• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab VII Analisa dan Kesimpulan

BAB 3: KORUPSI DAN KAITANNYA DENGAN URUS TADBIR BAIK

3.7 Institusi Pendukung Good Governance di Indonesia

KPK tidak bersendirian dalam memperjuangkan urus tadbir baik di Indonesia. Antara institusi pemerintah lain yang bergerak dalam mendukung urus tadbir baik di Indonesia Seperti;

Ombudsman dibentuk tahun 2000 melalui Keputusan Presiden nombor 44

tahun 2000.222 Ia adalah lembaga pengawas pelayanan publik yang didasarkan pada

219 Yuddy Chrisnandi, Beyond Parlimen, (Jakarta: Penerbit Ind Hill Co, 2008), vii.

220 Sjahruddin Rasul, “Penerapan Urus tadbir baik di Indonesia Dalam Upaya Pencegahan Tindak Jenayah Korupsi”. Jurnal

Mimbar Hukum Volume 21, Nombor 3 Oktober 2009, 409-628.

221 Juanda Nawawi, “Membangun Kepercayaan Dalam Mewujudkan Urus tadbir baik”, Jurnal Ilmiyah Ilmu Pemerintahan, Vol. 1 Nombor 3, June 2012, 29.

222 Komisi Ombudsman Nasional, Panduan Investigate untuk Ombudsman Indonesia, (Jakarta: The Asia Foundation Indonesia, 2003), iii.

University

125

Undang-undang nombor 37 tahun 2008 tentang Ombudsman Republik Indonesia. Ombudsman bertugas mencegah penyalahgunaan pelayanan awam, menyelesaikan laporan aduan masyarakat dan mengadakan pengawasan pelayanan publik. Tugas ombudsman juga ditambah dengan adanya Undang-undang nombor 25 tahun 2009 tentang Pelayanan Publik. Selama 2013 terdapat sebanyak 5173 aduan masyarakat melalui surat, datang langsung, telefon, website, email, investigate inisiatif/media, faksimile dan form pengaduan. Jumlah kes yang di tangani oleh Ombudsman setiap

tahunnya adalah rata-rata 100%.223 Ombudsman bertekad menciptakan asas-asas

pemerintahan yang baik, menegakkan demokrasi dan memberikan pelayanan

sebaik-baiknya kepada masyarakat, melindungi hak asasi manusia dan membanteras korupsi.224

Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi.

Kementerian ini juga berjuang ke arah terlaksananya pemerintahan yang bersih dari korupsi, pakatan sulit dan nepotisme, pelayanan publik yang berkualiti serta kapasiti

dan akauntabiliti kerja penjawat awam yang berkualiti.225 Kekuatan hukumnya

berdasarkan Peraturan Menteri Negara Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi No 7 Tahun 2011. Peraturan Menteri Negara Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi No 8 Tahun 2011. Peraturan Menteri Negara Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi No 9 Tahun 2011. Peraturan Menteri Negara Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi No 10 Tahun 2011. Dan Peraturan Menteri Negara Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi No 11 Tahun 2011.

Presiden SBY juga mengeluarkan Peraturan Presiden nombor 55 Tahun 2012 tentang Strategi Nasional Pencegahan dan Pemberantasan Korupsi Jangka Panjang

223

Ombudsman, Laporan Tahunan 2013, (Jakarta: Ombudsman, 2014), 2.

224 Ombudsman, Peranan Ombudsman Dalam Pemberantasan dan Pencegahan Korupsi Serta Pelaksanaan Pemerintahan Yang

Baik, (Jakarta: Ombudsman, 2005), 16.

225 Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi. Peran Reformasi Birokrasi Dalam Pemberantasan Korupsi, Makalah disampaikan dalam Forum Anti Korupsi Ke-empat di Hotel Double Tree Jakarta Pada 10-12 June 2014.

University

126

Tahun 2012-2025 dan jangka menengah tahun 2012-2014 yang mendukung ke arah

terciptanya urus tadbir baik melalui pemberantasan korupsi di Indonesia.226

3.8 Analisa dan Kesimpulan

Korupsi adalah perbuatan yang telah lama dikenal dalam peradaban manusia. Korupsi dianggap sebagai perbuatan jahat yang dibenci oleh pelbagai tamadun di dunia. Boleh dikatakan para ilmuwan sepakat mengatakan bahawa korupsi adalah jahat dan buruk. Walaupun sifat korupsi dianggap jahat dan buruk secara universal, namun setiap negara memiliki makna dan definisi yang berbeza terhadap korupsi termasuk Indonesia. Sepanjang pencarian penulis tentang definisi korupsi dari pelbagai kamus, istilah sains politik, definisi menurut tokoh, definisi menurut pelbagai negara dan sebagainya mendapati bahawa korupsi adalah sesuatu yang buruk, jahat dan tercela. Usaha yang bersungguh-sungguh diperlukan untuk memerangi penyakit korupsi ini.

