• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harapan Yang Amat Menghairankan

Israel menyalahgunakan kedudukan istimewa mereka sebagai umat istimewa Allah dengan melayani fikiran bahawa mereka

Biarpun Samar-Samar, Harapan Tetap Ada

kebal daripada pengadilan oleh itu,mereka tidak perlu menjalani kehidupan yang kudus. Maka bersabdalah Amos: “Sesungguhnya, Tuhan Allah sudah mengamat-amati kerajaan yang berdosa ini: Aku akan memunahkannya dari muka bumi!” (9:8). Mungkin buku ini patut diakhiri di sini sahaja, dan tentunya itu akan menjadikan buku ini sebagai pengisahan yang hebat mengenai nasib celaka sesetengah umat Allah. Apa tidaknya, lapan setengah bab yang terisi dengan kisah ajal maut yang tidak terhenti-henti dan ugutan bahawa pengadilan akan dijalankan terhadap umat yang memang bersalah dan yang suka sangat memberontak dan melawan.

Tetapi ayat 8 tidak berhenti setakat itu sahaja. Separuh kedua ayat itu memang satu kejutan bagi mereka yang telah membaca kitab Amos dari mukadimahnya lagi: “Sesungguhnya, Tuhan Allah sudah mengamat-amati kerajaan yang berdosa ini: Aku akan memunahkannya dari muka bumi! Tetapi Aku tidak akan memunahkan keturunan Yakub sama sekali,” demikianlah firman Allah.” Jika memang kita telah membaca daripada permulaan kitab ini lagi, pasti kita telah berfikir bahawa Allah tentu akan benar-benar menghakimi umat-Nya! Tetapi kini muncul pula benih harapan ini!

Saya pernah dengar kisah seseorang yang menerima panggilan telefon di tempat kerjanya untuk pulang ke rumahnya dengan serta merta sebab ada masalah di sana. Dia pulang dengan memecut laju lalu terlihat beberapa buah kereta polis di luar rumahnya. Dengan gugup gementar melanda jantungnya, berjalanlah dia ke pintu rumahnya di mana berdiri seorang polis. Adakah keluarganya telah terbunuh? Tampak jelas yang rumahnya tidak hangus terbakar, tetapi adakah kesemua harta-bendanya telah dirompak? Anggota polis itu berkata, “Silakan masuk, tuan,” lalu membuka pintu itu … maka dengan serentak kesemua rakannya yang berada di dalam rumah menjerit, “Selamat Hari Jadi!”

Luar biasa sekali kejutan harijadi itu! Tetapi dari satu segi, kejutan yang sama sedang berlaku di sini. Kita menjangkakan (balasan) yang paling teruk tetapi apabila kita sampai ke bahagian tengah Amos 9, anda akan berfikir, “Memang inilah dia. Sudah tiada langsung harapan bagi kalangan umat itu. Habislah mereka!” “Kecuali Aku tidak akan memunahkan keturunan Yakub, demikianlah firman Tuhan.” Ini begitu menghairankan hinggakan pada hemat ramai penulis serta sarjana, bukan Amos yang melafazkan perkataan tersebut. Mungkin juga bahagian ini ditambah kemudian, malah mungkin ratusan tahun kemudiannya. Biarpun saya memahami kenyataan ini sifat yang tak disangka-sangka, pandangan bahawa ia ditambah kemudian, agak sempit sebab setiap nabi ada kata-kata pengharapan bersama-sama sabda pengadilan atau penghakiman. Tentu saja Amos akan dianggap unik jika beliau berhenti sahaja pada pertengahan ayat 8 dan itu jugalah bahagian terakhir kitab itu. Juga, para nabi , secara selaras memberitakan pengharapan yang menyusul pengadilan. Itu juga sesuai dengan watak Allah, sebab kata “Tamat!” tidak pernah menjadi firman terakhir-Nya. Dalam perkataan terakhir Allah senantiasa ada harapan, dan Amos meneruskan sabdanya dengan memberi pemerian bagi harapan itu. Dia berbuat demikian sebab dia nampak penglihatan di mana Allah ialah tukang masak.

Allah ialah ‘tukang masak’ yang mengayak tepungnya, mengasingkan tepung yang berketul-ketul dan bendasing lalu tepung yang baik ditapis keluar. “Sebab sesungguhnya, Aku memberi perintah, dan Aku mengiraikan kaum Israel di antara segala bangsa, seperti orang mengiraikan ayak, dan sebiji batu kecil pun tidak akan jatuh ke tanah” (9:9). Segala barang baik melepasi ayakan disimpan dan dikekalkan, tetapi segala bendasing, batu-batu kerakal yang kecil, ketulan tepung dan kotoran terperangkap di dalam pengayak pengadilan akan dimusnahkan.

