• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemunafikan atau kepura-puraan ialah satu tuduhan yang sering dilemparkan terhadap gereja: “Oh, gereja itu penuh dengan kalangan munafik iaitu para hipokrit; mengapa mesti saya ke gereja itu?” Biarpun tuduhan melulu sedemikian sering menyerlahkan kejahilan terhadap Allah serta cara Dia menangani para umat-Nya agak menyedihkan. Kemunafikan beragama para hipokrit agama memang wujud. Ya, ada di kalangan yang kesalihan mereka semata-mata bersandiwara atau lapisan palsu luaran sahaja walhal kehidupan dalaman mereka langsung tiada kaitan dengan “kesolehan umum” yang diamalkan oleh mereka.

Mudah sahaja untuk menghadiri kebaktian di gereja, tampak seperti berlagak baik, kelihatan warak atau salih namun bila jauh daripada pameran kesalihan itu, mereka menjalani kehidupan yang jauh sekali daripada Allah. Memang Israel purba ialah contoh klasik sikap hipokrit beragama, sebab kalangan umat yang dipertuduhkan oleh Amos di dalam kitab ini ialah kalangan penggemar agama, yang setiap minggu pasti berada di gereja, yang duduk di barisan bangku depan sekali. Mereka itu para umat yang mengamalkan betul-betul hari Sabat dan semua pesta lain agama mereka. Mereka mengerjakan semua perkara yang betul dan pastikanlah mereka dilihat ketika melakukan segala yang baik-baik lagi betul itu.

Inilah apa yang dikatakan oleh kalangan umat seperti itu: “Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum?” (8:5). Mereka itu bagaikan kanak-kanak yang menantikan perayaan hari Krismas, yang membilang jam dan minit hingga tiba waktu untuk membuka bungkusan hadiah pada pagi hari Krismas. Inilah kalangan umat yang datang menghadiri gereja pada hari Ahad atau hari Sabat, dan mengira minit dan detik sehingga sampai waktu mereka boleh menjalankan semula perniagaan mereka pada hari Isnin dan seterusnya. Apakah yang berlaku apabila mereka kembali bekerja? Mereka menghisap darah kalangan miskin hingga habis setiap sen yang dimiliki kalangan miskin itu. Amos menuduh mereka, dipetiknya lagi perkataan mereka: “Kita akan mengecilkan efa” (8:5). Rfa ialah ukuran, iaitu sebanyak 22 liter, bagi bijiran. Kenyataan mereka bererti mereka sengaja menggunakan bekas yang tidak mengukur tepat kandungan yang sepatutnya itu. Maka apabila sesiapa membeli satu efa bijirin, mereka akan mendapat bahan yang tak sampai ukuran sepenuhnya seperti yang dibayar mereka. Mereka menyangka bahawa mereka membeli ukuran yang sebetulnya walhal mereka ditipu, diberikan kurang. Hakikatnya, mereka ditipu oleh kalangan orang yang beragama lagi “alim!” Amos meneruskan lagi usaha memetik perkataan para penipu itu, “kita akan membesarkan syikal. ”Syikal ialah ukuran timbangan yang dijadikan cara menetapkan bayaran bagi barang yang dibeli oleh para umat. Bayangkanlah set alat timbangan dan si tuan punya kedai meletakkan timbangan syikalnya. Umat yang membeli harus meletakkan emas atau perak atau apa jua jumlah yang diperlukan untuk untuk mengimbangkan alat timbangan itu, dan itulah yang membolehkan mereka membeli ukuran efa bagi bijirin yang mereka ingin beli itu, yang tentunya lebih kurang beratnya daripada yang seharusnya. Apakah yang dilakukan oleh si tuan punya kedai? Dia membuat syikalnya menjadi lebih berat, dan itu bererti bahawa si pembeli perlu

Sudah Tiba Masanya

meletakkan lebih banyak wangnya untuk mengseimbangkan skala yakni alat timbangan itu. Jadi, si pembeli membayar lebih daripada yang sepatutnya, untuk mendapatkan kurang daripada yang sepatutnya diterima olehnya. Tuan punya kedai yang kaya itu memberikan kurang daripada yang patut dieberikannya, tetapi dia mendapat keuntungan yang lebih banyak. Jelas, timbangan palsu dan penipuan mencirikan kehidupan perniagaan Israel. Perlu diingat, perkara sedemikian diamalkan oleh para penggemar agama yang melakukan demikian pada hari-hari kerja mereka sesudah tampak teramat alim pada hari Sabat.

Penggalian barang kuno menunjukkan bahawa di setengah-setengah tempat di Israel purba, dua set alat timbangan ternyata digunakan. Itu menyokong tepat hujah Amos: bahawa memang ada timbangan palsu demi membuat si penjual lebih kaya dengan belanja berlebihan yang tidak sepatutnya oleh si pembeli. Patutlah Amos berfirman, “Kamu yang menginjak-injak orang miskin, dan yang membinasakan orang sengsara di negeri ini” (8:4). Orang yang kaya raya telah membawa kemusnahan atas kalangan miskin.

