• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tentangan Rasmi Terhadap Amos

Sesudah tiga penglihatan itu, bab ini diteruskan dengan satu episod tentang pendeta Amaziah dan Amos (7:10-17). Ini ialah keadaan persemukaan antara pihak berkuasa dengan si penentang. Pihak berkuasa tidak akan berasa senang atau tenang jika dalam kumpulannya ada seorang yang merupakan penentang. Cuba anda imbas kembali sejarah tentang warga seperti Thomas Becket, Ketua Biskop Canterbury yang menimbulkan kemarahan Raja Henry Kedua hinggakan raja itu dikatakan telah bertitah, “Siapakah yang dapat menghapuskan paderi yang tidak terkawal

ini untuk Aku?” Tidak lama selepas itu, Becket didapati telah terbunuh di dalam Katedral Canterbury pada tahun 1170. Pertimbangkan juga hal Martin Luther dengan pihak berkuasa gereja Jerman, atau antara Martin Luther King, Jr dengan pihak kerajaan Amerika Syarikat. Di sini, Amos seperti si pemberontak menurut pandangan pihak berkuasa negaranya.

Di dalam ayat-ayat ini, pihak pemerintah sedang cuba untuk mematahkan kalangan yang memberontak, cuba untuk mengehadkan dia supaya perkataannya tidak didengari oleh rakyat jelata. Biarlah kita renungkan bagaimana ayat-ayat isi sabda Amos itu menunjukkan betapa kuasa sehingga dapat mencetus amarah. Tentunya ada tindak balas yang hebat terhadap sabda Amos itu. ‘Lalu Amazia, imam di Betel, menyuruh orang menghadap Yerobeam, raja Israel, dengan pesan:, “Amos telah mengadakan persepakatan melawan tuanku di tengah-tengah kaum Israel; negeri ini tidak dapat lagi menahan segala perkataannya. Sebab beginilah dikatakan Amos: Yerobeam akan mati terbunuh oleh pedang dan Israel pasti pergi dari tanahnya sebagai orang buangan’” (7:10-11).

Betel ialah tempat suci utama, dan dikenali sebagai tempat suci raja. Amaziah berperanan selaku paderi pihak berkuasa. Mungkin dialah pemimpin rohaniah bagi negara bangsa Israel pada zaman Amos. Namun begitu, sebagimana yang begitu jelas dalam perenggan ini, kuasa dan kewibawaannya semata-mata datang daripada raja dan bukannya daripada Allah. Apabila dia pergi menghadap raja untuk membuat rungutan terhadap Amos, dia memberi gambaran yang salah tentang nabi Amos. Dia memilih apa yang mahu disebutnya. Dia tidak menyebut tentang dosa-dosa Israel, atau hakikat bahawa Amos memang berkali-kali merayu kepada umat dari semasa ke semasa, dan betapa sabdanya memang firman Allah. Malahan dia sekadar memerikan Amos sebagai seorang pengkomplot politik,

seolah-Titik Penghujung Kesabaran Allah

olah, secara persendirian Amos memang merencanakan untuk membunuh raja.

Dengan demikian Amaziah memutarbelitkan tafsiran yang telah disabdakan oleh Amos tentang Yeroboam. Amos telah bersabda bahawa Allah akan bangkit melawan keluarga Yeroboam (7:9), tetapi Amaziah memutarbelitkan hal itu lalu melaporkan bahawa Amos sedang berkomplot untuk membunuh Yeroboam. Amaziah juga berkata bahawa bumi itu pun tidak sanggup mendengar sabda Amos itu lantaran dia akan hancur musnah jika sabda Amos itu menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, adalah lebik baik untuk menghapuskan Amos. Tanggapan raja terhadap ketua imam tidak disebutkan di sini, ya kepada ‘Ketua Uskup Canterburynya’ jika anda menyukai perbandingan itu. Sebaliknya, yang terjadi seterusnya ialah kembalinya Amaziah kepada Amos dan bercakap dengannya. Secara mengejek, dia berkata kepada nabi itu: “Pelihat, pergilah, enyahlah ke tanah Yehuda! Carilah makananmu di sana dan bernubuatlah di sana; jangan lagi bernubuat di Betel, sebab inilah tempat kudus raja, inilah bait suci kerajaan.” (7:12-13). Mengarahkan Amos pergi ke Yehuda bererti memberitahunya, “Balik sahajalah balik kampung kamu!” Yehuda ialah negara di sebelah selatan Israel. Amos diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Yehuda dan pergi ke utara. Ternyata di Israel ada sikap menghina terhadap warga Yehuda, yang dianggap sebagai lamban lagi mundur, tradisional dan konservatif. Amaziah tidak mahu Amos berada dalam negerinya.

