• Tidak ada hasil yang ditemukan

Warga Israel purba memang tidak terkecuali. Mereka bukannya menjangka kejadian bencana akibat nuklear, tetapi mereka teramat mendambakan Hari Tuhan. Sangat-sangat mereka menantikan hari apabila Allah kelak bertindak dengan tegas dalam sejarah dunia dan menjuruskan penyempurnaan segala-galanya menurut kehendak-Nya. Pada zaman Amos itu memang meningkat sekali keghairahan terhadap hari kiamat kerana bala tentera besar lagi hebat para warga Asyur sedang bersiap sedia untuk berperang pinggir (bahagian) utara Israel. Para umat Tuhan teramat rindu agar Allah akan bertindak. Tentunya hari itu kelak tersurat sebagai hari pewajaran bagi umat Tuhan, dan atas tertumpasnya para musuh yang musuh mereka Allah sendiri.

Tentu sahaja seronok jika ada Hari Tuhan yang begitu dinanti-nantikan memandang kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru memang menggesa kita untuk bersedia untuk hari itu. Malahan Alkitab berakhir dengan gesaan, “Datanglah, Tuhan Yesus!” (Wahyu 22:20). Jadi, satu amalan baik untuk mendambakan Hari apabila Tuhan Yesus akan datang untuk menghakimi dunia lalu mendirikan kerajaan-Nya.

Tetapi dalam bahagian ini Amos kritis terhadap dambaan sedemikian yang diketengahkan oleh warga Israel. “Celakalah mereka yang menginginkan hari Tuhan! Apakah gunanya hari

Penyembahan Yang ‘Tidak Kena’

Tuhan itu bagimu?” (5:18). Amos berfirman bahawa pada hakikatnya, hari sedemikan akan berlawanan dengan apa yang anda harapkan atau jangkakan. Anda mendambakan hari penyelamatan, yang penuh kegirangan serta pembenaran yakni pewajaran, tetapi sebenarnya hari itu adalah kegelapan dan bukan penuh dengan cahaya. Beliau meneruskan pemeriannya dengan menggunakan kelucuan yang suram dan muram di dalam ayat 19 — yang ala-ala petikan filem seperti Jurassic Park atau Jaws yang dipaparkan di Youtube purba.

Baru sahaja anda menjangka yang keadaannya selamat, datang pula satu lagi bahaya! Keadaan itu seperti seseorang yang berjaya melarikan diri daripada seekor singa lantas mengurut dada dan menyeru, “Wah, syukurlah, selamat juga aku daripada sang singa itu.” Tetapi, tiba-tiba sahaja, selepas selekoh berikutnya ada pula sekor beruang — “Oh tidak, alahai, kenapa lagi satu bahaya pula ni!” Lalu dia memecut dan lari daripada beruang itu dan sampai ke rumahnya, lalu berdentum pintu rumah yang ditutup dan dikuncinya, menghelakan nafas panjang-panjang kerana berasa amat lega.

Anda boleh membayangkan keringat yang bagaikan menyimbah-nyimbah dari dahi sang wira kita itu, tetapi bila dia menghulurkan tangan untuk memetik suis lampu (ini bercakap menggunakan umpama-umpama sahaja sebab pada zaman Amos itu mana ada suis lampu lagi) saekor ular pula memagutnya lalu membunuhnya (5:19). Itu memang cerita seram zaman purba! Satu watak yang sedang cuba melepaskan diri daripada satu bencana lepas satu bencana akhirnya berjaya sampai ke tempat yang selamat di mana akhirnya dia terbunuh di situ pula.

Penuh bencana dan keseraman — begitulah kelaknya Hari Tuhan bagi para warga Israel purba. Amos meringkaskan hal itu begini: “Bukankah hari Tuhan itu kegelapan dan bukan terang, kelam kabut dan tidak bercahaya?” (5:20). “Celakalah kamu” ialah

apa yang Amos sabdakan (5:18). Jika anda seorang warga Israel, tentu sahaja anda menjadi tergamam dan tertakjub oleh perkataan itu lantaran anda sudah terdidik dengan jangkaan yang berpandukan Alkitab iaitu pendambaan terhadap ketibaan Hari ini. Sepatutnya itu suatu perkara yang anda jangka serta nantikan dengan penuh minat. Keadaan sebenar seolah-olah roda kehidupan mereka (warga Israel) sedang bergolek dalam suasana gembira ria, tetapi tiba-tiba sahaja muncul pernyataan yang penuh dengan duka lara.

Bayangkan anda sedang bergembira dalam gerbang perkahwinan yang berbahagia namun tiba-tiba anda mendapati bahawa pasangan anda telah meninggalkan anda — yakni hal yang amat tidak dijangkakan — maka remuk redamlah kehidupan anda. Atau pula anda sedang begitu berjaya dalam kerjaya dan pekerjaan anda, serta baru sahaja naik pangkat, naik gaji, dan mendapat pelbagai hak serta faedah namun begitu, pada suatu hari anda masuk kerja dan secara tiba-tiba sahaja ketua anda memberitahu anda bahawa khidmat anda tidak lagi diperlukan. Berita buruk sedemikian memang mendadak dan tidak tiba secara beransur-ansur. Begitu jugalah tempo perkembangan sabda Amos. Kehidupan sedang begitu lancar dan selesa, perkembangannya di Israel purba, ya, sungguh cerah dan banyak kesyukuran. Harga saham meningkat dan kehidupan memang selesa, begitulah keadaan kalangan kaya raya yang sedang diperingatkan oleh Amos yang bersabda itu. Selepas itu, tiba-tiba sahaja, bum: “Celakalah mereka yang menginginkan hari Tuhan!”

Tentu saja hal itu memberi kejutan kepada para warga Israel purba sebab implikasinya ialah mereka, umat Allah sendiri, sebenarnya merupakan musuh Allah. Maka Hari Tuhan akan merupakan hari pembinasaan bagi mereka dan bukan hari kemenangan dan kegembiraan.

Penyembahan Yang ‘Tidak Kena’

Sabda Amos itu mendedahkan harapan hampa yang memperdayakan warga Israel bahawa mereka tentu selamat. Persoalannya, mengapakah Amos begitu kritis lagi berpendirian amat tegas sewaktu menentang begitu banyak hal lain? Seperti yang kita lihat daripada bab-bab kitab Amos yang terdahulu, Israel purba bersarat dengan perbuatan dan perlakuan yang tidak bermoral, penindasan kaum miskin Marhaen, dan ketidakadilan. Penyembahan mereka penuh dengan rasa berpuas hati dan yang beranggapan mereka telah dikecualikan daripada amarah serta pengadilan Allah. Fikir mereka, “Kami umat Tuhan maka pasti Dia tidak boleh menghakimi kami. Kami berhak menjalani kehidupan kami mengikut cara yang kami mahu sebab Tuhan adalah di pihak kami.”