Salah satu novel kegemaran saya ialah The Grapes of Wrath karya Yohanes Steinbeck, sebuah kisah yang memilukan mengenai orang Amerika Syarikat ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi. Para petani Oklahoma menjualkan tanah mereka demi menyara hidup mereka dan mengharap akan memperoleh kekayaan di California. Maka mereka menuju ke arah barat tetapi sayang sekali impian mereka bak embun yang mengering; sebab di sana tiada apa pun untuk memberi mereka peluang untuk menjadi kaya. Lebih teruk lagi, para tuan tanah yang kaya raya itu menguasai ‘harga buruh’ lantas memaksa ‘para pendatang itu’ tunduk mengikut telunjuk mereka dengan menetapkan harga barang makanan dan memaksa mereka membayar lebih demi keuntungan mereka sendiri sahaja. Walaupun ada harinya para pendatang

mampu memperoleh secukupnya, tetapi keesokannya mereka terpaksa bekerja lebih lama lagi untuk mendapat upah yang sama sahaja. Seterusnya mereka terpaksa bekerja lebih lama lagi untuk memperoleh rezeki secukupnya, dan akhirnya mereka tidak berdaya bekerja secukupnya walaupun sekadar untuk memperoleh sara hidup sahaja. Pada penghujung buku itu, sungguh memilukan, ada seorang lelaki yang sedang kelaparan kerana hidup dalam sistem di mana si kaya menjadi lebih kaya atas daya upaya terhad si miskin, dan yang hanya terdaya didapatinya ialah susu daripada payudara seorang wanita. Itu gambaran yang dahsyat mengenai ekonomi dua tingkat, yang tidak berbeza dengan yang diamalkan oleh para umat Israel yang sedang dipersalahkan oleh Amos di sini.

Demikian jugalah, di negara Israel purba, golongan kaya sering membankrapkan para tuan punya ladang kecil-kecilan. Mereka membeli tanah berkenaan, mungkin pada harga yang rendah, kemudian membenarkan para bekas tuan tanah itu digajikan untuk mengerjakan tanah yang dahulunya milik mereka dengan bayar gaji yang semakin lama semakin berkurangan. Pada masa yang sama, harga barang makanan melonjak naik sebab kalangan yang kaya raya mengawal pasaran. Akhirnya mereka itu memaksa kalangan miskin menjadi bak hamba abdi yang bekerja di tanah yang dahulunya milik mereka sendiri. Sepanjang kandungan buku ini, Amos terus menyerang sistem ekonomi dua tingkat yang bersifat mengeksploitasi itu. Eksploitasi atas kalangan miskin oleh kalangan kaya sememangnya melanggar perundangan yang diberikan (dan ditetapkan) di Sinai. Undang-undang itu amat ketara daripada aspek perlindungan kalangan miskin, dan mendesak kemurahan hati dari kalangan kaya, dan tentunya dalam pengehadan kekayaan hasil daripada eksploitasi. Undang-undang itu hilang pada zaman Amos. Memang itu kemunafikan yang tiada tolok bandingnya!

Sudah Tiba Masanya

Hari ini, memang masih ada orang yang datang ke gereja dan menyembah Allah, kelihatannya bersama-sama dengan anggota masyarakat yang lainnya. Namun pada keesokan harinya, mereka mengeksploitasi orang yang duduk di sebelah mereka di dalam gereja kelmarinnya. Rasa cinta akan Allah yang seharusnya menjadi perkara yang terhebat dalam kehidupan mereka ternyata kesuntukan. Kecintaan mereka terhadap wang ringgit serta pengumpulan harta benda memang jauh lebih hebat berbanding dengan cinta kasih mereka kepada Allah.

Tentu sahaja ini merupakan suatu cabaran bagi kesemua kita yang menjadi pekerja: bahawa etika kita di tempat kerja wajib selaras menurut segala piawaian Allah. Kita perlu mengamalkan sifat kejujuran dan kelurusan dalam semua urus niaga kita baik kita pekerja atau bukan.Dalam semua hubungan perniagaan dan urus niaga kita, kita wajib mengekalkan ketulusan kekristianan kita, supaya kita tidak sekadar mempamerkan ketaatan dan kesalihan pada pagi hari Ahad sahaja. Keutuhan atau ketulusan yang berlandaskan iman kepada Allah perlu diamalkan juga dari hari Isnin sehingga hari Sabtu. Jelas, ini cabaran amat hebat bagi kita yakni untuk bertindak menurut piawaian Allah dalam setiap perhubungan kita serta dalam segala perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali diketepikan piawaian-Nya itu sebaik sahaja kita keluar gereja atau tamat sahaja kebaktian setiap minggu.