Tidak hairanlah jika Allah datang demi menghakimi Israel purba tatkala kehidupan mereka itu penuh dengan bersandiwara sahaja. Tidak hairanlah jika Allah bersumpah satu sumpah lalu berfirman, “Ya, Aku tidak bermain-main sewaktu aku berkata Aku akan datang menghakimi kamu” ‘Allah telah bersumpah demi kebanggaan Yakub’ (8:7), iaitu the kebanggaan atas bumi mereka
dan kebangaan atas kekayaan dan harta-benda mereka. Ini memang cara menyindir untuk mengatakan bahawa Allah bersumpah demi menghakimi negara itu. “…Bahwasanya Aku tidak akan melupakan untuk seterusnya segala perbuatan mereka!” Dia tetap menghimpunkan dosa-dosa mereka untuk mendakwa mereka buat selama-lamanya.
Tentu saja hari pengadilan ini merupakan satu hari yang dahsyat: “Tidakkah akan gementar bumi kerana hal itu, sehingga setiap penduduknya berkabung? Tidakkah itu seluruhnya akan naik seperti sungai Nil, diumbang-ambingkan dan surut seperti sungai Mesir?” (8:8). Betapa dahsyatnya kelak hari itu nanti. Bumi yang bergetar membayangkan berlaku gempa bumi; bumi yang ombang-ambing tampak seperti banjir, sebagaimana secara berkala, Sungai Nil akan melimpahi tebing-tebingnya dan memusnahkan kawasan tanah yang besar-besar. Amos bersabda bahawa pemusnahan oleh Allah pada Hari pengadilan pasti secara besar-besaran — seperti pemusnahan yang dbawa oleh bencana banjir oleh Sungai Nil atas kawasan Mesir Utara.
Malah lebih teruk lagi, hari itu kelak akan menjadi satu hari bencana bagi seluruh alam. “Pada hari itu, demikianlah firman Tuhan Allah, Aku akan membuat matahari terbenam pada siang hari dan membuat bumi gelap pada hari cerah” (8:9). Ini berbeza daripada gerhana matahari yang begitu menguja para ahli pengkaji bintang. Ini suatu pemusnahan — hinggakan matahari yang berada pada puncaknya pada kala tengah hari, itulah sebagaimana negara Israel zaman kemuncaknya, akan tiba-tiba sahaja tamat hayatnya lalu menjadi hitam. Bila sahaja semuanya tampak sebegitu cerah ada masa depan yang cerah, sang matahari akan menghilang, dan begitu jugalah negara Israel. Pada Hari Pengadilan memang akan ada terjadi hal-hal yang sebaliknya. Pengadilan diteruskan: “Aku akan mengubah perayaan-perayaanmu menjadi perkabungan, dan segala nyanyianmu
Sudah Tiba Masanya
menjadi ratapan. Aku akan mengenakan kain kabung pada setiap pinggang” (8:10), itu ialah padanan zaman purba bagi pakaian berkabung semasa pengebumian. Kain guni memang keras lagi kasar terhadap kulit, iaitu satu tanda bagi sikap menahan diri ketika bersedih, berkabung dan bertaubat. “Aku akan menjadikan gondol setiap kepala” bukan kerana mereka akan menjadi tua dan rambut mereka gugur, tetapi sebaliknya mereka akan mencukur kepala masing-masing sebab itu juga adat berkabung purbakala sewaktu ada kesedihan. “Aku akan jadikannya seolah-olah perkabungan bagi anak lelaki tunggal” — tentu sekali itu kesedihan paling pahit dalam sesuatu masyarakat kebapaan — “dan pada penghujungnya seperti hari yang pahit,” suatu hari tanpa harapan. Begitulah kelaknya pengadilan Allah atas umatnya, Israel.
