalam tahun 1811M, Iraq dalam tahun 1814M, Iran dalam tahun 1838M, Aden dalam tahun 1839M, Arabia Selatan dan Timur dalam tahun 1840M, India (kerajaan Monggol Islam) dalam tahun 1875M, Mesir dalam tahun 1882M, Sudan dalam tahun 1898M, manakala Brunei Darussalam dalam tahun 1888M.

Penjajah Portugis dan Sepanyol seperti yang telah penulis sebutkan adalah dari aliran Kristian Roman Khatolik, manakala British pula adalah dari aliran Kristian Anglican (Mazhab Protestan). Tentu sekali tindakan dan pendekatan yang mereka

gunakan dalam gerakan Kristianisasi adalah berbeza. Portugis dan Sepanyol bersikap militer dan aggresif. Manakala pihak British tidaklah sedemikian kerana mereka telah memilih strategi dengan menggunakan cara yang lebih halus bagi mencapai matlamat penjajahannya untuk kesan jangka masa panjang.

Portugis telah bersaing pengaruh dengan Sepanyol bagi menguasai kawasan-kawasan baru tetapi telah diselesaikan melalui perjanjian Tordesillas. Manakala pihak British pula bersaing pengaruh dengan Belanda bagi mendapatkan kawasan Semenanjong Tanah Melayu dan kepulauan-kepulauan Melayu di sekitarnya. Bagi menyelesaikannya, satu perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani di London dalam tahun 1824M. Dalam perjanjian tersebut, keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura dipersetujui untuk diletakkan di bawah pengaruh British, sementara pihak Belanda pula diberi bahagian di selatan Singapura dan

kepulauan-kepulauan Melayu yang lainnya termasuk Riau dan Lingga.258 Mengenai dengan

Brunei, kedudukannya tidak jelas dan berlaku pertembungan pengaruh antara British dan Belanda tetapi memandangkan pengaruh Inggeris lebih dominan maka wilayah Brunei akhirnya menjadi kawasan pengaruh British.

Hubungan Brunei-Inggeris secara rasmi dijangka telah bermula pada tahun 1774M, iaitu melalui hubungan perdagangan, bilamana John Jesse wakil English East India Company telah datang ke Brunei untuk berunding berkenaan dengan pembelian

lada hitam.259 Tetapi hubungan perdagangan ini kemudiannya terhenti pada tahun

1775M kerana tidak menguntungkan company tersebut.

258 Muzaffar Dato’ Hj. Mohamad, Hj., et. al. (2003), Melayu Islam Beraja; Mengenali hakikat

Leluhur. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, h. 93.

259 Nicholas Tarling (1971), British, the Brooks and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 15. Lihat, Pengiran Haji Mohammad bin Pengeran Haji Abd. Rahman (1991), op.cit., h. 207.

Pada abad ke-19 Masehi, Brunei dalam keadaan lemah dari segi ekonomi, berlaku pertelingkahan dalam kepimpinan, di beberapa wilayahnya berlaku pemberontakan dan di perairannya terdapat kegiatan “pelanunan”. Ketika itulah muncul Sir James

Brooke260, seorang pengembara Inggeris di Sarawak dan telah dapat mengambil alih

pentadbiran wilayah Brunei di Sarawak pada tahun 1841M, melalui satu perjanjian dengan Pengiran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei yang memerintah Sarawak pada waktu itu.

Setelah Brooke mendapat kuasa politik di wilayah Brunei di Sarawak, dan bagi mengukuhkan kedudukan politiknya dan menjamin keselamatannya serta sokongan bagi membantunya memajukan Sarawak, ia memerlukan pengiktirafan kedudukannya dari Kerajaan British. Oleh itu, beberapa laporan dan tawaran telah dibuatnya untuk menarik perhatian Kerajaan British bagi mewujudkan tanah jajahannya di Borneo. Akhirnya dari laporan Brooke dalam jurnalnya mengenai kedudukan Pulau Labuan yang menjadi salah satu wilayah Brunei telah menarik perhatian Kerajaan British untuk mendudukinya. Pejabat Tanah Jajahan telah meluluskan untuk mewujudkan sebuah tanah jajahan British di Borneo dan mengeluarkan perintah kepada Jabatan Angkatan Laut British untuk menduduki Pulau Labuan dan sekaligus memerintahkan supaya kapal-kapal

