• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB IV KHI DAN REKONSTRUKSI PELAKSANAAN

4.1. KHI : Pelaksanaan dan Pembaharuan Hukum

4.1.1. Gambaran Sebenar Kompilasi Hukum Islam

Berdasarkan realiti ini, Indonesia tidak dapat menafikan adanya kepentingan orang-orang Islam yang menginginkan adanya aturan yang memuat dan tidak bertentangan dengan hukum Islam. Sehingga, mulai masa awal pembentukan negara Indonesia pasca kemerdekaan, pertembungan dan perdebatan

195 Pada aspek ini, J.N.D. Anderson, berpendapat bahawa sistem-sistem hukum di negara-negara Islam masa sekarang, secara garis besar dapat dikelompokkan menjadi tiga kelompok iaitu, negara yang menggunakan sistem yang mengakui syariah sebagai hukum asas, negara yang menggunakan sistem yang tidak mengakui syariah sebagai hukum asas akan tetapi menggunakan sistem hukum sekular dan negara yang menggunakan sistem hukum yang mencampurkan antara sistem syariah dan sekular. Untuk lebih jelasnya, lihat J.N.D. Anderson (1994), Hukum Islam Di Dunia Moderen. Machnun Husein (terj). Yogyakarta: Tiara Wacana, h. 100-121

berkenaan dengan sistem negara dan sistem perundangan negara sering kali terjadi antara kelompok Islam dan kelompok yang menolak ajaran Islam untuk dijadikan dasar negara, mahupun dimasukkan dalam undang-undang dasar negara. Walaupun demikian, dua rejim penguasa di Indonesia tidak dapat menolak untuk menguatkuasakan beberapa aturan hukum Islam, khasnya dalam bidang

ah}wa>lal

-syakhs}iyah

, termasuk pula Kompilasi Hukum Islam (KHI).

Dilihat dari pada aspek ini, KHI yang merupakan hukum Islam yang mempunyai unsur

ila>hiyyah

sebagai unsur asas dalam semua hukum Islam, adalah termasuk pula produk hukum yang dilahirkan oleh sesebuah rejim penguasa politik, yang mempunyai kepentingan dan paradigma sendiri. Oleh yang demikian, selain bersifat tidak kekal dan tidak mutlak benar, KHI juga merupakan peraturan yang mencerminkan kehendak dan kepentingan penguasa politik yang menggagas dan menguatkuasakannya, iaitu rejim Orde Baru.196

Realiti ini, dapat dilihat dari pada sejarah lahirnya idea pembentukan KHI, di mana idea berkenaan, muncul dan berkembang di lingkungan MA dan Depag yang merupakan pelaksana utama dalam pembentukan KHI. Selain itu, pelaksanaan projek dalam pembentukan KHI juga didominasi oleh kedua-dua lembaga berkenaan yang merupakan lembaga formal pemerintah,197 di mana kelompok-kelompok lain yang juga terlibat dalam pembentukan KHI tersebut, hanya diikut sertakan sebagai penyelidik dan peserta dalam forum lokakarya.

196 Berkenaan dengan sifat rejim Orde Baru, Moh. Mahfud MD seperti yang dirujuk oleh Marzuki Wahid, berpendapat bahawa bangunan (konfigurasi) politik Orde Baru dikategorikan sebagai politik yang tidak demokratik, oleh kerananya kecenderungan produk hukumnya adalah konservatif dan ortodoks. Lihat Marzuki Wahid dan Rumadi (2001), op.cit., h. 173. Sedangkan beberapa faktor dominan dari politik hukum Orde Baru yang ikut mempengaruhi politik hukum Islam dalam pembentukan KHI iaitu, Ideologi Pancasila, Visi Pembangunan isme, Dominasi Negara atas Masyarakat, Wawasan Kebangsaan, dan Wawasan Bhinneka Tunggal Ika. Marzuki Wahid dan Rumadi (2001), op.cit., h.183

197 Dalam pandangan fiqh dan us}u>l al-fiqh hal tersebut akan menimbulkan pertanyaan “apakah

kedua-dua kelompok tersebut sudah dapat dikatakan sebagai mujtahid? Sehingga hasil yang berupa KHI dapat dikategorikan sebagai hasil ijtihad. Hal ini juga sangat penting untuk di selidik lebih lanjut.

