• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB II DINAMISME HUKUM ISLAM DI INDONESIA

3.1. Hubungan Antara Islam dan Nation-State

3.1.2. Dinamisme Hubungan Agama dan

Perdebatan berkenaan dengan hubungan antara negara dan agama sebagai dua institusi yang berbeza, sampai masa sekarang belum menghasilkan sesebuah rumusan yang muktamad, justeru di Indonesia, hal tersebut semakin bertambah kritis selari dengan lahirnya ramai gerakan yang membawa gagasan kebangkitan Islam. Keadaan yang demikian, terjadi pula pada majoriti kerajaan-kerajaan Muslim, di mana pengalaman umat Islam di seluruh penjuru dunia menunjukkan hubungan yang canggung dalam merapatkan hubungan antara agama Islam dan negara.

138 Untuk mengetahui beberapa pandangan pakar politik Indonesia dalam melihat bangunan sistem pemerintahan yang dibangunkan rejim Orde Baru, lihat Marzuki Wahid dan Rumadi (2001), op.cit., h. 13-15

Dalam perjalanan sejarah berdirinya negara Indonesia dalam bentuk nation-state, setelah mencapai kemerdekaan, hubungan antara negara dengan Islam mengalami tarik-menarik dan pasang surut. Pada masa kekuasaan kolonial, berbagai-bagai organisasi Muslim banyak memainkan peran penting dalam melawan kekuasaan kaum penjajah, justeru penentangan terhadap kekuasaan penjajah mulai dari awal sudah pun banyak dipelopori oleh para ulama dan intelektual Muslim semisal Pangeran Diponogoro, Imam Bonjol, Tengku Umar, Pangeran Hasanuddin dan lain-lain.

Walaupun demikian, pada masa awal kemerdekaan, organisasi-organisasi Muslim banyak terpinggirkan dan berhenti pada peranan yang kurang penting dalam institusi pemerintahan. Hal yang demikian, tidak lepas dari pada masa awal perang kemerdekaan, di mana berbagai-bagai organisasi Muslim sudah pun terpecah menjadi dua kelompok, iaitu kelompok yang menginginkan negara Islam dan kelompok yang tetap mempertahankan pluralisme dan demokrasi liberal dengan konfigurasi pemerintahan yang tetap menghormati penyelenggaraan kewajipan-kewajipan agama di antara pemeluk agama Islam dan agama lain139.

Setelah Indonesia merdeka, perdebatan berkenaan dengan asas negara Indonesia terjadi dalam sidang Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI)140 antara perwakilan dari pada kelompok Islam yang beranggotakan empat orang, iaitu Abdul Kahar Muzakkir, Wachid Khasyim, Agus Salim dan Abikusno Tjokrosujoso dengan kelompok Nasionalis sekular yang lazim disebut sebagai kelompok “kebangsaan atau nasionalis” yang

139 Robert W. Hefner (2001), “Islam di Era Negara-Bangsa: Kebangkitan Politik dan Agama Muslim Asia Tenggara” dalam Robert W. Hefner at.,al (ed) Islam di Era Negara-Bangsa:

Poltik dan Kebangkitan Agama Muslim Asia Tenggara, Imron Rosyidi (terj). Yogyakarta:

Tiara Wacana, h. 36 140

Pembentukan pertubuhan tersebut didasarkan kepada maklumat Guenseikan No. 23/29 April 1945 oleh penguasa penjajah Jepun. Badri Yatim (1999), op.cit., h. 309

beranggotakan lima orang, iaitu Sukarno, Muhammad Hatta, Muhammad Yamin, Maramis dan Subardjo. Dalam sidang BPUPKI ini terjadi perdebatan ideologi antara kedua-dua kelompok berkenaan yang pada akhirnya dapat menghasilkan kompromi yang dikenal dengan “Piagam Jakarta”.141

Walaupun demikian, hasil kompromi dalam bentuk piagam Jakarta berkenaan, tidak lama bertahan dan dihapuskan pada keesokan harinya. Penghapusan pakatan berkenaan dilatar belakangi oleh keberatan penduduk Indonesia bahagian timur yang majoritinya beragama Kristian,142 di mana keberatan mereka diterima oleh keempat-empat perwakilan dari pada kelompok Islam.143 manakala sebagai ganti dari pada dihapuskannya Piagam Jakarta berkenaan, adalah rumusan “Ketuhanan Yang Maha Esa” yang ditempatkan pada sila yang pertama Pancasila sebagai dasar negara Republik Indonesia.