Amaziah berkata, “Pergilah … Carilah makananmu di sana.” Secara harafiah, dia menyuruh Amos ‘pergilah mencari rezekimu di sana’, dan itu menunjukkan betapa tidak berakhlaknya cara kenabian pada zaman itu. Ramai nabi di Israel purba bekerja untuk gaji oleh raja. Mereka kakitangan awam di bawah perlindungan raja, oleh itu mereka memang di bawah kuasa dan kewibawaan raja. Maka tidak dapat dielakkan jika para nabi

gajian itu akan mengatakan perkataan yang diterima lagi menyukakan hati raja mereka. Di bawah sistem naungan sedemikian tidak hairanlah kalau kuasa dan kewibawaan Allah tidak diiktiraf. Sememangnya tiada pengakuan tentang kuasa dan kewibawaan Allah oleh si paderi Amaziah apabila dia bercakap dengan Amos sebelumnya. Barangsiapa yang menentang senario tersebut akan dipulaukan dan dipecat dan juga diusir.

Perjanjian Lama memberikan beberapa contoh nabi-nabi palsu yang juga digaji oleh istana dan yang memang hanya mengatakan perkara-perkara yang memberi sukacita kepada raja serta menyokong lagi menunjangi keyakinannya dan rasa hormatnya serta martabatnya. Hal itu kita lihat dalam keseluruhan Kitab Yeremia. Para nabi Allah disisih, dipulaukan, malahan ditindas oleh para nabi palsu itu. Maka tibalah giliran Amos pula di sini.

Perhatikan bagaimana Amaziah merayu dengan bersandarkan kuasa dan kewibawaan raja dan bukan Allah. Institusi kenabian memang begitu tandus dari segi kerohanian tulen. Amaziah, yang teramat berbangga dengan kedudukan serta kepentingan dirinya sedang meniup trompet dirinya dan pada hakikatnya sedang berkata, “Akulah Ketua Biskop katedral dan tempat suci diraja ini dan kami tidak mahu kamu wahai paderi kerdil kampungan. Enyahlah dan tinggalkan kami sendirian sahaja.”

Amos tidak sekadar menerima sahaja pukulan itu tanpa bertindak balas. Dia membalas perkataan Amaziah dengan menggunakan kata-kata yang menyengat lagi lancang: “Aku ini bukan nabi dan aku ini tidak termasuk golongan nabi” (7:14). Ganjil sekali tanggapan itu! Tentu sahaja dia seorang nabi; sabdanya penuh dengan nubuat. Namun begitu, makna yang dinyatakan oleh Amos ialah, “Aku bukan nabi profesional; Aku tidak dilahirkan dalam golongan nabi. Ayah dan datukku juga bukan nabi sebelum aku,justeru inilah aku pun menjadi nabi yang digajikan oleh istana.” Amos meneruskan perkataannya,

Titik Penghujung Kesabaran Allah

“Aku ini seorang penternak dan pemungut buah ara hutan,” mungkin juga dia merujuk kepada buah ara hutan yang dtoreh oleh si penternak untuk membuat buah sulung pohon ara itu menjadi manis. Ungkapan yang digunakan itu membayangkan bahawa berkemungkinan Amos seorang yang pakar dalam bidang berkenaan. Itulah punca pendapatannya.