Dengan erti kata, ia berada dalam posisi periphery (pelengkap) sahaja. Oleh kerananya, benar apabila dikatakan bahawa lahirnya KHI sebagai pedoman hukum Islam di Indonesia, lebih disebabkan adanya political will penguasa dan bukan semata-mata hasil perjuangan kelompok Islam.

Pada aspek ini, KHI sebagai hukum Islam berada di tengah antara paradigma ajaran agama Islam dan paradigma negara, atau hasil perhubungan antara hukum Islam sebagai divine law dengan sistem negara dalam konsep nation-state. Dalam pandangan agama Islam, hukum Islam sebagai bahagian ajaran agama Islam wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam secara

ka>ffah

,198 manakala kepelbagaian dalam mazhab adalah merupakan rahmat. Begitu pula dengan keterbukaan ijtihad dan

tajdi>d

adalah merupakan bahagian dari pada sifat universal, dinamik, dan

muru>nah

yang menjadi karakter hukum Islam dalam menghadapi perkembangan masa dan tempat yang merangkuminya.

Pada sisi yang sama pula, ia berada dalam kekuasaan negara yang sudah pun mempunyai sistem hukum dan perundangannya sendiri, di mana dalam konsep politik hukum Orde Baru, hukum dan perundangan yang diakui adalah sistem hukum yang mengabdi kepada kepentingan nasional, iaitu sistem hukum yang berasaskan kepada pancasila dan UUD 45 dengan mempertimbangkan kepelbagaian agama, etnik, suku dan golongan. Oleh kerananya, kepentingan perundangan negara merujuk kepada unifikasi dan kodifikasi hukum demi kepastian dan ketertiban hukum.199

Oleh yang demikiannya, KHI adalah hukum Islam yang lahir dari pada kedua-dua paradigma tersebut di atas, di mana ia merupakan hasil dari pada

198 Hal ini berdasarkan al-Qur’a>n, )*+آ -./ا 0*ا1.داا12اء 3ی4ا5ی6ی... . Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan … Terjemahan Surah al-Baqarah (2): 208 199

Sistem hukum ini disebut dengan Sistem Hukum Pancasila. Marzuki Wahid & Rumadi,

hubungan antara kepentingan politik negara dan hukum Islam atau dengan kata lain, KHI merupakan hasil dari pada konfigurasi politik hukum Islam di negara Indonesia. Oleh kerananya, sebagai salah satu aturan perundangan di Indonesia, KHI harus didasarkan kepada perundangan yang ada di atasnya, dan tidak boleh bertentangan dengannya, yang secara amnya adalah semua Undang-Undang yang diiktiraf di Indonesia, khasnya undang-undang No 1 tahun 1974 tentang perkahwinan dan peraturan perundangan yang lain yang berhubung kait dengan kandungan isi peraturan yang diatur dalam KHI.

Kenyataan ini dapat dilihat dari pada banyaknya kandungan isi KHI yang merupakan kandungan isi dalam undang No. 1 Tahun 1974, undang-undang No. 2 Tahun 1946 jo, undang-undang-undang-undang No. 32 Tahun 1954 dan Peraturan Pemerintah No. 9 Tahun 1975, di mana beberapa aturan dalam peraturan tersebut di atas menjadi asas dan sumber sebahagian aturan dalam KHI. Manakala dalam bahagian penjelasan KHI200 disebutkan bahawa yang menjadi dasar dalam materi KHI adalah Pancasila, UUD 1945, UU No. 14 Tahun 1970, UU No. 14 Tahun 1985, UU No. 1 Tahun 1974 dan PP No. 28 Tahun 1977.