260 James Brooke ialah anak seorang pegawai British yang berkhidmat di Syarikat Hindia timur Inggeris. Ia dilahirkan pada tahun 1803M di Binares, India. Semasa berumur 12 tahun ia memulakan persekolahannya di England. Pada tahun 1819M beliau balik ke India untuk berkhidmat dalam tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Dalam gerakan tentera di Assam, semasa perang Inggeris-Burma, ia mendapat luka parah, lalu dihantar pulang ke England dalam tahun 1826M. Dan tidak lama selepas itu ia meninggalkan perkhidmatannya di syarikat itu. Dalam tahun 1830M ia belayar ke negeri China, dan ketika melalui gugusan pulau-pulau Melayu ia tertarik hati dengan keindahan pulau-pulau itu dan turut bersimpati dengan penderitaan penduduk tempatan yang sering diganggu oleh lanun-lanun. Setelah bapanya mati, James Brooke menjadi pewaris harta bapanya yang bernilai 30,000 sterling. Dengan harta sebanyak itu, ia mampu membeli sebuah kapal bernama ‘Royalist’ yang boleh memuat barang seberat 140 tan. Beliau melatih anak-anak kapal yang dipilihnya sendiri. Dalam tahun 1839M, ia belayar ke Borneo dengan niat untuk menjelajah dan membuat penyelidikan sains. Lihat D.G.E. Hall (1970), Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 653. Lihat, Pengiran Haji Mohammad bin Pengeran Haji Abd. Rahman (1991), op. cit., h. 50-51.

Tentera Laut Diraja yang berpengkalan di Timur Jauh memberikan perlindungan yang sempurna dan cekap kepada Tuan James Brooke serta menyelenggarakan suatu angkatan yang lengkap di pantai Borneo bagi tujuan melindungi kepentingan-kepentingan British. Oleh yang demikian berakhirlah perjuangan lima tahun (1841-1846M) Brooke untuk mendapatkan pengiktirafan Kerajaan British tentang kekuasaannya di Sarawak.

Dalam mendapatkan Pulau Labuan, Tentera Laut British telah menggunakan ancaman dan propaganda serangan ke atas Brunei. Akhirnya pada 18 Disember 1846, Sultan Brunei telah bersetuju menandatangani perjanjian dengan Kapten Mundy wakil Kerajaan British untuk menyerahkan Pulau Labuan dan sebagai balasan penyerahan tersebut Kerajaan British berjanji untuk membantu Brunei membenteras kegiatan lanun

di perairan Borneo bagi melindungi kapal-kapal perdagangan British.261

Kerajaan British yang telah mempunyai penempatan di pulau Labuan mula terlibat secara langsung dalam hal ehwal politik Brunei melalui Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan Antara Kerajaan British dengan Sultan Brunei. Pada 27 Mei 1847, satu perjanjian telah ditandatangani antara Brunei-British bagi menggalakkan perdagangan dan menamatkan kegiatan lanun-lanun di perairan Brunei. Tetapi dalam fasal tambahan perjanjian tersebut Kerajaan British telah mula mencampuri perundangan Brunei. Mereka meminta persetujuan Brunei agar rakyat British yang melakukan jenayah di bahagian jajahan takluk Brunei diadili dan dihukum oleh seorang Consular Jeneral Inggeris atau pegawai-pegawai lain yang dilantik oleh Baginda Queen dan bukan

261 Graham Irwin (1986), Borneo Abad Kesembilan Belas Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Mohd. Nor Ghani. (terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, h. 155-158.

dirujuk kepada perundangan dan kehakiman Kerajaan Brunei. Campur tangan ini terus berlaku dalam perjanjian-perjanjian seterusnya sehingga akhirnya Kerajaan British berjaya mewujudkan dua mahkamah di Brunei iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Kadi sesudah termaterainya perjanjian tahun 1906M.