Walau bagaimanapun, dia hanya menjadi nabi sebab “Tuhan mengambil aku daripada pekerjaan menggiring kambing domba, dan Tuhan berfirman kepadaku: ‘Pergilah, bernubuatlah terhadap umat-Ku Israel’” (7:15). Allah yang menobatkan Amos menjadi seorang nabi, dan sekiranya Allah berfirman sebagaimana yang telah dikatakan oleh Amos dalam 3:8, siapakah yang tidak bernubuat? Amos memang sedang di bawah kuasa dan kewibawaan Allah. Implikasinya ialah, “Kamu, wahai Amaziah, langsung tiada apa-apa pun dengan Tuhan; kamu terlalu jauh daripada diri-Nya.”

Malahan ada yang lebih lancang dan kasar di sini. Amos memetik apa yang disabdakan Allah kepadanya, “Pergilah, bernubuatlah terhadap umat-Ku Israel” (7:15). Amaziah pula baru sahaja berkata kepada Amos, “Pergilah ke Yehuda,” tetapi Allah berfirman, “Pergilah ke Israel”. Maka jelas sekali bahawa kuasa dan kewibawaan Allah dan titah raja betul-betul bertentangan. Tambahan pula, Allah berfirman, “Pergilah, bernubuatlah terhadap umat-Ku Israel” tetapi Amaziah berkata, “Janganlah bernubuat menentang Israel” (7:16). Itu atas kuasa dan kewibawaan siapa? Amos bersabda bahawa yang diambil kira ialah kuasa dan kewibawaan Allah, maka dia pun mematuhi firman Tuhan itu. Amaziah berkata itu adalah kuasa dan kewibawaan raja, dan dia akan mematuhi itu. Hakikatnya Amaziah sedang memerintahkan Amos untuk mengingkari perintah Allah.

Amos meneruskan sabdanya, “Maka sekarang, dengarlah firman Tuhan! Engkau berkata: Janganlah bernubuat menentang

Israel, dan janganlah ucapkan perkataan menentang keturunan Ishak.’ Maka demikianlah firman Tuhan” (7:16-17).

Seterusnya didatangkan empat sumpahan yang bakal menimpa Amaziah atas sebab tentangannya terhadap kehendak Allah (7:17). Pertama, “Isterimu akan bersundal di kota”, mungkin untuk sara hidupnya apabila Amaziah hilang atau terbunuh. Kedua, “anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan tewas oleh pedang”; ya, bukan Amaziah seorang sahaja, tetapi seluruh susur galurnya akan dihapuskan. Bagi seorang imam memang kebanggaannya adalah untuk susur galur yang berterusan sebagai keluarga imamat, tetapi itu tidak akan menjadi kenyataan bagi Amaziah. Ketiga, “tanahmu akan dibagi-bagikan dengan memakai tali pengukur.” Amaziah akan kehilangan harta bendanya sendiri. Sudah tentu, undang-undang Perjanjian Lama menyarankan bahawa imam tidak ditakdirkan untuk memiliki harta benda! Maka ertinya sistem imamat di kerajaan utara telah begitu merosot. Akhir sekali, “engkau sendiri akan mati di tanah yang najis, dan Israel pasti pergi dari tanahnya sebagai orang buangan.” Bagi seorang umat Israel, kematian di tanah orang jahiliah sudah cukup teruk apatah lagi kematian sedemikian bagi imam yang mesti senantiasa bersih menurut peraturan kewajipan dan adat resam golongan imamat,

Kemudian, bagaikan menusuk pedang itu lebih ke dalam lagi, Amos mengulangi ancaman pembuangan yang akan terjadi atas negara itu: “Dan Israel pasti pergi dari tanahnya sebagai orang buangan.” Amaziah, engkau merayu kepada kuasa dan kewibawaan raja walhal yang diambil kira hanya kuasa dan kewibawaan Tuhan. Hampalah sahaja segala penolakan Amaziah terhadap Amos sebab firman Allah pasti digenapi.

