• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebab itu sekarang, mereka akan pergi sebagai orang buangan di kepala barisan, dan berlalulah keriuhan pesta orang-orang yang duduk berjuntai itu’ (6:7). Yang ironi ialah kalangan umat yang

menyangka diri mereka itu orang-orang terkemuka daripada bangsa yang utama (6:1) dan yang terbaik, sebenarnya kelak menjadi rakyat pertama dibawa ke dalam pembuangan. Dasar negara Asyur ialah apabila mereka menakluki sesebuah negara, para pemimpin serta kaum kelas kaya raya dan juga para penguasa negara itu akan dibuang negeri. Para pemimpin yang ditakluk itu akan dipindahkan ke dalam kerajaan atau kubu-kubu Asyur. Ini merupakan suatu pendekatan untuk mencerai-beraikan rakyat penting negara yang ditawan itu supaya mereka tidak mungkin dapat bersatu kembali di bawah panji-panji negara penjajah mereka lantas mereka tidak mampu melawan para penakluk mereka. Strategi itu memang berkesan, sebab setelah termusnahnya negara Israel, ia langsung tidak berdaya untuk wujud semula. Kebanyakan dari kalangan umat Allah yang meneruskan kehidupan sampai ke zaman Yesus adalah daripada kerajaan selatan iaitu Yehuda, dan bukan umat daripada kerajaan utara iaitu Israel. Maka terkabul atau terlaksanalah segala sabda Amos — yang memberi kita amaran supaya kita mengambil serius dan mempeduli Firman Allah sebab Firman-Nya memang pasti terlaksana dan tidak pernah gagal.

Amos meneruskan sabdanya yang memberikan pengadilan yang serius, ringkas dan kasar: “Tuhan Allah telah bersumpah demi diri-Nya” (6:8). Bersumpahlah Allah untuk menyatakan dengan sejelas-jelasnya bagaimana pastinya pengadilan itu. “Aku ini keji kepada kecongkakan Yakub, dan benci kepada purinya.” Dia membenci segala kekuatan mereka. Berfirmanlah Tuhan, “Aku akan menyerahkan kota serta isinya” (6:8). Seolah-olah Dia berusaha agar umat Israel mula bertindak, Amos memperihalkan pula bencana yang mendatang dengan gambaran yang amat menakutkan: “Dan jika masih tinggal sepuluh orang dalam sebuah rumah, mereka akan mati.” (6:9). Sepuluh orang di dalam sebuah rumah mungkin membayangkan kesesakan di dalam tempat

Kealpaan Lantaran Menurut Nafsu

berkenaan, sebab umat dari luar bandar melarikan diri ke kotaraya sebaik sahaja tentera yang menyerang memulakan serangan mereka. Maka gambarannya seolah-olah negara Israel itu telah terkepung.

Dari sudut pandangan lain, itu mungkin gambaran akibat daripada peperangan. Katakanlah, pihak Asyur telah memusnahkan kotaraya itu dan saki-baki yang tinggal hanyalah sebuah rumah tunggal di sini atau di sana. Sedikit sahaja, ya tidak ramai orang yang terselamat, namun begitu, mereka terpaksa bersesak-sesak di dalam hanya beberapa buah rumah yang masih tidak tumbang atau dimusnahkan. Walau bagaimanapun, sabda Amos tetap lebih mengejutkan daripada itu, sebab dia bersabda bahawa “masih tinggal sepuluh orang dalam sebuah rumah, mereka akan mati. Yang disabdakannya ialah ‘Tiada seorang pun yang dapat melepaskan diri daripada pengadilan Allah. Mereka mungkin berjaya melepaskan diri pada mulanya, dan mungkin ada beberapa orang yang tersisa dan hidup. Namun, apabila sudah hampir ke penghujungnya, Allah akan mengambil kesemuanya dalam pengadilan-Nya.

Kemudian menyusul pula gambaran yang lebih mendesak: ‘Dan jika pamannya, pembakar mayat itu, yang datang mengangkat dan mengeluarkan mayat itu dari rumah itu, bertanya kepada orang yang ada di bagian belakang rumah: “Adakah lagi orang bersama-sama engkau?” dan dijawab: “Tidak ada,” ia akan berkata: “Diam!” Sebab tidaklah patut menyebut-nyebut nama TUHAN!”’ (6:10).

Nampaknya apa yang disampaikan di sini ialah betapa kalangan yang dibiarkan hidup akan ke sana ke mari mencari mayat para saudara mara mereka untuk mengebumikan mereka secara bersopan seperti yang sepatutnya. Memang suatu penghinaan membiarkan mayat tidak dikebumikan. Tetapi di sini kita dimaklumkan bahawa orangnya ialah dia yang ‘membakar’

mayat si mati dan bukan yang mengebumikannya. Implikasinya di sini ialah ada terlalu banyak mayat hinggakan tidak sempat menggali liang kubur atau mendirikan batu nisan. Lantas mereka akan sekadar membakar mayat-mayat itu. Dahsyat sekali gambaran itu — akibat daripada pembinasaan oleh umat Asyur! Bolehkah anda membayangkan seorang saudara sendiri yang pergi ke sebuah rumah lalu bertanya: “Adakah lagi orang bersama-sama engkau?” dan kedengaran suara yang ketakutan menyahut dari dalam, tetapi suara itu bukan daripada seorang yang berminat untuk keluar dan lari tetapi sebaliknya itu seorang yang sebegitu takut hinggakan dia bersembunyi di tengah-tengah mayat-mayat di dalam reruntuhan rumahnya! Orang yang baru datang akan berkata kepada orang (yang di dalam) itu, “Diam!” Sebab tidaklah patut menyebut-nyebut nama Tuhan!” (6:10). Apakah pengertian semua ini?

Di dalam Amos 5:13 kita baca iaitu, ‘orang yang berakal budi akan berdiam diri pada waktu itu.’ Mengapa? Sebab pengadilan dan pemusnahan itu memang kerja Allah, dan memang sudah terlambat untuk berseru kepada Allah. Mereka tidak boleh menyebut nama Allah, sebab Dia telah pun datang dengan pengadilan-Nya dan Dia tiada lagi di situ demi menolong semua orang itu. Sudah terlambat untuk itu. Amos bersabda tentang hal itu juga dalam 6:11. Hanya perintah Allah sahaja yang akan membawakan kemenangan penduduk Asyur atas umat Israel, dan bukannya kekuatan warga Asyur sendiri. ‘Sebab sesungguhnya, Tuhan memberi perintah, maka rumah besar dirobohkan menjadi reruntuhan dan rumah kecil menjadi rosokan’ (6:11). Kalimah itu bererti bahawa setiap rumah baik yang tersergam mahupun yang kecil, akan dimusnahkan apabila Allah memerintahkan demikian. Ini sebuah lagi gambaran yang mengerikan tentang pengadilan Allah terhadap Israel purba.

Kealpaan Lantaran Menurut Nafsu