• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB II DINAMISME HUKUM ISLAM DI INDONESIA

3.1. Hubungan Antara Islam dan Nation-State

3.1.1. Negara Sebagai Realiti Semasa

Pembentukan kerajaan, dalam idea dan gagasan awalnya merupakan keperluan bagi masyarakat, di mana ia pada tingkatan awal menjanjikan ketenteraman dan kebahagiaan. Hal ini kerana dasar dari pada pembentukan sesebuah kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan hajat hidup masyarakat, demi mewujudkan masyarakat yang bahagia. Manakala lahirnya idea dan gagasan pembentukan kerajaan dalam bentuk nation state diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelly. Di mana secara konseptual, idea pembentukan negara dalam konsep nation-state dimaksudkan bahawa “sesebuah bangsa berkembang dalam perancangan pertumbuhan populasi, sempadan negara, pemerintahan dan kedaulatan tertentu”. Dalam hal ini konsep “kedaulatan” merupakan elemen yang sangat penting dalam konsep pembentukannya kerana ketaatan masyarakat dibangunkan dalam konsep kedaulatan tersebut,133 dan tidak dibangunkan dengan kekuasaan dan ketundukan kepada penguasa. Kedua-dua kepentingan di atas termanifestasikan dalam konsep walfare state iaitu kerajaan yang dapat

133 Masykuri Abdillah (2007) , “Islam dan Konsep Negara Bangsa” dalam Kamdani (ed) Islam

dan Humanisme: Aktualisasi Humanisme Islam di Tengah Krisis Humanisme Universal.

membahagiakan kehidupan rakyatnya, di mana berdasarkan konsep ini, pentadbir kerajaan pada asasnya adalah merupakan public service yang bertugas sebagai pelayan dari pada keperluan masyarakat.134

Dalam perjalanan sejarahnya, kerajaan pertama yang membangun negara dalam konsep nation-state adalah kerajaan Britain pada sekitar abad ke 17, manakala revolusi Perancis pada tahun 1789 ikut terbabit pula dalam penyebarannya kepada daerah-daerah yang menjadi wilayah jajahannya.135 Pada masa selanjutnya, lahirnya gerakan kolonialisme Barat pada abad 16 M yang mampu menguasai (menjajah) kerajaan-kerajaan Muslim, disebabkan keadaan lemah yang dialami oleh negara-negara Muslim, merupakan jalan perkenalan negara-negara Muslim terhadap idea dan gagasan tentang pembentukan kerajaan dalam bentuk nation-state.

Oleh yang demikian, pada abad ke 20, apabila kerajaan-kerajaan Muslim berkenaan mencapai kemerdekaan dari pada kaum penjajah Barat, tidak ada jalan lain kecuali menerima keperluan pembentukan negara dalam konsep nation-state berkenaan sebagai realiti semasa. Realiti ini yang yang menyebabkan pada masa sekarang, semua kerajaan-kerajaan Muslim, melaksanakan konsep nation-state walaupun masih banyak berbagai-bagai permasalahan dalam menyatukan idealisme dan universalisme Islam dengan konsep nation-state, serta kepentingan tempatan dalam masing-masing kerajaan-kerajaan berkenaan.

Menyimpang dari pada konsep awal, realiti pada masa sekarang, di mana kewujudan kerajaan dalam bentuk nation-state sebagai sesebuah realiti yang tidak dapat ditolak, ternyata membawa implikasi ganda dalam kehidupan iaitu,

134

Untuk mengetahui secara jelas berkenaan dengan sejarah pembentukan Negara dan tujuan pembentukan Negara dapat dilihat dalam R.M. Mac Iver (1950), The Modern State. London: Oxford University Press, h. 3-24