Urus tadbir baik adalah sesuatu yang bertentangan dengan korupsi. Ia banyak diamalkan oleh pelbagai negara dalam rangka mengurangkan korupsi di negara mereka. Prinsip urus tadbir baik yang terdapat dalam Piagam Madinah memiliki banyak persamaan dengan prinsip dan asas urus tadbir baik yang dikemukakan oleh UNDP. Prinsip urus tadbir baik yang dikemukakan oleh UNDP pula memiliki banyak persamaan dengan prinsip dan asas urus tadbir baik yang dikemukakan oleh pemerintah Indonesia.

Urus tadbir baik dalam Islam ditentukan oleh kredibiliti dan integriti pemimpin yang sesuai kata dengan perbuatannya. Dalam al-Quran dan al-Sunah terdapat asas dan konsep urus tadbir baik seperti amanah, keadilan, kebenaran, kejujuran. Kriteria ini telah dimunculkan seawal pemilihan pemimpin lagi. Urus tadbir baik diamalkan semasa kepimpinan Rasulullah, para sahabat dan tabiin seperti Umar Bin Abdul Aziz. Walau

226 Peraturan Presiden Nombor 55 Tahun 2012.

University

127

demikian pada zaman modern banyak negara Islam yang tidak mengamalkan urus tadbir baik disebabkan kepimpinan mereka telah terkeluar dari asas dan prinsip Islam.

Padahal dalam Islam, amanah adalah janji dan hutang yang harus ditepati dan dibayar. Adab orang berhutang dalam Islam adalah dengan mencatat hutang piutang sebagaimana maksud surah al-Baqarah ayat 282 dan prinsip mencatat ini juga adalah bahagian dari konsep urus tadbir baik.

Walaupun konsep dan prinsip urus tadbir baik bersifat universal, namun Indonesia memiliki identiti dan tuntutan urus tadbir baik tersendiri sesuai dengan tuntutan zaman dan masa ketika itu. Namun demikian tetap sahaja bahawa urus tadbir baik memiliki kiblat yang sama iaitu untuk menyejahterakan masyarakat, memperjuangkan keadilan dengan melahirkan pemimpin yang amanah, jujur, adil.

Korupsi dan urus tadbir baik adalah bagai dua kubu negatif dan positif yang saling menolak antara satu dengan lainnya. Jika korupsi di suatu negara itu tinggi maka biasanya urus tadbir baik tidak berjalan dengan baik dan jika urus tadbir baik di suatu negara itu diamalkan dengan baik, maka korupsi biasanya akan berkurangan. Namun demikian para pengkaji juga mengkritik negara-negara seperti Singapore yang memiliki tingkat korupsi yang rendah dan negara mereka mengamalkan urus tadbir yang baik, tetapi di sisi lain mereka tidak berusaha menghentikan korupsi yang berlaku di negara lain dengan melindungi pelaku korupsi yang membawa lari hasil korupsi dari negara lain ke negara mereka dan menolak ekstradisi pemulangan pelaku korupsi ke negara asal mereka untuk di proses secara hukum.

Urus tadbir baik menjadi sesuatu yang terkenal dan banyak di amalkan oleh pelbagai negara dalam rangka melawan korupsi di negara mereka. Di Indonesia pelbagai agensi dan undang-undang telah ditubuhkan untuk melahirkan urus tadbir baik. Perjuangan ke arah melahirkan urus tadbir baik di Indonesia dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta seperti Ombudsman, Kementerian Pendayagunaan

University

128

Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi dan sebagainya. Halangan terbesar ke arah melahirkan urus tadbir baik dan pemberantasan korupsi di Indonesia adalah terletak pada kepimpinan yang tidak memiliki tekat dan iktikad baik atau political will dalam membanteras korupsi dan merealisasikan urus tadbir baik.

Kelamahan lain dalam pemberantasan korupsi adalah ketiadaan pemimpin yang merdeka. Hampir semua pemimpin (selain Habibi) tersandra dan terjajah oleh kepentingan dan desakan parti, orang parti, pemilik modal, pendokong, orang dekat, keluarga dan sebagainya. Penyebab kelemahan itu adalah tingginya biaya politik kempen di Indonesia. Korupsi, kolusi dan nepotisme yang menjadi penyebab kejatuhan Soeharto sepertinya kembali marak berlaku di era presiden Gusdur, Mega, SBY dan Jokowi kerana tingginya kos politik di Indonesia dan tiadanya kepimpinan contoh yang sesuai kata dengan perbuatannya.

University

129