• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkataan yang Memberi Harapan

Sebagaimana di mana-mana upacara pengebumian, sabda Amos kembali memberikan harapan. Mungkin itu sekadar sekilas pandang sahaja, tetapi apa pun, memang tetap ada harapan. Kalimah-kalimah ini mengimbangi perkataan membawa harapan dalam 5:4-6. “Carilah yang baik dan jangan yang jahat, supaya kamu hidup; dengan demikian Tuhan, Allah semesta alam, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan. Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik; dan tegakkanlah keadilan di pintu gerbang” (5:14-15). Di sini Amos bersabda “Carilah yang baik”, dan itu selari dengan “carilah Tuhan” yang digesa Amos supaya dilakukan oleh warga Israel dalam 5:4, 6. Namun ungkapan ‘carilah yang baik’ memang ada rakan sejawatnya. Perbuatan mencari yang baik juga bererti menjauhi atau membenci yang jahat. Yang disampaikan oleh Amos ialah ‘mana boleh anda mencari Allah jika anda tetap mengamalkan segala perbuatan yang jahat dan mungkar’. Maka berpalinglah daripada kejahatan dan beralihlah kepada Allah. Carilah Dia dan anda akan menemui-Nya, sebab “Tuhan, Allah semesta alam, akan menyertai kamu” (5:14).

Amos meneruskan sabdanya lalu menyampaikan bahawa usaha mencari yang baik bererti memastikan keadilan ditegakkan

Satu-Satunya Peluang Terakhir

di pintu gerbang (di mana pengadilan dijalankan oleh warga Israel purba). Hakikatnya iman yakni kepercayaan kepada Allah bukan sesuatu yang persendirian tetapi itu adalah perkara untuk yang awam. Kepercayaan umat Kristian bukan sesuatu yang peribadi, bukan yang persendirian. Kita memang wajib menjadi Warga Kristian yang mengamalkan kepercayaan kita secara awam pada hari Isnin, Selasa, Rabu hinggalah ke hari Sabtu, dan tentunya, hari Ahad juga. Dalam segala hal yang kita lakukan, hendaklah kita mengamalkan hubungan kita dengan Allah secara awam dan bukan menyimpannya sebagai sesuatu yang persendirian. Itulah yang disabdakan di sini oleh Amos. Beliau berusaha menenteramkan hati warga Israel bahawa sekalipun di tengah-tengah pengadilan dan dosa, mereka tetap masih boleh menghadap Allah secara persendirian dan menemui kehidupan. Hasilnya: ‘Mungkin Tuhan, Allah semesta alam, akan mengasihani sisa-sisa keturunan Yusuf’ (5:15). ‘Mungkin’ — ada terjemahan lain yang menggunakan ungkapan ‘boleh jadi’ — Allah akan baik budi. Itu tidak pula bererti bahawa ‘mudah berubah hati’ itu memang antara perwatakan atau sifat Allah hinggakan anda mustahil akan dapat mengatakan apakah yang bakal dilakukan oleh-Nya. Sebaliknya itu perkataan ‘boleh jadi’ digunakan sebab mustahil kita membuat anggapan tentang kasih karunia Allah, lagi pula itu bukan semestinya ganjaran balasan yang berpatutan buat kita. Kembali atau berbalik kepada Allah tidak bererti kita menghumbankan diri kita untuk mengemis belas ihsan-Nya, tanpa tuntutan terhadap kita dan dengan ‘tangan kosong.’ Kita memang tidak pergi menghadap-Nya dengan berkata, “Allah, inilah alasan mengapa Engkau mesti menerima diriku” tetapi sebaliknya kita mencari Allah dengan menyerahkan diri kita demi mengharapkan belas ihsan-Nya. Itu ‘mungkin’, sebab kita tidak

Maka, di manakah harus kita mencari Allah? Ke manakah harus kita tujui apabila kita mendengar kata-kata: “Carilah Allah, maka kamu akan hidup?” Seperti mana yang telah kita lihat, warga Israel purba memang suka menuju ke tempat-tempat suci mereka di Betel, Gilgal dan Bersyeba. Tetapi apabila mereka beralih ke tempat-tempat itu, kehidupan tidak ditemui mereka, dan hasilnya hanyalah pemusnahan. Apabila Amos bersabda, “Carilah Tuhan, maka kamu akan hidup”, bagi kita para Warga Kristian yang hidup lama sekali sesudah zaman Amos, kita hanya boleh berpaling dan mengharapkan seorang sahaja. Dia yang berfirman, “Akulah kebangkitan dan hidup” dan “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” (Yohanes 11:25; 14:6) sememangnya orang yang wajib kita cari. “Carilah Tuhan, maka kamu akan hidup” bukan merujuk pada satu tempat seperti Betel, Gilgal atau Bersyeba; dan bukan juga sebuah bangunan gereja atau katedral, tetapi sebaliknya kepada Yesus Kristus. Jika yang wajib dicari itu suatu tempat, maka kayu salib memanglah tempat itu. Harapan untuk mendapat belas kasihan terjadi di tengah-tengah pengadilan di atas kayu salib, di Kalvari 2,000 tahun nan lampau. Sebab di situ dan hanya di situ sahajalah, menerusi Yesus Kristus sahajalah, Allah membawa pengadilan terhadap dunia ini dan juga menawarkan belas kasihan.

Maka, di tengah-tengah ketidakadilan dunia ini, carilah Yesus Kristus. Di tengah-tengah pengadilan Allah terhadap dunia ini, carilah Kristus. Sebab dalam Kristus dan hanya dalam Dia sahaja, akan ditemui belas kasihan dan kehidupan. Namun begitu, ingatlah akan muzik latar di sepanjang bahagian ini. Lagu kabungan pengebumian masih dimainkan untuk dunia, malahan pada hari ini pun, namun muzik itu tidak akan kekal begitu buat selama-lamanya.

H

ari Kiamat sudah dekat! Pada setiap era, pengumuman sedemikian sering diuar-uarkan oleh para penggemar agama dan juga kalangan orang salih yang aneh-aneh. Mereka sering kali berdiri di sudut-sudut jalan sambil membawa sepanduk-sepanduk yang mengumumkan hal kiamat tersebut. Jangkaan tentang ketibaan hari kiamat begitu memuncak apabila milenium (seribu tahun) yang pertama tiba dan berlalu pada tahun Masehi 1000 dan 2000. Namun keghairahan sedemikian tidak sekadar terhad kepada dua tarikh tersebut sahaja. Setiap zaman pasti menyaksikan minat besar terhadap hari kiamat, dan ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa kita sudah pun memasuki era hari-hari terakhir sebelum kiamat. Misalnya, gelombang awal taifah atau sekta Jehovah’s Witnesses, memang percaya bahawa hari kiamat akan datang pada tahun 1914. Pada tahun 2011, menurut hitungan seorang pastor bangsa Amerika, Yesus Kristus akan kembali (ke dunia) pada Mei 2011. Lewat tarikh itu, beliau melaraskan tarikh itu ke Oktober 2011. Ternyata kedua-dua tarikh itu salah. Alangkah menyedihkan bagaimana ramai orang yang mengikuti bidaah dan penipuan sebegitu. Menurut sesetengah pihak 21 Disember, 2012 ialah tarikh

Penyembahan