135

Muhyar Fanani (2008), Membumikan Hukum Langit: Nasionalisasi Hukum Islam dan

membawa kebahagiaan dan terkadang membawa kesengsaraan pula terhadap masyarakat. Kesengsaraan kepada masyarakat berkenaan, muncul apabila konsep kerajaan berkenaan, mengalami penyelewengan yang berimplikasi kepada ketidak harmonian antara kerajaan dengan masyarakat, di mana kedaulatan yang secara konseptual harus berada di tangan rakyat, pada realitinya lebih banyak dipegang oleh penguasa kerajaan, dan rakyat hanya sekadar menjadi objek yang harus diperintah dan diatur oleh penguasa berkenaan. Kenyataan ini, pada akhirnya memunculkan berbagai-bagai penyelewengan yang berupa penindasan, kekerasan, pelanggaran HAM (hak asasi manusia), ketidakadilan dan sebagainya terhadap masyarakat.136 Manakala pada sisi yang lain melahirkan gerakan perlawanan dari pada rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan sistem yang berlaku.

Dalam konteks negara-negara berkembang, yang baharu mampu merdeka dan keluar daripada penjajahan Barat (khasnya kerajaan-kerajaan Muslim), ramai kerajaan-kerajaan berkenaan melakukan tindak kekerasan ke atas masyarakatnya yang dilakukan penguasa setempat, mana ada kekerasan dalam bentuk fizikal mahupun dalam bentuk penghilangan hak-hak asasnya. Di negara-negara berkenaan, hak-hak sivil selalu diinjak-injak oleh kekuatan negara yang sangat kuat dan menghalalkan segala cara dalam menjaga kekuasaannya, dan justeru ditaja oleh berbagai-bagai kepentingan negara-negara Barat dalam mencari keuntungan ekonominya.137

136 Realiti tentang kehidupan berbangsa dan bernegara yang tidak selari dengan konsep yang di inginkan dalam terbentuknya nation-state iaitu berbagai-bagai kekerasan dan ketidakadilan yang bahkan terjadi di beberapa Negara-negara Barat yang dianggap paling demokratis dapat dilihat dalam buku Jamil Salmi (2005), Violence and Democratic Society: Hooliganisme dan

Masyarakat demokrasi, Slamet Raharjo (terj). Yogyakarta: Pilar Media. Dalam buku tersebut

dijelaskan berbagai-bagai kelarasan mana ada dalam bentuk langsung mahupun tidak langsung dan berbagai-bagai kekerasan lain yang dilakukan oleh berbagai-bagai rejim penguasa Barat terhadap rakyatnya sendiri mahupun masyarakat yang hidup di belahan dunia ke tiga.

137

kepelbagaian kekerasan dan kepentingan di sebalik kejadian tersebut juga digambarkan oleh Prof. DR. Jamil Salmi, Ph.D. dalam buku beliau. Untuk lebih jelasnya lihat Ibid

Sama halnya dengan Indonesia sebagai bahagian negara ketiga yang sedang berkembang, berbagai-bagai permasalahan berkenaan dengan hubungan antara penguasa dan rakyat, sistem demokrasi yang masih tidak jelas, perlakuan kekerasan terhadap rakyatnya dan lain-lain, masih menjadi permasalahan yang belum terselesaikan. Ramai ahli politik Indonesia yang mengkategorikan sistem kekuasaan yang di bangun oleh rejim Orde Baru adalah sistem diktator, sehingga tidak hanya membangun sistem pemerintahan yang dominan dalam menentukan pengelolaan sosial, ekonomi, politik dan hukum (sistem undang-undang), akan tetapi juga telah membentuk sistem pemerintahan yang otoriter dan korup, yang justeru telah pun mempengaruhi pola fikir masyarakat dalam membentuk sistem berfikir dan sistem budaya yang “diktator” dan “korup” pula.138 Oleh yang demikian, segala hal yang menjadi keputusan dan ketetapan rejim berkenaan dapat dikatakan sebagai hasil dari pada sistem yang otoriter sebagai akibat logik dari pada sistem politik dan pemerintahan yang dilaksanakan oleh rejim penguasa.