Alkitab dan tentu sahaja sejarah gereja penuh dengan pelbagai contoh mengenai cubaan untuk mengongkong firman Allah. Banyak contoh di mana pihak berkuasa telah mencuba untuk

Titik Penghujung Kesabaran Allah

mengawal penyebaran firman Allah, cuba menguncilkannya baik-baik demi menentang si pemberontak. Amos merupakan salah satu antara berbaris-baris jurucakap bagi Allah yang menderita akibat ancaman untuk membisukan para pesuruh-Nya. Mungkin anda mampu mengunci mulut sang nabi, tetapi anda pasti tidak berdaya melenyapkan firman Allah. Firman Allah akan tetap terlaksana dan dipenuhi.

Dalam kitab Amos dan juga dalam kitab-kitab lain dalam Alkitab, tidak dapat disangkal bahawa memang tersurat firman Tuhan yang tidak menyenangkan, mencabar atau mengganggu lagi membimbangkan kita. Kitab Amos ini mendatangkan kesan kerisauan dan kesusahan hati apabila kita membacanya. Ya, tentu bahagia sekali jikalau ada teks Alkitab yang lebih menggalakkan dan memberikan keselesaan minda. Bukankah lebih baik seandainya kita boleh beralih kepada bahagian atau petikan lain untuk menemui perkataan yang menggembirakan daripada menemui perkataan yang bersarat dengan “ajal dan kekelaman’ daripada sabda Amos?

Mungkin anda berasa seperti itu apabila membaca kitab Amos. Namun begitu, kita sebenarnya sedang membahayakan diri sendiri jika kita tidak mengendahkan Firman Allah. Kita tidak mempedulikan cabaran dan peringatan serta amaran tentang hal-hal yang membahayakan kita. Janganlah kita sampai melawan kehendak serta Firman Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Amaziah dan pihak berkuasa Israel purba. Kita tidak dapat menapis kitab Amos daripada Alkitab kita, seolah-olah kita boleh mengoyak-ngoyakkan dan membuang mana-mana halaman yang kita tidak berkenan. Kita tidak boleh membataskan kesukaan kita pada Mazmur yang indah-indah, beberapa firman yang menyenangkan kita daripada Yesus, 1 Korintus 13, dan beberapa yang lain. Kita perlu berani, bukan sahaja untuk mendengar Firman Allah, tetapi untuk melakukan hal yang melebihi semuanya

sepatutnya menjalankan kehidupan kita. Mereka yang melawan kehendak Allah mungkin akhirnya menemui nasib yang sama seperti nasib Amaziah.

Ayuhlah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, dan mengiktiraf bahawa kita sememangnya hidup hanya di bawah kuasa dan kewibawaan Allah. Pada asasnya memang, kuasa dan kewibawaan bukan milik sebuah negara, seorang raja, atau sebuah institusi agama, tetapi hanya milik Allah sendiri sahaja.

J

arang ditemui seseorang yang berfikiran bahawa dunia kita ini tidak mengalami fenomena kemerosotan moral, atau yang berfikir bahawa tahap akhlak pada masa kini lebih baik daripada akhlak generasi yang lepas-lepas. Prinsip moral dunia kita kini ketara kekurangan kejujuran, kesetiaan dan kesesuaian. Jika sesetengah ahli politik bersalah dalam hal itu, begitu jugalah ramai taikun bidang perniagaan. Yang menyedihkan ialah pihak gereja juga tidaklah senantiasa ‘tidak dapat dicela’ dalam hal ini.

Di manakah silapnya atau apakah yang telah tidak lagi betul? Mengapakah unsur moral seolah-olah sedang merosot dengan begitu teruk di dalam dunia kita? Sungguhpun isi kitab Amos agak keras, Amos memang menuding ke arah jawapan segalanya: Allah. Apabila Allah yang benar lagi hidup diketepikan, maka akhirnya gagallah prinsip moral dan etika. Tentu sahaja selama 200 tahun nan lalu di dunia sebelah Barat, Allah telah dipinggirkan yakni diketepikan. Pelajaran bernama “moral” memang ada diajar, tetapi dalam masyarakat yang semakin tebal sikap sekular serta kemanusiaannya, tidak ada kepercayaan kepada Allah yang secara sejati menjadi topang bawah, yang menyokong lagi menegakkan segala didikan dan ajaran baik. Akhirnya struktur