• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB II DINAMISME HUKUM ISLAM DI INDONESIA

2.3. Pembaharuan Hukum Islam di Indonesia

2.3.1. Konsep Pembaharuan Hukum Islam

Sama halnya dengan negara-negara Islam yang lain, Indonesia sebagai negara yang teramai penduduk Muslimnya juga mengalami proses pembaharuan gerakan dan pemikiran ajaran Islam. Pembaharuan pemikiran hukum Islam mengikut konteks Indonesia, bermula pada abad ke 20 M., apabila Hasbi ash-Shiddieqy seorang yang pakar dalam berbagai-bagai bidang keIslaman, melahirkan gagasan tentang “fiqh Indonesia” dalam artikel pertamanya yang bertajuk “Memoedahkan Definisi Islam”,121 di mana sebelumnya Hazairin telah

118

Dalam menghadapi tantangan ini, umat Islam menghadapi dengan berbagai-bagai bentuk yang menurut Akbar S. Ahmed berlangsung dalam tiga tipologi iaitu, Tradisionalis, Radikalisme dan Modenis. Lihat Akbar S. Ahmed (1994), Post-Modernisme: Bahaya dan Harapan Bagi

Islam. M. Sirozi (Terj). Bandung: Mizan, h. 40. Sedangkan menurut Fazlur Rahman

berlangsung dalam empat tipologi iaitu, Revivalisme Pra-Modenis, Modenisme Klasik, Neo-Revivalis (Neo-Revivalisme Pasca-Modenis) dan Neo-Modenisme. Lihat Taufik Adnan Amal (1990), Metode dan Alternatif Neo-Modernisme Fazlurrahman. Bandung: Mizan, h. 18-20 119

Gerakan ini biasanya dihubungkan dengan upaya pemurnian dan pembaharuan ajaran Islam yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah pada abad ke 12 M, di mana faham tersebut dihidupkan kembeli oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab. Lihat Agus Muhammad (2008), “Islam Nusantara di Tengah Gelombang Puritanisme”, Jurnal Tashwirul Afkar, Edisi No. 26 Tahun 2008, h. 29-31

120

Riset Redaksi, “Merawat Kritis isme: Agama-Revolusi Vis a Vis Elit status-Quo”, Jurnal

Gerbang, Edisi 02 Tahun II April-Juni 1999, h. 33-34

121 Sebenarnya tulisan Hasbi tersebut merupakan tulisan dalam menjawab tulisan Sukarno yang mengkritik cara pandang para ulama pada masa berkenaan. Lihat Mahsun Fuad (2005), op.cit., h. 64-65.

pun memunculkan gagasan yang hampir sama iaitu “Fiqh Mazhab Nasional” (Mazhab Indonesia).122

Dengan wujudnya gagasan tersebut, secara berterusan bermunculan pula berbagai-bagai gagasan tentang konsep pembaharuan hukum Islam mengikut konteks Indonesia, satu contoh gagasan tentang “Reaktualisasi (Kontekstualisasi) Ajaran Islam” oleh Munawir Sjadzali, “Agama Keadilan” oleh Masdar F. Mas’udi, “Fiqh Sosial” oleh M.A. Sahal Mahfudh dan Ali Yafie dan lain-lain. Manakala pembaharuan pemikiran Islam Indonesia secara amnya, juga melahirkan ramai gagasan yang baharu pula, satu contoh gagasan “Sekulerisasi Islam” oleh Nucholis Majid, “Islam Alternatif” oleh Jalaluddin Rahmat, “Pribumisasi Islam” oleh Abdurrahman Wahid, “Teologi Kerukunan” oleh Djohan Efendi, dan lain-lain.

Majoriti idea dan gagasan pembaharuan pemikiran ajaran Islam yang muncul tersebut, lebih dialamatkan ke atas masalah-masalah sosial politik dan ekonomi. Di mana hal berkenaan merupakan respons ke atas keadaan pada masa itu, apabila penguasa Orde Baru secara sistematik dan berterusan melakukan intervensi (campur tangan) terhadap umat Islam dalam memenuhi kepentingan mereka sendiri. Sehingga dalam pembaharuan pemikiran mereka, aspek metodologi dan substance (pokok) ajaran Islam, mahupun sumber-sumbernya kurang memperoleh perhatian dalam pembaharuan pemikiran mereka.

Manakala dalam konteks pembaharuan hukum Islam, majoriti gagasan dan idea yang sedia ada wujud, menurut umumnya merupakan respons ke atas keberhentian (stagnant) pemikiran hukum Islam (fenomena bertaklid yang melebih-lebihkan) dan pelaksanaan hukum Islam di Indonesia yang masih

122

bercorakkan Arab-minded. Dalam konteks ini, Hasbi al-Shiddiqiey sebagai orang pertama yang mempunyai idea “fiqh Indonesia” berpendapat bahawa ada beberapa bahagian hukum Islam yang dilaksanakan di Indonesia yang di asaskan kepada ‘urf Timur Tengah, sehingga kurang bersesuaian dengan kesedaran hukum masyarakat Indonesia yang masuk dalam perlembagaan atau institusi hukum adat.