Biarpun Samar-Samar, Harapan Tetap Ada

Maka para pendosa tidak akan terlepas: “Oleh pedang akan mati terbunuh semua orang berdosa di antara umat-Ku yang mengatakan: Malapetaka itu tidak akan menyusul dan tidak akan mencapai kami” (9:10). Gambaran harapan hanya sah bagai kalangan yang melepasi pengayakan di dalam ayat-ayat terakhir bab ini.

“Pada hari itu Aku akan mendirikan kembali pondok Daud yang telah roboh; Aku akan menutup pecahan dindingnya, dan akan mendirikan kembali reruntuhannya; Aku akan membangunnya kembali seperti pada zaman dahulu kala” (9:11). Ungkapan “pondok Daud” ialah rujukan kepada raja yang terdahulu yang hidup lebih daripada 200 tahun sebelum era. Daud memang seorang raja yang hebat dan para umat Allah memang begitu bersatu di bawah pemerintahannya. Sewaktu zaman Amos, keadaannya tidak begitu, kerana waktu itu kerajaan itu tidak bersepakat. ‘Pondok Daud’ mungkin cara menghina untuk menyebut dinasti atau wangsa Daud. Tetapi Amos tetap memandang ke hadapan lalu menjanjikan hari apabila seluruh umat Allah akan bersatu semula di bawah pemerintahan seorang raja keturunan Daud. Itu ialah janji bahawa akan ada raja keturunan Daud yang akan bertakhta dan memerintah kalangan umat Allah. Memang hal itu penting sebab semenjak pemerintahan Raja Sulaiman iaitu putera (Raja) Daud, kerajaan utara yang menjadi sasaran sabda Amos sebab langsung tiada raja daripada keturunan Daud.

Malahan lebih daripada itu, ayat ini menjanjikan penguasaan dunia oleh para umat Allah... ‘supaya mereka menguasai sisa-sisa bangsa Edom dan segala bangsa yang Kusebut milik-Ku,” demikianlah firman Tuhan yang melakukan hal ini’(9:12).

Maka akan terbina semula sebuah kerajaan yang maha hebat, tetapi lebih daripada itu, ia akan menjadi sebuah kerajaan yang

penuh dengan kemakmuran. “Sesungguhnya, waktu akan datang,” demikianlah firman Allah, “bahwa pembajak akan tepat menyusul penuai dan pengirik buah anggur penabur benih; gunung-gunung akan meniriskan anggur baru dan segala bukit akan kebanjiran.” (9:13). Hasil tanaman akan melimph ruah hinggakan penuaiannya akan mengambil masa yang sangat lama dan pada sewaktu lansainya urusan menuai itu, si pembajak sudah bersedia untuk menyediakan sawah ladang itu untuk tanaman seterusnya. Begitu pantas sekali tanaman bertumbuh dan membesar hinggakan kalangan yang menuai hampir-hampir memotong kalangan yang menabur benih.

Itu memang satu gambaran kesuburan pertanian yang terbaik, rahmat yang melimpah ruah, hasil tanaman yang di luar sangkaan, yang cepat membesar. Keadaan segala-galanya sedemikian hebat hinggakan gunung-ganang akan meleleh-lelehkan wain (air anggur) yang manis, mungkin itu simpulan bahasa untuk mengungkapkan, “Engkau akan mengalami kelimpahan hasil tuaian dan wain serta anggur!”

Amos meneruskan sabda, “Aku akan memulihkan kembali umat-Ku Israel: mereka akan membangun kota-kota yang licin tandas dan mendiaminya; mereka akan menanami kebun-kebun anggur dan minum anggurnya; mereka akan membuat kebun-kebun buah-buahan dan makan buahnya.” (9:14). Itu memang kebalikan bagi pengadilan sebagaimana dalam Bab 5 sebelum ini. Kalangan umat yang menanam akan menikmati hasil jerih mereka. Kerja keras dan cucuran keringat mereka di tanah ladang masing-masing akan menghasilkan kelimpahan hasil tanaman dan bukan kesia-siaan. Tambahan pula, keadaan itu akan berkekalan. “Maka Aku akan menanam mereka di tanah mereka, dan mereka tidak akan dicabut lagi dari tanah yang telah Kuberikan kepada mereka,” firman Tuhan, Allahmu.” (9:15).

Biarpun Samar-Samar, Harapan Tetap Ada