Walaupun demikian, perbezaan pendapat mengenai asas negara belum selesai, di mana pada tahun 1955 perdebatan tentang asas negara berkenaan dengan Piagam Jakarta kembali terjadi dalam sidang “Majelis Konstituante” yang berlangsung selama dua tahun, iaitu dari tahun 1956 sampai tahun 1958. Dalam sidang berkenaan, permasalahan agar Piagam Jakarta dimasukkan ke dalam Mukadimah Undang-undang dasar dan dalam naskhah pokok UUD diambil melalui cara pengundian (voting) yang diulang sampai lima kali, di mana dalam pengundian berkenaan menghasilkan keputusan menolak Piagam Jakarta untuk

141 Andree Feillard (1999), NU vis-à-vis Negara: Pencarian Isi Bentuk dan Makna, Lesmana (terj). Yogyakarta: LKiS, h. 37

142

Keberatan penduduk Indonesia bahagian timur tersebut disampaikan kepada Wakil Presiden Muhammad Hatta melalui seorang Perwira Angkatan Laut Kekaisaran Jepun. Ibid, h. 39. Dalam kenyataannya masih terjadi kontroversi mengenai hal tersebut, menurut Aboe Bakar Loebis yang menjadi perantara adalah beberapa mahasiswa dari luar Jawa. Aboe Bakar Loebis (1995), Kilas Balik Revolusi: Kenangan, Pelaku dan Saksi. Jakarta: UI Perss, h. 106-107 143

Dalam menerima penghapusan Piagam Jakarta berkenaan, Wahid Hasyim merupakan tokoh penting yang banyak berperanan, akan tetapi kehadiran beliau dalam menerima kesepakatan penghapusan Piagam Jakarta masih banyak orang yang meragukan, sehingga ada sebahagian pakar yang berpendapat bahawa penghapusan tersebut tidak sah. Lihat Jazuni (2005),

dimasukkan ke dalam mukadimah UUD dan naskhah pokok UUD.144 Walaupun demikian, apabila Presiden Sukarno membacakan dekrit berlakunya kembali UUD 45 dan membubarkan “Majelis Konstituante”, disebutkan bahawa Piagam Jakarta menjiwai UUD 45 dan merupakan satu rangkaian kesatuan dengan UUD 45.145

Pada masa pemerintahan Orde Baru, walaupun masih terjadi perdebatan berkenaan dengan asas negara, akan tetapi perdebatan tersebut berbeza dengan pada masa Orde Lama, di mana pada masa Orde Baru perdebatan mengenai perubahan UUD 45 menjadi larangan yang mutlak. Walaupun demikian, pada tahun 1965 perdebatan mengenai Piagam Jakarta kembali muncul setelah kelompok Islam Moden kembali membuka wacana berkenaan, dengan merayakan hari lahir Piagam Jakarta. Pada tahun 1966, Komisi Politik dalam “Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara” (MPRS) kembali memperdebatkan Piagam Jakarta, yang menghasilkan “Keputusan Komisi Politik” yang hanya mencantumkan Piagam Jakarta dalam “konsiderans dekrit 5 Juli 1959”.146

Pada masa selanjutnya, perdebatan berkenaan dengan Piagam Jakarta kembali muncul pada tahun 1967 sampai 1968 dengan tidak menghasilkan keputusan apa pun, sehingga pada 8 April 1968 presiden Suharto meminta kepada Parti-parti Islam untuk mencari kesepakatan berkenaan dengan erti Piagam Jakarta. Akan tetapi Panitia yang dipimpin oleh Prawoto Mangkusasmito147 berkenaan tidak berhasil mencapai kesefahaman di antara parti-parti Islam, di

144 Andree Feillard (1999), op.cit., h. 59

145 Amiur Nuruddin dan Azhari Akmal Tarigan (2006), Hukum Perdata Islam di Indonesia: Studi

Kritis Perkembangan Hukum Islam dari Fikih UU No 1/1974 Sampai KHI. Jakarta: Kencana,

h. 18-19. Dalam proses tarik menarik berkenaan dengan Piagam Jakarta, Nahdatul Ulama (NU) sebagai salah satu pendukung pemerintah Sukarno banyak memainkan peranan sehingga Piagam Jakarta dimasukkan ke dalam “konsideran dekrit Presiden”. Lihat Jazuni (2005),

op.cit., h. 273-275. Lihat juga Andree Feillard (1999), op.cit., h. 58-59

146

Ibid, h. 125 147

mana hal ini disebabkan perbezaan paradigma dan ideologi yang di anut oleh berbagai-bagai parti Islam berkenaan.

Pada aspek yang lain, hubungan antara pihak penguasa Orde Baru dengan berbagai-bagai kelompok Islam non-politik, juga mengalami pasang surut. Justeru Nahdatul Ulama sebagi salah satu organisasi Islam terbesar di Indonesia beberapa kali menentang keputusan pemerintah Orde Baru.148 Pertembungan ini, akhirnya mulai surut pada pertengahan tahun 1990-an, di mana pihak penguasa negara mulai melunak dan mahu bekerja sama dengan berbagai-bagai kelompok Islam setelah sebelumnya penguasa Orde Baru secara sistematik dan berterusan melakukan intervensi dan hegemoni terhadap berbagai-bagai kelompok Islam. Berkenaan dengan perubahan sikap penguasa tersebut dengan memberikan dukungan terhadap terbentuknya ICMI, dimungkinkan adanya kepentingan pihak penguasa Orde Baru yang terutama adalah sebagai alat untuk memperoleh dukungan dari pada kalangan intelektual dan organisasi masyarakat Islam menjelang Pemilihan Raya tahun 1991.149