Dalam menawarkan gagasan berkenaan, beliau mengasaskan kepada konsep bahawa fiqh yang sudah pun dilaksanakan kaum Muslim di Indonesia haruslah hukum Islam yang bersesuaian dalam memenuhi kepentingan mereka, iaitu hukum adat yang telah pun berkembang dalam masyarakat Indonesia yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.123 Oleh yang demikian itu, dalam konteks epistemologi, beliau menawarkan metode talfiq dengan memilih pendapat para ulama yang bersesuaian dengan keadaan masyarakat Indonesia, serta dengan mempertimbangkan adat rasam tempatan sebagai asas dalam membangun sesebuah bentuk pemikiran hukum Islam di Indonesia.124

Berbeza dengan Hasbi ash-Shiddieqy, Hazairin membangun konsep pembaharuan pemikirannya dengan cara mengembangkan fiqh mazhab Sya>fi’i>.125 Beliau mengasaskan pemikirannya kepada realiti sejarah bahawa mazhab Sya>fi’i> telah pun lama dilaksanakan oleh masyarakat Indonesia, sehingga ianya telah pun menjadi satu dengan adat rasam masyarakat Indonesia. Walaupun ada perbezaan pendapat, kedua-dua pemikir tersebut (Hasbi dan Hazairin), bersetuju kepada

123 Ibid, h. 68-69

124 Sebenarnya Hasbi mengembangkan pemikiran hukum Islam Indonesia dengan berangkat dari pada konsep mas}lah}ah. Kemudian beliau membangun kerangka epistemologinya dengan

melakukan kajian komparatif (perbandingan) daripada berbagai-bagai mazhab yang bahkan sampai kepada mazhab Syi’ah dan metode Barat. Berangkat dari kerangka ini, kemudian beliau menerima metode talfiq. Marzuki Wahid & Rumadi (2001), op.cit., h. 126. Untuk lebih jelas dalam lihat penawaran metode Hasbi, lihat Nourouzzaman Shiddaqi (1997), Fiqh

Indonesia: Penggagas dan Gagasannya. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 65-78. Bandingkan

dengan Mahsun Fuad (2005), op.cit., h. 69-75. 125

K.N. Sofyan Hasan dan Waekum Sumitro (1994), Dasar-Dasar Memahami Hukum Islam di

pentingnya adat kebiasaan masyarakat untuk dijadikan rujukan dalam membangun pemikiran hukum Islam Indonesia.

Selari dengan kedua-dua pemikiran berkenaan, konsep pembaharuan pemikiran yang dikembangkan oleh beberapa pembaharu hukum Islam Indonesia pada masa selanjutnya, ramai memberi fokus utama ke atas pentingnya pembaharuan dalam hukum Islam, dengan mengikut bentukan (setting) sejarah tamadun manusia yang selalunya mengalami perubahan dan perkembangan. Bahkan pemikiran pada masa ini, sudah pun mencuba memberikan alternatif baharu dalam melakukan ijtihad, dengan mulai mengulang kaji kembali (deconstruction dan reconstruction) nilai (substance) ajaran Islam masa lalu dan mencuba untuk menempatkannya dalam kerangka ruang, waktu dan keadaan sosial masa ini.126

Selain itu, masa generasi ini, bersamaan pula dengan perubahan polisi politik penguasa Orde Baru ke atas gerakan Islam, manakala penguasa Orde Baru sudah pun memberikan dukungan terhadap beberapa kelompok Islam, iaitu dengan memberikan dukungan terhadap berdirinya Organisasi ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia) pada tahun 1990.127 Oleh yang demikian, pemerintah kerajaan Orde Baru mulai menerima beberapa alternatif tentang keberlakuan atau pelaksanaan hukum Islam sebagai hukum (positif) negara.

126

Hal ini terlihat daripada pemikiran Munawir Sjadzali yang mencuba membongkar fiqh dengan berpijak daripada kes tentang pembahagian waris, di mana beliau mencuba mengembangkan konsep keadilan dalam hal waris dengan menawarkan pembahagian yang sama antara laki-laki dan perempuan. Untuk lebih jelasnya lihat Munawir Sjadzali (1988), “Reaktualisasi Ajaran Islam”, dalam Iqbal Abdur Rauf Saimina (ed), Polemik Reaktualisasi Ajaran Islam, Jakarta: Pustaka Panjimas. Lihat juga tulisan Masdar F. Mas’udi yang mencuba menawarkan paradigma baharu dalam pemikiran hukum Islam. Untuk lebih jelas rujuk Masdar F. Mas’udi (1991), Agama Keadilan: Risalah Zakat (pajak) dalam Islam. Jakarta: P3M. Sedangkan pembahasan tentang kerangka epistemologi yang menggunakan deconstruction dan

reconstruction dapat dilihat dalam Ilyas Supena & M. Fauzi (2002), Dekonstruksi dan Rekonstruksi Hukum Islam. Semarang: Gama Media.

127 R. William Liddle (1998) “Skripturalisme Media Dakwah: Sebuah Bentuk Pemikiran dan Aksi Politik Islam di Indonesia” dalam Mark R. Widodo (ed), Jalan Baru Islam: Memetakan