Pada aspek yang lain, iaitu sebagai hukum Islam, diyakini bahawa pada hakikatnya, kandungan isi KHI adalah berisi nilai-nilai dan aturan-aturan hukum Islam, kerana banyaknya fasfasal dalam KHI yang bersesuaian dengan al-Qur’a>n dan al-Sunah serta asas-asas dalam pembentukan fiqh (ﺔﻌﻴﺭﺸﻝﺍ ﺭﺩﺎﺼﻤ), walaupun dalam buku tentang penjelasan KHI tidak ditemukan penyebutan al-Qur’a>n dan al-Sunnah, serta dalil-dalil hukum Islam lain sebagai sumber dalam pembuatannya. Bahkan yang tertulis dalam penjelasan sejarah penyusunan KHI, sumber-sumber rujukannya adalah kitab-kitab

tura>th

sebanyak 36 kitab, hasil

200

temu bual dengan 185 ulama di wilayah PTA se-Indonesia dan buku yurisprudensi PA dan PTA di Indonesia.201

Berdasarkan penjelasan tersebut di atas, penyebutan beberapa pakar di Indonesia terhadap KHI sebagai fiqh atau hukum Islam, seperti Bustanul Arifin yang menyebut KHI sebagai fiqh dalam bahasa undang-undang, Taher Azhari yang menyebutnya sebagai

tasyri>’ isla>mi>

, Marzuki Wahid yang menyebutnya sebagai fiqh Islam berwawasan pancasila202 dan beberapa tokoh lain yang menyebutnya sebagai fiqh Indonesia, adalah didasarkan kepada kandungan isi KHI yang banyak mengandungi nilai-nilai ajaran fiqh dengan berbagai-bagai tolak ansurnya dengan hukum adat, keadaan sosial budaya dan konteks Indonesia sebagai negara bangsa. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa, kandungan peraturan hukum dalam KHI, selain mempunyai karakter hukum Islam, juga mempunyai karakter sistem perundangan dan politik hukum (politik undang-undang) yang dianut oleh rejim Orde Baru sebagai penguasa negara pada saat lahirnya KHI berkenaan.

Realiti ini, memberikan pengertian bahawa KHI merupakan hukum Islam Indonesia yang selain berkarakter ajaran Islam, juga mempunyai karakter seperti yang dimiliki oleh hukum dan perundangan-perundangan yang lain di Indonesia, khasnya yang lahir pada masa pemerintahan Orde Baru. Dalam aspek ini, materi hukum dalam KHI, adalah hukum Islam yang mempunyai karakter otonom yang mandiri dan bebas dari kepentingan apa pun sebagai karakter dari pada semua hukum Islam. Sedangkan pada aspek sebagai hukum negara, KHI mempunyai karakter reduksionis dan konservatif sebagi karakter hukum yang dilahirkan oleh penguasa Orde Baru.

201

Ibid, h. 141-143 202

Kedua-dua karakter ini, merupakan konsekuensi logik terhadap pelaksanaan hukum agama tertentu (Islam) yang harus tidak bertentangan dengan Pancasila sebagai dasar negara, dan tetap berada di bawah payung persatuan nasional. Reduksi terhadap materi hukum Islam ini, dimaksudkan untuk tetap tegaknya Pancasila sebagai ideologi bangsa dan tidak terancamnya agama-agama lain dengan dilaksanakannya hukum Islam di Indonesia. Oleh kerananya, KHI sebagai hukum Islam yang dikuatkuasakan sebagai hukum negara, dalam proses pembuatannya tidak terlepas dari pada proses bargaining antara agama Islam dengan negara (Pancasila) dan juga dengan agama-agama yang lain.203

Manakala karakter konservatif, merupakan konsekuensi logik dari pada terciptanya hukum Islam sebagai hukum negara dengan menggunakan bahasa perundangan yang baku dan kaku, serta dijadikan sebagai aturan tunggal yang harus dilaksanakan mengikuti kaedah hukum negara yang berlaku. Oleh itu, hukum Islam yang seharusnya bersifat dinamik dan fleksibel menjadi hukum yang bersifat konservatif, apatah lagi apabila dalam pelaksanaannya tidak diimbangi dengan pemahaman yang mendalam oleh hakim sebagai pelaksana hukum tersebut. Pada aspek ini, KHI merupakan cerminan hukum Islam yang konservatif kerana dirumuskan dalam konteks aturan perundangan yang bersifat mengatur dan memaksa demi terciptanya kesatuan dan kepastian hukum.