Suatu hal yang lebih menyengat, dan tentu sahaja lebih ironik, ialah kata-kata yang menyusul: ‘Sesungguhnya, waktu akan datang,” demikianlah firman Tuhan Allah, “Aku akan mengirimkan kelaparan ke negeri ini, bukan kelaparan akan makanan dan bukan kehausan akan air, melainkan akan mendengarkan firman Tuhan’ (8:11). Secara berterusan, Israel memang mengetepikan sesetengah bahagian daripada firman Tuhan yang diturunkan kepada mereka selama berabad-abad sebelum itu, dan memekakkan telinga terhadap firman yang disampaikan melalui para nabi. Maka, bagi kalangan umat yang menjauhi firman Allah, Dia akan menarik balik segala firman-Nya itu. Akan berlaku kemarau firman Allah di bumi itu.
Mungkin pada mulanya, Israel mungkin tidak menyedari perbezaannya atau berasa bimbang akan hal itu. Tetapi pada hari terakhir pengadilan yang memusnahkan itu, apabila segala-galanya telah tunggang terbalik kerana pergolakan hebat yang berlaku itu, tiba-tiba mereka akan menyedari betapa mereka perlu kembali kepada firman Allah. Ini pun sebagai usaha yang terdesak lagi terakhir demi membetulkan diri mereka dengan-Nya. Namun
begitu, semuanya telah terlambat sebab firman Tuhan sudah dibawa pergi! Tuhan telah menutup mulut-Nya dan menutup mulut para nabi-Nya. Dia membisu dan pada ketika itu sudah memang terlambat untuk mencari firman-Nya.
Memang amat wajar sekali hukuman itu bagi kalangan umat yang telah memekakkan telinga masing-masing daripada mendengar firman Allah, tetapi betapa menakutkan gambaran pada penghujung itu iaitu apabila semuanya telah terlambat, yang gagah dan kuat sekalipun akan menderita. Walaupun umat mencari sampai ke hujung-hujung dunia pun, mereka tidak akan menemui firman Allah lagi. Maka: “Mereka akan mengembara dari laut ke laut dan menjelajah dari utara ke timur” (8:12) — seluruh dunia dilingkungi di sini. Mereka tidak akan menjumpainya. “Mereka akan lari mundar-mandir ke sana dan ke mari mencari …”.
Gagasan di sini adalah berkenaan umat yang berlari tanpa arah tujuan, dalam keadaan terdesak yang mungkin anda pernah rasa apabila segala-galanya yang sedang bertaburan di sekeliling anda. ‘Pada hari itu akan rebah lesu anak-anak dara yang cantik dan anak-anak teruna kerana haus’ (8:13) itu merujuk kepada kalangan yang muda yang yakinkah masih ada masa depan? Mereka merebah bukan kerana kekurangan air tetapi kerana kekurangan firman Allah sebab pada akhirnya, yang pasti, kehidupan sebenar bukan hanya atas adanya roti sahaja atau atas adanya air, tetapi dengan adanya Firman Allah daripada mulut-Nya. Apabila firman Allah ditarik balik, tidak akan ada kehidupan lagi.
Diterapkan juga pengadilan yang sama atas dijatuhkan atas para umat yang secara terang-terangan, mereka yang menyembah patung-patung berhala dan tuhan-tuhan warga Kanaan. Jadi “mereka yang bersumpah demi Asima, dewi Samaria” (8:14) — berkemungkinan Ashimah ialah nama tuhan mereka atau berhala
Sudah Tiba Masanya
mereka yang diadakan di bandar raya yang menjadi ibu negara — tiada masa depan bagi para penyembah berhala itu. Bagi mereka yang pergi ke utara kerajaan, ke Dan lalu bersumpah atas nama tuhan atau berhala mereka di situ, mereka juga tidak mempunyai masa depan. Maka bagi mereka yang pergi ke selatan, malah turut menziarahi Bersyeba demi menyembah berhala mereka, tiada masa depan bagi mereka juga. Dari Dan ke Bersyeba, malah sepenuhnya bumi itu, tiada masa depan lagi. Seperti perkataan akhir bab ini, “mereka itu akan rebah dan tidak akan bangkit-bangkit lagi” (8:14).