Walaupun Brunei mempunyai perjanjian persahabatan dan perdagangan tahun 1847M dengan kerajaan British namun melalui perjanjian tersebut pihak British tidak dapat membantu melindungi Brunei dari kehilangan wilayah-wilayahnya di Borneo Utara ke tangan Syarikat Borneo Utara Inggeris dalam tahun 1881M. Begitu juga dengan kehilangan wilayah-wilayah Brunei di Sarawak ke tangan keluarga Brooke. Dengan kehilangan wilayah Brunei di kedua-dua tempat tersebut menjadikan wilayah Brunei yang sebelum ini sebagai sebuah empayer yang luas hanyalah tinggal sebagai sebuah negeri yang kecil seluas 5,765 kilometer persegi seperti yang ada pada hari ini.

Walaupun wilayah kekuasaan Sultan Brunei hanya tinggal sedikit, namun Kerajaan British ingin terus menguasainya dengan lebih jauh lagi melalui beberapa perjanjian dengan berbagai alasan. Pada 17 September 1888, satu perjanjian antara Sultan Brunei dengan Kerajaan British telah dimaterai bagi meletakkan Brunei di bawah perlindungan/naungan Kerajaan British terutama dalam hal ehwal luar negeri Brunei atas alasan bagi mengelakkan Brunei dari terus kehilangan wilayahnya. Kemudian apabila minyak dijumpai di Brunei dalam tahun 1903M, di Berambang, maka kedudukan Brunei begitu penting bagi Kerajaan British lalu Brunei diperangkap lagi dengan satu perjanjian tahun 1905/1906M. Melalui perjanjian ini, Brunei terpaksa menerima penempatan Residen British (advisor) untuk mentadbir dan menjadi

penasihat hal ehwal politik dalam dan luar negeri Brunei, kecuali hal ehwal agama diserahan di tangan Sultan Brunei sehingga tahun 1958M.

Bermula tahun 1959M, atas usaha dan kewibawaan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, telah dapat mengembalikan kedaulatan dan kekuasaan Sultan Brunei dengan pengisytiharan ‘Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei tahun 1959’. Maka jawatan Residen telah diganti dengan jawatan Pesuruhjaya Tinggi British yang berperanan sebagai penasihat pertahanan dan hal ehwal luar negeri. Manakala pentadbiran awam Brunei diserahkan kepada anak tempatan dengan jawatan sebagai Menteri Besar dan dibantu oleh Setiausaha Kerajaan. Ini bererti, Sultan Brunei telah mendapatkan kembali kekuasaan penuh dalam hal ehwal pentadbiran dalam negeri di samping menjadi ketua agama hinggalah kemerdekaan Brunei pada tahun 1984M.

Dalam masa pentadbiran British Residen, Brunei telah mengalami perubahan dari segi pembangunan dan kemajuan dalam berbagai bidang seumpama pelajaran, pentadbiran, infra-struktur, ekonomi dan lain-lain berdasarkan sistem Barat Sekular. Tidak ketinggalan juga, gerakan-gerakan Kristianisasi telah berjaya menyusup masuk ke Brunei melalui gerakan yang tersembunyi atau tidak secara langsung. Justeru, apabila British memberi kemerdekaan penuh kepada Brunei pada 1 Januari 1984, sama ada disedari atau tidak, sebenarnya Kerajaan British telah meninggalkan beberapa buah gereja, sekolah misi, pertubuhan Kristian dan penganut-penganut agama Kristian dari

kalangan penduduk tempatan262serta sistem, pemikiran dan kebudayaan sekular di bumi

Brunei Darussalam.

262 Antara penduduk asli yang telah di Kristiankan ialah Puak Murut dan sebahagaian kecil puak Dusun menganut Agama Kristian Sidang Injil Borneo aliran Protestan; sebahagian dari puak Iban pula menganut Agama Kristian Roman Khatolik; manakala ada sebahagian kecil lagi puak dusun dan juga sebahagian dari penduduk Tiong Hua menganut Agama Kristian aliran Roman khatolik.

3.2.6. Gerakan dan metode gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam